You are on page 1of 11

PROFAIL DATO' HUSSAMUDDIN YAACOB Dato Hussamuddin Yaacob adalah tokoh Melayu dari Kelantan yang merupakan pemilik

Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang juga penerbit majalah dan akhbar terbesar di Malaysia. Syarikat ini mempunyai anak-anak syarikat yang fungsinya berbeza iaitu Alaf 21, Ultimate Print, Prima Sdn.Bhd dan banyak lagi Syarikat Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. ditubuhkan pada tahun 1978 sebagai sebuah syarikat penerbitan kecil kecilan dan mengeluarkan produk pertamanya iaitu Mingguan Kanak - Kanak. Kini Kumpulan Karangkaraf telah menerbitkan 32 akhbar dan majalah yang terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Di antaranya termasuklah akhbar Sinar Harian, Mingguan Wanita, Mingguan Bintang Kecil, dan majalah-majalah seperti Majalah I, Remaja, Sarina, Fokus, dan pelbagai majalah lain. Menerusi syarikatnya Alaf 21 yang ditubuhkan pada 1990, syarikatnya menerbitkan pelbagai jenis buku pengetahuan umum, novel-novel popular dan sebagainya yang menguasai pasaran buku di Negara ini. Profil dan ketokohan beliau dalam industri penerbitan buku di negara ini pernah disiarkan dalam ruangan Majalah Tiga terbitan TV3 beberapa tahun dahulu. Sumbangan dan kerja keras Dato Hushamuddin Yaacob dan adik-beradiknya membangunkan Karangkraf Sdn.Bhd. memungkinkan lahirnya pelbagai golongan penulis dan sasterawan yang menyumbangkan tulisan-tulisannya dalam pelbagai akhbar, majalah ,buku, novel dan penerbitannya. Hal ini mendorong lahirnya peningkatan daya kreativiti dan kegiatan karang-mengarang rakyat Malaysia untuk menulis dan menghasilkan novel-novel popular yang laris jualannya di Malaysia. Penerbitan novel popular menerusi syarikatnya Alaf 21 mendorong novel-novel terbitannya

menguasai pasaran buku dan novel di negara ini apalagi syarikat bumiputera miliknya memberi sumbangan berkesan kepada industri penerbitan di negara ini. Dato Hussamuddin Yaacub mendapat ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) pada tahun 1978. Beliau selaku Pengarah Urusan (CEO) Karangkraf Sdn.Bhd. yang menggerakkan penerbitan media penerbitan dan percetakan terbesar di Malaysia yang mempunyai tenaga pekerja seramai 1400 orang yang menyumbangkan pendapatan syarikat RM300 juta setahun. Beliau selaku Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd menggerakkan 32 penerbitan majalah dalam bahasa Melayu. Ultimate Print Sdn.Bhd. merupakan syarikat penerbitan komersial terbesar di samping anak-anak syarikatnya yang lain. Akhbar Sinar Harian terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn.Bhd. mencatatkan jualan tertinggi akhbar harian berbahasa Melayu. Secara spesifiknya majalah terbitan Kumpulan Karangkraf ialah Pesona Pengantin, Media Hiburan, G3, Pa & Ma, Dara.com, Maskulin, Nur, Majalah i, Impiana, Fokus SPM, Rasa, Nona, Yezz, Laman Impiana, E-Baca, Dapur Impiana, Arena Bola Sepak, Majalah PC, Seri Dewi & Keluarga, E@Siswa, Midi, Remaja, Rapi, Klik dan Libur. Manakala akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf termasuklah Mingguan Wanita, Bacaria, Bintang Kecil dan akhbar Sinar Harian. Dato Hussamuddin Yaacub menggerakkan penubuhan Yayasan Nur Karangkraf yang bertujuan memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan golongan tidak bernasib baik. Beliau dan syarikatnya juga menubuhkan Dana Pendidikan Karangkraf yang bakal menaja 300 orang pelajar pada setiap tahun untuk meringankan kesulitan mereka belajar. Bapa yang kepada enam orang anak ini menerima anugerah kurniaan Dato oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada November 2007 di atas sumbangannya dalam bidang penerbitan dan kerjayanya selama ini. FAKTOR KEJAYAAN Menurut Hussamuddin, antara faktor yang membolehkan Karangkraf berkembang ialah melabur semula setiap keuntungan yang diperoleh syarikat. "Majoriti keuntungan kami laburkan balik. Orang tak percaya sampai sekarang kita tak pernah isytihar dividen. Daripada sebuah syarikat kecil kami menjadi semakin besar, semakin besar. Kami buat projek baru, buat majalah baru, kita tambah kilang, kita beli tanah, kita tambah mesin baru supaya syarikat kuat," jelasnya. Di samping itu, kata Hussamuddin, pihaknya juga sentiasa bersikap positif meskipun dunia berdepan dengan kegawatan ekonomi. "Bila dunia gawat, orang kena buang kerja, mereka ini akan duduk di rumah, tak akan tengok wayang, tak beli baju. Di rumah mereka akan membaca suratkhabar, baca majalah dan menonton televisyen. Saya akan terbitkan majalah, terbitkan lebih buku," katanya.

