You are on page 1of 25

TUGASAN 1

Jelaskan kandungan sukatan pelajaran seni visual STPM.

1.0. Pengenalan.

Sukatan pelajaran pendidikan seni visual STPM terdiri daripada tiga komponen utama
iaitu melibatkan aspek Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan, aspek
lukisan dan juga projek penghasilan karya. Ketiga – tiga aspek ini digunakan di dalam
pengajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Setiap aspek ini amat penting serta mempunyai peruntukkan masa yang telah ditetapkan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia.

Selain itu juga ketiga – tiga aspek itu mempunyai pecahan – pecahan di dalam sukatan
mata pelajaran tersebut. Pecahan – pecahan tersebut perlu diajar oleh guru kepada pelajar di
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai peruntukkan masa dan
guru perlu menghabiskan kesemua sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Iaitu aspek
teori seni visual sebanyak 144 waktu manakala lukisan sebanyak 90 waktu dan projek
penghasilan karya adalah sebanyak 126 waktu. Waktu – waktu ini mempunyai pecahan
mengikut subtopik pengajaran.

2.0.Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual.

2.1.Teori Seni Visual

APRESIASI SENI VISUAL.

Pengalaman Seni Visual.

Bahasa Seni Visual

TEORI SENI Pendekatan sejarah dan


VISUAL kritikal seni visual.

(144 WAKTU)

1
TEORI PENGHASILAN.

2.1.1 Apresiasi Seni Visual.

i. Pengenalan Seni Visual

Tajuk ini merupakan pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual untuk tingkatan
enam. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 144 waktu dan terdapat
beberapa pecahan iaitu Pengenalan Seni Visual (23 waktu), Bahasa Seni Visual (34
waktu), pendekatan sejarah dan kritikan seni visual (57 waktu) dan teori penghasilan
(30 waktu). Kesemua topik tersebut mempunyai huraiannya untuk Proses Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P).

Di dalam pecahan pertama Teori seni visual terdapatnya subtajuk Pengenalan Seni
Visual (23 Waktu) iaitu huraiannya adalah mengenai pengertian seni visual, Peranan
Seni Visual dan pengalamam estetik. Huraian pertama iaitu mengenai pengertian seni
visual yang menghuraikan tentang aspek pengkaryaan terutamanya di dalam aliran
seni halus dan seterusnya mengenai aspek perekaan yang melibatkan aspek – aspek
penting seperti komunikasi visual, reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran
seperti landskap dan hiasan dalaman. Di dalam pecahan pertama ini guru perlu
menerangkan aspek – aspek tersebut kepada pelajar dengan jelas serta terperinci
supaya pelajar memahami pengertian pengkaryaan dan perekaan. Pelajar harus
mengetahui serta membezakan unsur tersebut iaitu unsur pengkaryaan yang
melibatkan penekanan makna dan estetik serta perekaan yang menekankan kepada
fungsi dan juga estetik.

Seterusnya huraian kedua adalah melibatkan Peranan Seni Visual dari sudut
Psikologi dan juga sosiologi. Dari sudut Psikologi guru perlu menerangkan unsur

2
kreativiti, sensitiviti, emosi dan juga ekspresi yang merupakan unsur – unsur penting
yang perlu difahami oleh pelajar. Manakala dari sudut sosiologi yang mana
memerlukan pelajar memahami tentang nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual,
pengeluaran serta perniagaan dan perdagangan. Kedua – dua sudut ini bertujuan
memberi kefahaman kepada pelajar terhadap peranan seni visual dari aspek
pembangunan potensi individu, kepentingan sosial dan kemasyarakatan. Selain itu
bertujuan menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam peranan seni visual kepada
pelajar – pelajar tentang kepentingan seni visual kepada kehidupan.

Huraian subtajuk di dalam Pengenalan seni visual yang terakhir ialah mengenai
pengalaman estetik yang melibatkan pengalaman langsung serta pengalaman
intelektual. Kedua – dua pengalaman bertujuan untuk meningkatkan pengalaman
estetik iaitu keindahan di dalam diri pelajar. Manakala pengalaman intelektual boleh
disematkan ke dalam diri pelajar melalui pembacaan dan juga kajian.

ii. Bahasa Seni Visual.

