You are on page 1of 20

PENGENALAN

Bahasa

ilmu

adalah bahasa

yang mampu menjadi pengantara untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Pada pandangan saya, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah lama diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu kepada rakyat Malaysia. Hakikatnya, bahasa Melayu telah lama digunakan oleh masyarakat di institusiinstitusi pengajian tinggi di Malaysia sebagai bahasa pengantara di sana semasa menuntut ilmu . Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentuk Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dengan memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama di IPTS. Selain itu, bahasa ini juga telah digunakan sebagai bahasa ilmu di situ. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mestilah mempunyai perbendahaan kata, istilah, dan bahasa yang sesuai. Bahasa Melayu mempunyai dua ciri, iaitu : i. ii. Keintelektualan bahasa Kesempurnaan bahasa.

Ciri-ciri ini membolehkan bahasa Melayu mencapai taraf sebagai bahasa ilmu. Keintelektualan bahasa juga boleh dicapai dengan melalui perkembangan

perbendaharaan kata dan struktur bahasa itu tersebut. Kesempurnaan bahasa pula boleh di capai dengan melalui kestabilan dan keindahan bahasa, kelenturannya serta kepelbagaiannya.
(sumber : Dr. Asmah Hj. Omar (1978), Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks

Perancangan Bahasa Kebangsaan)

Perancangan bahasa Melayu yang sistematik dan berperingkat-peringkat melalui sistem pendidikan kebangsaan dan melalui penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah berjaya menghasilkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah pertama. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekali gus telah menjadi bahasa yang penting dan utama dalam bidang keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa melayu menjadi bahasa pengantara dalam pembelajaran. Hal ini ditunjukkan berdasarkan kronologi di bawah:

Pada tahun 1958 : bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantara antara guru dan pelajar di sekolah menengah Melayu.

Pada

tahun 1970 : bahasa Melayu menjadi bahasa pengantara bagi

semua pembelajaran mata pelajaran kecuali bahasa Inggeris dan bahasa ibunda. Pada tahun ini juga, Universiti Kebangsaan Malaysia telah

ditubuhkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama di sana.

Pada tahun 1973 : semua mata pelajaran aliran sastera di sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semasa pembelajaran. Pada tahun ini juga, hampir kesemua kursus yang dikendalikan oleh maktab perguruan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara di sana.

Pada tahun 1975 ; semua sekolah rendah Jenis Kebangsaan Inggeris menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara sepenuhnya.

Pada tahun 1980 : semua sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam menuntut ilmu sepenuhnya di tingkatan 1 hingga tingkatan 4.

Pada tahun 1984 : penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di universiti tempatan.
Bahasa Melayu 1) (sumber : Siti Hajar binti Abdul Aziz (2008), Siri Pendidikan Guru

PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DI IPT

1. Bahasa yang menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.

Pada pendapat saya, bahasa Melayu memang sudah lama digunakan sebagai bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu khususnya di Institut Pengajian Tinggi. Sebagai tamsilan, bahasa Melayu telah lama diajar di Universiti Malaya iaitu sebelum tahun 1964 lagi. Universiti itu menjadi satu-satunya universiti di Malaysia pada masa itu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam menyampaikan ilmu. Seperti yang pernah saya kaji sebelum ini, Universiti Sains Malaysia pernah melaksanakan satu dasar yang menyatakan bahawa universiti itu akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam menyampaikan ilmu manakala bahasa Inggeris akan menjadi bahasa penyampai sekunder di sana. Tidak dapat dinafikan , Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di sana. Justeru, bakal mahasiswa yang ingin melanjutkan pelajaran di sana diingatkan untuk menguasai bahasa Melayu terlebih dahulu kerana bahasa pengantar di situ adalah menggunakan bahasa Melayu.