FALSAFAH PERNIAGAAN "Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan".

STRATEGI PERNIAGAAN PENDEDAHAN AWAL Dalam apa juga bisnes sama ada kedai runcit, kedai kopi atau kedai menjual barangan perkakasan, peniaga Cina akan membawa isteri dan anak ke kedai. Anak sambil membuat kerja rumah didedahkan dengan urusan kedai dan menjadi juru wang, memulangkan baki wang kepada pelanggan. "Kuli pula, 10 tahun kemudian dia pergi ke kampung lain, buka bisnes sendiri, kedai runcit ke, kedai baiki motorsikal, kedai elektrik," tambahnya walaupun dia duduk di kedai sebagai kuli, dia belajar dan 10 tahun kemudian dia buka sendiri bisnes, pembekal dah kenal dia dan separuh daripada pelanggan tauke dia akan pindah kepada dia. Ini sinergi bisnes orang Cina. "Itu yang menyebabkan kebarangkalian dia berjaya itu 99 peratus. Tengok orang Cina yang berjaya, semuanya bermula sebagai kuli tapi mereka jimat dan uruskan duit. Disiplin ini penting," tambahnya. KAWAL PERBELANJAAN Beliau berkata, mereka yang berniaga juga perlu tahu apa dia jualan dan apa dia keuntungan. "Saya melihat bapa saya kalau jualan hari itu RM40, maknanya pendapatan dia bukan RM40. Keuntungan dia mungkin empat ringgit dan bapa saya tidak belanja empat ringgit, dia belanja seringgit sahaja. Sebab sekarang biasanya orang ingat bila dia dapat projek RM1 juta dia untung RM1 juta. Dia pun beli rumah besar, kereta besar, televisyen besar. "Sedangkan kalau dia dapat projek RM1 juta, mungkin untung dia RM100,000 dan kalau dia belanja RM100,000 dia tak boleh buat projek seterusnya," jelas usahawan ini. Mengambil contoh pengalaman berniaganya pula, Hussamuddin memberitahu bahawa beliau masih mengawal perbelanjaan meskipun memiliki saham majoriti syarikat. "Gaji saya ditetapkan. Kita kena bezakan, kalau kita buat bisnes kita kena gajikan diri kita sendiri. Kita jangan ingat duit itu semua kita punya. Kita kena bezakan duit kita dengan duit syarikat. Kita tak boleh ingat kita nak pakai berapa kita boleh ambil duit itu. Tak boleh," katanya.

PENCAPAIAN Penubuhan Yayasan Nur Karangkraf yang mana bertujuan menyalurkan bantuan dari segi kewangan kepada ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik. Menubuhkan RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup) Business School (RBS). satu inisiatif di bawah Warisan Ummah Ikhlas yang diasaskan beliau. Kumpulan Karangkraf telah menerima pelbagai anugerah daripada pelbagai bidang. Anugerah tersebut diantaranya adalah: KARANGKRAF Malaysian Books of Records; The Publisher with the most Bahasa Malaysia magazine titles (30 Titles) Anugerah the Superbrands of Malaysia pada tahun 2005 Anugerah rekaan booth terbaik pada tahun 2002, 2003. 2004, and 2005 ketika KL international Bookfair.

