You are on page 1of 26

HUKUM BENDALIR Pertimbangan aliran suatu bendalir dengan ketumpatan , melalui satu unsur seluas dA dalam jeda waktu

dt. Dengan merujuk kepada Rajah 2.1 , jika c ialah halaju arus, maka jisim yang terlibat adalah dm =cdtdA kos dengan sebagai sudut yang dibina oleh garisan normal luas unsur kepada arah arus. Komponen halaju serenjang kepada luas dA adalah cn=c kos dan dm = pcn dAdt. Kadar aliran jisim ringkas dengan itu ialah,

Aliran mantap berdimensi satu denagn halaju dan ketumpatan dianggap malar merentasi setiap keratin saluran atau laluan. Jika A1 dan A2 merupakan luas aliran masing-masing di stesen 1 dan 2 sepanjang sebuah laluan, maka

Kerana tiada pengumpulan bendalir di dalam isipadu kawalan

HUKUM TERMODINAMIK Hukum Termodinamik Pertama: Sistem Terbuka Sistem terbuka atau isipadu kawalan melibatkan pengaliran jisim masuk dan keluar dari sistem sempadan. Sistem terbuka atau isipadu kawalan adalah satu ruang yang dikaji yang melibatkan pengaliran jisim masuk dan keluar dari sistem. Permukaan yang mengelilingi isipadu kawalan dipanggil sempadan atau permukaan terkawal. Pemindahan haba dan kerja juga boleh berlaku pada sistem terbuka. Tenaga lain yang dipertimbangkan ialah tenaga yang dibawa bersama oleh jisim yang masuk dan keluar dari isipadu kawalan iaitu tenaga aliran. Tenaga Aliran Sistem terbuka melibatkan pengaliran jisim melintasi sempadan. Sejumlah tenaga diperlukan untuk memaksa jisim tersebut mengalir masuk atau keluar dari sistem. Tenaga tersebut dipanggil tenaga aliran atau kerja aliran. Katakana suatu kuantiti kecil jisim, m, dengan tebal elemen, dl, memasuki sistem terbuka. Jisim ini membawa bersama tenaga kinetic, tenaga upaya dan tenaga dalaman. Untuk jisim, m, memasuki sistem, sekitaran perlulah menolak jisim ke dalam sistem dengan daya F di mana F = pA(tekanan darab luas). Oleh itu, kerja yang dilakukan oleh sekitaran terhadap elemen jisim ialah

Apabila jisim mengalir melalui sempadan sistem, setiap unit jisim akan membawa bersamanya tenaga, pV, yang dipanggil tenaga aliran dan jumlah tenaga jisim ini diberi oleh :

Mekanisme Pemindahan Tenaga Interaksi tenaga boleh dikenalpasti di sempadan sistem apabila ia melintasi sempadan dan ia mewakili tenaga yang diperolehi atau yang hilang oleh sistem semasa sesuatu proses. Bagi sesuatu sistem tertutup, tenaga dipindahkan dari atau kepada sesuatu dalam dua bentuk ; I. II. Haba Kerja

Bagi sesuatu isipadu kawalan atau sistem terbuka, tenaga dipindahkan dari atau kepada sesuatu sistem dalam 3 bentuk; I. II. III. Haba Kerja Aliran jisim

Persamaan Tenaga Aliran Mantap (PTAM) Pada kebiasaanya, analisis melibatkan peralatan yang beroperasi secara mantap. Untuk sesuatu aliran itu dikatakan aliran mantap, beberapa anggapan seperti di bawah perlu dilakukan a) Sifat-sifat (seperti tekanan, suhu dan lain-lain) bendalir semasa ia mengalir masuk atau keluar merentasi sempadan sistem aladah malar pada setiap titik pada sempadan tersebut b) Kadar alir jisim bendalir yang masuk ke dalam sistem sama dengan kadar alir jisim yang keluar dari sistem iatu jumlah kadar alir jisim yang dilingkungi oleh sempadan malar

c) Semua tindakbalas antar sistem dan sekitaran berlaku pada kadar yang mantap Imbangan jisim bagi isipadu kawalan atau sistem terbuka boleh diungkapkan seperti berikut;

Semasa proses aliran mantap, jumlah jisim yang terkandung did lama isipadu kawalan tidak berubah dengan masa iaitu misipadu kawalan = pemalar. Dengan itu, jumlah jisim yang memasuki ispadu kawalan = jumlah jisim yang keluar dari isipadu kawalan. Dalam bentuk kadar, prinsip keabadian jisim bagi aliran mantap ialah

