Professional Documents
Culture Documents
Pengganti kepada Wan Muda ialah Penghulu Md. Akhir Bin Kahar yang dilantik oleh Sultan Johor dan kemudiannya digantikan dengan Penghulu Hj. Md. Lazim Bin Md. Akhir disebabkan oleh keuzuran. Mengikut pendapat yang kedua pula, asal-usul nama Tanjung Sedili berasal daripada dua orang adik-beradik yang berasal dari Pahangiaitu Ali Besar dan Ali Kechil. Mengkikut cerita, kedua-dua mereka telah bergaduh dan membawa haluan masing-masing. Ali Besar telah berpindah ke Sedili Besar dan Ali Kechil pula telah berpindah ke Sedili Kecil. Maka, disebabkan oleh adik-beradik inilah terciptanya nama Sedili Besar dan Sedili Kecil. Mengikut cerita orang tua-tua, pada asalnya kampung ini dinamakan Tanjung Lembu yang mana ia telah dibuka dan mula diterokai oleh beberapa orang yang tidak dikenali asal-usul mereka. Mereka menetap di bahagian tanjung dan menjalankan aktiviti penternakan lembu selain menjadi nelayan. Disebabkan ternakan lembu tersebut mula membiak dan terus bertambah bilangannya, maka mereka terus menetap dan menamakannya sebagai Tanjung Lembu. Ketua Kampung yang dilantik
secara rasmi ialah Mohd Salleh Bin Mohamad dan digantikan oleh Syed Salim Bin Omar. Selepas tamat tempoh memegang jawatan tersebut beliau digantikan oleh Hj. Esa Bin Abdullah mulai tahun 80-an. Pada masa kepimpinan beliau, nama Tanjung Lembu telah ditukarkan kepada Tanjung Sedili secara rasminya. Bermula dari pertengahan tahun 90-an sehingga kini, Ketua Kampung Tanjung Sedili ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Yahya.
sama ada sebelum tuai (pre-harvest) dan selepas tuai (post-harvest) kepada kebanyakan nelayan di Sedili.
Pantai Teluk Mahkota (Jason Bay) Pantai Temalah Pantai Sedili Kecil
Pantai-pantai indah yang terdapat di sini ada yang telah dikomersilkan oleh pihak swasta seperti:
Pantai Jason Bay Beach Resort Pantai Mutiara Motor Beach Resort (http://www.mutiaramotorsresort.com/) Pantai Sedili Country Resort.
Tanjung Sedili juga telah dipilih sebagai salah satu lokasi Pertandingan Joran anjuran Berita Harian kerana lokasi strategiknya yang menjadi tumpuan serta syurga pemancing-pemancing.
Terdapat juga yang bekerja sebagai petani dengan mengusahkan tanaman kelapa sawit, getah, buahbuahan dan sayur-sayuran, kakitangan kerajaan serta peniaga-peniaga runcit.
perkataan Terengganu yang digunakan adalah seperti perkataan: 1. mu = awak 2. se'eh = terlalu kenyang 3. sokmo = selalu 4. tembo = lari dari kelas/sekolah/kerja Intonasi perkataan yang berakhir dengan huruf 'g' juga seakan pengucapan orang Minang seperti : 1. Kampuang = kampung 2. Kuciang = kucing 3. Tanjuang = tanjung
8. Kampung Singapura 9. Kampung Padang 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. Kampung Teluk Kampong Hutan Lesong Kampung Simpang Kampung Prepat Kampung Tenggaham Kampung Air Gemuruh Kampung Gembut Luar/Dalam Kampung Sayang Felda Tenggaroh Selatan
Jalan Kota Tinggi - Mersing (masuk di persimpangan Kampung Mawai) Jalan Pesisiran Pantai
Dari Felda Air Tawar 5 melalui Desaru, Tanjung Balau dan Felda Lok Heng Selatan ke Tanjung Sedili. Jalan ini juga menghubungkan Tanjung Sedili hingga ke Pengerang yang berakhir di Tanjung Pengelih.
Jambatan ini baru disiapkan pada bulan Mei 2006 dan menghubungkan Tanjung Sedili ke Sedili Besar serta ke Felda Tenggaroh di Mersing.[1]
Bot Penambang
Digunakan oleh penduduk Sedili Besar untuk berulang alik oleh kerana terdapat tanah unjuran yang dipisahkan oleh Sungai Sedili. Bot penambang ini dipanggil Bot Syarikat oleh penduduk setempat.Jika dimajukan, perkhidmatan ini boleh dikomersilkan untuk pelancongan. Bot penambang ini serupa dengan bot penambang yang digunakan oleh penduduk di Seberang Takir untuk berulang alik ke Kuala Terengganu sebelum jambatan menghubungkannya ke Kuala Terengganu digunakan. Bot Penambang kini telah tidak lagi digunakan dengan siapnya Jambatan yang menghubungkan Tanjung Sedili dan Sedili Besar.
Sampan/Perahu
Penduduk di Kampung Teluk, Simpang, Prepat dan Tenggaham menggunakan sampan/perahu dan juga 'jalur' (sampan berbentuk U leper) untuk ke Pekan Tanjung Sedili. Kini, penduduk di Kampung Teluk, Simpang, Prepat dan Tenggaham juga boleh menggunakan kenderaan darat untuk ke Tanjung Sedili setelah Jambatan baru disiapkan.
2. Masjid Jamek Sedili Besar 3. Masjid Jamek Sedili Kecil 4. Masjid Jamek Kampung Gembut