You are on page 1of 4

Pertandingan Kompang Formasi Syarat-Syarat Pertandingan : 1.

Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli minimum seramai 10 orang dan maksimum seramai 15 orang. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu. 3. Lagu pertama haruslah bertemakan tradisional manakala lagu yang kedua bertemakan bebas. 4. Pemilihan lagu adalah bebas dan haruslah lagu-lagu yang sopan, tidak berunsurkan politik dan menyentuh mana-mana sentimen perkauman. 5. Masa yang diperuntukkan kepada setiap kumpulan adalah selama 15 minit. Kumpulan yang melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak markah. 6. Pihak penganjur hanya menyediakan kompang. Walaubagaimanapun, peserta digalakkan menggunakan peralatan sendiri. 7. Alat muzik yang dibenarkan di dalam pertandingan ini adalah seperti kompang, jidur dan tamborin. Alat muzik yang dipetik seperti gitar, gambus dan biola adalah tidak dibenarkan. 8. Kostum mestilah sesuai, sopan dan menutup aurat bagi peserta muslim 9. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut : Tenik permainan - 50 markah o Pola irama o Tempo o Kualiti ton Formasi - 30 markah o Kreativiti o Keseragaman Lagu - 20 markah o Kesesuaian gerakan dan paluan Jumlah 100 markah

10. Keputusan daripada pihak juri adalah muktamad. Sebarang kemusykilan dan bantahan tidak akan dilayan.

Pertandingan Tarian Rampaian Syarat-Syarat Pertandingan : 1. Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli kumpulan maksimum seramai 10 orang. 2. Bentuk tarian yang dipertandingkan adalah tarian rampaian di mana dalam tarian perlu diterapkan 3 jenis tarian tradisional seperti inang, zapin , dan joget. 3. Masa yang diperuntukkan adalah selama 7 - 12 minit bagi setiap persembahan. Kumpulan yang melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak markah. 4. Setiap kumpulan perlulah mengenakan busana yang sesuai, seiring dengan jenis tarian yang dipertandingkan. 5. Setiap kumpulan perlulah membawa muzik iringan ataupun minus one sendiri dan diserahkan kepada pihak urus setia 30 minit awal pada hari pertandingan. 6. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut : Busana - 20 markah Formasi tarian - 40 markah Keaslian tarian - 40 markah Jumlah 100 markah

7. Keputusan daripada pihak juri adalah muktamad. Sebarang kemusykilan dan juga bantahan tidak akan dilayan.

Pertandingan Qasidah Syarat-Syarat Pertandingan : 1. Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli kumpulan seramai 8 - 13 orang. 2. Pemilihan qasidah mestilah berunsurkan puji pujian dan qasidah tidak terhad. 3. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 6 - 10 minit. Kumpulan yang melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak markah. 4. Qasidah yang dibawa oleh setiap kumpulan boleh di variasi seperti Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. 5. Penggunaa alat muzik dibenarkan kecuali alat muzik bertali. 6. Busana mestilah bersesuaian dengan majlis. 7. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut : Senikata 25 markah Irama dan lagu 25 markah Paduan Suara 30 markah Gaya dan persembahan 20 markah Jumlah 100 markah

8. Keputusan daripada pihak juri adalah muktamad. Sebarang kemusykilan dan juga bantahan tidak akan dilayan.

Pertandingan Dikir Barat Syarat-Syarat Pertandingan : 1. Setiap kumpulan mestilah mempunyai ahli kumpulan seramai 15-20 orang termasuk Awak-Awak, Tok Juara dan Tukang Karut. 2. Pemilihan lagu adalah bebas dan haruslah lagu-lagu yang sopan, tidak berunsurkan politik dan menyentuh mana-mana sentimen perkauman. Unsur-unsur nasihat adalah digalakkan. 3. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 13-15 minit. Kumpulan yang melebihi masa yang ditetapkan akan ditolak markah. 4. Lagu yang dibawa oleh setiap kumpulan boleh di variasi seperti Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. 5. Setiap kumpulan harus mengikut aliran lagu-lagu dikir yang akan dipersembahkan bermula dengan lagu juara, karut & lagu penutup. 6. Penggunaan props tidak dibenarkan sama sekali. 7. Kostum mestilah sesuai, dan sopan 8. Pihak penganjur menyediakan alat muzik. Walaubagaimanapun, peserta digalakkan menggunakan peralatan sendiri. 9. Hanya alat-alat muzik berikut dibenarkan: rebana ibu, rebana anak, gong, canang, tamborin & maracas. 10. Kiteria pemarkahan adalah seperti berikut : o o o o Senikata Irama dan lagu Paduan Suara Gaya dan persembahan Jumlah 25 markah 25 markah 30 markah 20 markah 100 markah

11. Keputusan daripada pihak juri adalah muktamad. Sebarang kemusykilan dan juga bantahan tidak akan dilayan.

You might also like