You are on page 1of 10

SOALAN

(PERKHIDMATAN/LANTIKAN/PENCEN/PEMANGKUAN/
TATATERTIB )
1. Bekas Pegawai Kerajaan yang telah berhenti kerja dari perkhidmatan
Kerajaan boleh diambil balik berkhidmat dalam apa jua jawatan dengan
kebenaran khas

A. Ketua Setiausaha Negara.


B. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
C. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
D. Suruhanjaya yang berkenaan.

2. Encik Z seorang Pembantu Am Rendah di sebuah Jabatan telah dihadapkan ke


Mahkamah atas tuduhan rasuah. Laporan berkenaan dengan prosiding jenayah
tersebut telah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib oleh Ketua
Jabatan beliau. Pihak Berkuasa Tatatertib setelah menimbangkan laporan dan
syor berkenaan boleh

A. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z selama 60 hari.


B. mengambil tindakan menggantung kerja Encik Z.
C. mengambil tindakan menahan kerja Encik Z.
D. mengambil tindakan buang kerja Encik Z.

3. Hukuman tangguh pergerakan gaji yang dikenakan ke atas seseorang pegawai


oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dilaksanakan pada

A. tarikh pergerakan gaji pegawai tersebut.


B. awal tahun kesalahan tersebut.
C. serta merta setelah tarikh pengenaan hukuman tersebut oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib berkenaan.
D. tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan
hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

4. Apakah tindakan bagi seseorang pegawai yang telah dimasukkan ke dalam


perjawatan berpencen apabila dilantik ke satu jawatan baru?

A. Diperakukan menghadiri Kursus Induksi


B. Disahkan dalam perkhidmatan setelah Laporan Perubatan menyatakan
beliau layak untuk dibuat sedemikian.
C. Diperakukan perkhidmatan cemerlang.
D. Tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk kemasukan ke dalam perjawatan
berpencen.

1
5. Hukuman tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh

I. tiga bulan
II. empat bulan
III enam bulan
IV. dua belas bulan

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

6. Encik R telah menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya bagi tempoh
melebihi 8 jam tetapi kurang daripada 24 jam. Beliau layak menuntut elaun
makan sebanyak RM 45.00 sehari. Berapakah jumlah elaun yang layak
dituntut oleh beliau

A. RM45.00.
B. RM125.00.
C. RM60.00.
D. RM22.50.

7. Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar Ibu Pejabat layak
memohon Pendahuluan Diri. Bayaran yang layak dipohon di dalam
Pendahuluan Diri tersebut ialah

A. elaun makan sahaja.


B. kadar sebenar bayaran sewa hotel.
C. Elaun makan, bayaran sewa hotel/lojing dan tambang perjalanan.
D. Elaun makan dan bayaran hotel.

8. Seseorang pegawai yang terpilih untuk mengikuti kursus jangka panjang di


Australia selama 18 bulan, layak menuntut elaun dan bayaran berikut

I. Elaun runcit.
II. Elaun buku.
III. Elaun pakaian
IV. Insuran perubatan

A. I dan II sahaja.
B. I, II dan III sahaja.
C. I, II dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

2
9. Hukuman-hukuman berikut merupakan hukuman tatatertib kecuali

A. Tahan Kerja.
B. Lucuthak emolumen.
C. Tangguh pergerakan gaji.
D. Buang kerja.

10. Bayaran Wad bagi seseorang pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital-
hospital Kerajaan hanya boleh dikecualikan sekiranya pegawai itu

A. jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar Ibu Pejabat.


B. mempunyai gaji kurang daripada RM500.00 sebulan.
C. Jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di pejabat.
D. Menerima rawatan kurang daripada dua minggu.

11. Anggota Perkhidmatan Awam yang dilantik mengikut Sistem Saraaan Baru
(SSB) boleh disahkan dalam perkhidmatan apabila memenuhi syarat-syarat
berikut, kecuali

A. setelah melepasi tahap kecekapan yang ditetapkan pada gred jawatan


tersebut.
B. setelah hadir dengan jayanya Kursus Induksi.
C. setelah diperakukan oleh Ketua Jabatan.
D. setelah lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan (jika perlu).

12. Seseorang pegawai awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab


berikut boleh dilantik semula ke dalam Perkhidmatan Awam.

