You are on page 1of 23

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

(GGGB 5023)

KERTAS PEMBENTANGAN SEMINAR 2009

TAJUK :
Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Tajuk Istinjak Dengan
Menggunakan Bahan Maujud

OLEH :
Mohd Azizi bin Sulaiman (P 48607)
Badrol Hisham Bin Majid (p 48671)
Mohd Hafiz Bin Hassan (P 48678)
Siti Zubaidah binti Ingsa (P 48581)
Suryatee binti Abd Rashid (P 48696)

UNTUK :
Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin

KELOLAAN :
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
2
MEMPERTINGKATKAN MINAT PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP
TAJUK ISTINJAK DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN MAUJUD

Mohd Azizi bin Sulaiman


Badrol Hisham Bin Majid
Mohd Hafiz Bin Hassan
Siti Zubaidah binti Ingsa
Suryatee binti Abd Rashid
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 2009, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kajian ini membincangkan tentang mempertingkatkan minat pelajar tingkatan satu
terhadap tajuk istinjak dengan menggunakan bahan maujud. Objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak melalui bahan maujud,
mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak dan
mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai digunakan
dalam istinjak. Bagi memperolehi dapatan kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah
pemerhatian melalui guru dan video serta penilaian daripada penyelia yang merangkumi
Kemahiran A: Permulaan, Variasi, dan Penerangan, Kemahiran B: Penggunaan Papan Hitam
dan Pengesanan, Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, Peneguhan, dan Pengesanan serta
Kemahiran D: Penyoalan dan Pengesanan. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 9 orang
pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) major Pendidikan Islam. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pengajaran guru berkesan dan dapat menarik minat pelajar
dengan penggunaan bahan maujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hanya sedikit sahaja
penambahbaikan yang perlu guru perbaiki bagi meningkatkan lagi mutu pengajarannya pada
sesi yang lain. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada para
pentadbir dan pelajar amnya dan para guru Pendidikan Islam khususnya.

PENGENALAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran masakini, guru digalakkan menggunakan kaedah
pembelajaran berpusatkan pelajar. Di samping itu, untuk menarik minat pelajar, bahan dan
aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran sejak ia dilaksanakan
dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di maktab-maktab
perguruan telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai
3
pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam
melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti.

Persoalan yang sering ditanya ialah : Sejauh manakah kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang didedahkan kepada guru pelatih semasa dimaktab dapat dipraktikan disekolah ? Adakah
amalan guru dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain
seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa ? Dalam
beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan. Sekolah-
sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu
mengajar yang merangkumi pelbagai media.

Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan
penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Guru-
guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan
dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai
kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan
'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan islam.

Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi
fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum latihan perguruan di
universiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut perguruan) memberi
penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi
kandungan yang tinggi malah dapat menguasai pelbagai kemahiran dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi


Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, ‘Mikro
Teaching’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat pengajian,
mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan mengajar sebelum bergelar
seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumber
pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan maujud dengan
berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila
mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang
4
diperolehi sepanjang pengajian itu dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka di sekolah terutamanya dalam penggunaan bahan maujud.

Objektif Kajian

Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk istinjak melalui bahan
maujud.

ii. Mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan dalam istinjak.

iii. Mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak yang sesuai
digunakan dalam istinjak.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji
sebagai penyelesaian masalah. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan
kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

i. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap tajuk
istinjak?

ii. Bagaimanakah mengklasifikasikan jenis-jenis bahan istinjak yang sesuai digunakan


dalam istinjak?

iii. Bagaimanakah mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri bahan istinjak


yang sesuai digunakan dalam istinjak.

Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
pendidikan khususnya yang melibatkan Bahan Maujud dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Antara pihak-pihak yang boleh mendapat faedah dari kajian ini ialah seperti berikut:
5

Guru
Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah-sekolah yang mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada
kajian ini akan membolehkan mereka menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya ini akan
meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih membanggakan. Kajian ini
juga mampu membantu guru-guru Pendidikan Islam agar dapat menggunakan pendekatan
pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar.