Sebenarnya, banyak lagi universiti tidak kira awam ataupun swasta telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantara semasa tutorial, kuliah, dan segala aktiviti pembelajaran di institut mereka. Oleh itu, memang wajar jika kita semua percaya bahawa bahasa Melayu memang menjadi pengantara dalam menyampaikan ilmu. Ramai orang berpendapat bahawa terdapat banyak institusi pengajian tinggi yang lebih memartabatkan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu di institusi mereka. Namun begitu, bilangan itu sebenarnya tidaklah sebanyak mana jika hendak dibandingkan dengan institusi pengajian yang menggunakan bahasa Melayu di institusi mereka. Mereka hanya menembah-nambahkan cerita sahaja. Hal ini kerana kerajaan sendiri telah membentuk Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik yang menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dan

memperuntukkan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTS. Dengan ini, saya berasa amat yakin bahawa bahasa Melayu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.

2. Menjadi bahasa yang mampu diekspreksifkan dalam pelbagai bidang ilmu di IPT.

Selain menjadi bahasa pengantara di institut pengajian tinggi, bahasa Melayu juga turut menjadi bahasa yang mampu diekspreksifkan dalam pelbagai bidang ilmu di sana. Ekspreksif disini bermaksud bahasa Melayu menjadi bahasa yang menunjukkan pelbagai bidang ilmu. Dengan erti kata lain, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam pelbagai bidang ilmu selain dari bidang pengajian melayu itu sendiri. Hal ini bukanlah suatu perkara yang aneh kerana bahasa Melayu itu sendiri mempunyai nilai kesejagatannya yang tersendiri. Maka, bahasa melayu boleh diekspresifkan dalam bidang ilmu yang pelbagai.Hal ini dibuktikan apabila Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan kemampuan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang kejuruteraan sehingga melahirkan ramai graduannya pada tahun 1979. Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah berjaya melahirkan 2,089

orang graduan ijazah pertama perubatan dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar. Kemudian universiti ini terus memajukan budaya berbahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan mulai 1988 sehingga melahirkan ramai graduan dalam bidang kejuruteraan.

Tambahan pula, di Universiti Malaya kursus-kursus Pengajian Melayu di sana, yang meliputi empat jurusan, iaitu Sastera, Sosiologi, Linguistik dan Umum telah berjaya menghasilkan antara 500 hingga 700 graduan yang mengikuti keseluruhan kursusnya dalam bahasa Melayu. Walaupun contoh-contoh ini agak kurang jelas bagi memantapkan hujah saya ini untuk mengatakan bahawa bahasa Melayu ini menjadi bahasa ekspreksif dalam

pelbagai bidang ilmu, tetapi saya amat yakin bahawa bahasa Melayu memang efektif dalam memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai bidang ilmu di institusi pengajian tinggi.

3. Berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baru di IPT.

Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu juga turut menjadi bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baru. Hal ini dibuktikan apabila wujud laras-laras bahasa baru dalam bidang sosiolinguistik bahasa Melayu. Kita semua dapat lihat bahawa pada belakangan, ini wujud banyak laras-laras bahasa Melayu yang telah dicipta. Contohnya, kita dapat mengetahui bahawa sekarang ini telah wujud laras bahasa sains dalam bidang sosiolinguistik bahasa Melayu. Contoh perkataan sains Yng telah dibakukan kepada bahasa Melayu ialah antibiotik, picagari, nukleus, kinetik. Selain itu, kita juga dapat mengetahui bahawa terdapat juga laras bahasa matematik, laras bahasa teknologi maklumat, laras bahasa sejarah dan sebagainya dalam bidang bahasa Melayu. Semua laras ini wujud bagi membantu pelajar IPT dan sering digunakan oleh mahasiswa serta pensyarah dalam tutorial mereka. Tegasnya, bahasa Melayu amat memainkan peranan yang sangat penting sebagai bahasa ilmu di institut pengajian tinggi di Malaysia.

