You are on page 1of 1

FABRIK DAN BAHAN

Fabrik juga dikenali sebagai tekstil dan perkataan ini berasal daripada perkataan textilis yang bermaksud tenunan. Walau bagaimanapun secara amnya perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas iaitu fabrik terikat dan bernep. Fabrik tebahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan fabrik buatan. Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal bercorak atau tanpa corak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis pakaian terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabrik yang digunakan ialah fabrik kapas campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai. Gentian kapas adalah gentian yang popular dan digunakan untuk menghasilkan berbagai artikel rumah tangga dan pakaian. Gentian kapas didapati daripada daripada pokok kapas yang ditanam dikebanyakan negara seperti India, Mesir, China, Mexico dan Amerika Syarikat.Terdapat pelbagai mutu dan gentian kapas. Gentian yang halus dan panjang akan menghasilkan fabrik kapas yang bermutu tinggi. Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabrik kapas campuran tanpa corak. Warna yang kami pilih adalah warna biru dan hitam.. Fabrik kapas campuran ini merupakan daripada gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas campuran. Kelebihan mengunakan fabric ini adalah : tahan lasak. mudah dikendalikan. tahan panas dan tidak mudah mengembang. mudah dijahit.

You might also like