Di dalam bahasa seni visual terdapat beberapa aspek yang diketengahkan iaitu
aspek formal yang terdiri daripada unsur seni, media dan juga teknik. Di dalam
unsur seni terdapat penerangan mengenai unsur garisan, jalinan, rupa, bentuk dan
juga warna. Manakala prinsip rekaan pula terdapatnya tujuh prinsip yang menjadi
prinsip dalam mereka bentuk seperti harmoni, kepelbagaian, keseimbangan dan
sebagainya. Seterusnya media pula menerangkan tentang media konvensional serta
media baru terutamanya di dalam penghasilan karya, teknik pula terdiri daripada
teknik konvensional dan juga teknik baru. Kesemua aspek – aspek ini perlu
difahami oleh pelajar terutamanya dalam menghasilkan karya seni.

Seterusnya terdapat aspek Makna/fungsi/konteks. Aspek ini mengenengahkan


perkara seperti aliran seni, kebudayaan, kepercayaan, persekitaran dan juga nilai
utiliti dan hiasan. Kesemua aspek yang terdapat dalam makna/fungsi/konteks ini
3
sangat penting serta bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap pelajar tentang
asal – usul kesenian serta nilai – nilai yang terdapat di dalam Pendidikan Seni
Visual.

iii. Pendekatan Sejarah dan Kritikal Seni Visual.

Di dalam pendekatan sejarah dan kritikan seni visual terdapat beberapa konsep
yang diketengahkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini mempunyai
masa pengajaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 57 waktu. Konsep – konsep
yang terdapat di dalam di dalam pendekatan ini ialah konsep dan kaedah sejarah seni
visual serta konsep dan kaedah kritikan seni visual.

Konsep yang pertama iaitu konsep dan kaedah sejarah seni visual mempunyai tiga
bahagian iaitu maksud sejarah seni visual, tujuan sejarah seni visual dan juga kaedah
sejarah seni visual. Seterusnya di dalam konsep ini terdapatnya aspek pengolahan
karya, gaya penampilan, period dan juga makna. Kesemua aspek ini bertujuan untuk
memahami sejarah kritikan seni visual serta memahami konsep kaedah tersebut.

Konsep yang kedua ialah konsep dan kaedah kritikan seni visual. Di dalam
konsep ini terdapat tiga aspek utama iaitu pengertian kritikan seni visual, tujuan
kritikan seni visual dan kaedah kritikan seni visual. Selain itu terdapatnya pendekatan
dan juga strategi di dalam kritikan seni visual iaitu pendekatan jurnalistik dan ilmiah
serta strategi diskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan. Pendekatan dan
strategi ini amat penting dalam terutamanya dalam menilai karya seni visual.

2.1.2 Teori Penghasilan.

4
Pembentukan
Idea.
Teori Penghasilan.

Pendekatan
penjanaan idea.

Penterjemahan
idea.

Penyediaan
portfolio dan hasil

Teori penghasilan ini mempunyai peruntukkan masa sebanyak 30 waktu. Di dalam


teori penghasilan terdapatnya subtajuk dalam proses penghasilan iaitu Pembetukan
idea, pendekatan dan penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio
dan hasil karya. Yang pertama ialah Pembentukan idea iaitu meliputi pengertian idea
serta sumber idea. Di dalam pengertian idea terdapatnya perkara penting yang
diketengahkan seperti perancangan atau hasrat pemikiran, niat atau tujuan, cita – cita
atau aspirasi dan tipa induk (archetype). Manakala di dalam sumber idea pula terdapat
lima sumber asas yang boleh dijadikan sumber idea sesuatu penghasilan karya iaitu
melalui media massa, teknologi, persekitaran, peristiwa dan juga melalui pengalaman.

Subtajuk yang kedua ialah pendekatan penjanaan idea. Subtajuk ini


mengenengahkan enam pendekatan dalam proses penjanaan idea iaitu peniruan,
penerokaan, temu bual, pembacaan, pemerhatian dan eksperimentasi. Penjenaan idea

5
ini bertujuan memperkukuhkan sumber idea yang telah diperolehi melalui
pengalaman, persekitaran, teknologi dan sebagainya.