Pentadbir sekolah
Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan
Alat Bantuan Mengajar serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Pelajar
Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka
dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Dengan itu,
diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran
yang berbagai bentuk.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Bahan bantu mengajar bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru
perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia
membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik
serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah
Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam
pengajaran mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ dalam
pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk
belajar.

Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara akan dibestarikan (Lai,
Khaw dan Seah, 2002). Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber
pelajaran dan alat bantu mengajar yang merangkumi pelbagai perkara. Guru-guru di sekolah
harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai
6
dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Dengan itu, guru-guru perlu bersedia
menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan
pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan
bahan bantu mengajar ataupun bahan maujud khususnya bagi matapelajaran pendidikan islam
dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-
bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan bahan bantu mengajar ataupun bahan maujd perlu dipelbagaikan dengan kaedah
dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian,
menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan
menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001). Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya
penggunaan bahan bantu mengajar kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada
pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk
memilih BBM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif
pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan BBM amat penting kepada guru bagi
membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu
yang disampaikan. Di antara kepentingan BBM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti
berikut:

i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan


peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran.

ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.

iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan


pembelajaran.

METODOLOGI

Sampel kajian ini terdiri daripada 9 orang pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
(DPLI) major Pendidikan Islam. Mereka ini terdiri daripada bakal guru Pendidikan Islam yang
menjalani kelas mikro dan makro. Guru yang mengajar tajuk Istinjak merupakan salah seorang
pengkaji bagi kajian tindakan ini.
7
Penyelidikan ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Istinjak.
Tempoh kajian dilaksanakan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
iaitu 40 minit. Pemerhatian dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
serta pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video digunakan sebagai instrumen
kajian

Pemerhatian dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Melalui


pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji akan membuat pemerhatian sebelum,
semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Perkara-perkara yang
diperhatikan ialah respon dan tingkah laku pelajar di dalam kelas. Ia akan melihat samada
respon yang diberikan berbentuk positif seperti memberikan perhatian terhadap pengajaran
guru, mengambil bahagian dalam setiap aktiviti di dalam kelas, terhibur atau membuat hal
sendiri dan boleh menerima dan mengikut arahan yang diberikan atau berbentuk negatif seperti
pelajar membuat hal sendiri, tidur, membuat bising, tidak memberikan perhatian dan lain-lain.
Pemerhatian ini melibatkan semua pelajar di dalam kelas dan setiap pemerhatian akan di catat
di dalam buku supaya tidak hilang atau terlupa di akhir pengajaran nanti.

Pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video pula akan mengimbas kembali
proses p&p yang telah dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu
dibaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan. Ini bagi mengelakkan daripada guru ini akan
terlepas pandang sesuatu kelemahan dalam kaedah pengajarannya yang telah dijalankan.

Intrumen lain yang digunakan dalam kajian ialah melalui penilaian dan komen penyelia yang
turut serta dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penilaian ini adalah
bertujuan untuk meningkatkan mutu pengajaran guru serta kaedah atau pendekatan yang
digunakan oleh guru untuk menarik minat pelajar terhadap tajuk Istinjak dengan menggunakan
bahan maujud penilaian dan komen tersebut merangkumi :

i) Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan.


ii) Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan.
iii) Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan.
iv) Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.
8
PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan ialah melalui pemerhatian dan penilaian penyelia.
Pemerhatian ini pula terbahagi kepada dua iaitu:

i) Pemerhatian dilakukan oleh guru sewaktu proses p&p berlaku.


ii) Pemerhatian keseluruhan kelas melalui rakaman video semasa proses p&p berjalan
di dalam kelas.

Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh guru, guru akan membuat pemerhatian sebelum,
semasa dan selepas proses p&p dilakukan. Perkara-perkara yang diperhatikan ialah respon dan
tingkah laku pelajar di dalam kelas. Ia akan melihat samada respon yang diberikan berbentuk
positif seperti memberikan perhatian terhadap pengajaran guru, mengambil bahagian dalam
setiap aktiviti di dalam kelas, terhibur atau membuat hal sendiri dan boleh menerima dan
mengikut arahan yang diberikan atau berbentuk negatif seperti pelajar membuat hal sendiri,
tidur, membuat bising, tidak memberikan perhatian dan lain-lain. Pemerhatian ini melibatkan
semua pelajar di dalam kelas dan setiap pemerhatian akan di catat di dalam buku supaya tidak
hilang atau terlupa di akhir pengajaran nanti.

Pemerhatian yang dilakukan menggunakan rakaman video pula akan mengimbas kembali
proses p&p yang telah dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti setiap kelemahan yang perlu
dibaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan. Ini bagi mengelakkan daripada guru ini akan
terlepas pandang sesuatu kelemahan dalam kaedah pengajarannya yang telah dijalankan.

Kaedah pengumpulan data yang seterusnya adalah melalui penilaian dan komen penyelia yang
turut serta dalam sesi p&p yang dijalankan. Penilaian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
mutu pengajaran guru serta kaedah atau pendekatan yang digunakan oleh guru untuk menarik
minat pelajar dari pelbagai segi contohnya seperti:
9
i) Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan.
Bil Item Kriteria
1 Permulaan • Menarik perhatian
• Membangkitkan minat
• Menstruktur
• Membuat cantuman
2 Variasi • Gestur
• Pola percakapan
• Penggunaan pelbagai deria
• Interaksi guru – pelajar
• Pergerakan guru
3 Penerangan • Kejelasan
• Penegasan
• Petunjuk
• Perancangan
4 Pengesanan • Guru melihat, menyoal dan bergerak

ii) Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan.


Bil Item Kriteria
1 Perancangan • Alat tulis dan lukis
• Penggunaan ruang (pembahagian papan hitam)
• Format penulisan (tajuk dan susunan idea)
• Ilustrasi (penggunaan idea dari ilustrasi asas, besar, ringkas
dan jelas.
2 Kualiti Tulisan • (besar, jelas, tegak, seragam, ada ruang, dan bentuk huruf)
3 Kemas • Baris tulisan selari
• Tidak menulis atas huruf atau perkataan
• Pemadaman bersih / tulisan jelas
4 Pengesanan • Guru melihat, menyoal dan bergerak

iii) Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan.


Bil Item Kriteria
1 Menjelaskan • Ringkas
dengan contoh • Relevan
• Menarik
• Penggunaan media
• Penyertaan pelajar
2 Peneguhan • Berbahasa
• Gestur
• Aktiviti
• Kesesuaian (masa dan tahap pelajar)
3 Pengesanan • Guru melihat, menyoal dan bergerak
10

iv) Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.


Bil Kriteria
1 Hentian sebentar (sesuai dengan tahap soalan)
2 Menerima jawapa salah dengan muka manis
3 Dorongan
4 Meminta penjelasan lanjut
5 Alih tumpuan (kaitan dengan topik/ konsep yang lain)
6 Ubah haluan (meminta pendapat pelajar yang lain)
7 Menjemput bukan sukarelawan
8 Jenis soalan
• Ingat semula
• Pemahaman
• Penggunaan (aplikasi)
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian
9 Pengesanan (Guru melihat, menyoal dan bergerak)

ANALISIS DATA & DAPATAN KAJIAN

Pemerhatian guru dan video

Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan

Berdasarkan dapatan kajian melalui pemerhatian yang dilakukan, pengkaji mendapati pelajar
sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses p&p yang akan diajar
oleh guru selanjutnya. Hal ini kerana guru menunjukkan bahan maujud seperti batu, tisu, kulit
kayu, daun kering, kertas kesat dan kain perca semasa set induksi di awal proses p&p.

