You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA (AEA 1114) MANJUNG RAYA, 32040 SERI MANJUNG PERAK seri_samudera@yahoo.

com 05 6882140 / 05 6882161 (fax) 1Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan


Rujukan Kami : Tarikh : 24 JUN 2013

Kepada Pelajar yang dikasihi,


Sebagai generasi yang yakin dan akrab dengan teknologi, anda pasti tahu bahawa Internet merupakan satu portal pengetahuan yang menyeronokkan serta penuh dengan daya tarikan yang tersendiri. Namun, sehingga kini, anda mungkin belum lagi mengaitkan kuasa Internet dengan pembelajaran anda di bilik darjah dan di sekolah.

Untuk makluman para pelajar, Projek 1BestariNet tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun sampai di sekolah kita. Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog VLE (Virtual Learning Environment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan. Projek ini adalah inisiatif kerajaan dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

frog

VLE ialah sebuah platform yang dibina untuk mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Anda boleh menggunakannya untuk menyiapkan tugasan dan projek, serta berkomunikasi dengan guru-guru dan rakan sekelas. Sekolah juga akan mempunyai sebuah laman Dashboard yang mengandungi berita dan informasi terkini berkenaan sekolah supaya anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti dan acara yang berlangsung di sekolah. Sesudah laman dibina untuk kelas dan kumpulan kokurikulum, anda boleh mula bergiat secara aktif bersamasama ahli kumpulan yang lain. Ini pasti akan menjadikan aktiviti luar kelas lebih menarik dan bermanfaat.

frog

bukan hanya sekadar suatu teknologi dan pembelajaran maya. Kewujudan frog membolehkan anda belajar dengan lebih mendalam menerusi aplikasi dan teknologi yang mampu menjadikan anda pelajar yang lebih mantap. Mulai sekarang, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua. Tambahan lagi, projek 1BestariNet telah menyediakan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan platform pembelajaran yang sama. Dengan ini, anda berpeluang berhubung dengan pelajar-pelajar lain di Malaysia dan berkongsi ilmu menerusi satu portal penglibatan pelajar (The Pond). Untuk mengakses dunia maya frog, setiap pelajar akan diberikan satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai guna. Para pelajar boleh menggunakannya untuk: Mengakses platform frog VLE Mengakses emel peribadi Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education Berikut adalah maklumat yang anda perlukan untuk mula menggunakan

frog VLE:

Nama: ____________________________________________________________ ID Pengguna (Login ID): _______________________________________@yes.my Kata Laluan (Password): _____________________________________________ URL VLE Sekolah: https://_________________________________.1bestarinet.net

Para pelajar boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsia di www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.

frog VLE secara aktif supaya mendapat manfaat daripada pengalaman yang baru ini. Semoga penggunaan frog VLE ini akan membantu anda menjadi seorang pelajar
Saya berharap anda akan menggunakan yang berwawasan, cemerlang, dan mempunyai masa depan yang gemilang. Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan.


Saya yang menurut perintah,

............................................... (PN. HJH. KHAIRIZAH BINTI HASSAN) Pengetua SMK Seri Samudera, Manjung Raya Perak

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan Nama: _________________________________________________ ID Pengguna (Login ID): ___________________________@yes.my Kata Laluan (Password): __________________________________

frog VLE anda:

URL VLE Sekolah: https://_____________________.1bestarinet.net Guru-guru boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsia di www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.
Komitmen serta minat guru-guru dalam merealisasikan transformasi pendidikan ini pasti mampu meningkatkan tahap pencapaian sekolah dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan.


Saya yang menurut perintah,

............................................... Pengetua / Guru Besar

You might also like