Subtajuk yang ketiga ialah proses penterjemahan idea. Di dalam penterjemahan


idea terdapatnya permasalahan visual, penzahiran idea, pemilihan bahan dan teknik,
penghasilan karya sebenar, kemasan dan juga persembahan dan penilaian. Proses ini
merupakan proses penghasilan dalam pengkaryaan dan melibatkan aktiviti psikomotor
dalam menghasilkan karya.

Proses yang terakhir ialah proses penyediaan portfolio dan hasil karya. Proses
terakhir meupakan subtajuk terakhir bagi teori penghasilan. Proses terbahagi kepada
dua iaitu pengkaryaan dan perekaan. Di dalam proses pengkaryaan terdapatnya cara
penghasilan portfolio serta penghasilan karya. Proses ini penting bagi menghasilkan
karya mengikut disiplin pengkaryaan. Manakala perekaan juga terbahagi kepada dua
iaitu portfolio dan hasil karya.

2.2.Lukisan.

LUKISAN (90 WAKTU)

6
Pengenalan
lukisan.
Penggubahan.

Lukisan merupakan pecahan kedua di dalam kandungan sukatan mata pelajaran


Pendidikan Seni Visual. Pecahan ini mempunyai masa yang diperuntukkan sebanyak 90
waktu pengajaran. Di dalam lukisan hanya mempunyai dua pecahan subtajuk iaitu
pengenalan lukisan dan penggubahan. Kedua – dua pecahan subtajuk ini bertujuan
memperkenalkan tentang lukisan dan penggubahan di dalam lukisan.

i. Pengenalan Lukisan.

Pengenalan lukisan merupakan subtajuk yang pertama yang bertujuan


menerangkan unsur – unsur seperti aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan,
pengamatan terhadap bentuk, kedudukan objek, skala dan radar, aspek pencahayaan
dan struktur. Seterusnya menerangkan tentang penggunaan bahan dan pengolahan
teknik lukisan.

Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan adalah bertujuan supaya pelajar
memahami bahasa seni visual di dalam penghasilan lukisan serta bertujuan
menerapkan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya. Seterusnya
ialah pengamatan terhadap aspek bentuk iaitu melibatkan permukaan keluasan dan
ketinggian dan juga jisim. Seterusnya ialah kedudukan objek terdapat pelbagai
kedudukan objek iaitu melintang, menegak, dan sesendeng. Pecahan huraian yang
ketiga ialah skala dn kadar banding manakala Pencahayaan pula terdiri daripada
tiga iaitu cahaya dan bayang, cahaya dan bentuk, serta cahaya dan suasana. Akhir
sekali ialah struktur iaitu struktur jelas dan struktur tidak jelas. Kesemua unsur ini
bertujuan supaya pelajar mengamati aspek bentuk, skala, dan kadar banding ,

7
pencahayan serta struktur supaya karya yang dihasilkan adalah menepati ciri – ciri
yang terdapat di dalam aspek – aspek tersebut.

Seterusnya ialah pecahan huraian yang ketiga iaitu penggunaan bahan.


Terdapat enam penggunaan bahan yang boleh digunakan di dalam menghasilkan
lukisan iaitu pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan juga pensel
warna. Manakala pecahan huraian yang terahir ialah pengolahan teknik lukisan.
Terdapat tujuh teknik dalam mengolahkan lukisan iaitu lorekan, silan pangkah
(cross hatching), titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur serta garisan tidak
menentu. Kesemua teknik tersebut penting menghasilkan aspek – aspek
pencahayaan di dalam penghasilan lukisan.

ii. Penggubahan.

Penggubahan merupakan subtajuk yang kedua di dalam penghasilan lukisan.


Di dalam penggubahan terdapatnya tiga aspek utama yang mewujudkan kesan
iaitu aspek ruang, suasana dan ciri – ciri dan sifat objek. Huraian yang pertama
ialah mengenai ruang. Iaitu terdapatnya ruang rata, ruang cetak, dan ruang dalam.
Ketiga – tiga ruang ini dikenali sebagai ruang ilusi yang dapat dibentuk melalui
ton, warna dan perspektif,

Huraian yang kedua ialah mengenai suasana. Di dalam penghasilan lukisan


terdapatnya suasana panas, sejuk, tenteram dan juga riang. Suasana – suasana ini
timbul melalui kesan penngubahan warna.