Pelajar kebanyakannya tertanya-tanya kepada guru apakah kegunaan bahan-bahan maujud


tersebut. Sebelum guru memberikan jawapan tentang proses pengajaran pada hari itu, beliau
telah meminta pelajar meneka apakah kegunaan dan sebab bahan-bahan maujud itu dibawa.
Respon yang diterima daripada pelajar adalah sangat aktif. Dalam pemerhatian, pengkaji
mendapati kelas menjadi lenih aktif kerana tertarik dengan bahan maujud yang ditunjukkan
oleh guru.
11
Sewaktu proses perkembangan p&p dijalankan, pengkaji mendapati guru menggunakan bahan
bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional. Guru menggunakan bahan
konvensional berbentuk peta minda untuk menerangkan isi pengajaran kepada pelajar.
Manakala penggunaan multimedia bagi menayangkan gambar-gambar seperti jenis-jenis air
yang digunakan untuk bersuci dan alat-alat yang diharamkan untuk bersuci seperti kaca, duri,
makanan dan lain-lain bagi meningkatkan minat dan kefahaman pelajar di dalam pembelajaran
mereka.

Disini pengkaji mendapati penggunaan multimedia sebagai pengubah haluan dan minat pelajar
supaya mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang menggunakan konsep yang sama sahaja.
Berdasarkan respon pelajar, pengkaji mendapati mereka lebih berminat untuk mengikuti p&p
selanjutnya. Pengkaji mengandaikan sedemikian kerana mendapati bahawa para pelajar tekun
mendengar penerangan daripada guru. Sesekali guru ada menyelitkan unsur cerita dan jenaka
untuk mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk.

Kemahiran B: Penggunaan papan hitam dan pengesanan.

Dapatan kajian melalui kemahiran B pula, pengkaji dapati guru tidak mempunyai perancangan
di dalam penggunaan papan hitam sepanjang proses p&p dijalankan. Akan tetapi guru telah
menggunakan bhan bantu mengajar berbentuk konvensional seperti yang telah dinyatakan di
atas.

Berdasarkan pemerhatian, pengkaji dapati kualiti tulisan yang ditulis di atas bahan bantu
mengajar yang digunakan kemas, tegak, idea yang tersusun dan seragam tetapi terdapat
beberapa kelemahan seperti tulisan agak kecil dan kurang jelas. Ini menyebabkan pelajar
kurang jelas dengan perkataan sehingga memaksa guru memegang bahan bantu mengajar
tersebut dengan jarak yang dekat dengan mereka.

Kemahiran C: Menjelas dengan contoh, peneguhan dan pengesanan.

Melalui kemahiran C, pengkaji dapati kelas semakin hidup dan penglibatan semua pelajar
sangat aktif. Ini kerana guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun dengan
iringan muzik yang rancak. Di dalam kotak beracun tersebut, guru meletakkan beberapa jenis
bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk
menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap pembelajaran pada hari itu.
12

Dapatan mendapati respon pelajar begitu seronok, terhibur dan faham dengan pembelajaran
pada hari itu. Ini kerana setiap cabutan soalan dan bahan maujud yang terkandung di dalam
kotak beracun itu mampu dijawab dengan baik dan tepat. Selepas setiap jawapan yang
diberikan oleh pelajar, guru akan membuat sedikit ulasan ringkas bagi mengukuhkan
pemahaman pelajar.

Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.

Bagi kemahiran D, beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji seperti tenik penyoalan
yang dilakukan. Guru telah meminta penerangan lanjut daripada pelajar atas jawapan yang
diberikan untuk mendidik mereka supaya berani mengeluarkan pendapat dan pandangan
sendiri. Disamping itu, teknik penyoalan yang dilakukan oleh guru menepati kriteria bagi
kemahiran D.