Jika terdapat hanya satu aliran masuk (keadaan 1) dan satu aliran keluar (keadaan 2) :

Merujuk kepada kenyataan kedua di atas, kita boleh nyatakan prinsip pengabadian jisim aliran mantap sebagai,

Untuk mendapatkan nilai kadar jisim, rumus berikut boleh digunakan

Prinsip Keabadian Tenaga Sistem Terbuka Prinsip keabadian tenaga untuk sistem terbuka boleh dinyatakan seperti berikut ; Haba dan kerja + Jumlah tenaga yang dibawa oleh jisim memasuki sempadan sistem Jumlah tenaga yang dibawa oleh jisim keluar dari sempadan sistem = perubahan tenaga di dalam sistem Iaitu :

Pertimbangkan satu sistem terbuka seperti di bawah di mana terdapat pemindahan kerja pisitif, haba positif dan aliran jisim masuk dan keluar. Merujuk kepada rajah dan berpandukan prinsip pengabdian tenaga sistem terbuka, kita dapati :

Gabungkan u = pv sebagai h dan kita perolehi

Bagi aliran mantap didapati msistem=min- mout=0 kerana min-mout, maka persamaan hokum pertama atau persamaan pengabadian tenaga menjadi

Jika hanya melibatkan satu aliran masuk dan keluar iaitu masuk pada keadaan 1 dan keluar pada keadaan 2, maka kita boleh tulis

Hukum Termodinamik Pertama: Sistem Tertutup Tenaga Sistem Tenaga, E, suatu sistem ditakrifkan sebagai satu sifat ekstensif yang mempunyai upaya untuk mengubah keadaan sistem dan sekitarnya melalui saling tindak yng berlaku pada sempadan sistem. Sebagai satu sifat, tenaga hanya berfungsikan keadaan sistem atau sifat termodinamik sistem yang lain, iaitu,

Tenaga di dalam sistem terdiri daripada gabungan beberapa bentuk iatu tenga dalaman, tenaga kinetic, tenaga upaya dan berbagai tenaga lain. Dengan mengabaikan tenaga lain yang tidak begitu penting dalam bidang termodinamik, tengan E, boleh ditulis sebagai:

Sebagai satu sifat, tenaga hanya berfungsikan keadaan sistem atau sifat termodinamik sistem yang lain, iaitu tenaga didalam sistem terdiri daripada gabungan beberapa bentuk iaitu tenaga dalaman, tenga kinetic, tenaga upaya dan berbagai tenaga lain. Dengan mengabaikan tenagah yang lain tidak begitu penting dalam bidang termodinamik seperti hasik dari kesan magnet, elektrik dan tegangan permukaan, tenaga, E, boleh ditulis sebagai

Tenaga dalaman a) Tenaga dalaman merujuk kepada tenaga molekul-molekul yang membentuk sesuatu bahan itu yang sentiasa bergerak dan mempunyai tenaga kinetic translasi. b) Molekul-molekul juga mempunyai tenga upaya yang disebabkan oleh interaksi antara medan-medan daya mereka c) Terdapat tenaga yang berkaitan dengan electron dan nuclei atom dan tenaga hasil dari daya-daya yang mengikat atom bersama-sama sebagai molekul d) Tenaga-tenaga ini dilonggokkan dan namakan ia tenaga dalaman untuk membezakan ia dengan tenaga kinetic dan tenaga upaya yang dimiliki oleh sesuatu bahan hasil dari kedudukan atau pergerakan makroskopnya e) Tenaga dalaman adalah sifat ekstensif kerana ia bergantung kepada jisim sistem f) Symbol untuk tenaga dalaman adalah U g) Tenaga dalaman per unit jisim/tenaga dalaman spesifik/tenaga dalaman tentu : u=U/m h) Tenaga dalaman juga boleh menjadi salah satu daripada sifat tak bersandar bagi sesuatu bahan. Jikan ditentukan tekanan dan tenaga dalamn bagi stim wap panas lampau, suhunya boleh ditentukan i) Tenaga dalaman bagi stim yepu untuk sesuatu kualiti dikira sepertima isipadu tentu bagi stim tepu dikira iaitu :

j) Tenaga kinetic dan tenga upaya sistem terlibat dengan koordinat yang dipilih boleh ditentukan oleh parameter-parameter makroskop jisim, halaju, dan penaikan

Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik ialah tenaga yang dimiliki oleh sistem disebabkan pergerakannya relatif kepada suatu datum seperti bumi yang dianggap pegun. Tenaga kinetik ditakrifkan sebagai,

TK = mV2 J

Apabila suatu zarah dengan jisim, m bergerak daripada keadaan awal dengan halaju, V1 ke keadaan akhir dengan halaju, V2, maka perubahan tenaga kinetiknya diberi oleh,

Tenaga Upaya

Tenaga upaya ialah satu bentuk tenaga yang dimiliki oleh sistem disebabkan ia berada dalam medan upaya. Tenaga upaya yang dimaksudkan ialah yang berkaitan dengan suatu jisim yang berada diatas sebarang datum dan daya tarikan disebabkan oleh medan graviti bumi o Tenaga upaya boleh ditulis sebagai,

Apabila kerja dilakukan terhadap sistem dengan jisim,m, dan penaikan/jarak asal dari datum ialah z1 dan keadaannya berubah kepada jarak, z2, dari datum yang sama, maka, perubahan tenaga upaya diberikan oleh, TU = (jisim) x (cepatan graviti) x (perubahan penaikan/jarak) = mg (z2 z1) J atau bagi seunit jisim, tu = g (z2 z1) J/kg

Bentuk-bentuk tenaga yang dibincangkan tadi dan disebut sebagai tenaga jumlah E adalah tenaga yang boleh dikandung/disimpan oleh sistem (tenaga statik). Terdapat juga bentukbentuk tenaga yang tidak disimpan dalam sistem dan dikenali sebagai tenaga interaksi (tenaga dinamik). Tenaga interaksi dikenalpasti pada sempadan sistem apabila tenaga ini melintasi sempadan dan mewakili tenaga yang diperolehi atau hilang dari sistem semasa sesuatu proses. Dua bentuk tenaga interaksi yang berkaitan dengan sistem tertutup adalah pemindahan haba dan kerja

KERJA DAN HABA

Perubahan keadaan sifat dalam sesuatu sistem akan mengubah kuantiti kerja dan haba. Perubahan ini sering dihubungkan dengan proses yang diikuti oleh sesuatu sistem tersebut. Perkataan kerja memang menjadi perkataan bualan harian tetapi dalam kejuruteraan ia mempunyai makna yang tersendiri. Jika tenaga yang melintasi sempadan bukan haba, ia adalah kerja. Haba mudah dikenalpasti kerana daya pendorongnya adalah perbezaan suhu antara sistem dan sekitaran. Dengan itu, interaksi tenaga yang bukan disebabkan oleh perbezaan suhu antara sistem dan sekitaran adalah kerja Terdapat berbagai bentuk kerja seperti kerja elektrik, kerja mekanikal dan kerja magnetic. Kerja mekanikal pula terdiri dari berbagai jenis: o Kerja sempadan o Kerja aci o Kerja spring o dan lain-lain

Di dalam bidang termodinamik, hanya kerja mekanikal yang terlibat dan khususnya kerja sempadan. Dalam amalan, kerja yang berkaitan dengan pengembangan atau mampatan gas dalam peralatan omboh-silinder. Semasa proses pengembangan atau mampatan ini berlaku, sebahagian dari sempadan (permukaan dalam omboh) bergerak keatas dan kebawah

Dengan itu, kerja pengembangan atau mampatan ini dikenali sebagai kerja sempadan atau kerja P dV. Dalam injin kereta, kerja sempadan adalah bentuk kerja yang terlibat. Semasa proses pengembangan, gas pembakaran akan memaksa omboh bergerak dan ini menyebabkan aci engkol berputar

Hukum Pertama Termodinamik/ Prinsip Pengabadian Tenaga/ Imbangan Tenaga Hukum Pertama Termodinamik (HPT) Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnah oleh manusia. Ia hanya boleh bertukar bentuk. Perubahan bersih jumlah tenaga (samada meningkat atau menurun) bagi sesebuah sistem semasa sesuatu proses adalah bersamaan dengan perbezaan di antara jumlah tenaga yang memasuki dan jumlah tenaga yang keluar dari sistem. Semasa sesuatu proses : (Jumlah Tenaga Masuk) (Jumlah Tenaga Keluar) = Perubahan Jumlah Tenaga Sistem atau ( Emasuk Ekeluar) = Esistem ( Emasuk Ekeluar) merujuk kepada pemindahan tenaga bersih oleh haba(Q), kerja(W) dan jisim. Esistem merujuk kepada perubahan tenaga sistem dalam bentuk perubahan tenaga dalaman, tenaga kinetik dan tenaga upaya dan lain-lain