SINAR HARIAN Anugerah Kalung Perpaduan 2009

GRUP MAJALAH FOKUS SPM Fokus SPM menerima Journalism Award (Education) daripada Press Institute of Malaysia pada tahun 2005 PA&MA Gold Award - MPA Magazine Awards 2011 (Best Cover Design Special Interest/Niche Bahasa) Bronze Award - MPA Magazine Awards 2012 (Best Magazine Design Award (Special Interest/Niche Bahasa) PC ICT Industry Special Recognition Award 2007 Association Of The Computer And Multimedia Industry Of Malaysia (Pikom)

REMAJA Ministry of Health - Literature Award: Best Magazine: Remaja Magazine (Dua tahun berturutturut: 2006 & 2007) Kewartawanan Terbaik Anjuran Kementerian Kesihatan Wartawan Sarina Mat Som Anugerah penulisan (majalah) terbaik Dari Lembaga Zakat Selangor tahun 2003 Wartawan Izwaashura Binti Sadali MAJALAH I Anugerah Media Islam Negara (AMIN) pada Thun 1998, kategori Penerbitan Media Cetak: Penerbit Terbitan Berkala Terbaik. LAMAN IMPIANA Anugerah Penerbitan Majalah, Penulis Rencana Pertanian - Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani 2006. Anugerah Pembangunan Kemajuan Industri Landskap Negara, 2008 LIBUR MPA Magazine Award 2006 Best Cover Design - Malay (Lifestyle Magazine): Libur magazine Majalah Pelancongan Tempatan Terbaik - Anugerah Pelancongan Malaysia 2011. Penganjur: Kementerian Pelancongan Malaysia KELUARGA Anugerah Khas -Majalah terbaik sempena kempen Derma Organ anjuranKementerian Kesihatan 2005 Anugerah Khas Jasamu Dikenang anjuran syarikat DCL Anugerah Penghargaan Majalah sempena Kempen Basmi Kemiskinan anjuran WI Hulu Selangor. 2008 Anugerah Khas Majalah anjuran Kementerian Pertanian (MOA) sempena MAHA 2008 IMPIANA Gold Award - MPA Magazine Awards 2012 - Category Home/Deco Bahasa Bronze Award Di MPA Magazine Awards 2011-Category Home/Lifestyle - Bahasa UMPAN

Bronze Award MPA Magazine Award 12 - Best Magazine Design Award 2012-Bahasa GRUP BUKU ALAF 21 Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 - Novel Bagaikan Puteri : Ramlee Awang Murshid Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 -Tempat kedua, Selagi Ada Dia : Aisya Sofea -Tempat Ketiga, Hijab Sang Pencinta : Ramlee Awang Murshid Anugerah Buku Negara 2010 (Kategori Novel Remaja) - Novel 9 Nyawa : Ramlee Awang Murshid Anugerah Buku Negara 2010 (Kategori Novel paling laris) - Ombak Rindu : Fauziah Ashari Anugerah Buku Pilihan pembaca Popular Berita Harian 2010 - Yang Sebenarnya : Aisya Sofea Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2012 - Oi bangunlah oi : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj Anugerah Perdana Zaaba dan Pengarang Terbaik 2012 - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj BUKU PRIMA Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian Kategori Novel - Andai Itu Takdirnya : Siti Rosmizah, Tempat Pertama, Tahun 2009 Cinta Kau Dan Aku : Siti Rosmizah, Tempat Kedua, Tahun 2010 Adaptasi Drama - Cinta Kau dan Aku GRUP PERCETAKAN ULTIMATE Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 : Januari 2005 Anugerah Kecemerlangan Usahawan Bumiputera Giant 2009 Anugerah Pensijilan Print Standardization for Offset ISO 12647 pensijilan antarabangsa khusus untuk percetakan) : Ogos 2011 Anugerah Pentauliahan Pusat latihan SLDN dari 2010 - 2013 Anugerah Merit Malaysia Print Awards 2010 Speciality Printing Anugerah Merit Malaysia Print Awards 2012 Digital Printing Anugerah Keahlian - Malaysian Produktivity and Innovation Class