Setiap persoalan yang diajukan kepada pelajar, guru menerima setiap jawapan yang diberikan
dengan muka yang manis samada jawapan yang diberikan betul ataupun salah. Ini akan
membina keberanian dan semangat pelajar untuk sentiasa cuba menjawab soalan walaupun
mereka merasakan jawapan itu kurang tepat. Sepanjang proses p&p juga, guru didapati kerap
memberi dorongan yang membina serta nasihat yang berguna untuk pelajar mengamalkannya
di dalam kehidupan seharian mereka.

Penilaian Penyelia

Melalui penilaian dan komen yang diberikan oleh penyelia, kebanyakan komen adalah positif
dan membina. Antara komen yang diberikan ialah:
i) pengajaran guru semakin baik
ii) teknik bercerita yang baik
iii) set induksi yang berkesan dan menarik minat pelajar
iv) penerangan yang jelas dan mantap
v) gestur yang bagus dan bersesuaian
vi) interaksi guru dan pelajar sangat bagus
vii) aktiviti yang sangat menarik dan menghidupkan suasana kelas dengan penglibatan
semua pelajar.
viii) Teknik penyoalan yang baik
13

Walaubagaimanapun penyelia tetap memberi teguran yang membina untuk penambahbaikan


beberapa perkara seperti:
i) suara guru perlu lebih kuat dan dilontarkan dengan lebih jelas. Ini kerana kadang-
kala pelajar di bahagian belakang kelas kurang dengar apa yang dituturkan oleh
guru.
ii) Tulisan di alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu lebih besar dan
menggunakan dakwat yang tebal.

PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, pengkaji berpendapat ada beberapa aspek
yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam proses pengajaran yang disampaikan. Ini penting
untuk memastikan proses p&p yang dijalankan berjalan lancer dan mengikut seperti yang
diharapkan. Guru mestilah prihatin dan peka terhadap suasana di dalam kelas dan tingkah laku
pelajar sepanjang proses p&p. Ini bagi memastikan pelajar dan suasana kelas sentiasa terkawal
dan pelajar-pelajar di dalam kelas itu tidak pasif sebaliknya sentiasa berinterkasi antara satu
sama lain.

Pendekatan bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian mestilah dititikberatkan oleh
guru supaya sesi pengajaran lebih berkesan dan menarik. Mungkin guru boleh menggunakan
bahan-bahan terpakai, alam semula jadi dan teknologi terkini yang melangkau sempadan dunia
dan masa. Guru juga seharusnya pandai menggunakan pendekatan melalui aktiviti yang
mampu menghidupkan suasana kelas seperti lakonan, nyanyian, pertandingan dan sebagainya
bagi mengukuhkan pengetahuan yang telah disampaikan.

Disamping itu, ia penting untuk memastikan semua pelajar turut terlibat sama dalam sesi
pengajaran yang sedang berlangsung. Dalam pada itu, guru juga seharusnya bijak memikirkan
kaedah penyampaian ilmu yang menarik dan berlainan seperti membawa pelajar keluar kelas
melawat tempat-tempat berkaitan dengan pembelajaran yang dijalankan pada hari itu dan
sebagainya. Sesi pengajaran dan pengajaran yang berlangsung tidak boleh tidak pasti
menghadapi beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya kelemahan itu datang
daripada unsur-unsur luar atau diluar kemampuan guru, maka itu pastinya dapat dimaafkan.
14

Namun sekiranya kelemahan dan kekurangan yang berlaku muncul daripada perbuatan, amalan
dan sikap guru itu sendiri, maka seharusnya penambahbaikan harus segera dilakukan. Ini
bertujuan untuk mengelakkan kesan yang negative dan diluar jangkaan guru berlaku. Bagi
pengajaran guru ini, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru seharusnya
melontarkan suaranya dengan jelas dan kuat supaya semua pelajar dapat mendengar dan
memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung. Ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah, dimana pelajar akan merasa mengantuk
dan bosan sekiranya suara guru yang mengajar agak perlahan dan mendatar.