Huraian yang terakhir ialah mengenai ciri – ciri dan sifat objek. Ciri – ciri dan
sifat objek adalah pelbagai dan dilihat dari segi fizikal. Antara ciri – ciri dan sifat
objek ini ialah keras, lembut, halus, licin, pejal, kasap, kasar serta lutsinar.

8
2.3.Projek penghasilan karya.

PROJEK PENGHASILAN
KARYA

PENGKARYAAN.

Seni halus

i.Lukisan.
Komunikasi visual.
ii.catan.
Grafik dan Multimedia.
iii.seni cetak.
Reka bentuk teknologi.
iv.arca.
Reka bentuk persekitaran.

Projek penghasilan karya merupakan pecahan yang kandungan sukatan mata


pelajaran Pendidikan Seni Visual yang terakhir untuk STPM iaitu menglibatkan

9
pengkaryaan. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 126 waktu
pengajaran.

i. Pengkaryaan.

Pengkaryaan merupakan subtajuk yang utama di dalam projek penghasilan


karya. Di dalam pengkaryaan terdapatnya aliran seni halus yang terdiri daripada
lukisan seperti catan, seni cetak dan juga arca. Ketiga – tiga unsur tersebut
terdapatnya pecahan penghasilan mengikut media dan teknik iaitu catan yang terdiri
daripada cat air, cat minyak dan juga cat akrilik. Manakala seni cetak pula terdiri
daripada cetakan timbulan, benaman dan serigrafi. Seterusnya ialah arca yang
terdiri daripada arca relief, free standing, kinetik dan instalasi.

Manakala terdapat pula pecahan di bawah lukisan iaitu grafik dan juga
multimedia. Melalui grafik pelajar akan mempelajari tentang tipografi, identiti
korporat, poster, ilustrasi, pembungkusan dan reka tanda. Bahagian ini memerlukan
pembelajaran yang berbantukan komputer. Seterusnya ialah multimedia yang terdiri
daripada interaktif, liner, animasi dan juga lawan web.

Seterusnya terdapat juga rekabentuk teknologi yang mengenai


industri,automobile,seramik, fesyen dan tekstil yang perlu diketahui oleh pelajar.
Pecahan yang terakhir ialah mengenai rekabentuk persekitaran iaitu rekabentuk
landskap dan hiasan dalam yang juga perlu dititikberatkan kepada pelajar.

3.0 Penutup.

Kesimpulan isi kandungan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM ini
merupakan suatu sukatan mata pelajaran yang lengkap kerana terdapat pelbagai aspek
yang telah diperkenalkan dan perlu diketahui oleh pelajar. Kesemua bahagian ini perlu

10
difahami dan dikuasai oleh pelajar bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan malah
berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Matlamat dan objektif tersebut perlu di sampaikan dan
dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

TUGASAN 2.

Pilih dua daripada sepuluh objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Menengah. Jelaskan bagaimanakah objektif tersebut boleh tercapai.

11
1. Objektif 2.

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Pembelajaran Topik – topik


PSV

Melalui Kertas 2 (SPM


tingkatan 5)

Penghasilan Karya.

Penggunaan media.

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses


penghasilan karya seni visual.

12
Objektif ini merupakan objektif yang yang kedua di dalam sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Objektif ini adalah bertujuan untuk
memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual. Objektif ini
sebenarnya bertujuan untuk diserapkan ke dalam diri masyarakat terutamanya terhadap
pelajar di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk
mencapai objektif kedua ini untuk memupuk budaya penyelidikan dalam proses
penghasilan karya seni.

i. Cara mencapai objektif.

Objektif ini boleh dicapai melalui Pembelajaran di dalam topik – topik yang
diajar di dalam sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual sekolah menengah sama
dari tingkatan menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tingkatan tiga mahupun
menengah atas tingkatan empat dan tingkatan lima. Di dalam sukatan pelajaran setiap
tingkatan satu sehingga tingkatan lima mempunyai topik – topik pembelajaran yang
boleh diajar dengan menggunakan kaedah penyelidikan di dalam pelajaran.