4. Mampu menghasilkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat ijazah pertama.

Pada pendapat saya, perkara seperti ini amat tidak mustahil sama sekali ! Sudah ramai graduan-graduan universiti yang mendapat ijazah dalam bidang bahasa Melayu. Contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berjaya melahirkan 68 orang sarjana dan 8 orang Doktor Falsafah aliran Melayu dalam bidang bahasa Melayu. Antara nama-nama ahli akademik bahasa Melayu ialah Dato A. Aziz Deraman, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Pendeta Dr. Ismail Hussein, Prof. Dato Mohd Ghaus Nasarudin, Prof. Dr. Haji Mohd Sahlan bin Mohd Saman, Prof. Dr. Mohd Salleh bin Yaapar, Prof. Dr. Awang Sariyan dan ramai lagi. Adakah bukti itu masih belum mencukupi untuk kita percaya bahawa bahasa Melayu sangat memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu di institut pengajian tinggi? Kita tidak perlu pergi ke sana ke mari untuk mendapatkan bukti seperti ini yang mengatakan bahawa bahasa Melayu telah berjaya melahirkan ramai graduan. Kita sendiri boleh mengetahuinya dari media-media komunikasi yang lain. Contohnya, di televisyen kita dapat mendengar dan mengetahui bahawa ramai ahli akademik yang menggunakan bahasa Melayu di dalam pembelajaran mereka telah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam bidang bahasa Melayu dalam setiap penemuan baru. Mereka telah mendapat pengiktirafan dari pelbagai agensi dan menerima berbagai-bagai hadiah, anugerah, biasiswa dan piala antarabangsa Dengan itu saya menegaskan bahawa bahasa Melayu mampu untuk menghasilkan ramai ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa melayu.

5. Mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan di IPT.

Selain itu, bahasa Melayu juga berperanan dalam mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan di institusi pengajian tinggi. Hal ini bermakna, bahasa Melayu sangat penting dalam kemajuan ilmu semua rakyat di

Malaysia khususnya para mahasiswa walaupun mereka berada dalam lapangan yang berbeza-beza. Hal ini kerana bahasa Melayu itu sendiri telah mempunyai laras-laras bahasa yang membolehkan bahasa tersebut digunakan dalam pelbagai bidang akademik seperti sains, matematik, teknologi maklumat, perubatan dan lain-lain. Tambahan pula, bahasa Melayu itu juga bersifat sejagat dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang-bidang ilmu yang diceburi oleh pelbagai kaum. Konklusinya, Bahasa Melayu memang mampu untuk mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan di IPT. Oleh itu, saya amat menegaskan bahawa bahas Melayu juga berperanan dalam mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan di IPT.

6. Menjadi bahasa yang penting dan utama dalam bidang keilmuan moden di IPT. Bahasa melayu juga sangat penting dalam bidang keilmuan moden di institusi pengajian tinggi kerana banyak bukti-bukti yang kita boleh lihat tentang perkara ini. Contohnya, telah dianggarkan sejak 1987, sekurang-kurangnya secara puratanya 4,000 graduan sains dan teknologi aliran Melayu dihasilkan oleh universiti-universiti awam Malaysia setiap tahun. Selain itu, jurusan perubatan di universiti-universiti tempatan telah mengajar jurusan tersebut dengan mengunakan bahasa melayu kepada para pelajar. Buktinya, Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya menghasilkan 160 orang pelajar perubatan yang

dianugerahi ijazah kepakaran perubatan. Walaupun tidak banyak input yang boleh saya masukkan bagi membuktikan peranan bahasa Melayu tentang perkara ini, namun saya yakin bahawa orang lain sangat yakin tentang peranan bahasa Melayu berdasarkan pengetahuan peribadi masing-masing.

7. Menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi di IPT Hal ini mungkin amat sukar untuk kita mengetahuinya secara meluas. Namun begitu, apabila kita mengakses laman sesawang sesebuah universiti untuk mengkaji tentang hal ini, kita akan dapat mengetahui hal ini dengan lebih mendalam lagi dan kita akan mendapat banyak maklumat tentang ini. Contohnya, di Universiti Teknologi Malaysia, program Sarjana dalam Teknologi Maklumat (sains komputer) bermula sejak 1983 lagi dan kini sudah terdapat lebih seribu siswazah Teknologi Maklumat pada peringkat Sarjana dan hampir 300 orang Doktor Falsafah aliran Melayu dalam bidang Teknologi Maklumat. Oleh yang demikian, wajarlah bagi kita sekiranya kita berasa yakin bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi.

8. Digunakan dalam pengajaran dan pentadbiran di IPT. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini disebabkan bahasa Melayu itu bersiat sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maka, bahasa Melayu juga sering digunakan di dalam pengajaran dan pentadbiran di institusi pengajian tinggi. Tamsilannya, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pentadbiran mereka tidak kira di fakulti mana sekalipun. Selain itu, Universiti Kebangsaan Malaysia juga terus menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja sebagai bahasa ilmu ijazah pertama, tetapi berhasil mengendalikan kursus pascasiswazah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu. Selain itu, Universiti Malaya juga menggunakan bahasa Melayu semasa menyampaikan tutorial kepada para mahasiswa di sana. Tambahan pula, universiti ini juga menggunakan bahasa melayu dalam menjalankan aktiviti pentadbiran rasmi di situ. Kesimpulannya, bahasa Melayu menjadi alat perantaraan dalam setiap

pembelajaran dan aktiviti pentadbiran yang dilakukan di institusi pengajian tinggi.

9. Terdapat kursus bahasa Melayu akademik yang diwajibkan untuk semua mahasiswa

Kebanyakan universiti yang terdapat di Malaysia ini mempunyai fakulti dan jabatan pengajian melayu di sana. Contoh universiti yang terdapat jabatan pengajian Melayu ialah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia dan sebagainya. Secara logiknya, tiada perkara yang dilakukan tanpa tujuan tertentu. Contohnya, di Universiti Malaya, jabatan pengajian Melayu disana telah melaksanakan Kursus Bahasa Kebangsaan yang mengambil masa selama empat jam seminggu untuk seluruh sesi akademik yang terdiri dari 25 minggu. Sukatan pelajaran terdiri dari latihan latihtubi bahasa, tatabahasa, bacaan dan kefahaman, karangan serta terjemahan ke dalam bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, berdasarkan apa yang telah saya baca, tujuan Universiti Malaya mewujudkan kursus-kursus itu ialah bagi melahirkan satu wawasan dalam mendirikan satu perkhidmatan pusat untuk berkhidmat kepada universiti tersebut dalam sukatan bahasa Melayu. Selain itu, perkara ini juga dapat mewujudkan pembakuan dalam pengajaran bahasa kepada penuntut-penuntut dari segi taraf pencapaian dan metodologi pengajaran. Selain itu, di Universiti Sains Malaysia, jabatan pengajian Melayu di sana juga telah mewujudkan satu kursus bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang diajarkan itu dikenal sebagai Bahasa Malaysia Moden. Kursus ini adalah kursus tiga tahun yang diwajibkan

kepada semua mahasiswa di peringkat ijazah pertama. Kelulusan Bahasa Melayu merupakan satu keperluan bagi tiap-tiap peringkat pengajian yang menuju kepada ijazah pertama. Kursus ini terdiri daripada pemahaman karangan pilihan mengenai judul-judul yang relevan, ringkasan, latihan terjemahan, karangan dan latihan bahasa lisan. Matlamat kursus ini adalah membolehkan penuntut pada akhirnya dapat menggunakan bahasa itu dalam pengkajian dan penyeliikan mereka. Tambahan pula, Universiti Pertanian Malaysia juga telah mewujudkan satu kursus wajib dan dijadikan syarat untuk penganugerahan ijazah dan diploma. Bahasa Melayu telah dimasukkan ke dalam kursus Pendidikan Umum yang diberi nama Kemampuan Bahasa. Pelajar di universiti tersebut diwajibkan lulus kertas ini, di samping kursus ikhtisas masing-masing. Oleh itu, saya menegaskan bahawa bahasa melayu juga amat berperanan di institusi pengajian tinggi kerana terdapat kursus bahasa Melayu akademik yang diwajibkan untuk semua mahasiswa.

