You are on page 1of 8

TEORI HURAIAN BAHASA

1. Nahu Tradisional
• Dipelopori oleh Panini (India).
• Bahasa ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur
serta menggunakan alat untuk membunyikan suara.
• Mementingkan bahasa tulisan
• Penutur diwajibkan mematuhiperaturan, kesilapan yang dilakukan
dianggap sebagai kesalahan
• Pengajaran banyak tertumpu kepada nahu terjemahan

2. Struktural
• Dipelopori oleh Edward Sapir,Bloomfield dan Leonard de
Saussure.
• Bahasa adalah sistematik, mempunyai tatabahasa sendiri hidup
dan berubah.
• Bahasa mempunyai satu sistem,mempunyai peraturan,, arbitrari
dan digunakan untuk perhubungan.
• Menumpukan kajian terhadap fonologi,morfologi dan sintaksis
• Huraian bahasa dilakukan secara induktif.
• Huraian bahasa tidak menentingkan makna dan analisis dibuat
secara luaran

3. Transformasi Generatif
• Dipelopori oleh Noam choamsky
• Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa.
• Penutur natif berkebolehan membentuk dan memahami peraturan
yang baru.
• Daripada kebolehan ini akan membentuk rumus-rumus bahasa
secara transformasi yang lengkap.
• Penguasaan bahasa adalah berdasarkan penguasaan bahasa
pertama terlebih dahulu.
• Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran
• Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
• Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol
untuk menganalisis nahu

4. Teori Fungsional
• Dipelopori oleh Haliday dan Wilkins.
• Mengkaji tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa
ketika seseorang berkomunikasi.
• Anggap bahasa sebagai alat perhubungan.
• Mementingkan aspek semantik
• Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal
• Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi
penutur.
• Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat
komunikasi.
• Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk
bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA


1. Teori Behaviurisme
• Diasaskan oleh Ivan Parlov( gunakan anjing sebagai subjek
penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.
• Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
• Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku
manusia.
• Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih
tubi.
• Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan
mental.
• Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan
pengalaman lampau mereka
• Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan
rangsangan dan tindak balas.
• Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan
perhatian.
• Dalam P & P bahasa, aliran ini satu latihan.
• Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu
dipelajari dalam suasan lisan.
• Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam
berbahasa
• Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan
gerak balas yang sempurna
• Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan
tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu
pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan
melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku
itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang
menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan
loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan,
secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana
makanan akan disajikan. Thorndike (1874–1949) pula
mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory
(teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim
menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar
"belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk
mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar
(stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan
neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila
respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila
hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang
dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904–1990)
mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement,
iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi
peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar
diberi
• ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya
melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau
sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak
menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan
tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya
dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui
proses rote-learning.

2. Teori mentalis
• Teori dipelopori oleh Noam Choamsky
• Ahli-ahli psikologi yang sealiran dengan fahaman ini ialah Jean
Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausaubel,
Bruner, Gagne, dan lain-lain.
• Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara
memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan.
• Menurut mereka lagi, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih
rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah.
• Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh
fikiran dan pengetahuan yang sentiasa dalam berada dalam
keadaan sedar.
• Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah
laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati
dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku
dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran
sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang
bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan
teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good &
Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the
internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-
kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu
sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan
menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan
terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar
deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working
memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory,
STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM).
Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM
dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan
dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini
menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa
yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia
akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan.
Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses
dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan
proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978)
menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang
mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan
kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat
dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih
kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains
Kognitif.