Pengubahan bentuk tenaga sistem tidak disertai oleh pemusnahan atau penciptaan tenaga. Iaitu, jumlah tenaga sistem tetap sama sebelum, semasa atau selepas sesuatu proses. Merujuk kepada prinsip ini, kita boleh tulis, (perubahan tenaga sistem) + (perubahan tenaga sekitaran) = 0 iaitu,

Mari kita pertimbangkan satu sistem yang menjalani suatu proses dengan pemindahan haba ke dalam sistem dan pemindahan kerja keluar dari sistem seperti ditunjukkan dalam rajah Disebelah. Perubahan tenaga sistem, E, akan diberi oleh, Esistem = Emasuk + Ekeluar E = Q W

dan untuk perubahan tenaga dari keadaan 1 ke keadaan 2 E2 E1 = Q12 - W12

Kita ketahui bahawa E = U + TK + TU dan dalam bentuk kerbeda kita boleh tulis, E = Q - W dU + dTK + dTU = Q W

Bagi proses tanpa alir(sistem tertutup), tenaga kinetik dan tenaga upaya boleh diabaikan kerana nilainya kecil jika dibandingkan dengan tenaga yang lain. Oleh itu Persamaan diatas menjadi, dU = Q W

Jika suatu proses berlaku dari keadaan 1 ke keadaan 2, maka mengkamirkan persamaan di atas, kita dapati U2 U1 = Q12 - W12

dan bagi seunit jisim, u2 - u1 = q12 - w12

Persamaan diatas dinamakan Persamaan Tenaga Tanpa Alir (PTTA). Oleh itu persamaan ini hanya sah untuk sistem tertutup sahaja iaitu tidak melibatkan pengaliran jisim. Ia adalah persamaan umum, iaitu boleh digunakan untuk sebarang keadaan, sebarang proses atau sebarang bahan bekerja

Kitar Termodinamik

Apabila suatu sistem menjalani satu kitar termodinamik yang terdiri daripada beberapa proses secara bersiri, jumlah perubahan sifat termodinamik adalah sifar. Dengan lain perkataan, keadaan awalnya sama dengan keadaan akhir. Oleh itu, nilai dU dalam Persamaan PTTA diatas adalah sifar kerana ia adalah sifat termodinamik. Maka, untuk satu kitar termodinamik kita boleh tulis, Q= W Persamaan ini umum, ia boleh digunakan bagi proses bolehbalik ataupun proses sebenar. Daripada persamaan ini juga kita boleh katakana bahawa apabila suatu sistem menjalani satu kitar termodinamik, jumlah pemindahan haba sama dengan kerja bersih sistem. Kenyataan ini adalah hukum pertama termodinamik untuk satu kitar

Hukum Termodinamik Kedua

Semua proses yang berlaku mesti mematuhi hukumpertama termodinamik. Bagaimanapun, hukum pertama termodinamik tidak mencukupi bagi kita menganalisis sesuatu sistem dengan lengkap. Hukum ini tidak dapat memastikan bahawa sesuatu proses itu benar-benar boleh berlaku ataupun tidak. Hukum pertama termodinamik tidak menetapkan sebarang panduan

untuk menentukan arah pemindahan tenaga dan had-had tertentu pertukaran tenaga. Kekurangan yang terdapat pada hukum ini dapat diatasi dengan memperkenalkan prinsip am yang dipanggil hukum kedua termodinamik. Hukum ini dikemukakan bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak diterangkan oleh hukum pertama termodinamik. Hukum kedua termodinamik menyatakan bahawa, walaupun jumlah pemindahan haba ke atas sistem yang mengalami satu kitar bersamaan kerja bersih, tetapi haba kasar iaitu haba yang dibekalkan kepada sistem mestilah melebihi kerja bersih. Iaitu, Qkasar > Wbersih Qbekalan Qpanas Ini bermakna, tidak kesemua haba yang dibekalkan kepada sistem dapat ditukarkan kepada kerja. Terdapat sebahagian haba mesti dibuang oleh sistem untuk ia beroperasi. Secara umum, hukum kedua menyatakan bagi menghasilkan sejumlah kerja dari haba yang dibekalkan, sistem perlu menyingkirkan sejumlah haba ke sekitaran

