You are on page 1of 10

3.

3: PEMODENAN JOHOR
MELAMBATKAN CAMPUR
TANGAN BRITISH
PEMIMPIN JOHOR YANG
BERWIBAWA
Pembangunan & pemodenan Johor wujud
disebabkan adanya persepakatan antara sultan
dengan pembesar.
Beberapa pemimpin terkemuka Johor seperti
Dato Abdul Rahman bin Andak, Dato
Jaafar bin Muhammad, Dato Muhammad
Salleh bin Perang & Dato Muhammad
Ibrahim Munsyi telah memainkan peranan
masing-masing dengan berkesan untuk memajukan
Johor.
Kepintaran mereka dalam menjalankan
pentadbiran menyebabkan British tidak
mempunyai alasan untuk campur tangan.
Dato Jaafar bin Muhammad
Setiausuaha kerajaan Johor yang pertama
pada tahun 1868
Menteri Besar Johor yang pertama pada
tahun 1882 1919
Digelar sebagai Datuk Bentara
Mewajibkan semua pegawai British yang
berkhidmat di Johor memakai pakaian
rasmi kerajaan Johor
Demi menjaga maruah dan kedaulatan negeri,
beliau mengarahkan bendera Union Jack iaitu
bendera British dikibarkan lebih rendah
daripada bendera negeri Johor
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu,
penggunaan bahasa ini dalam penulisan surat
rasmi ke pejabat kerajaan diwajibkan
Dato Abdul Rahman bin Andak
Setiausaha Sulit Sultan Johor pada tahun
1885
Setiausaha kerajaan Johor pada tahun
1893 1909
Dianugerahi gelaran Dato Seri Amar
Diraja & berperanan dalam hal ehwal
hubungan luar negeri
Bertanggungjawab mengawal hubungan
Johor dengan British
Perintis kepada penubuhan Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 yang
merupakan badan persuratan terulung di tanah
air pada masa itu
Dato Muhammad Salleh bin Perang
Telah memegang beberapa jawatan dalam
pentadbiran kerajaan seperti Pesuruhjaya
Polis, Ketua Jabatan Ukur & Ketua Jabatan
Tanah
Sebagai Pesuruhjaya Polis, beliau
bertanggungjawab menjaga keamanan dan
kestabilan negeri Johor
Ini memudahkan perancangan pembangunan
seperti Muar, Endau, Segamat, Tangkak & Batu
Pahat
Beliau juga dianugerahi gelaran Dato Bentara
Luar
Beliau telah melukis peta pembangunan negeri
Johor yang menunjukkan semua jalan & bandar
yang akan dimajukan
Dato Muhammad Ibrahim Munsyi
Sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Johor
yang pertama pada tahun 1883, beliau
telah mendirikan banyak sekolah &
mendesak supaya pendidikan diwajibkan
kepada semua rakyat Johor
Dianugerahi gelaran Dato Bentara Dalam
Juga digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor
Dilantik menjadi Timbalan Menteri yang
pertama pada tahun 1893
Soalan
1. Apakah sebab pembangunan & pemodenan
diwujudkan?
2. Siapakah pemimpin-pemimpin terkemuka
Johor?
3. Apakah yang menyebabkan British tidak
mempunyai alasan untuk campur tangan
dengan pemimpin-pemimpin Johor?
4. Jawatan apakah yang telah dipegang oleh
Dato Muhammad Salleh bin Perang dalam
pentadbiran kerajaan?

You might also like