Manakala bagi tingkatan lima terdapatnya kertas dua yang melibatkan


penghasilan karya serta mempunyai portfolio penghasilan karya tersebut. Melalui
objektif ini guru perlu berperanan dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan
dengan menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai dengan menerapkan unsur –
unsur yang boleh menyokong objektif untuk memupuk budaya penyelidikan dalam
proses penghasilan karya.

13
Objektif ini boleh dicapai melalui penghasilan karya dengan merujuk kepada
sumber idea daripada sumber persekitaran, teknologi, media massa, peristiwa
mahupun pengalaman. Contohnya untuk menghasilkan sesuatu karya seperti catan
yang bertemakan kemerdekaan iaitu bersumberkan peristiwa sejarah dan semasa.
Melalui tema kemerdekaan tersebut pelajar perlu menyelidiki semua perkara
melibatkan kemerdekaan seperti proses kemerdekaan terjadi, siapakah yang berusaha
untuk mencetuskan semangat nasionalisme untuk kemerdekaan, bilakah kemerdekaan
diperolehi, dan di manakah penjanjian kemerdekaan dimeterai dan di manakah
kemerdekaan negara kita di sambut.

Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui kesemua maklumat tersebut


melalui pembacaan buku mahupun internet. Maklumat – maklumat tersebut perlu
digunakan dalam penghasilan karya yang bertemakan kemerdekaan tersebut.
Maklumat – maklumat tersebut akan dipilih dengan teliti supaya tema kemerdekaan
dalam penghasilan karya tersebut tidak terpesong. Melalui sumber idea itu pelajar –
pelajar akan mencari gambar – gambar berkaitan tema kemerdekaan untuk tujuan
imitasi iaitu peniruan. Iaitu peniruan dengan penambahan. Selain itu maklumat –
maklumat sumber idea itu akan digunakan untuk penghasilan portfolio tersebut.
Secara tidak langsung memberi nilai tambah melalui kajian tersebut.

Seterusnya semasa penghasilan karya pelajar akan menggunakan pelbagai


media untuk menghasilkan karya tersebut. Secara tidak langsung pelajar perlu
memahami kaedah dan juga teknik untuk menghasilkan karya yang berkualiti.
Contohnya dalam penghasilan karya pelajar perlu memahami aspek cahaya, kadar
banding dan sebagainya. Dalam aspek ini guru memainkan peranan penting dalam
menerangkan unsur – unsur seni dan prinsip rekaan tersebut. Kajian yang dilakukan
oleh pelajar mengenai pencahayaan akan diaplikasikan di dalam penghasilan karya.

Penghasilan karya oleh pelajar dengan bantuan guru akan memberi nilai
tambah kepada pelajar bukan sekadar di dalam bidang seni malah dalam bidang lain.
Contohnya pencarian sumber idea bertemakan kemerdekaan adalah berkaitan dengan
unsur sejarah yang diajar di dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Secara
tidak langsung objektif tersebut boleh dicapai dengan penggunaan kaedah yang
diterangkan.

14
2. Objektif 9

. Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan


dengan keselesaan hidup.

Objektif ini merupakan objektif yang kesembilan dan merupakan


kesinambungan daripada objektif yang sebelumnya. Objektif ini adalah bertujuan
mendidik serta memupuk masyarakat supaya menyedari dan menghargai suasana seni
dalam persekitaran dan juga kaitan dengan keselesaan hidup. Objektif ini dapat dilihat
melalui topik – topik pangajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah iaitu
daripada subtajuk apresiasi seni visual dan melalui pengalaman estetik yang diterapkan
di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni di sekolah
menengah. Objektif ini juga merupakan objektif yang amat penting terutamanya dalam
melahirkan modal insan yang mempunyai nilai – nilai murni yang diselitkan di dalam
Pendidikan Seni Visual.

15
Objektif ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di
dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan perlu dilaksanakan oleh tenaga
pengajar iaitu guru. Objektif ini dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakat
Malaysia jika dapat dicapai dengan sepenuhnya.

i. Cara Mencapai Objektif.

Sukatan PSV Sekolah


Menengah.

Pengajaran
Pengajaran
Topik Apresiasi
Estetika PSV
PSV

Mempelajari Menghargai
Tentang budaya Suasana seni
– budaya di dan
Malaysia. 16 persekitaran.
Melalui
Penyelidikan.

