You are on page 1of 9

Langkah Pertama: Sebelum memulakan aplikasi ini, pelajar diberi ID log masuk (password) peribadi

sendiri dan akses percuma ke VLE setiap kali log masuk ke Frog VLE. Mereka akan mendaftar di
laman web FROG VLE yang telah didaftarkan oleh sekolah.

Selepas pendaftaran, murid akan mempunyai laman sendiri atau My Dashboard


iaitu halaman pertama yang akan ditemui selepas log masuk ke dalam Frog VLE
seperti Rajah - 11

Halaman ini boleh diubahsuai untuk memaparkan kalendar sekolah, RSS Feeds,
atau notifikasi. Murid boleh menggunakan Widgets untuk mengubah rupa dan
kandungan Dashboard mengikut kesesuaian di mana murid boleh memilih senarai
yang ada untuk menetapkan latarbelakang Frog VLE atau memuat naik imej sendiri.
Sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang
membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran
dijalankan di Internet menerusi Frog VLE. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog,
atau lebih dikenali sebagai Frog VLE ini juga ialah satu sistem pembelajaran
berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Terdapat 16 pautan dalam ruangan utama Frog VLE seperti: Assignments School
Dashboard Booking Calendar Community Department Sites Lesson Resources
Frogstore Forums The Pond School Documents My Documents Sites E-Mail Resource
Manager My Dashboard Calendar

Guru boleh mengakses segala-galanya yang mereka perlukan dalam sehari dengan
beberapa klik sahaja di mana Frog VLE ini menghubungkan semua sistem sekolah
bersama-sama. Sekolahsekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan
akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah
pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Walaupun murid
secara mudahnya dapat mengakses maklumat dari internet, tetapi kandungan
Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran
pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan
disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan
dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

You might also like