Dalam pada itu, guru akan menyukarkan pelajar untuk memahami dan menangkap maksud
pengajaran yang disampaikan. Ini bukan sahaja akan membuatkan proses p&p gagal malah
pelajar juga tidak mendapat ilmu yang sepatutnya diterima. Selain itu, guru harus peka dengan
bahan bantu mengajar yang digunakan. Sebagai contoh jika memerlukan guru untuk menulis,
maka guru seharusnya menulis dengan tulisan yang besar, jelas, kemas dan seragam supaya ia
dapat memudahkan pelajar untuk membaca dan memahami pengajaran yang disampaikan.

Kebanyakan guru kurang peka akan permasalahan ini. Pada mereka asalkan bahan ini
disediakan, maka ia sudah mencukupi sedangkan masalah yang timbul melibatkan pelajar di
bahagian belakang kelas. Mereka tidak dapat membaca dan memahami apa yang ditulis dan
cuba di sampaikan oleh guru melalui alat bantu mengajar ini. Guru boleh melakukan percubaan
awal sebelum menggunakan bahan bantu mengajar yang telah dihasilkan dengan
mempraktikkan sendiri sesi pengajarannnya sebelum diaplikasikan di dalam kelas yang
sebenar.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya berdasarkan kajian yang telah dilakukan, didapati usaha guru ini dalam
mengetengahkan penggunaan bahan maujud di dalam pengajarannya dapat menarik perhatian
pelajar. Ini dapat dilihat daripada dapatan kajian yang diperolehi disamping penilaian oleh oleh
penyelia yang kebanyakannya berbentuk positif dan membina. Minat pelajar ini juga dapat
dilihat dengan interaksi dan suasana di dalam kelas yang sangat aktif. Melalui aktiviti di dalam
kelas seperti music box yang telah dilakukan sememangnya mempunyai tarikannya yang
tersendiri kerana mampu membuat pelajar tidak bosan dengan kaedah penyoalan yang sama
dan mendatar.
15

Sememangnya penggunaan bahan maujud di awal pengajaran atau di dalam set induksi patut di
gunapakai di dalam topik-topik pendidikan Islam yang lain bahkan mampu diaplikasikan di
dalam subjek-subjek pelajaran yang lain. Antara topik Pendidikan Islam lain yang sesuai untuk
diaplikasikan penggunaan bahan maujud ini adalah seperti Dalil Kewujudan Allah, Ibadat Haji,
Tayammum, Binatang Halal dan Haram di dalam Ialam dan sebagainya. Penggunaan kaedah
ini juga seharusnya dipertingkatkan dengan penambahbaikan yang bersesuaian pada masa akan
datang.

RUJUKAN

Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS. http://www.teachersrock.net/pdkt.htm [8 Julai 2009].

Kaedah & Teknik Mengajar. 2008. http://www.scribd.com/doc/3394071/Kaedah-Teknik-


Mengajar [8 Julai 2009].

Mok Soon Sang. 2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Jabatan Bahasa Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa
Antarabangs. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article89.pdf [8 Julai 2009].
16