Takungan Haba

Takungan haba boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mempunyai kebolehan menerima dan menyingkirkan haba dalam jumlah yang tak terhingga tanpa menghadapi perubahan suhu. Secara praktik laut, tasik, sungai dan udara atmosfera boleh dimodelkan sebagai takungan haba. Sebagai contoh, air panas yang disingkirkan oleh loji kuasa stim ke tasik atau laut tidak akan menaikkan suhu air tasik atau laut tersebut secara keseluruhannya. Oleh kerana sistem perlu menerima haba dan menyingkirkan sejumlah darinya bagi menghasilkan kerja, maka ia mestilah mempunyai dua takungan haba. Takungan haba yang

membekalkan haba dipanggil takungan panas atau punca dan takungan yang menerima haba dipanggil takungan sejuk atau sinki. Dari pengertian ini, arah pengaliran haba dapat menentukan jenis takungan haba

Kenyataan Hukum Kedua Termodinamik

Dua kenyataan paling penting yang biasa dirujuk dalam bidang termodinamik ialah Kenyataan Clausius dan Kenyataan Kelvin-Planck.. Kenyataan Kelvin- Plank menggariskan bentuk pertukaran haba kepada kerja dan mentafsirkan prinsip enjin haba, iaitu satu alat yang digunakan untuk menghasilkan kerja. Kenyataan Clausius pula menggariskan konsep pemindahan haba di antara dua takungan haba dan mentafsirkan prinsip enjin haba balikan

Enjin Haba

Enjin haba merupakan satu alat yang menukarkanhaba kepada kerja. Enjin haba adalah suatu sistem yang beroperasi dalam satu kitar termodinamik dan menghasilkan sejumlah kerja dari haba yang dibekalkan. Merujuk kenyataan Kelvin-Planck, tidak semua haba yang dibekalkan kepada sistem dapat ditukar ke bentuk kerja. Haba yang selebihnya perlu dibuang ke takungan haba yang kedua Contoh enjin haba termasuklah loji kuasa stim dan enjin kenderaan. Dalam loji kuasa stim takungan panas ialah ruangan pembakaran di dalam dandang dan takungan sejuk pula ialah air laut, sungai atau tasik yang digunakan untuk menyejukkan pemeluwap. Haba yang dibekalkan daripunca iaitu takungan panas ialah Qp, kerja yang dihasilkan ialah Wbersih dan haba yang disingkirkan ke takungan sejuk ialah Qs Hukum pertama termodinamik bagi satu kitar adalah: Q=W Qp Qs = Wbersih Hukum kedua termodinamik telah menetapkan bahawa haba kasar mestilah lebih besar dari kerja bersih Qp > Wbersih

Oleh yang demikian Qp mestilah lebih besar dan Qs. Enjin haba berbeza antara satu sama lain tetapi kesemuanya mestilah mematuhi kreteria berikut: i. menerima haba dari punca yang bersuhu tinggi seperti tenaga suria, relau dan reaktor nuklear. ii. iii. menukarkan sebahagian dari haba ini kepada kerja, biasanya dalam bentuk pusingan aci. menyingkirkan haba buangan kepada sinki yang bersuhu rendah seperti, laut, sungai dan udara atmosfera.beroperasi dalam satu kitar. iv. Prestasi enjin haba dinyatakan oleh kecekapan haba, t yang ditakrifkan sebagai nisbah kerja bersih kitar kepada jumlah haba dibekalkan v. Merujuk kepada rajah enjin haba, maka

Oleh kerana Qp> Qs, maka kecekapan haba sesuatu sistem sentiasa kurang dari 1 atau 100%

Enjin haba balikan

Enjin haba balikan ialah sebuah sistem termodinamik yang beroperasi dalam suatu kitar dan berfungsi memindahkan haba dari takungan sejuk kepada takungan panas. Menurut kenyataan Clausius, sejumlah kerja perlu dibekalkan kepada enjin haba balikan untuk ia beroperasi. Konsep enjin haba balikan ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Enjin haba balikan boleh dibahagikan kepada dua iaitu pam haba dan peti sejuk

