Professional Documents
Culture Documents
Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.
Sumbangan
Datuk Mohd.Salleh Perang adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan jawi. Tindakan pertamanya adalah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunujukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893), beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor. Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahu 1880'an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.
Bersara
Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, perubahan pemerintahan telah dirasai apabila Kerajaan British telah mula memperluaskan pengaruh mereka. Sedikit demi sedikit penasihat-penasihat di semua Daerah di Johor dan mula memecat orang-orang Melayu yang berkebolehan dalam pentadbiran dan pembangunan termasuk juga Dato' Luar.Pada 3 April 1909, Dato' Luar telah menerima surat dari Dato' Seri Amar Di Raja menyuruh beliau bersara dari jawatannya. Dalam pentadbiran Batu Pahat juga tidak dikecualikan dimana Pegawai-pegawai Negeri telah menukepada mereka yang bijak menilai samada segala perkhidmatan Dato' Luar itu dikira sebagai jasa atau tidak. Sepanjang hayat Dato' Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah membuktikan bahawa beliau mampu memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan menggunakan daya usaha sendiri. Dato' Bentara Luar duh Dato' Luar membuat penyelewengan tetapi tidak dapat membuktikannya. Akhirnya pada 21 Mei, 1912, Dato' Luar terus bersara dan usia beliau ketika itu adalah 71 tahun. Beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat. Di bawah Ungku Ahmad, Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat British untuk menjalankan pentadbiran.
Meninggal Dunia
Beliau telah kembali ke Rahmahtullah pada Hari Jumaat, 21 Julai 1915 (pukul 6.15 petang) bersamaan dengan 18 Syaaban 1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.