You are on page 1of 16

SULIT*

900/1 STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM
KERTAS 1 SET 2
LEARNING TO SCORE

(ANEKA PILIHAN)
(Dua jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan : anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada
Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah : jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 15 halaman bercetak


Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2005

STPM 900/1 [Lihat sebelah


SULIT*
Halaman 1
SULIT*

Pendekatan :
• Membangunkan ilmu dan moral
• Pembangunan seimbang
• Keharmonian hidup masyarakat
1. Pernyataan di atas merujuk
A Wawasan 2020
B Konsep Islam Hadhari
C Kepimp inan Melalui Teladan
D Dasar Pendidikan Kebangsaan

2. Antara berikut yang manakah benar tentang sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) ?
A Merapatkan jurang perbezaan antara sektor, kaum, dan wilayah
B Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara
berkesan
C Memajukan sumber manusia secara kolektif dan mewujudkan tenaga kerja yang
berdisiplin dan produktif
D Menjadikan sains dan teknologi sebagai asas penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio ekonomi

• Pembangunan masyarakat berdasarkan sistem kekeluargaan


• Mewujudkan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial

3. Pernyataan di atas merujuk kepada


A Wawasan 2020
B Dasar Sosial Negara
C Dasar Pembangunan Nasional
D Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,


kenegaraan, dan nasionalisme
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian

4. Pernyataan di atas merupakan strategi yang terkandung dalam


A Dasar Sosial Negara
B Pelan Intergriti Nasional
C Dasar Kebudayaan Kebangsaan
D Dasar-dasar Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dalam
Perkhidmatan Awam

5. Antara berikut yang manakah dasar kerajaan yang berkaitan dengan usaha
meningkatkan produktiviti?
I Dasar Pandang Ke Timur
II Dasar Pendidikan Kebangsaan
III Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
IV Dasar Hala Cara Baru Pembangunan Kampung dan Desa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 2
SULIT*

• Meningkatkan daya pengeluaran dan daya pembelian nasional


• Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara

6. Antara berikut yang manakah merujuk kepada pernyataan di atas?


A Dasar Pandang ke Timur
B Dasar Pengeluaran Negara
C Dasar Kependudukan Negara
D Dasar Peningkatan Produktiviti

• Fail meja dan manual prosedur kerja


• Penggunaan tanda nama
• Kad perakam waktu

7. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas


A Dasar Penswastaan
B Dasar Pandang ke Timur
C Dasar Pe rsyarikatan Malaysia
D Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

8. Antara berikut yang manakah benar tentang objektif Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam ?
A Membangunkan dan memperkasakan insan sepanjang hayat
B Menerapkan proses Islamisasi di kalangan rakyat Malaysia.
C Memastikan keperluan individu, keluarga, dan masyarakat dipenuhi.
D Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan
disegani oleh masyarakat lain.

9. Antara berikut yang manakah merupakan perbuatan rasuah ?


I Menteri Besar menerima cenderamata selepas merasmikan majlis keraian
Persatuan Penduduk Desa.
II Anggota polis trafik yang menjalankan tugas hanya menolak sogokan pemandu
kereta tanpa mengambil tindakan lanjutan.
III Seorang Ketua Jabatan telah meluluskan projek pembangunan yang salah
seorang daripada pemajunya ialah adiknya sendiri.
IV Seorang ahli parlimen menunjukkan kad ahlinya kepada pegawai kastam
supaya beg yang dibawanya tidak perlu diperiksa di lapangan terbang.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

10.
Jenis bantuan dari Malaysia Negara penerima
Hasil penyelidikan dan pembangunan sektor pertanian Maldives
Pengurusan pentadbiran Bangladesh
Bantuan membangunkan industri kecil dan sederhana Papua New Guinea

Bantu an di atas dikendalikan melalui


A Kerjasama Selatan -selatan
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
C Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia
D Rancangan Usaha sama Perindustrian ASEAN

Halaman 3
SULIT*

11. Perjuangan Malaysia dalam Dialog Selatan-Selatan adalah tentang


I Hutang negara membangun
II Kerjasama dalam bidang pendidikan
III Menarik pelabur asing menanam modal di negara anggota
IV Membendung penguasaan media massa oleh negara-negara barat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Antara berikut yang manakah langkah yang diambil oleh ASEAN untuk mengadakan
kerjasama sosial dan budaya ?
I Pesta Filem ASEAN
II Peraduan kereta berhias
III Bengkel lukisan dan muzik
IV Pertandingan antara pusat pelancongan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