A. Sumpah palsu.
B. Tidak Lulus peperiksaan yang ditetapkan.
C. Prestasi kerja tidak memuaskan.
D. Diwartakan tidak hadir bekerja.

13. Pengertian yang tepat mengenai perlanjutan tempoh percubaan dengan


berdenda ialah :

A. membayar suatu amaun yang ditentukan oleh Suruhanjaya.


B. penangguhan kenaikan gaji dalam tempoh percubaan lanjutannya.
C. hanya menerima gaji akhir sebelum perlanjutan dan hilang kekananan nya
sebanyak masa tempoh percubaannya dilanjutkan.
D. hilang kekananan sebanyak masa tempoh percubaan dilanjutkan.

14. Sehingga 31.12.2003, Encik Ramli seorang jurutera PKNS masih mempunyai
baki cuti sebanyak 8 hari. Pada 1.6.2004, beliau telah diarahkan mengikuti kursus

3
jangka panjang selama 18 bulan di Australia. Dalam keadaan ini, baki cuti
rehatnya sebanyak 8 hari itu

A. boleh diambil semasa beliau berkursus.


B. boleh dibawa ke tahun 2005.
C. boleh diambil selepas beliau berkursus.
D. cuti tersebut akan terhapus sama sekali.

14. Cuti haji diluluskan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai-pegawai Islam untuk
menunaikan fardhu haji dengan syarat pegawai telah

I. berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun bagi pegawai tetap.


II. berkhidmat tidak kurang daripada 5 tahun secara berterusan bagi pegawai
kontrak.
III. berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan bagi pegawai
berjawatan sementara.
IV. disahkan dalam jawatan.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. I, II, III dan IV.

15. Puan Asiah seorang Penolong Pegawai Perangkaan selalu memberi pinjaman
wang dengan bunga kepada rakan-rakan sepejabatnya yang berada dalam
kesusahan. Oleh itu, Puan Asiah

A. telah melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman wang dengan bunga.


B. tidak melakukan apa-apa kesalahan.
C. tidak melakukan kesalahan kerana niatnya baik.
D. tidak melakukan kesalahan kerana memberi pinjaman adalah urusan
peribadi.

16. Encik Dol yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Rendah telah dilantik ke
jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) secara Kenaikan Pangkat
Secara Lantikan pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, beliau gagal
disahkan dalam jawatan barunya kerana gagal dalam peperiksaan yang
disyaratkan. Dalam keadaan ini, Encik Dol

A. boleh ditamatkan perkhidmatannya.


B. boleh dibenarkan oleh Suruhanjaya berkenaan kembali semula ke jawatan
asalnya.
C. boleh dibersarakan.
D. tidak dibenarkan kembali ke jawatan asalnya kerana beliau telah
melepaskan jawatan tersebut.

4
17. Encik Nordin telah memiliki harta pusaka berupa 8 ekar kebun, 15 rumah
sewa peninggalan bapanya semasa berusia 18 tahun. Kini beliau dilantik ke
perkhidmatan kerajaan setelah tamat pengajiannya tahun lepas. Dalam
keadaan ini, Encik Nordin

A. tidak perlu melaporkan hartanya itu kerana ianya diperolehi sebelum


beliau berkhidmat dengan kerajaan.
B. perlu melaporkan hartanya itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib sebaik
sahaja dilantik.
C. tidak perlu melaporkan hartanya kerana ianya merupakan harta pusaka.
D. hanya perlu melaporkan hartanya apabila diarah berbuat demikian oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib.

18. Encik Rahim seorang Pegawai Tadbir diarah oleh ketua Jabatannya
melakukan kerja di luar Ibu pejabat. Beliau bertolak dari Kuala Lumpur ke
Perak dengan menaiki kenderaan sendiri pada jam 7.30 pagi dan kembali ke
Kuala Lumpur pada hari yang sama di mana beliau sampai di rumahnya jam
10.00 malam. Bagi maksud ini, beliau layak menuntut

A. elaun harian, bayaran tol dan elaun dobi.


B. elaun makan dan elaun perjalanan kenderaan.
C. elaun perjalanan kenderaan, elaun harian dan bayaran tol.
D. elaun perjalanan kenderaan, elaun makan dan bayaran tol.

19. Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah

I. Cuti rehat
II. Cuti pemulihan dan cuti kuarantin
III. Cuti kemalangan
IV. Cuti Sakit Lanjutan

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II dan IV.
D. II, III dan IV.

