You are on page 1of 13

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

BAHAGIAN 6: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)


Soalan 1. Di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terdapat pelbagai jenis hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar tatatertib. Huraikan sifatsifat 3 daripada jenis hukuman tatatertib berikut: Jawapan: i) Denda Had denda pada sesuatu masa tidak boleh melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan tidak boleh lebih 45% daripada emolumen bulanannya. ii) Dipotong daripada emolumen bulanan dan dimasukkan dalam hasil kerajaan. Tangguh kenaikan gaji Tempoh boleh dikenakan adalah 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan Berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman oleh LTT . Dalam tempoh hukuman, Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji yang paling hampir selepas habis tempoh hukuman Akibat Hukuman : a)Tarikh pergerakan gaji hendaklah diubah ke tarikh pergerakan gaji

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

b)Tarikh pergerakan gaji kekal pada tarikh diubah di(a) sehingga pegawai capai tanggagaji maksimum dalam jadual gajinya. iii) Turun gaji Secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama tidak melebihi 3 pergerakan gaji. Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih daripada 36 bulan Kuatkuasa Hukuman : Tarikh ditetapkan oleh LTT atau tarikh hukuman dijatuhkan Tarikh Pergerakan Gaji : Berubah kepada tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas habis tempoh hukuman Dalam tempoh hukuman Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji Soalan 2 : Terdapat beberapa kelakuan-kelakuan yang dilarang dalam Peratran-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sebutkan 4 daripada larangan-larangan itu dan berikan contohcontohnya. Jawapan : Secara umum peraturan tersebut terkandung di dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [Per.4(1)(2)(a)-(j)] Antara 4 dari larangan beserta contoh ialah: 1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan iaitu Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Contoh: Roseliza Binti Yatim 01797 2

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

Bersubahat dengan musuh negara. Membocorkan rahsia Kerajaan. Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan. Menjadi Anggota Jemaah Islamiah. Menyertai Kesatuan Militan Malaysia.

2. Seseorang pegawai tidak boleh berrkelakuan dengan sedemikian cara sehingga boleh memburukkan nama baik perkhidmatan awam Contoh: Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Berjudi di pejabat/waktu bertugas. Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. Kesusahan berat kerana hutang. Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi. Melakukan gangguan seksual. kurang cekap atau kurang

3. Seseorang pegawai tidak boleh berusaha; Contoh:

Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik. Tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan kerja seberapa segera.

4. Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah; Contoh: Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri. Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah siap atau belum. Tidak melaporkan harta atau pelaburan. Tuntutan palsu. 3

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

Menggunakan duit jabatan untuk kegunaan sendiri.

BAHAGIAN 7: PERINTAH AM BAB E


Soalan 1 :Semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang mendiami rumah kerajaan dikenakan membayar sewa, tetapi terdapat beberapa golongan pegawai dikecualikan daripada membayar sewa. Apakah kategori pegawai yang dikecualikan daripada membayar sewa itu? Jawapan : Rumah kerajaan adalah rumah kediaman kerajaan yang didiami oleh kakitangan kerajaan yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seseorang pegawai yang diberi kemudahan untuk mendiami rumah kerajaan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. Naib Canselor Antara golongan pegawai yang dikecualikan daripada membayar sewa adalah:

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

Pegawai yang di bawah kategori on-call seperti Juruteknik dan pemandu.

Pegawai JUSA Kumpulan A. Pegawai yang berasal dari luar daerah. Pegawai yang bertanggungjawab untk kolej asrama. Pegawai yang bertugas di Hospital. Pegawai di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Soalan 2 : Jelaskan tanggungjawab-tanggungjawab dan laranganlarangan bagi seseorang Pegawai Awam yang menyewa rumah kerajaan. Jawapan : Setiap pegawai yang menduduki rumah kerajaan mempunyai tanggungjawab dan larangan yang perlu dipatuhi. Antara tanggungjawabnya adalah :1. Membayar sewa setiap bulan. Setiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini adalah terkecuali untuk pegawai-pegawai yang telah dikecualikan dari membayar sewa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. 2. Tanggung jawab membersihkan kawasan. Tiap-tiap pegawai yang mendiami rumah kerajaan perlu bertanggung jawab menjaga rumah tersebut dengan sebaik-baiknya. Ini termasuklah menjaga kebersihan dalam rumah dan juga kawasan

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

sekeliling rumah termasuk kerja-kerja memotong rumput dan membuang sampah sarap seperti tin-tin dan botol-botol kosong. 3. Laporan memasuki rumah. Pegawai yang telah diperuntukkan sebuah rumah kerajaan oleh Pegawai PErumahan hendaklah melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) tempatan menyatakan tarikh ia bercadang hendak memasuki rumah tersebut dan juga sebagai tanda persetujuan untuk gajinya dipotong untuk bayaran sewa bulanan. 4. Mengosongkan rumah. Seseorang pegawai yang akan berpindah dari rumah kerajaan hendaklah melaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) tempatan dan juga Pegawai Perumahan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh ia bercadang hendak mengosongkan rumah tersebut. 5. Penyerahan kunci. Pegawai bertanggungjawab menyerahkan kunci rumah dan

menandatangani satu sijil akuan keluar rumah. Manakala antara larangan-larangan bagi seseorang Pegawai Awam yang menyewa rumah kerajaan ialah: 1. Dilarang meminda rumah. Pegawai tidak dibenarkan untuk membuat penambahan atau pindaan kepada mana-mana bahagian dalam dan luar rumah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) tempatan.