RUMUSAN

Sebagai intiha, kita kini dapat mengetahui bahawa bahasa Melayu ini mempunyai banyak fungsi di negara Malaysia bukan sahaja sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi di samping menjadi bahasa pengantar di sana. Pelbagai peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi dalam memartabatkan bahasa ibunda kita itu. Antaranya ialah menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi, menjadi bahasa yang mampu diekspreksifkan dalam pelbagai bidang ilmu, berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa yang luas untuk membincangkan ilmu baru, mampu menghasilkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa melayu, mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran bangsa dalam segala lapangan, menjadi bahasa yang penting dan utama dalam bidang keilmuan moden, menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan teknologi, digunakan dalam pengajaran dan pentadbiran dan terdapat kursus bahasa Melayu akademik yang diwajibkan untuk semua mahasiswa. Oleh itu, saya yakin bahawa kita semua tahu bhawa bahasa Melayu amat memainkan peranan di institusi pengajian tinggi. Saya berharap agar setelah apa yang kita ketahui tentang bahasa Melayu ini, kita akan berasa lebih berbangga dan akan lahir semangat untuk kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita ini dalam kehidupan seharian.

REFLEKSI KENDIRI

Sewaktu kali pertama saya diberitahu oleh kawan- kawan tentang tugasan ini, saya berasa terpinga-pinga untuk melaksanakan tugasan ini. Hal ini disebabkan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun begitu, setelah diterangkan dengan lebih mendalam tentang perkara ini oleh kawan-kawan seunit dengan saya, saya mula membuka langkah pertama dalam usaha mencari maklumat di perpustakaan. Dalam usaha untuk mencari maklumat di perpustakaan, pelbagai dugaan dan cabaran telah saya hadapi. Hal ini mengajar saya bahawa bukan semua benda mudah untuk kita dapatkan. Namun begitu, Alhamdulillah berkat dari kesabaran dan kesungguhan, saya akhirnya berjaya mendapatkan juga buku yang saya inginkan itu. Saya berasa sangat bersyukur. Sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui pelbagai perkara baru yang belum pernah saya ketahui sebelum ini. Saya dapat mengetahui tentang wujudnya Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 yang telah dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tanpa tugasan ini, amat mustahil untuk saya ketahui tentang perkara ini. Selain itu, saya juga mengetahui tentang peranan-peranan bahasa Melayu secara umumnya. Tambahan pula, saya juga mengetahui tentang sumbangan bahasa Melayu ini kepada lepasan universiti di Malaysia ini. Tanpa bahasa Melayu, belum tentu mereka semua boleh Berjaya seperti sekarang. Tidak dapat dinafikan juga, saya dapat

mengetahui bahawa bahasa Melayu juga amat penting dalam pembelajaran tidak kira sama ada di sekolah ataupun di institusi pengajian tinggi. Semasa menyiapkan kerja kursus ini juga, saya dapat belajar tentang format yang betul dalam membuat tugasan daripada Puan Suriati. Beliau banyak menerangkan kepada saya tentang apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih puan. Akhirul kalam, saya berharap agar tugasan saya ini boleh memberikan keputusan yang baik kepada saya. Jikalau tidak pun, saya berharap pengalaman membuat tugasan ini dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada saya untuk saya aplikasikan kepada tugasan-tugasan saya yang seterusnya.

Bibliografi

Asmah hj. Omar (1978), Pengajaran Bahasa Malaysia dalam Konteks Perancangan Bahasa Kebangsaan, Kuala Lumpur : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar binti Abdul Aziz (2008), Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

You might also like