3. Teori konstruktivisme
• Diasaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky.
• Memberi penekanan khsus kepada perbezaan individu.
• Mengaitkan pengaruh budaya dengaqn proses p & p.
• Pengalaman pelajar menjadi perkara pokok dalam pembelajaran
• Cara berfikir kanak-kanak dipengaruhi oleh unsur alam seperti
sikap, kemahiran,idea dan sebagainya.
• Pelajar harus mengeksploitasi unsur alam tersebut demi
pembelajaran mereka.
• Kanak-kanak mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang
dewasa mengenai unsure
• Diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah – rakan/
guru.
• Cth: dalam pembinaan ayat.
• Pembinaan semula ayat dianggap sebagai pembangunan semua
minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
• Guru boleh membantu pelajar mengurangkan jurang perbezaan
antara pandangan pelajar dengan orang dewasa.
• Guru akan bertindak sebagai pemudah cara. Antara konsep yang
penting dalam teorinya ialah:
○ Zon perkembangan proksimal
○ Perancah
○ Perantaraan semiotik
○ Peraturan batin

4. Teori Intraksonalisme
• Pelopor : Halliday
• Mementingkan aktiviti komunikasi.
• Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya.
• Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses
interaksi bahasa.
• Melalui interaksi terhasillah ayat penyata & ayat perintah.
• Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup
satu kumpulan manusia atau masyarakat.
• Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman.
Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan
mereka terhadap dunia disekeliling mereka.
• Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya
kepada orang lain. Mereka tidak dapat memperkembangkan
• Dalam konteks pengajaran,aliran ini berpendapat sekolah ialah
satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti
sosial mereka semaksima mungkin.
• Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam
situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang
mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama,
bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri.
• Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka
bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak
berupaya untuk mempengaruhi mereka.
• Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain
Teori konstruktivisme (Driver & Bell, 1986; Driver, 1995; von Glaserfeld,
1995; Gergen, 1995; Appleton, 1997) menyatakan bahawa pelajar membina
ilmu pengetahuan dan memberi makna kepada pengetahuan tersebut
berdasarkan pengalaman sendiri melalui proses aktif yang berlaku dalam otak.
Oleh itu, pengetahuan seseorang tentang sesuatu perkara bergantung pada
persepsi, kepercayaan dan pengalamannya tentang perkara tersebut. Ahli
konstruktivis percaya pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru
kepada pelajar secara tabula rasa, tetapi pelajar perlu membina
pengetahuannya sendiri melalui pemahaman yang diperoleh daripada proses
pembelajaran yang dialaminya. Dengan itu, pemahaman dan makna ilmu
pengetahuan bergantung pada cara ia dibentuk dalam minda pelajar.
Syarahan ini akan menerangkan bagaimana ilmu pengetahuan dibina dan diberi
makna oleh pelajar berdasarkan hasil kajian neurosains dan sains kognitif, dan
hasil penyelidikan penulis bersama-sama rakan seperjuangan serta pelajar-
pelajar sarjana dan Ph.D. Sepanjang hampir 15 tahun, iaitu sejak 1990, penulis
telah menjalankan hampir 45 buah kajian berkaitan bidang pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai peringkat dan subjek. Motivasi penulis untuk
memusatkan kajian kepada aspek pembelajaran berasaskan minda telah
bermula sejak beliau menjalankan penyelidikan Ph.D. Pada masa itu, penulis
mengkaji bagaimana pelajar belajar antara satu sama lain dalam kumpulan dan
bagaimana
4
hubungan serta interaksi sosial dalam kumpulan membantu pelajar membina
pemahaman yang lebih kukuh. Hal ini kerana terdapatnya aktiviti cabar-
mencabar pengetahuan sedia ada (construction), yang akhirnya menghasilkan
deconstruction dan reconstruction bagi membentuk pemahaman yang lebih
bermakna. Melalui kajian-kajian selanjutnya, penulis telah membina
pemahaman tentang bagaimana pembelajaran berlaku dan lebih penting lagi
mengapa terlalu banyak perkara yang dipelajari (diajarkan) tidak "terpahat"
dalam minda pelajar seperti yang sepatutnya.

JENIS STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK


1.1. Strategi
1.2. Pendekatan
1.3. Kaedah
1.4. Teknik
http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1
http://www.brunet.bn/news/pelita/10jan/sasbuday.htm
http://d.scribd.com/docs/27ke1zfbd46j2ehzzary.pdf

You might also like