13. Antara berikut yang manakah kejayaan Pertubuhan Negara -negara Islam ?
I Menolak pencerobohan Palestin oleh Israel
II Pemberian pinjaman kewangan kepada Isreal
III Penubuhan pertubuhan kebudayaan sains dan pendidikan di Rabat
IV Penubuhan Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan di Istanbul

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Antara berikut yang manakah faktor-faktor yang diambilkira dalam pembentukan dasar
luar Malaysia ?
I Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
II Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
III Ideologi dan fahaman politik sesebuah negara
IV Penglibatan dalam Komanwel dan Suruhanjaya Selatan -Selatan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Halaman 4
SULIT*

15. Antara berikut, apakah peranan Malaysia dalam krisis Kamp uchea?
I Memperjuangkan satu penyelesaian politik secara aman
II Membuka pelaburan dalam bidang perkilangan dan pertanian
III Terlibat dalam pembentukan Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea
IV Mentadbir negara itu sementara menunggu kerajaan baru Kampuchea dibentuk

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah dibincangkan dalam persidangan menteri luar OIC di Doha
pada bulan Februari 1998?
I Krisis makanan Iraq
II Masalah pelarian Kosovo
III Pertandingan ratu cantik dunia
IV Penglibatan negara -negara Islam dalam Olimpik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

17. Antara berikut yang manakah matlamat Malaysia dalam Warisan Bersama Antartika?
I Ekologi dan alam sekitar dipertahankan
II Kawasan yang bebas daripada senjata nuklear
III Membenarkan penyelidikan iklim sahaja di Antartika
IV Negara -negara yang ada kepentingan sahaja beroleh ke untungan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

• Membebaskan rantau Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa-kuasa besar


• Mengelakkan perlumbaan senjata nuklear di rantau Asia Tenggara

18. Pernyataan tersebut mungkin merujuk kepada


A Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
B Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO)
C Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

• Memperbaiki hubungan Iran-Iraq


• Menyelesaikan masalah Palestine-Isreal

19. Pernnyataan di atas merujuk kepada


A D-8
B Pertubuhan Negara-negar Islam (OIC)
C Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
D Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Halaman 5
SULIT*

20. Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN yang bersidang di Kuala Lumpur pada 27
November 1971 telah menandatangani Deklara si Kuala Lumpur yang memba wa
pengisytiharan
A Persatuan Asia Tenggara (ASA)
B Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
C Skim Tarif Keistimewaan Sama Rata (CEPT)
D Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)

21. Yang manakah antara berikut benar tentang kerajaan konfederasi ?


A Kerajaan pu sat mempunyai kuasa autonomi dan kerajaan negeri mempunyai kuasa
yang rendah
B Kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah seimbang dalam aspek
pemerintahan negara
C Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi masing-masing
dalam bidang tertentu
D Kuasa memerintah kerajaan pusat amat terhad dan kebanyakan kuasa terletak
dalam tangan kerajaan negeri.

22. Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi


I Hak-hak asasi rakyat demi melindungi kepentingan rakyat
II Undang-undang tertinggi yang penting untuk pembentukan negara
III Hak-hak istimewa orang bukan Melayu dan kaum Bumiputera yang lain
IV Sejarah perkembangan kebudayaan dan agama kaum-kaum utama di Malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23. Antara berikut yang manakah bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam urusan
penubuhan sesebuah universiti awam ?
I Pembekalan air
II Peruntukan kewangan
III Pengeluaran sijil menduduki bangunan
IV Perlantikan pihak pentadbir dan pensyarah

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

24. Yang manakah benar tentang fungsi Majlis Tanah Negara ?


A Meluluskan undang -undang tanah
B Menyeragamkan hasil pungutan cukai tanah
C Mengeluarkan lesen penukaran status penggunaan tanah
D Menyelaraskan dasar penggunaan tanah di seluruh Persekutuan

25. Antara berikut yang manakah Jabatan Negeri yang utama di Kedah ?
A Jabatan Agama Islam Kedah
B Pejabat Kewangan Negeri Kedah
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Halaman 6
SULIT*

26. Di Sabah badan yang mengandungi Exco Negeri yang memerintah Sabah dinamakan
A Kabinet Negeri
B Majlis Tertinggi
C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sabah
D Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah

• Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA)


• Jabatan Perangkaan
• Jabatan Audit Negara
• Jabatan Kemajuan Kraftangan Malaysia

27. Agensi-agensi di atas terletak di bawah bidang kuasa


A Kementerian Kewangan
B Jabatan Perdana Menteri
C Kementerian Sumbar Manusia
D Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

28. Antara berikut yang manakah badan di bawah yang menyelesaikan sungutan orang
ramai tentang kementerian serta jabatan kerajaan ?
A Jabatan Audit Negara
B Biro Bantuan Gu aman
C Biro Pengaduan Awam
D Badan Pencegah Rasuah

29. Antara berikut, yang manakah menggambarkan kebebasan dan kepentingan sesebuah
Suruhanjaya?
I Suruhanjaya ditubuhkan melalui perlembagaan
II Saraan ahli Suruhanjaya ditetapkan oleh kabinet
III Ahli Su ruhanjaya dipilih dalam pilihanraya umum
IV Suruhanjaya tidak boleh dianggotai oleh orang politik

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30. Antara berikut yang manakah majlis yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaa n negeri ?
I Majlis Tanah Negara
II Majlis Ekonomi Negara
III Majlis Perhutanan Negara
IV Majlis Keselamatan Negara

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 7
SULIT*

31.
• Bekalan air dan elektrik
• Sistem perparitan dan saliran
• Sijil Menduduki Bangunan

Pihak manakah yang mengeluarkan sijil menduduki bangunan ?


A Pejabat Daerah
B Majlis Perbandaran
C Dewan Undangan Negeri
D Pejabat Kemajuan Ekonomi Negeri

32. Antara berikut yang manakah tujuan utama kerajaan tempatan diwujudkan ?
A Menjaga kebersihan kawasan sekitar
B Meningkatkan pendapatan melalui kutipan cukai pintu dan cukai yang lain
C Menjamin Indah Water Konsortium menjalankan pelupusan air kumbahan dengan
baik
D Memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam
pengurusan kewangan yang didiami oleh mereka

33. Encik Richard Edmond merupakan warganegara Amerika. Dia ingin mendapatkan
kewarganegaraan Malaysia. Antara berikut, yang manakah syarat-syarat yang harus
dipenuhi sebelum beliau layak memohon ?
I Mempunyai aset di Malaysia
II Berkahwin dengan warganegara Malaysia
III Berpengetahuan Bahasa Melayu yang minimum
IV Bermastautin di Persekutuan selama 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh
permohonan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34. Antara berikut yang manakah merupakan pejabat kerajaan pusat di peringkat negeri ?
I Pejabat Kewangan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak
II Pejabat Setiausaha Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak
III Pejabat Kemajuan Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak
IV Pejabat Penasihat Undang-undang Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

35. Antara berikut yang manakah benar tentang Ketua Setiausaha Negara ?
A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
B Boleh dilantik menjadi Ahli Dewan Negara
C Boleh terlibat dalam bidang perniagaan secara aktif
D Menjadi ketua kepada seluruh perkhidmatan awam kerajaan

Halaman 8
SULIT*

36. Antara berikut yang manakah memerlukan pilihan raya kecil diadakan ?
I Seorang Ahli Dewan Negara meninggal dunia
II Seorang ahli Dewan Rakyat dituduh di Mahkamah Syariah atas kesalahan
khalwat
III Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri diisytiharkan muflis setelah setahun
menjadi ahli
IV Seorang Menteri Besar dijatuhkan hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh
Mahkamah Tinggi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

37. Antara berikut yang manakah menyebabkan seseorang itu boleh dihadapkan ke
mahkamah atas tuduhan jenayah ?
I writ
II Afidavit
III waran tangkap
IV tangkapan tanpa waran

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

38. Waris daripada isteri kedua Dato’ PQR ingin merebut harta perniagaan Dato’PQR yang
telah diserahkan kepada anak-anak isteri pertama nya. Maka prosedur kes ini
mengikut susunan yang betul ialah
I defenden membalas surat guaman
II plaintif menuntut melalui surat guaman
III peguam plaintif memohon writ mahkamah
IV defenden menyerahkan afidavit
V keputusan dibuat oleh mahkamah