Peti sejuk Peti sejuk seperti juga enjin haba bekerja dalam kitar termodinamik. Bahan bekerja yang digunakan di dalam sistem penyejukan dipanggil bahan pendingin. Contoh bahan pendingin yang lazim digunakan adalah Refrigerant-134a dan Ammonia. Kitar penyejukan yang digunakan dengan meluas ialah kitar penyejukan mampatan wap Peti sejuk yang beroperasi menggunakan kitar ini terdiri dari empat komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, injap pengembangan dan penyejat seperti ditunjukkan. Takungan panas sistem ini ialah pemeluwap di mana haba disingkirkan kesekitaran dan takungan sejuk pula ialah penyejat di mana haba diserap dari ruangan yang disejukkan. Pemampat pula membekalkan sejumlah kerja kepada sistem untuk ia beroperasi Kecekapan penyejuk dinyatakan meng-gunakan istilah pekali prestasi (coefficient of performance) dan disimbolkan dengan COPp. Tujuan penyejuk ialah menetapkan ruangan sejuk pada suhu yang rendah dengan menyingkirkan haba dari ruangan tersebut. Oleh itu. Qs ialah kuantiti yang diutamakan. Untuk menetapkan suhu di dalam suatu ruangan sejuk pada suhu Ts, Qs ialah jumlah haba yang perlu disingkirkan dari ruangan tersebut Pekali prestasi penyejuk ditakrifkan sebagai nisbah haba yang disingkirkan dari, takungan sejuk kepada kerja yang dibekalkan Kerja yang dibekalkan COP Haba disingkir dari takungan sejuk kepada kerja yang dibekalkan.

Sekiranya lebih banyak haba dapat disingkirkan dari takungan sejuk, maka pekali prestasi penyejuk semakin tinggi. Merujuk Rajah peti sejuk, didapati W = Qp Qs, maka,

Nilai COP boleh melebihi 1. Jika nilai COP lebih dari 1, maka jumlah haba yang disingkirkan dari rungan sejuk lebih besar dari jumlah kerja yang dibekalkan. Semakin tinggi COP sistem penyejukan, prestasinya semakin bagus

Contoh 5.1 Ruangan menyimpan makanan sebuah peti sejukditetapkan pada suhu C dengan menyerap haba dari ruangan tersebut dengan kadar 360 kJ/min. Jika kuasa yang diperlukan oleh peti sejuk ialah 2 kW, tentukan, a) pekali prestasi peti sejuk b) kadar haba yang dibuang kesekitaran

Penyelesaian a) COPp ditentukan menggunakan persamaan. Nilai Qs perlu ditukarkan dahulu ke dalam kW,

Pam Haba

Pam haba juga digunakan bagi memindahkan haba dari takungan sejuk kepada takungan panas. Pam haba beroperasi dalam kitar yang sama seperti penyejuk tetapi berlainan tujuan. Tujuan pam haba ialah menetapkan ruangan yang dipanaskan pada suhu yang tinggi. Ini dapat dilaksanakan dengan menyerap haba dari ruangan sejuk. Contoh pam haba ialah sistem pemanas yang digunakan untuk memanaskan bilik atau bangunan pada musim sejuk Bagi pam haba, haba yang dibekalkan kepada takungan panas, Qp adalah kuantiti yang diutamakan. Kecekapan pam haba juga dinyatakan dengan pekali prestasi dan ditakrifkan sebagai nisbah haba yangdipindahkan ke takungan panas kepada kerja yang dibekalkan

Menggantikan W = QP QS ke dalam persamaan di atas, maka

Dengan membahagikan Qp Qs = W dengan W, maka,

iaitu, COPPH COPP = 1 atau COPPH = COPP + 1

Contoh 5.2 Sebuah pam haba digunakan bagi memanaskan sebuah rumah dan menetapkan suhunya pada C. Pada suatu hari apabila suhu udara di luar jatuh kepada - C, rumah dijangkakan akan kehilangan haba pada kadar 80 000 kJ/jam. Jika prestasi pam haba ialah 2.5, tentukan, a) kuasa yang digunakan oleh pam haba b) kadar haba yang dipindahkan dari udara luar yang sejuk

Penyelesaian a) Untuk menetapkan suhu rumah, jumlah kehilangan haba mestilah bersamaan dengan haba yang dipindahkan ke dalam rumah oleh pam haba. Kuasa yang digunakan oleh pam haba ditentukan dengan menggunakan takrifan pekali prestasi pam haba, iaitu,

Proses Tak Bolehbalik

Proses dikatakan tak boleh balik jika sistem dan sekitarannya tidak dapat dikembalikan semula kepada keadaan asalnya setelah ianya berlaku. Sebagai contoh apabila secawan kopi telah sejuk, ia tidak akan menjadi panas semula seperti keadaan asalnya dengan mengambil haba yang hilang ke sekitaran. Proses tabii lazimnya tak boleh balik. Ini disebabkan terdapatnya sebarang jenis geseran, samada geseran mekanikal, bendalir ataupun elektrik semasa proses tersebut berlaku Keupayaan hasilan kerja sesebuah sistem akan berkurangan jika terdapat kesan geseran semasa proses berlaku. Faktor ini juga menyebabkan sesebuah sistem mempunyai kecekapan kurang dari 100 peratus seperti yang diterangkan dalam kenyataan hokum kedua termodinamik

