You are on page 1of 2

KEPENTINGAN MODEL EKONOMI BARU KEPADA RAKYAT & NEGARA

ekonomi maju dan berdaya saing, dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta perpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang inklusif dan mampan. Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih akan kekal sebagai sektor terbesar dalam ekonomi Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomi akan jatuh disebabkan oleh pertumbuhan pesat dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan dan minyak sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi MEB akan menyediakan kerangka kerja dan persekitaran yang merangsang semangat keusahawanan untuk merebut peluang pertumbuhan menggunakan pembiayaan yang tersedia. pertumbuhan yang menyokong golongan miskin dan akan memastikan bahawa tiada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan serta keperluan asas rakyat akan dipenuhi. pengurangan dalam kadar kemiskinan tegar yang hampir mencecah tahap pembasmian menggalakkan pertumbuhan peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerja berpendapatan tinggi yang baru. Peluang perniagaan mengambil kira potensi sektor untuk berkembang secara organik. Ini mewakili peluang perniagaan yang mantap. Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan dengan kejayaan pelaksanaan ETP. Contohnya, pembangunan tempat peranginan bersepadu dan hotel merentasi Malaysia akan mewujudkan peluang perniagaan untuk operator pelancongan dan perniagaan pengangkutan darat di seluruh Malaysia.Kerajaan juga akan melabur dalam pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ini.Apabila satu sektor berkembang, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain. Contohnya, apabila sektor pelancongan membangun,ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan tambahan kepada PNK. PNK tambahan ini diliputi melalui pengiraan penggandaan. memanfaatkan golongan isi rumah yang berpendapatan paling rendah. Pertumbuhan mampan yang diaspirasikan bukan sahaja dari sudut prestasi ekonomi, tetapi juga turut mengambilkira kesan pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli. Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan. MEB berusaha mewujudkan pertumbuhan mampan yang memenuhi keperluan berterusan penduduk tanpa menjejaskan generasi akan datang melalui pengawasan dan pemuliharaan alam semulajadi dan sumber mudah lupus secara berkesan.

Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa

sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan. Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam membuat keputusan mengenai pelaburan dan pekerjaan. Projek dan peluang perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP telah diwujudkan bersama oleh sektor awam dan swasta. Yang penting adalah kebanyakan daripada projek dan peluang perniagaan ini akan dibiayai sebahagian besarnya daripada pihak swasta. Peranan Kerajaan adalah sebagai pemudahcara aktif bagi sektor swasta dengan memberikan sokongan dari segi sumber dan dasar, berbeza dengan peranan sebelum ini yang bertindak sebagai peneraju utama. Justeru itu, Malaysia akan menjadi sebuah Negara ekonomi maju di mana sektor swasta merupakan pemacu pertumbuhan negara.

Tahap pelaburan perniagaan swasta perlu ditingkatkan dengan ketara. Pelaburan swasta hanya meningkat 2 peratus setiap tahun semenjak lima tahun yang lepas berbanding dengan tahap 10 peratus yang diunjurkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Berdasarkan unjuran Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menjangka bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus pertumbuhan tahunan pelaburan swasta yang diperlukan adalah sebanyak 12.8 peratus sehingga 2015 bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi

Peranan Kerajaan adalah untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi ini dengan menyampaikan pembaharuan, memberikan insentif untuk pelaburan dan memastikan pembiayaan awam disasarkan ke bidang di mana ia akan memberikan impak yang paling besar Melalui ETP, lebih daripada 3 juta pekerjaan baru akan diwujudkan, di mana majoriti adalah pekerjaan berpendapatan sederhana atau tinggi .

You might also like