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO


GGGE 5082

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DISEDIAKAN UNTUK:-
DR. NIK MUHAMMAD RAHIMI NIK YUSOF

DISEDIAKAN OLEH:-
MOHD AZIZI BIN SULAIMAN
P48607

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


17

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam


Tingkatan : Satu
Tarikh : 8 Jun 2009
Hari : Selasa
Masa : 40 minit
Tajuk : Istinjak
Konsep Utama : Bersuci Asas Kebersihan
Kata Kunci : Pengertian Istinjak dan Hukum, Alat-alat yang boleh dan Alat-alat
yang tidak boleh (dilarang) Istinjak, Syarat-syarat Istinjak dengan
benda kesat dan cara-cara Istinjak.
Tujuan Am : Pelajar dapat mengetahui dan memahami mengenai Istinjak.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:-
1. Menyatakan pengertian Istinjak dan hokum.
2. Menerangkan alat-alat yang boleh dan alat-alat yang dilarang
Istinjak.
3. Menjelaskan syarat-syarat Istinjak dengan benda kesat dan cara-
cara Istinjak.
Nilai Murni : 1. Menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri.
2. Dapat melakukan amal ibadat dengan khusyuk dan selesa.
Kemahiran Berfikir : Menjana idea, mengkategorikan dan menganalisis mengenai alat-alat
syarat-syarat dan cara-cara Istinjak.
Teknik Pengajaran : Teknik kuliah, bercerita, perbincangan dan soaljawab.
Bahan Bantu Mengajar : LCD, Power Point, permainan kotak hikmah (music box), peta minda
dan bahan-bahan maujud seperti batu, daun kering, tisu, kain perca
dan sebagainya.
18

Isi Pengajaran :
19

BAHAN YANG HARAM DIGUNAKAN UNTUK ISTINJAK:-

• Bahan yang bertulis ayat al-Quran atau Hadis


• Benda najis yang kering
• Bahan makanan
• Benda licin
• Benda merbahaya dan tajam

SYARAT-SYARAT ISTINJAK DENGAN BENDA KESAT:-

• Alat yang digunakan mesti suci


• Najis yang ada belum kering
• Najis tidak meleleh
• Tidak ada benda lain yang melekat

CARA-CARA ISTINJAK:-

1) Menggunakan Batu dan Air


Bersihkan tempat keluar najis dengan tiga (3) biji batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga
(3) bucu. Kemudian basuh dengan air Mutlak sehingga bersih, cara ini lebih afdal.

2) Menggunakan Air
Basuh tempat keluar najis dengan air Mutlak sehingga bersih.

3) Menggunakan benda kesat


Bersih tempat kena najis dengan benda least seperti kertas dan tisu hingga bersih.

Bahan Rujukan : Buku Rujukan Jaguh Imtaz (PMR), Buku Fiqah Islamiyah dan sumber
Internet:
- http://www.ms.wikpedia.org/wiki/istinjak
- http://www.makmal.8m.com/istinjak.html
- http://www.tayibah.com/eIslam/istinjak.htm
20
- http://www.fiqh-am.blogspot.com
Pengetahuan Lepas : Pelajar telah mempelajari mengenai tajuk bersuci daripada najis
seperti pengertian, jenis-jenis serta cara-cara menyuci najis.

Langkah-Langkah Pengajaran:

AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR BBM

PERMULAAN (A)

Guru mengeluarkan bahan maujud Pelajar cuba member perhatian Bahan maujud
untuk menarik minat dan menguji dan meneka pertanyaan guru. seperti batu, daun
tekaan pelajar. kering, tisu dan
sebagainya.

Guru bertanyakan pengalaman Pelajar menjawab berdasarkan


pelajar yang ada kaitan dengan pengalaman masing-masing.
tajuk hari ini.

Guru memberikan penerangan Pelajar memberi perhatian dan


mengenai pengetahuan lepas dan cuba mengingat kembali
kaitan dengan tajuk hari ini. pelajaran lepas.
Power Point
Guru menerangkan objektif Pelajar maklum akan objektif
pengajaran dan pembelajaran pada pengajaran dan pembelajaran.
hari ini.

PERKEMBANGAN (B)

Guru menerangkan dan Pelajar memberi tumpuan Peta minda


menjelaskan pengertian, alat-alat sepenuhnya.
yang boleh dan alat yang dilarang,
syarat-syarat Istinjak dengan
benda-benda kesat.
21

Guru meminta pelajar-pelajar Pelajar faham kehendak guru Peta minda


membaca setiap isi-isi pengajaran dan mengikut arahan guru.
yang tertulis di depan.

Guru menunjukkan gambar-gambar Pelajar tertarik dan memberi LCD dan Power
air mutlak yang digunakan untuk perhatian. point
Istinjak.