Penghasilan
Produk serta
karya.

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam


persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.

Objektif ini boleh dicapai melalui penerapan nilai – nilai yang terdapat di dalam
sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah menengah iaitu menengah
rendah (1,2,dan 3) dan juga menengah atas (4&5). Di dalam sukatan matapelajaran
Pendidikan Seni Visual terdapatnya topik – topik yang memperkenalkan tentang
Apresiasi pendidikan seni visual serta unsur – unsur estetika di dalam pengajaran
pendidikan seni. Melalui Pengajaran topik Apresiasi Seni Visual dalam pendidikan
seni visual pelajar dapat menghayati serta menghormati suasana seni. Iaitu di dalam
topik Apresiasi tersebut pelajar akan mempelajari tentang budaya – budaya masyarakat
yang terdapat dalam negara Malaysia. Budaya – budaya di Malaysia adalah pelbagai
kerana terdapatnya pelbagai kaum di Malaysia iaitu melayu, cina, india, kadazan,
bidayuh dan sebagainya. Melalui apresiasi pelajar perlu mengetahui budaya – budaya
yang terdapat di dalam kaum – kaum tersebut dan menghormati budaya – budaya yang
dianuti oleh kaum – kaum yang hidup sebumbung di negara ini. Contohnya
kepelbagaian anutan agama di Malaysia dan pelajar perlu menghormati agama- agama
yang dianuti oleh masyarakat Cina, India dan Melayu. Contohnya melalui penghasilan
karya yang bertemakan masyarakat majmuk di Malaysia di dalam pengajaran
pendidikan seni visual pelajar juga perlu mengkaji tentang aspek budaya serta sejarah
17
yang terdapat pada semua kaum yang terdapat di Malaysia. Pelajar akan mengkaji satu
demi satu budaya dan secara tidak langsung dapat mengenali budaya tersebut dan
menghormati budaya masing – masing dan budaya yang terdapat pada kaum lain di
Malaysia.
Seterusnya pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam kelas juga
membolehkan pelajar menghargai suasana seni dalam persekitaran. Contohnya melalui
pembelajaran tentang estetika seni di dalam seni visual pelajar dapat melahirkan rasa
keindahan di dalam diri sendiri. Estetika merupakan nilai keindahan daripada estetika
inilah pelajar dapat menilai unsur – unsur keindahan yang terdapat di persekitarannya.
Contoh yang lebih jelas ialah di setiap pelusuk persekitaran kita terdapatnya unsur –
unsur estetik seperti tumbuh – tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Tumbuh –
tumbuhan dan juga haiwan merupakan ciptaan tuhan yang mempunyai keindahan
tersendiri. Melalui pembelajaran unsur seni warna pelajar juga dapat melihat kepada
contoh warna yang terdapat di dalam persekitaran seperti warna harmoni yang terdapat
pada tumbuh – tumbuhan dan bunga – bungan manakala warna panas dan warna sejuk
dapat dilihat perubahan waktu iaitu senja berwarna merah (warna panas) tengahari
yang berwarna biru (warna sejuk).
Secara tidak langsung pelajar akan dapat memahami hubungan seni dan
persekitaran melalui pemerhatian dan penyelidikan. Kefahaman pelajar tersebut akan
memberi nilai kesedaran terhadap alam persekitaran dan tidak sewenang – wenangnya
mencemari alam sekitar dan keadaan ini membolehkan manusia hidup di dalam
keadaan yang selesa. Nilai murni terhadap pembelajaran Estetika dapat disemai
apabila pelajar memahami topik tersebut. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak akan
membuang sampah dan apabila keadaan persekitaran kotor akan ada sifat
tanggungjawab untuk membersihkannya. Selain itu juga di dalam pembelajaran
Pendidikan Seni Visual guru juga perlu mendisiplinkan pelajar seperti membersihkan
alatan – alatan dan studio setelah digunakan. Perkara ini dapat mendisiplinkan pelajar
terhadap kebersihan.
Di samping itu seni juga mempunyai kaitan yang begitu kuat dengan
keselesaan hidup. Iaitu semua manusia mementingkan sesuatu perkara yang indah dan
selesa terutamanya di dalam kehidupan. Sifat ini merupakan sifat semulajadi manusia
dan tidak dapat dikikis. Melalui objektif yang ke sembilan ini dapat di lihat di dalam
topik pembelajaran komunikasi visual. Di dalam topik tersebut terdapatnya
pembelajarn rekabentuk industri, tekstil dan beberapa lagi. Contohnya di dalam
18
pengajaran rekabentuk industri terdapatnya unsur penting seperti penghasilan produk
di dalam penghasilan produk perlunya kreativiiti supaya produk yang dihasilkan
menarik dan mempunyai ciri ergonomik iaitu keselesaan dan juga keselamatan. Nilai
ini dapat di terapkan di dalam jiwa pelajar tentang keselesaan. Selain itu seseorang
pengguna juga akan memilih sesuatu barang yang mempunyai nilai kesenian atau
estetik untuk digunakan dan juga mementingkan aspek keselesaan. Contohnya di
dalam memilih kenderaan pengguna akan melihat dari segi rekabentuknya yang
aerodinamik, cantik serta selesa digunakan.
Akhir sekali objektif ini mampu di capai apabila sistem pengajaran dan
pembelajaran (P&P) diajar dengan sempurna serta sistematik. Guru juga perlu
menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam setiap topik pengajaran tersebut.
Objektif ini merupakan objektif yang penting dan tidak boleh diabaikan.