Proses Bolehbalik

Proses ini ditakrifkan sebagai satu proses di mana selepas ianya berlaku, sistem dan sekitarannya dapat dikembalikan kepada keadaan asalnya. Dalam keadaan yang sebenar, proses ini tidak wujud kerana setiap proses terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkannya menjadi proses tak boleh balik. Namun proses boleh balik ini menjadi rujukan kepada jurutera dalam merekabentuk sesuatu alat yang lebih baik Walaupun proses boleh balik mustahil untuk dicapai, tetapi penghampiran kepadanya boleh dilakukan. Enjin haba akan menghasilkan kerja yang lebih besar dan enjin haba balikan akan menggunakan kerja yang minimum jika proses yang berlaku adalah boleh balik. Lazimnya proses boleh balik dianggap sebagai proses yang unggul bagi memudahkan analisis

Proses Bolehbalik Dalaman dan Luaran

Sesuatu proses melibatkan interaksi antara sistem dan Sekitaran. Sesuatu proses bolehbalik tidak akan melibatkan ketidakbolehbalikan yang berkaitan dengan keduadua sistem dan sekitaran. Proses bolehbalik dalaman terjadi jika tiada ketidakbolehbalikan dalam sempadan sistem semasa proses itu berlaku. Semasa proses bolehbalik dalaman, sistem melalui satu siri keadaan-keadaan keseimbangan dan apabila proses ini dibalikkan, sistem melalui keadaan-keadaan keseimbangan yang sama sehingga kembali kepada keadaan asal

Satu contoh proses bolehbalik dalaman adalah proses mirip static. Proses bolehbalik luaran terjadi jika tiada ketidakbolehbalikan di luar sempadan sistem semasa proses itu berlaku. Pemindahan haba di antara takungan haba dan sesuatu sistem adalah contoh proses bolehbalik luaran jika permukaan luar sistem berada pada suhu takungan haba yakni pemindahan haba berlaku melalui perbezaan suhu yang kecil tak terhingga. Jika pemindahan haba di atas berlaku melalui perbezaan suhu yang terhingga, proses itu adalah proses takbolehbalik luaran. Proses bolehbalik seluruh atau proses bolehbalik melibatkan tiada ketidakbolehbalikan dalam sistem ataupun sekitarannya

Prinsip Carnot

Prinsip Carnot menerangkan had-had kecekapan haba bagi kedua-dua proses boleh balik dan tak boleh balik. Terdapat dua kenyataan prinsip Carnot: 1. Bagi 2 takungan haba yang diberi, tiada enjin haba yang mempunyai kecekapan terma yang lebih besar dari enjin boleh balik(enjin Carnot) 2. semua enjin haba boleh balik(enjin Carnot) yang beroperasi di antara dua takungan haba yang sama, mempunyai kecekapan haba yang sama

Kenyataan pertama menyatakan bahawa enjin haba yang beroperasi secara boleh balik akan mempunyai kecekapan yang lebih tinggi dari kecekapan enjin haba yang beroperasi secara tak boleh balik. Ini disebabkan geseran dan faktor-faktor lain. Begitu juga enjin haba balikan tak boleh balik akan mempunyai pekali prestasi yang kurang dari enjin haba balikan yang beroperasi secara boleh balik. Ini menunjukkan bahawa kecekapan haba enjin Carnot bergantung hanya pada aras suhu Tp dan Ts dan bukan pada bahan bendalir bekerja enjin.