Guru menjelaskan cara-cara Pelajar memberi tumpuan Peta minda


Istinjak mengikut kategori yang sepenuhnya.
ditetapkan.

Guru bertanyakan kepada pelajar Pelajar menjawab mengikut apa


secara rambang agar pelajar dapat yang difahami hasil daripada
member tumpuan sentiasa. pembelajaran tadi.

PENERANGAN LANJUT DAN


AKTIVITI PENEGUHAN (C)

Aktiviti seterusnya memerlukan Pelajar faham dan mengikut Permainan Kotak


pelajar-pelajar duduk berdekatan arahan guru. Hikmah.
dan tersusun agar memudahkan
aktiviti.

Guru memberi satu kotak yang Aktiviti bermula.


berisi soalan-soalan di dalamnya.
Kemudian kotak tersebut bergerak
dari seorang ke seorang dengan
diiringi lagu.

Kemudian kotak itu diberhentikan


mengikut lagu yang diberhentikan Permainan kotak
oleh guru. Pelajar yang terakhir Hikmah.
22
yang memegang kotak tersebut
perlu mengambil satu soalan dan
jawab.

Kemudian diulang lagi


aktivitipermainan tersebut.

Antara soalan-soalan melalui


permianan kotak hikmah ialah:

1) Terangkan hokum dan alas an


bagi masalah berikut: “Ahmad
telahberistinjak menggunakan
akhbar walaupun terdapat air
pada ketika itu?
2) Jelaskan cara-cara
beristinjak? Manakah yang
lebih afdal?
3) Apakah hukum beristinjak?
Mengapa?
4) Keluarkan lima (5) contoh air
mutlak?

PENUTUP (D)

Guru membincangkan mengenai Pelajar bersama-sama guru


pengajaran serta penghayatan yang dalam sesi perbincangan
boleh diambil dari tajuk yang
dipelajari.

Guru merumuskan dan membuat Pelajar membuat perhatian dan


pengukuhan dengan bertanyakan menjawab soalan yang
beberapa soalan kepada pelajar- diberikan.
pelajar.
23

Guru membuat kesinambungan Pelajar member tumpuan


pelajaran dengan objektif pelajaran sepenuhnya.
hari ini.

Kelas tamat dan guru memberikan Pelajar-pelajar menyalin semua Buku Nota
tugasan lanjutan kepada pelajar tugasan lanjut yang diberi.
cara meminta pelajar-pelajar
membuat nota serta latihan yang
ada di dalam buku teks.

Penialaian Kendiri :
Pelajar berminat dengan bahan maujud yang dibawa ke dalam kelas, masing-masing tertanya-
tanya apakah tujuan bahan maujud itu dan membuat pelbagai andaian. Secara keseluruhannya
pelajar lebih memahami dan dapat menjawab semua soalan yang diberi pada kemahiran C iaitu
pengukuhan. Dalam pada itu, pelajar juga tidak mengantuk di dalam kelas seperti pengajaran
sebelum ini yang berlangsung pada waktu tengah hari.

Catatan Penyelia :
Berdasarkan proses p&p yang di lakukan, terdapat beberapa komen dari aspek positif dan
negative iaitu:
i. pengajaran guru semakin baik
ii. teknik bercerita yang baik
iii. set induksi yang berkesan dan menarik minat pelajar
iv. penerangan yang jelas dan mantap
v. gestur yang bagus dan bersesuaian
vi. interaksi guru dan pelajar sangat bagus
vii. aktiviti yang sangat menarik dan menghidupkan suasana kelas dengan penglibatan
semua pelajar
viii. Teknik penyoalan yang baik
ix. suara guru perlu lebih kuat dan dilontarkan dengan lebih jelas. Ini kerana kadang-kala
pelajar di bahagian belakang kelas kurang dengar apa yang dituturkan oleh guru.
x. Tulisan di alat bahan bantu mengajar yang digunakan perlu lebih besar dan
menggunakan dakwat yang tebal.

You might also like