You are on page 1of 8

KAJIAN TINDAKAN

Kebolehan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Melayu

1.0 ABSTRAK Era globalisasi pada masa kini telah menyebabkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) begitu penting dalam kehidupan seharian untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Satu kajian tindakan yang telah dilaksanakan bertujuan mengenal pasti kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. Kajian ini boleh membantu mengetahui sejauh mana tahap penguasaan pelajar bahasa Melayu menggunakan ICT. Seramai 21 orang pelajar Bahasa Melayu telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh dengan menggunakan kaedah soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakkan pelajar bahasa Melayu boleh menggunakan ICT dalam menyelesaikan masalah mereka dan menggunakan ICT secara beretika dan sahih.

2.0 TUJUAN KAJIAN 2.1 Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tahap kebolehan pelajar bahasa Melayu menggunakan ICT. 2.2 Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau pengetahuan pelajar bahasa Melayu mengenai ICT melalui borang soal selidik. 2.3 Untuk mengenal pasti tujuan utama pelajar menggunakan internet.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Mengenal pasti tahap kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. 3.2 Merangka dan melaksanakan tindakan untuk mengetahui tahap kebolehan penggunaan ICT melalui soal selidik. 3.3 Menilai kebolehan penggunaan ICT melalui analisis soal selidik.

KAJIAN TINDAKAN

4.0 PERNYATAAN MASALAH 4.1 ICT bermaksud teknologi maklumat dan teknologi komunikasi dalam bentuk digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu manusia membangunkan negara. 4.2 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. 4.3 Kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar membawa beberapa perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4.4 Penggunaan ICT telah membawa perubahan kepada sikap yang positif dalam kalangan pelajar. 4.5 ICT juga penting kepada guru bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

5.0 KESIGNIFIKAN KAJIAN 5.1 Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami tahap kebolehan pelajar bahasa Melayu dalam menggunakan ICT. 5.2 Memberi kesedaran kepada semua pelajar tentang kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. 5.3 Membudayakan penyelidikan dalam kalangan pelajar bahasa Melayu.

6.0 METODOLOGI KAJIAN 6.1 SAMPEL 6.1.1 Responden dalam kajian ini melibatkan 21 orang dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Daripada jumlah responden tersebut pelajar lelaki adalah 4 orang dan pelajar perempuan adalah 17 orang. 6.2 INSTRUMEN KAJIAN 6.2.1 Soal selidik mengandungi 20 soalan dikemukakan merangkumi 2 bahagian: i) bahagian A- latar belakang responden ii) bahagian B- penggunaan ICT

KAJIAN TINDAKAN

7.0 PROSEDUR 7.1 Langkah I: Mengenal pasti masalah. 7.1.1 Pada awal perbincangan, kumpulan kami telah memilih tajuk Kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. 7.1.2 Kami mempercayai bahawa penggunaan ICT sangat penting dalam diri setiap individu terutamanya bakal pendidik. 7.1.3 Oleh itu, kami menjalankan kaji selidik untuk mengetahui tahap kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. 7.2 Langkah ii: Membuat tinjauan/mengutip data 7.2.1 Kaedah pengutipan data yang kami laksanakan ialah mengedar borang soal selidik. 7.2.2 Kumpulan kami menggunakan item menanda dan mengisi tempat kosong dalam borang soal selidik tersebut. 7.2.3 Kami turut menggunakan soalan tertutup dan terbuka untuk memudahkan responden berpeluang mengemukakan pendapat mereka sendiri. 7.3 Langkah iii: Analisis data 7.3.1 Kecanggihan ICT sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses P&P mampu meningkatkan keberkesanan dan menggalakkan pendidikan. 7.3.2 Menyedari akan hakikat kepentingan ICT yang mampu meningkatkan ilmu pengetahuan para pelajar, maka kumpulan kami telah mengambil keputusan untuk menjalankan kaji selidik bagi mengetahui tahap kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. 7.3.3 Kebolehan menggunakan ICT ini membolehkan para pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka di sekolah kelak. 7.4 Langkah iv: Menentukan fokus kajian 7.4.1 Fokus kajian kami ialah mengenal pasti tahap kebolehan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bahasa Melayu. 7.4.2 Penggunaan ICT dalam proses P&P penting untuk menarik minat pelajar mengikuti pengajaran dalam bilik darjah. 7.4.3 Keberkesanan guru menggunakan ICT menjadikan proses P&P lebih efektif berbanding menggunakan kaedah tradisional.