TUGASAN 3.

Bagaimanakah pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh berperanan untuk menyediakan


asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembangunan
negara.Bahaskan.

1.0.Pengenalan.

Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran
yang di serapkan bersama – sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1
hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan
6. Mata pelajaran pendidikan seni visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah
bertujuan untuk menyerapkan aspek – aspek yang terdapat di dalam objektif
Pendidikan Seni Visual di dalam KBSM dan KBSR. Objektif – objektif tersebut
adalah melalui topik – topik pengajaran PSV bagi sekolah menengah dan sekolah
rendah. Sukatan pelajaran bagi tingkatan 1 hingga 5 terdapat empat bahagian tajuk

19
yang melibatkan seni halus, seni komunikasi visual, rekabentuk dan kraf. Keempat –
empat bahagian ini dapat membekalkan asas kepada prospek pekerjaan.
Manakala bagi sekolah rendah adalah lebih kepada asas pembelajaran
pendidikan seni visual seperti menggambar, membuat corak, membentuk dan
membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Keempat – empat bahagian ini adalah
pengenalan kepada seni visual dari sekolah rendah sebelum memasuki sekolah
menengah.
Selain dari itu terdapatnya objektif yang bertujuan untuk melahirkan golongan
tenaga kerja mahir melalui pendidikan seni visual iaitu objektif bagi sekolah
menengah iaitu objektif yang kelapan iaitu menjadikan bidang seni visual sebagai
prospek kerjaya.

Carta Mata Pelajaran PSV Sekolah Menengah.

SENI HALUS. SENI KOMUNIKASI VISUAL.

• Lukisan. • Rekabentuk grafik.

• Catan. • Multimedia.

• Arca.

Cabang Pengajaran seni


dalam sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Sekolah
Menengah.

REKABENTUK. KRAF.
• Menggambar.
• Rekabentuk industri. • Batik.
• Membuat corak.
• Hiasan dalaman. 20 • Tenunan.
• Membentuk dan membuat
• Landskap. • Kayu.
Sukatan mata pelajaran
binaan.
psv sekolah rendah
• Mengenal kraf tradisional.
Carta Mata Pelajaran PSV Sekolah Rendah.

2.0.Isi.

Melalui sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang di ajar di sekolah
rendah dan sekolah menengah dapat di lihat bahawa terdapatnya topik – topik
pengajaran yang menyediakan asas kepada guna tenaga. Iaitu dapat dilihat dalam mata
pelajaran Pendidikan seni visual untuk sekolah menengah terdapatnya empat bahagian
utama di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mempunyai pecahan –
pecahan masing – masing. Yang pertama ialah seni halus yang terdiri daripada lukisan,
catan, arca dan cetakan. Manakala pecahan kedua ialah seni komunikasi visual iaitu
rekabentuk grafik dan juga multimedia, seterusnya ialah pecahan yang ketiga ialah
rekabentuk iaitu rekabentuk industri, hiasan dalaman dan juga landskap. Pecahan yang
terakhir ialah kraf iaitu batik, tenunan, kayu dan tembikar.

