You are on page 1of 1

SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN BEBAS

1. Tema dan lagu bebas. Tema nyanyian terdiri daripada lagu-lagu dalam mana-
mana Bahasa Inggeris/Melayu/Tamil/Cina/Korea/Jepun tidak kira lama ataupun
moden.
2. Setiap peserta hanya diperuntukkan maksimum 5 minit bagi video persembahan
lagu mereka.
3. Peserta perlu menyanyi dengan iringan audio/minus one/versi instrumental
(karaoke)/alatan muzik ‘live’ bagi lagu yang dipilih.
4. Lirik lagu yang dipilih hendaklah berunsur sihat dan positif.
5. Pakaian mestilah bersesuaian untuk pertandingan dan tidak menjolok mata.

SYARAT PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL

1. Konsep persembahan adalah tarian tradisional yang melambangkan identiti


Malaysia.
2. Pergerakan adalah bebas dan tidak terikat TETAPI harus bersandarkan kepada
budaya masyarakat Timur. Pergerakan tarian perlulah mempamerkan genre tari
masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak.
3. Tarian berupa tarian moden, tarian ballet dan lain-lain adalah dilarang sama
sekali.
4. Props boleh digunakan mengikut kesesuaian persembahan tarian tetapi tidak
boleh yang berbahaya (tajam dsb).
5. Setiap peserta wajib mempersembahkan tarian dalam lingkungan masa
maksimum 6 hingga 7 minit.
6. TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan yang
menggugat sensitiviti kaum dan agama.
7. Lagu atau muzik iringan untuk tarian boleh terdiri daripada lagu lama dan baru
atau gubahan baharu tetapi masih mengekalkan rentak asal lagu.
8. Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan.
9. Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dengan konsep tarian
tradisional dan sopan.

SYARAT PERTANDINGAN PERMAINAN ALAT MUZIK

1. Semua jenis alatan muzik moden dan tradisional dibenarkan.


2. Semua jenis alatan muzik perkusi, bertiup, kibod dan bertali dibenarkan.
3. Setiap peserta hanya diperuntukkan maksimum 5 minit bagi video permainan
alat muzik mereka.
6. Iringan muzik audio/minus one/alatan muzik ‘live’ adalah tidak dibenarkan.

You might also like