20. Syarat-syarat kerja yang melayakkan seseorang itu mendapat bayaran lebih
masa adalah kerja-kerja yang

A. dilakukan di luar Ibu Pejabat yang melebihi daripada waktu bekerja.


B. perlu dibuat pada waktu malam.
C. dilakukan sebelum jam 8.00 pagi dan selepas 4.30 petang.
D. dikehendaki dibuat oleh pegawai melebihi daripada waktu tugas biasa.

5
SOALAN PENCEN DAN ASPEK KESELAMATAN PEJABAT

1. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui peti atau beg berkunci adalah
dikehendaki menggunakan

A. Sampul pos berdaftar


B. sampul surat biasa
C. sistem dua lapis sampul surat.
D. sistem satu sampul surat sahaja.

2. Tindakan yang perlu diambil terhadap buangan terperingkat sebelum dibinasakan


ialah

A. membawa pulang buangan terperingkat tersebut.


B. menyimpannya di atas rak fail.
C. membuang sahaja buangan terperingkat itu.
D. menyimpannya dalam peti keselamatan yang sesuai dengan
peringkatnya.

3. Encik Zain seorang juruteknik di PKNS sedang bercuti sebelum bersara. Beliau
telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta berdasarkan pengalaman yang
beliau miliki. Oleh itu beliau

A. boleh menerima jawatan tersebut dengan syarat mendapat kebenaran


terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan.
B. boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau sedang bercuti sebelum
bersara.
C. tidak boleh menerima jawatan tersebut kerana beliau masih lagi
seorang pegawai kerajaan.
D. tidak boleh menerima jawatan tersebut selagi cuti sebelum bersaranya
habis.

4. Bagi dokumen terperingkat yang tidak kekal terjilid, peringkat keselamatan


hendaklah ditaip atau ditulis dengan huruf besar pada

A. penjuru kiri sebelah atas setiap muka surat.


B. penjuru kanan sebelah bawah setiap muka surat.
C. penjuru kanan sebelah atas dan penjuru kiri sebelah bawah pada setiap
muka surat.
D. penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah setiap
muka surat.

6
5. Tindakan atau sebarang kegiatan yang dilakukan bagi memperolehi perkara
terperingkat dengan cara tersembunyi dan menyalahi undang-undang yang
bertujuan untuk mengancam keselamatan Negara adalah ditakrifkan sebagai

A. subversif.
B. khianat.
C. sabotaj.
D. espionaj.

6. Kelemahan- kelemahan manusia kerapkali mengakibatkan berlakunya


pelanggaran keselamatan dan mungkin berkesudahan dengan perkara-perkara
rasmi diketahui oleh pihak yang tidak diberi kebenaran. Kelemahan-kelemahan
itu termasuk

I. keinginan hendak menunjuk-nunjuk dan menarik hati saudara mara, sahabat


handai dan rakan taulan, terutama kepada kumpulan jantina lain mengenai
pengetahuan sesuatu perkara terperingkat yang pada amnya tidak diketahui
oleh orang lain.
II. kecuaian mematuhi arahan-arahan keselamatan.
III. kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras dan dadah.
IV. tidak cermat ketika bercakap melalui telefon atau di tempat-tempat awam
mengenai perkara terperingkat.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. II, III dan IV.
D. I, II, III dan IV.

7. Yang mana di antara berikut, langkah-langkah keselamatan yang tidak berkesan?

A. diletakkan di kawasan laluan orang ramai.


B. arahan-arahan senang difahami.
C. setiap orang benar-benar memahami perlunya langkah-langkah itu
diadakan.
D. langkah-langkah itu dikuatkuasakan dengan tegas hingga dihormati dan
menjadi perkara biasa.

8. Proses asas yang digunakan bagi menapis penjawat-penjawat awam yang


dikehendaki melihat perkara-perkara terperingkat Sulit dikenali sebagai

A. Tapisan Sulit.
B. Tapisan Kasar.
C. Tapisan Rahsia.
D. Tapisan Halus.

7
9. Surat-surat yang dikeluarkan oleh mana-mana Kementerian, Jabatan atau Agensi
perlu diberi pengkelasan keselamatan mengikut

A. peringkat keselamatan kandungan fail itu.


B. kepentingan kandungan surat.
C. garis panduan Pejabat Keselamatan Kerajaan.
D. panduan Keselamatan Jabatan.

10. Puan Zainun, seorang Pegawai Kanan di Kementerian Dalam Negeri terpaksa
membawa pulang fail terperingkat Sulit untuk menyambung kerjanya di rumah.
Dalam keadaan ini, beliau hendaklah

A. mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.


B. mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Dalam Negeri.
C. Mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan.
D. Mendapat kebenaran daripada Pendaftaran Fail Kementerian Dalam
Negeri.