A I, II, III, V dan IV


B II, III, IV, I dan V
C II, IV. III, I dan V
D II, III,I ,IV dan V

39. Antara kes berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Mahkamah Tentera ?
I Anggota tentera yang tidak mematuhi peraturan dalam kem tentera
II Anggota tentera yang tidak hadir bertugas selama 10 hari tanpa sebab
III Anggota tentera yang ditangkap atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel
IV Anggota tentera yang menggunakan senjatanya untuk melakukan jenayah

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Halaman 9
SULIT*

40. Antara berikut yang manakah merupakan padanan betul berkaitan jenis mahkamah
dengan gelaran pemimpin sidang perbicaraan

Jenis Mahkamah Mahkamah Pemimpin


I Mahkamah Bagi Kanak-kanak Majistret Kelas I
II Mahkamah Penghulu Ketua Kampung
III Mahkamah Rendah Syariah Hakim Mahkamah Rendah Syariah
IV Mahkamah Rayuan Hakim Besar

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

41.
• mengurus tuntutan ganti rugi terhadap pembekal
• tuntutan sivil yang nilainya melebihi RM10,000.00

Pernyataan di atas merujuk kepada


A Tribunal Khas
B Tribunal Timbang Tara
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

42. Antara berikut siapakah yang boleh dipecat melalui Tribunal yang dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong ?
I Perdana Menteri
II Hakim Mahkamah Tinggi
III Ketua Setiausaha Negara
IV Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

43.
• Mengawal etika profesion
• Berhak untuk melucutkan lesen pengamalan profesion anggotanya
• Boleh menjatuhkan hukuman denda sehingga RM5,000.00

Pernyataan di atas merujuk kepada


I Majlis Peguam
II Tribunal Tuntutan Pengguna
III Persatuan Perubatan Malaysia
IV Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Halaman 10
SULIT*

44. Antara berikut yang manakah merupakan tugas Sultan dalam badan perundangan
negeri ?
I Merasmikan pembukaan penggal Dewan Undangan Negeri
II Membincangkan rang undang-undang negeri
III Melantik Ahli Dewan Undangan Negeri
IV Membubarkan Dewan Undangan Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

45.
• Menyelaras dasar pinjaman luar
• Mentadbir peraturan pinjaman kerajaan negeri
• Meluluskan pinjaman perumahan kakitangan kerajaan

Pernyataan di atas merujuk kepada peranan


A Bank Negara Malaysia
B Kementerian Kewangan
C Perbendaharaan Negara
D Unit Perancang Ekonomi

Soalan 46 dan 47 berdasarkan jadual 1 di bawah

Jadual 1 : Jumlah Penduduk Di Kawasan Bandar Dan Luar Bandar, Negara X, dari
Tahun 1990 hingga 2000 (Juta orang)
Tahun 1980 1990 2000
Kawasan Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar
Bandar Bandar Bandar
Jumlah penduduk
Mengikut kawasan 1704 2281 2585 3445 3953 2119
Selatan 247 320 368 310 486 210
Utara 218 210 427 190 390 240
Barat 318 290 280 310 320 280
Timur 678 938 880 1400 1500 1300
Tenggara 143 523 630 1235 1257 89

46. Yang manakah antara pernyataan berikut benar mengenai penduduk bandar di negara
X dari tahun 1998 -2000 ?
I pada tahun 1980, 12.79% daripada penduduk bandar di negara X terdapat di
utara
II Di u tara, peratusan pertambahan pendud uk bandar antara tahun 1980 hingga
2000 ialah sebanyak 7.8 %
III Purata pertambahan penduduk bandar di kawasan timur pada tahun 1980-2000
adalah melebihi 40 juta orang setahun
IV Di kawasan selatan, pertambahan penduduk bandar didapati menunjukkan
pertambahan yang ketara iaitu melebihi 40% dalam setiap 10 tahun antara
tahun 1980 -2000

A I dan II
B I dan III

Halaman 11
SULIT*

C II dan IV
D III dan IV

47. Yang manakah antara berikut mengalami peratusan pertambahan penduduk luar bandar
paling tinggi bagi tahun 1980-2000 ?
A Barat
B Timur
C Utara
D Selatan

Soalan 48 dan 49 berdasarkan Jadual 2 di bawah

Jadual 2 : Hasil Pengeluaran Koko Dunia Bagi Tahun 2002 dan 2003 (Juta RM)