KAJIAN TINDAKAN

7.5 Langkah v: Perancangan tindakan 7.5.1 Kami menentukan 3 objektif kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian tindakan yang kami jalankan. 7.5.2 Kumpulan kami mengharapkan matlamat kajian ini tercapai dan boleh membantu mengenal pasti kebolehan pelajar menggunakan ICT. 7.5.3 Kajian yang akan dibuat ini dinilai berdasarkan penilaian sumatif iaitu di akhir proses pelaksanaan kajian selepas kesemua pelajar menjawab soalan yang dikemukakan. 7.5.4 Kami menggunakan sumber-sumber rujukan daripada pelbagai buku terutamanya yang berkaitan dengan kajian tindakan. 7.6 Langkah vi: Pelaksanaan Tindakan 7.6.1 Sepanjang tempoh kajian ini dilakukan komitmen daripada semua ahli kumpulan sangat diperlukan bagi melancarkan lagi kajian tindakan ini. 7.6.2 Perbincangan secara berkumpulan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memperbaiki sebarang kesilapan untuk memantapkan lagi laporan kami. 7.6.3 Pembahagian tugas dibahagikan agar semua ahli kumpulan melibatkan diri sepanjang kajian ini dilakukan. 7.7 Langkah vii: Pengesanan Tindakan 7.7.1 Kumpulan kami hanya menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data-data yang diperlukan untuk kajian ini. 7.7.2 Kami mendapat kerjasama atau maklum balas yang positif daripada responden semasa mengedarkan borang soal selidik. 7.7.3 Sebarang kemusykilan atau persoalan yang timbul daripada responden berkaitan soalan kaji selidik tersebut boleh dirujuk kepada ahli kumpulan kami. 7.8 Langkah viii: Penilaian Keberkesanan Tindakan 7.8.1 Hasil daripada pengedaran borang tersebut kepada responden, kami memperoleh semua maklumat-maklumat yang diperlukan dan ini memudahkan tugas kami. 7.8.2 Melalui maklumat-maklumat daripada responden membolehkan kami menganalisis tahap kebolehan pelajar bahasa Melayu dalam menggunakan ICT.

KAJIAN TINDAKAN

8.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 LATAR BELAKANG

8.2 SOALAN 1 HINGGA 20

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN

KAJIAN TINDAKAN

9.0 PERBINCANGAN 9.1 REFLEKSI 9.1.1 Berdasarkan kajian didapati kesemua responden boleh menggunakan ICT. Kebanyakkan pelajar mahir dan hanya segelintir sahaja yang sangat mahir menggunakan ICT. 9.1.2 Contohnya, pelajar yang sangat mahir mampu mencipta sesuatu perisian dan mahir menggunakan perisian, manakala pelajar yang mahir pula hanya boleh menggunakan perisian sahaja. 9.1.3 Kajian tindakan ini memberikan kesedaran bahawa pentingnya penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan proses P&P. 9.2 CADANGAN 9.2.1 Meluaskan kajian ini dengan menambah bilangan responden. 9.2.2 Bilangan soalan juga perlu diperbanyakkan dan diperincikan. 9.2.3 Setiap soalan yang dikemukakan pula seharusnya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. 9.2.4 Menggunakan instrumen kajian yang pelbagai. 9.3 KESIMPULAN Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bahasa Melayu mahir menggunakan ICT dalam menyelesaikan masalah mereka. Sebagai bakal pendidik seharusnya mereka tahu menggunakan ICT kerana penggunaan ICT boleh diaplikasikan dalam proses P&P di sekolah nanti agar dapat mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan.

You might also like