KUNCI UTAMA KEJAYAAN Hussamuddin mengaitkan faktor fokus kepada perniagaan sebagai antara penyumbang kejayaan Karangkraf. Beliau lalu mengingatkan peserta bengkel itu supaya melakukan apa yang mereka tahu dan bukan apa yang dicadangkan orang. "Kalau bidang kita tak tahu dan orang lain kata kita boleh buat duit, jangan masuk. Itu lubuk, tambahtambah lagi bila orang kata jamin untung. Mana ada bisnes jamin untung? Yang penting kita mesti tahu bagaimana hendak mengurangkan kos," katanya. Hari ini Hussamuddin boleh berbangga dengan empayar perniagaannya. Kilang percetakannya terletak di kawasan seluas 10.1 hektar, 550 meter dari pusat bandar Shah Alam. "Tapi bayangkan 33 tahun dahulu di situ saya makan, di situ saya duduk dan di situlah saya berniaga. Masa saya mula berniaga selepas keluar dari universiti apa yang saya buat kerana nak jimatkan kos, saya beli roti canai pada waktu pagi, saya minta kuah banyak-banyak. Kuah tu saya simpan untuk makan tengah hari, rebus telur taruh dalam kuah, masak nasi dan makan dengan kuah kari telur. "Itu ikhtiar. Untuk berikhtiar perlu imaginasi. Itu yang orang kata di luar kotak," katanya.

Selain itu, beliau berkongsi 17 kunci kejayaan beliau di dalam menjadi usahawan jutawan iaitu: 17 Mula Dari Bawah Kebanyakan masa, kejayaan itu bermula dari bawah. Ia ibarat ketulan salji yang membesar hasil daripada gumpalan kecil-kecilan sepanjang perjalanan. Konsistensi menghasilkan kejayaan-kejayaan kecil adalah lebih utama untuk menghasilkan kejayaan besar. 16 Banyakkan Membaca Apabila membaca, kita menambah nilai dalam kehidupan sendiri. Ia secara tidak langsung mendorong kita berfikir seperti apa yang kita baca. Sebab itu Dato Hussamuddin sehingga hari ini masih mengamalkan aktiviti membaca. Walaupun beliau sibuk menguruskan perniagaan, membaca tetap menjadi satu keutamaan. 15 Buat Dengan Sepenuh Jiwa Beliau ibarat Steve Jobs (pengasas Apple). Melakukan sesuatu dengan sepenuh jiwa. Dengan itu baru muncul satu kepuasan dalam perjuangan.

14 Buat Perkara yang Kita Suka Sinergi di antara membangunkan bisnes dengan perkara yang kita suka dan melakukannya dengan sepenuh jiwa, adalah sinergi yang menjamin kekayaan dan kepuasan dalam perniagaan. 13 Jaga Aliran Wang Menurut Dato Hussamuddin, pemilik bisnes hanya boleh membelanjakan 10% daripada keuntungan perniagaan mereka. Ini bagi menjaga aliran tunai syarikat supaya tidak mudah tenggelam dalam masa yang singkat. 12 Berniaga Dengan Hati Ikhlas Hati yang ikhlas dalam berniaga akan membuatkan usahawan muslim jutawan itu lebih tenang, dan diberkati Tuhan. 11 Sedekah dan Tolong Orang Ramai Jika berkemampuan, bersedekah sebanyak yang mungkin untuk membantu orang ramai. Dato Hussamuddin menyatakan Karangkraf mempunyai peruntukan RM4 juta setiap tahun, untuk dijadikan sebagai biasiswa kepada para pelajar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. 10 Setiap Masalah, Ada Peluang Besar Jangan lihat masalah sebagai satu penghalang. Tetapi lihat dari dinding yang berasingan iaitu peluang besar yang akan membawa keuntungan yang berkali-kali ganda banyaknya. 9 Karekter Adalah Rahsia Potensi Diri Labur masa, tenaga dan wang untuk mendalami karakter dan fungsi diri sendiri bagi menjadi khalifah di muka bumi. Kemudian gunakan ia sebagai kekuatan utama dalam perniagaan. 8 Bersaing Secara Sihat Jangan takut pada pesaing. Kerana mereka adalah golongan yang akan mencetuskan lebih banyak kreativiti dalam perniagaan kita. Pemilik perniagaan yang takut bersaing adalah mereka yang tidak akan berjaya dalam bisnes yang diceburi. 7 Kuasa Memberi Kepada Pelanggan Rata-rata usahawan yang baru bermula seringkali ragu-ragu apabila ingin mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan pertama mereka. Ini yang menjadikan perniagaan itu hidup segan, mati tak mahu.