Skala Suhu Kelvin

Pertimbangkan satu sistem menjalani satu kitar kuasa boleh balik yang beroperasi di antara dua takungan haba pada suhu p dan s. Mengikut konsep enjin haba, kecekapan haba hanya bergantung kepada pemindahan haba atau suhu di antara dua takungan haba tersebut

Oleh kerana, persamaan di atas dalam bentuk fungsi, maka ia boleh ditulis

Skala suhu Kelvin diperolehi dengan mengambil fungsi,

dengan T ialah suhu mutlak yang menyatakan suhu pada skala Kelvin. Oleh itu, Persamaan di atas menjadi,

Persamaan di atas hanya sah bagi proses boleh balik sahaja

Prestasi Maksimum Enjin Haba Dan Enjin Haba Balikan

Kitar yang beroperasi secara boleh balik akan menghasilkan prestasi yang tertinggi. Bagi enjin haba, kecekapan haba maksimumnya ialah:

Kitar kuasa yang beroperasi secara boleh balik dan menghasilkan kecekapan yang tertinggi ialah kitar Carnot. Persamaan di atas juga dikenali sebagai kecekapan Carnot. Pekali prestasi bagi sistem yang menjalani kitar peti sejuk boleh balik yang beroperasi di antara dua takungan haba ialah:

Contoh 5.3 Satu kitar kuasa yang beroperasi di antara dua takungan haba menerima haba, Qp, dari takungan panas pada suhu 2000 K dan menyingkirkan haba kepada takungan sejuk pada 400K. Bagi setiap kes yang berikut, tentukan samada kitar beroperasi secara boleh balik, tak boleh balik ataupun mustahil. a) Qp = 1000 kJ , W = 850 kJ b) Qp = 2000 kJ , Qs = 400 kJ c) W = 1600 kJ , Qs = 500 kJ d) Qp = 1 kJ , = 3 %

Penyelesaian Kecekapan maksimum kitar kuasa ialah,

a)

Kitar ini mustahil kerana kecekapan sebenarnya melebihi kecekapan maksimum b)

Kitar adalah boleh balik kerana kecekapannya menyamai kecekapan maksimum,

c) QP = W + QS = 1600 + 500 = 2100 kJ

Kitar adalah tak boleh balik kerana kecekapan kurang dari kecekapan maksimum

d) Kitar adalah tak boleh balik kerana kecekapannya kurang dari kecekapan maksimum.

REFLEKSI Sains Teknikal merupakan salah satu subjek yang dipelajari pada semester ini. Kerja kursus ini amat kerana apabila melakukan kerja kursus ini saya dapat meningkatkan lagi

pengetahuan saya mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sains teknikal. Sebelum ini saya belum pernah lagi terdedah dengan topik-topik sebegini dan perkara ini telah menambahkan lagi ilmu saya. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini, saya melalui pelbagai halangan dan banyak perkara yang perlu ditempuhi agar dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan lancar. Antara halangan yang dihadapi ialah saya menghadapi kesukaran untuk memahami tugasan ini namun di atas penerangan lanjut daripada pensyarah pembimbing akhirnya saya memahami dan dapat memulakan kerja kursus ini. Saya juga menghadapi masalah dalam mencari bahan-bahan rujukan yang sesuai untuk dimuatkan dalam kerja kursus ini. Kurangnya bahan rujukan di perpustakaan telah menyukarkan lagi pencarian saya namun begitu saya telah menggunakan kemudahan jalur lebar yang ada untuk mencari bahan-bahan yang boleh membantu saya. Berkat kesabaran dan kesungguhan dalam mencari bahan akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini, Selain itu, saya juga melakukan kolaborasi di antara rakan-rakan untuk memastikan segala yang dilakukan adalah menepati kehendak soalan. Dengan adanya kolaborasi ini saya dapat memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai soalan kerja kursus dan kerja kursus ini dapat selesaikan. Akhir sekali, kerja kursus ini mendatangkan banyak manfaat kepada saya dan disamping dapat memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai topic-topik di dalam sains teknikal.

BIBLIOGRAFI

Amer Nordin Darus. Mekanik Bendalir.


http://books.google.com/books?id=0tPzZAPASzgC&pg=PA23&dq=asas+termodinamik&h.

Layari pada 1 Oktober 2010. Ceppoi. Termodinamik 1. http://www.scribd.com/doc/21212682/Termodinamik-1. layari pada 1 oktober 2010 Hayati (2009). Termodinamik. www.fkm.utm.my/~hayati/Teaching/.../sme1413/.../Bab%204.pdf. Layari pada 1 oktober 2010. Mohd Nazrin (2009). Hukun Kedua Termodinamik. www.scribd.com/doc/.../HUKUM-KEDUATERMODINAMIK . layari pada 1 oktober 2010.

Zulkarnain (2007). Termodinamik.


http://www.fkm.utm.my/~zkarnain/SME%201413/Nota/Bab%203.pdf. Layari pada 30

September 2010. ( 8). Hukum Termodinamik. dotsolofizik.tripod.com/firstlaw2.html . layari pada 3 oktober 2010.

You might also like