Pecahan – pecahan tersebut bertujuan menyampaikan ilmu – ilmu mengenai


asas seni seperti seni halus, komunikasi visual, rekabentuk dan juga kraf. Kesemua
aspek tersebut akan diajar oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu
dalam waktu pengajaran. Ilmu – ilmu tersebut perlu di kuasai oleh pelajar – pelajar.
Kesemua ilmu tersebut merupakan asas di dalam bidang pekerjaan. Apabila kesemua
asas – asas tersebut telah dikuasai setelah tamatnya pengajian di tingkatan lima pelajar
– pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni akan melanjutkan pelajaran
21
di institut pengajian tinggi mahupun di tingkatan enam. Di institut pengajian tinggi
aliran – aliran seni tersebut adalah lebih menjurus kepada bidang pekerjaan seperti
yang ditawarkan oleh Universiti Multimedia, Universiti Institut Teknologi Mara dan
beberapa buah universiti lain.

Aliran – aliran tersebut dapat menjamin peluang pekerjaan yang diperlukan


pada masa kini. Keadaan ini kerana Universiti tersebut banyak memberikan kemahiran
yang bertujuan untuk membina kerjaya – kerjaya seni selepas bergelar graduan. Antara
bidang – bidang seni yang di tawarkan oleh Universiti – universiti tersebut ialah seni
halus sepert catan, cetakan manakala bidang pekerjaan dalam komunikasi visual
seperti rekabentuk grafik dan multimedia. Bidang – bidang tersebut secara tidak
langsung dapat membekalkan guna tenaga di dalam bidang pekerjaan. Guna tenaga
yang dilahirkan oleh institut pengajian tinggi IPTS mahupun IPTA adalah tergolong di
dalam guna tenaga yang berkemahiran tinggi.

Kelahiran guna tenaga yang ramai secara tidak langsung dapat menampung
kekurangan tenaga kerja ataupun buruh di dalam kategori mahir terutamanya di dalam
sektor pembangunan, perindustrian dan perdagangan. Kelahiran ramai guna tenaga
mahir dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.
Contohnya apabila lahirnya seorang arkitek yang mahir projek pembangunan akan
menjadi lebih cepat kerana pengurusan serta kualiti kerja yang dilakukan oleh arkitek
tersebut. Tender – tender untuk tujuan pembangunan akan di berikan kepada golongan
mahir. Selain itu sumber ekonomi juga dapat ditingkatkan apabila setiap tenaga kerja
mahir membuka syarikat sendiri dan memerlukan kakitangan untuk menjalankan
pekerjaan dan dari situ sumber ekonomi dapat di hasilkan.

Terdapat pelbagai pekerjaan yang berasaskan pendidikan seni yang boleh di


perolehi selepas melanjutkan pelajaran antaranya :

1. Pereka laman web.

2. Pereka landskap.

3. Pereka hiasan dalaman.

4. Pereka grafik.

5. Artis digital 3D.


22
6. Pengedit video.

7. Pereka produk.

8. Pereka multimedia flash dan sebagainya.

Kesemua pekerjaan tersebut adalah berasaskan kepada aliran Pendidikan Seni


Visual yang di serapkan kepada pelajar daripada sekolah rendah, sekolah menengah
dan institut pengajian tinggi. Pekerjaan – pekerjaan tersebut mampu menjana sumber
ekonomi negara untuk tujuan pembangunan.

3.0.Penutup.

Pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang begitu penting dan
dapat memberi kelebihan kepada negara terutamanya dari segi bekalan tenaga kerja mahir.
Pengeluaran bilangan tenaga kerja yang ramai dapat membantu proses pembangunan
negara berjalan dengan lancar. Oleh kerana itu Pendidikan Seni Visual haruslah menjadi
mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang –
bidang tertentu selepas persekolahan.

23
Bibliografi.

Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali, 2000, Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan

Seni Dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan
Kesenian UPSI.

Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan, 2003, Pendidikan Seni

Untuk Maktab dan Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Rujukan Internet.

www.hasmadi.blogspot.com

www.moe.gov.my

www.myartless.blogspot.com

www.scribd.com/doc

24
25

You might also like