Amalkan konsep berikan yang terbaik untuk setiap pelanggan. Setiap kali kita memberi, Allah akan permudahkan perjalanan rezeki kepada hambaNya. 6 Hargai Pekerja Kukuhnya sesebuah syarikat milik usahawan muslim jutawan itu bukan sahaja kerana pengasasnya. Tetapi kesetiaan dan usaha daripada golongan pekerjanya. Oleh yang demikian, sebagai pemilik perniagaan, tugas kita adalah menjaga sebaik mungkin pekerja-pekerja syarikat. Berikan yang terbaik untuk mereka supaya para pekerja rasa dihargai dan bermotivasi untuk membangunkan syarikat. 5 Untung dan Labur Usahawan jutawan yang bijak adalah mereka yang menggunakan keuntungan untuk dilaburkan. Ini kerana ia dapat menggandakan wang kita tanpa perlu berusaha keras. Cara ini diberi nama money makes money (duit buat duit). 4 Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Sehingga hari ini, setiap aktiviti yang kita lakukan adalah berdasarkan ilmu yang wujud dalam diri sendiri. Justeru itu, sentiasa mencari peluang untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Untuk berjaya dalam perniagaan, lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan. 3 Fokus Pada Organic Growth Apa yang penting dalam perniagaan adalah keuntungan yang konsisten dan pembangunan bisnses yang organik. Ramai usahawan Melayu muslim yang tergila-gilakan pendapatan pantas dalam perniagaan. Secara tidak langsung ia membunuh bisnes sendiri. 2 Sentiasa Ada Mentor Setiap apa yang kita lakukan, jalan pintas untuk berjaya adalah menerusi sistem mentor. Dato Hussamuddin menyarankan agar setiap peserta konvensyen berusaha untuk mencari seorang mentor yang berjaya dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. 1 Kawan Kita Penentu Kejayaan Dengan siapa kita berkawan, itu adalah penentu kejayaan. Oleh sebab itu, berhati-hati ketika memilih rakan-rakan sekeliling. Pilih rakan yang menyokong usaha dan impian, dan jalan kejayaan sentiasa wujud di hadapan mata.

TEGURAN DAN NASIHAT Beliau turut menegur mentaliti sesetengah orang iaitu bila berniaga mesti buka pejabat. Beliau memberi contoh seorang peguam yang mahu membuka firma guaman boleh bermula di rumah dengan sebuah komputer dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan bila mula mendapat pelanggan. Seperkara lagi yang ditegur usahawan ini ialah memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman bank. "Pinjam RM10,000 bayar duit peguam, kos buat kertas projek, bayar duti setem, kemudian dapat hanya RM9,000. Bayar faedah mungkin 8 peratus. Jadi sebelum berjuang kita sudah kalah. Mula dengan wang sendiri. Kalau duit habis-habisan," tegasnya. kita, kita kena pertahankan perniagaan

Rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Hussamuddin_Yaacub http://corporate.karangkraf.com/about-us http://www.sinarharian.com.my/rencana/antara-rahsia-kejayaan-datuk-hussamuddin-yaacub-pengasaskumpulan-karangkraf-1.7159?localLinksEnabled=false http://www.majalahniaga.com/konvensyen-jutawan-muslim-17-tip-jutawan-ceo-karangkraf.html http://www.irfankhairi.com/mentor/ http://www.majalahniaga.com/senarai-unggul-8-guru-bisnes-pilihan-usahawan-malaysia.html

You might also like