Negara Tahun
2002 2003
Ivory Coast 11.85 12.75
Brazil 8.70 12.20
Ghana 4.74 4.95
Nigeria 3.45 4.50
Cameroon 3.24 3.60
Malaysia 2.40 3.00
Ecuador 1.80 2.25
Jumlah 36.18 43.25

48. Antara berikut yang manakah negara yang menghasilkan lebih kurang 7% daripada
jumlah hasil koko dunia pada tahun 2002 dan 2003 ?
A Brazil
B Ghana
C Malaysia
D Ivory Coast

49. Antara berikut yang manakah benar tentang pengeluaran koko ?


I Pada tahun 2003, hasil pengeluaran koko meningkat sebanyak 10%
II Pada tahun 2003, Brazil mengeluarkan koko hampir empat kali ganda
pengeluaran koko Malaysia
III Pada tahun 2003, peratusan pengeluaran koko bagi Ghana lebih tinggi daripada
pengeluaran koko pada tahun 2002
IV Pada tahun 2003, jumlah pengeluaran koko bagi Ivory Coast dan Brazil lebih
setengah daripada jumlah pengeluaran koko negara-negara pengeluar yang lain

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

50. Encik Robert menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar syarikat dengan gaji RM60,000
setahun. Selain itu, beliau juga mendapat 1.2 % komisen daripada jumlah penjualan
syarikat. Jumlah jualan tahun 2003 ialah RM10 juta dan RM7 juta untuk 6 bulan pertama
tahun 2004. Secara purata, berapakah pendapatan bulanan beliau bagi tempoh Julai
2003 hingga Jun 2004 ?

Halaman 12
SULIT*

A RM10,000
B RM 14,000
C RM15,000
D RM17,000

Soalan 51 dan 52 berdasarkan Jadual 3 di bawah.

Jadual 3 : Pasaran Saham bagi Negara-negara Terpilih (1.9.1998 hingga 29.8.2003)


Pasaran Saham 1 September 1998 31 Disember 2002 29 Ogos 2003
(Mata) (Mata) (Mata)

Bangkok 211.09 356.48 537.71


Hong Kong 7062.47 9327.29 10908.99
Jakarta 325.85 424.95 529.68
Kuala Lumpur 262.70 648.43 743.30
London 5118.70 3940.40 4198.00
Manila 1191.76 1018.41 1192.83
New York 7821.43 8341.63 9374.21
Seoul 309.71 627.55 759.47
Singapura 823.33 7341.03 7599.25
Taipei 6335.09 4452.45 5650.83
Tokyo 14639.63 8578.95 10343.55

51. Pasaran Saham yang mengalami peningkatan peratus perubahan terbanyak antara 1
September 1998 hingga 29 Ogos 2003 ialah pasaran saham bagi
A Seoul
B Bangkok
C Hong Kong
D Kuala Lumpur

52. Pilih pernyataan yang bena r tentang Jadual 3.


I Bangkok mengalami peningkatan terkecil antara 1 September 1998 dengan 31
Disember 2002
II Pasaran Saham Tokyo menunjukkan perubahan mata yang tidak konsisten
antara tempoh tersebut
III Singapura merupakan antara tujuh buah bursa saham yang mengalami
peningkatan nilai mata secara berterusan
IV Taipei mengalami penurunan nilai mata sebanyak 10.8 peratus antara 1
September 1998 dengan 31 Disember 2002

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

53. A ialah anak B dan cucu C. Ketika A lahir, B suda h berusia 31 tahun 6 bulan dan C
sudah hampir 56 tahun. Dua puluh tahun kemudian, iaitu pada 30 Mei 1972, C
meninggal dunia. Ketika itu A baru dua bulan menyambut hari jadinya. Bilakah A
dilahirkan ?
A 31 Mac 1928
B 31 Mac 1952
C 30 April 1952
D 31 Mei 1952

Halaman 13
SULIT*

Soalan 54 berdasarkan Jadual 4 di bawah

Jadual 4: Perintah Penghukuman Muflis Oleh Mahkamah Kepada Individu


Perseorangan Dari Tahun 1992 hingga November 1995.