11. Berikut adalah jenis-jenis persaraan mengikut Seksyen 10, 11, 12 dan 12A Akta
227 atau 13 Akta 239. Pilih satu jenis persaraan yang tidak betul.

A. Persaraan atas sebab penghapusan Jawatan.


B. Persaraan atas sebab kepentingan Negara.
C. Persaraan atas sebab berhijrah.
D. Persaraan atas sebab dilantik berkhidmat dalam mana-mana
pertubuhan yang diluluskan oleh kerajaan.

12. “Award wang Tunai gentian cuti rehat” adalah satu lagi faedah di bawah skim
pencen. Jumlah maksima cuti rehat yang dibenarkan dikumpul untuk tujuan
tersebut adalah tidak melebihi

A. 90 hari
B. 120 hari
C. 30 hari.
D. 15 hari

13. Ganjaran terbitan ialah faedah di bawah skim pencen yang dibayar sekaligus
berikutan kematian pegawai berpencen dalam perkhidmatan. Amaunnya dihitung
mengikut formula berikut

A. 7.5/100 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.


B. 1/600 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir
C. 1/30 X tempoh perkhidmatan X gaji akhir.
D. 1/500 X tempoh Perkhidmatan X gaji akhir.

8
14. Pemeriksaan ke atas Pemadam Api hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya

A. 3 bulan sekali.
B. 6 bulan sekali
C. apabila alat tersebut ingin ditukar baru
D. 1 tahun sekali

15. Salah satu daripada perkara di bawah ini tidak seharusnya terkandung di dalam
sesebuah fail

A. Surat-surat dan salinan surat-surat yang diterima.


B. Salinan surat-surat yang dikeluarkan.
C. Draf-draf surat.
D. Minit-minit bebas.

16. Pas Keselamatan bagi mana-mana pejabat kerajaan akan dibahagi kepada
kategori berikut, kecuali

A. Pas Keselamatan Khas.


B. Pas Keselamatan Pelawat.
C. Pas Keselamatan Tetap
D. Pas Keselamatan Sementara.

17. Satu kulit fail yang mempunyai tajuk dan nombor yang sama dengan fail asal
hendaklah dibuka dan ditandakan sebagai Jilid II apabila

A. kulit fail asal itu dan kandungannya basah terkena hujan.


B. terlalu banyak lampiran di dalam fail asal itu.
C. had muatan di dalam fail asal itu telah dicapai.
D. kandungan fail asal itu telah mencapai angka seratus atau melebihi 1 inci
ketebalannya.

18. Kertas Minit yang diletakkan di bahagian sebelah kiri kulit fail adalah digunakan
untuk tujuan-tujuan berikut, kecuali

A. merekodkan butir-butir tindakan ke atas panggilan telefon berkenaan


perkara dalam fail.
B. mencatatkan pengedaran fail.
C. merekodkan surat-surat masuk dan keluar.
D. mencatatkan hasil-hasil perbincangan berkaitan isi kandungan fail.

19. Seorang pegawai awam yang telah lulus tapisan keselamatan yang disyaratkan
kepadanya boleh

A. melihat semua perkara terperingkat secara automatik.

9
B. melihat perkara terperingkat setakat membolehkannya menjalankan
tugasnya.
C. menyimpan semua jenis fail terperingkat.
D. menentukan peringkat sesuatu dokumen terperingkat.

20. Proses memindahkan fail-fail jabatan ke Arkib Negara perlulah memastikan

I. fail-fail berkenaan tidak aktif selama satu tahun.


II. fail-fail adalah bernilai dan telah berumur lebih daripada 20 tahun.
III. fail-fail tidak lagi dikehendaki oleh jabatan untuk urusan harian dan sudah
melebihi lim tahun selepas penutupan.
IV. Fail-fail telah disemak sebagai berguna untuk disimpan di Arkib Negara.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, III dan IV sahaja.
C. II, III dan IV sahaja.
D. I, II dan IV sahaja.

10

You might also like