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

2. Dilarang menyewakan rumah. Pegawai tidak dibenarkan untuk menyewakan mana-mana bahagian rumah yang telah diperuntukkan untuknya. Hanya keluarga pegawai, orang gaji dan tetamu sementara sahaja yang dibenarkan untuk tinggal di rumah tersebut. sahaja. 3. Larangan menternak binatang. Pegawai tidak dibenarkan untuk memelihara binatang-binatang ternakan, termasuk ayam, itik, di mana-mana bahagian rumah, di bawahnya atau di dalam kawasannya. Rumah ini juga tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain selan daripada sebagai tempat kediaman sendiri

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

BAHAGIAN 8:
i. PERINTAH AM BAB F Soalan 1. Sila nyatakan dalam keadaan manakah sesuatu Lembaga Perubatan boleh dipanggil? Jawapan: Lembaga Perubatan boleh dipanggil apabila : Pegawai masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti-cuti sakit. Pegawai Perubatan mengesahkan tidak ada harapan seseorang pegawai untuk sembuh. Tiap-tiap tahun telah mengambil cuti sakit selama 45 hari dalam tempoh 3 tahun berturut-turut. Kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragukan. Tercedera semasa bertugas. Apabila pegawai disahkan mengidap penyakit Tibi, Kusta dan Barah. Pegawai atau keluarga yang memerlukan rawatan di luar negeri kerana rawatan sedemikian tidak diperolehi di negeri ini. Soalan 2. Puan Aminah bertugas di UTeM. selaku seorang Pegawai Awam, beliau serta ahli keluarganya layak menerima rawatan dan ubatRoseliza Binti Yatim 01797 8

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

ubatan percuma daripada hospital, klinik kerajaan dan klinik panel. Walaubagaimanapun, jika mereka dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan dikehendaki membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu. a) Nyatakan kes-kes di mana seorang pegawai awam atau keluarganya akan dikecualikan bayaran wad. Jawapan: i. ii. Seseorang pegawai awam atau keluarganya akan dikecualikan Seseorang pesara (pegawai awam) yang mendapat pencen tidak daripada membayar bayaran wad kerana mengidap penyakit merebak. melebihi RM 180 sebulan akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad bagi diri atau keluarganya. iii. Seseorang pegawai yang jatuh sakit atau menerima kecederaan semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabatnya akan dikecualikan daripada membayar bayaran wad apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar ibu pejabatnya. b) Nyatakan mereka yang tergolong di dalam definisi Keluarga seorang pegawai awam seperti dalam Perintah Am Bab F. Jawapan: Keluarga seorang pegawai awam bermakna bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam bab ini tentang rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak

Roseliza Binti Yatim 01797

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

akan dipakai. Istilah anak akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Selain itu, balu seseorang pegawai akan juga dianggap sebagai keluarga pegawai selagi ia tidak berkahwin semula.

ii. PERINTAH AM BAB G Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa? Jawapan: Kerja lebih masa adalah tempoh masa bekerja ataupun waktu bekerja boleh dikategori kepada Waktu Bekerja Pejabat dan Waktu Bekerja Bukan Pejabat (giliran/pusingan kerja) yang telah ditetapkan di bawah sistem Waktu Bekerja Biasa. Masa kerja sehari hendaklah tidak melebihi 8 jam 30 minit termasuk masa rehat (selama 1 jam apabila bekerja dalam tempoh Masa Kerja tersebut). Hari Rehat Mingguan hendaklah sekurangkurangnya 1 hari dalam 1 minggu. Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka itu dianggap sebagai kerja lebih masa. Apakah kemudahan-kemudahan yang boleh diberi kepada seorang Pengawai Awam yang dikehendaki bekerja lebih masa? Jawapan: Kemudahan-kemudahan yang boleh diberikan kepada seorang pengawai awam yang dikehendaki bekerja lebih masa adalah elaun lebih

Roseliza Binti Yatim 01797

10

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

masa. Sekiranya pengawai awam itu bekerja ditempat luar kerja, beliau boleh mendapat elaun makanan, elaun perbatuan, dan juganya elaun penginapan. Dalam keadaan bagaimana seseorang pegawai awam boleh menuntut elaun lebih masa? Jawapan: Apabila seseorang pegawai yang lain daripada mereka dalam Perintah Am 14 dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan maka ia boleh diberi bayaran lebih masa mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan. Bayaran lebih masa tidak boleh dibuat dalam keadaan seperti dalam Perintah Am 20.

Apakah kadar kelayakan Elaun Lebih Masa bagi seseorang pengawai yang bergaji RM2,108.00 sebulan yang layak menuntut elaun lebih masa? Jawapan: Kadar tuntutan Elaun Lebih Masa yang boleh dituntut ialah tidak boleh melebihi 1/3 gaji sebulan atau 104 jam sebulan. (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan 2/77 dan Akta Kerja 1955(Akta 1965) Seksyen 60A (40) (a) ) Oleh demikian, Elaun Lebih Masa sebanyak RM 702.67, 1/3 daripada RM 2,108.00, layak kepada pengawai itu. Walau bagaimanapun, pengawai masih boleh menuntut Elaun Lebih Masa lebih 1/3 daripada gaji atau 104 jam sebulan sekiranya semua staf yang terlibat dalam urusan/ kerja tersebut telah menjalankan tugas yang melebihi 1/3 daripada gaji sebulan.

Roseliza Binti Yatim 01797

11

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

Rujukan:
1. Malaysia Kita, Panduan & Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, International Law Book Services, Kuala Lumpur 2. Nota Penceramah, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Pindaan (2002) 3. Pekeliling Perbendaharaan 4. Perintah-Perintah Am : Bab A Bab G, Semua Pindaan Sehingga Mac, 2005. 2005.MDC Publishers Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Roseliza Binti Yatim 01797 12

Kursus Induksi Umum Kumpulan Profesional & Sokongan 1 Bil 2/2010

Roseliza Binti Yatim 01797

13

You might also like