Negeri 1992 1993 1994 1995*


Kedah/Perlis 32 31 68 72
Pulau Pinang 95 76 87 109
Perak 97 134 128 186
Selangor 134 208 241 236
Wilayah Persekutuan 222 226 363 399
Negeri Sembilan 23 63 62 63
Melaka 43 52 110 130
Johor 80 77 83 160
Kelantan/Terengganu 29 30 50 88
Pahang 34 37 76 94
Sabah 50 80 45 124
Sarawak 59 38 86 71
Jumlah 899 1052 1399 1741
Nota * Januari hingga November

54. Berdasarkan jumlah kemuflisan individu perseorangan pada tahun 1994, sebanyak 6.22
% daripadanya terda pat di
A Johor
B Melaka
C Pahang
D Pulau Pinang

Soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual 5 di bawah

Jadual 5 : Kaunter-kaunter Terpilih di Bursa Saham Kuala Lumpur (Sektor


Perladangan) Yang Tutup pada 24.2.2005

Tahun Industri Harga Perubahan Jumlah


Tinggi Rendah Tutup harga (sen) (‘000)

2.34 1.63 Air Molek 1.63 -4 565


6.40 5.60 Batu Kawan 5.90 kekal 111
4.52 3.10 Golden Hope 3.76 -6 150
2.80 2.20 NSOP 2.32 -5 122
1.51 0.34 MVest 0.775 -2 11400
5.25 4.30 Utd Plantation 4.90 -5 90

55. Kaunter manakah yang mengalami peratusan perubahan harga tahunan yang paling
tinggi ?
A NSOP
B Air Molek
C Golden Hope
D Utd Plantation

Halaman 14
SULIT*

56. Kaunter manakah yang mengalami peratusan kejatuhan harian yang paling besar ?
A NSOP
B Air Molek
C Golden Hope
D Utd Plantation

57. Kos bahan binaan untuk sebuah bangunan setingkat dianggarkan RM650.00 semeter
per segi. Saiz bangunan yang akan dibina ialah 10 meter lebar dan 15 meter panjang.
Dengan kadar keuntungan sebanyak 30% dan upah kerja RM65 semeter per segi,
hitung harga jualan bangunan berkenaan.
A RM 97500
B RM107250
C RM126750
D RM139425

Soalan 58 berdasarkan jadual 6 di bawah.

Jadual 6 : Peruntukan Perumahan Sektor Awam dan Sektor Swasta pada Tahun
1995 di Malaysia
Jenis Rumah Sektor Awam Sektor Swasta
Jumlah(unit) % Jumlah(unit) %
Kos Rendah 126800 72.9 217000 54.4
Kos Sederhana 44600 25.6 155900 39.1
Kos Tinggi 2600 1.5 26100 6.5

58. Antara berikut yang manakah benar tentang Jadual 6 ?


I Perbezaan peratusan antara jumlah rumah kos tinggi awam dengan swasta
ialah 5%
II Nisbah rumah kos sederhana antara sektor awam dengan se ktor swasta ialah
1: 3.49
III Rumah kos rendah yang akan dibina oleh sektor swasta adalah sebanyak 60%
daripada jumlah rumah
IV Nisbah antara rumah kos sederhana dengan rumah kos rendah dalam sektor
awam ialah 1:2.84

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Harga Belian Kereta : Euro 25,000


Kos Pengangkutan : Euro 2,000
Cukai Import Kereta : 150% daripada harga belian yang dikira dalam RM
Kadar Pertukaran satu Euro : Jualan - RM 5.10
Belian - RM5.03
59. Berdasarkan butir-butir di atas, berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Encik Y yang
tinggal di Kuala Lumpur untuk mengimport sebuah kereta dari Eropah ?
A RM 135,810.00
B RM 137,700.00
C RM 324,435.00
D RM 328,950.00

Halaman 15
SULIT*

Soalan 60 berdasarkan permasalahan berikut.

Encik James bekerja di Bandar A. Beliau tinggal di Bandar B. Jarak di antara Bandar A
dan B ialah 85 kilometer. Bandar A dan B dihubungkan oleh sebuah lebuhraya yang
kadar bayarannya ialah 9 sen sekilometer. Dia bekerja 6 hari seminggu .

60. Berapakah jumlah wang perbelanjaan tol yang terpaksa dikeluarkan oleh Encik James
dalam tempoh 4 minggu beliau menjalankan tugasnya?
A RM 15.30
B RM 61.20
C RM 91.80
D RM 367.20

Halaman 16

You might also like