You are on page 1of 2

Laporan Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Sungai Udang 2014 Pada 26 Mei yang lalu,Sekolah Kebangsaan Sungai

Ular telah mengadakan perkhemahan badan beruniform yang diadakan di Tapak Perkelahan Ulu Paip,Kulim.Perkhemahan ini diadakan selama 2 hari 1 malam.Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada pasukan Pengakap,Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Pasukan Bulan Sabit Merah. Lima orang guru pengiring turut serta menyertai perkhemahan ini.Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama serta mengajar peserta hidup berdikari. Para peserta perkhemahan berkumpul di pekarangan sekolah pada jam 8.00 pagi.Kami bertolak dengan menaiki bas yang disewa khas. Setelah tiba di tapak perkhemahan Cikgu Razif selaku ketua perkhemahan mengarahkan para peserta memasang khemah dan mencari kayu api.Kami bekerjasama menjalankan tugas yang telah diberikan itu. Selepas makan tengah hari dan bersolat kami diminta berkumpul di tapak perhimpunan.Acara pertama yang bakal kami tempuh ialahJungle Trekking.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Sepanjang acara ini berlangsung banyak halangan dan rintangan terpaksa kami tempuhi.Akhirnya dengan semangat kerja berpasukan semua pasukan berjaya tiba di tapak perkhemahan pada masa yang ditetapkan. Malam itu selepas makan malam,Encik Razif telah memberi ceramah mengenai alam sekitar.Beliau berpesan agar kami semua sentiasa menjaga dan mencintai alam sekitar.Malam itu kami tidur awal kerana kepenatan.

Keesokan harinya ,seawal pukul 6.30 pagi kami telah bangun.Cikgu Hayati telah mengetuai acara senaman pagi. Selepas bersarapan kami telah diajar beberapa teknik ikatan dan caracara memberi pertolongan cemas.Ilmu dan pengetahuan yang kami perolehi itu akan kami ajarkan kepada rakan-rakan di sekolah. Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami diarahkan untuk membersihkan tapak perkhemahan itu.Sejam kemudian bas yang disewa khas pun tiba untuk membawa kami pulang. Kesimpulanya perkhemahan ini amat menyeronokkan walaupun sedikit memenatkan.Kami berharap perkhemahan seperti ini akan diadakan lagi pada masa hadapan. Disediakan oleh, 25 Mei 2010

maziah
(MAZIAH BT ABU BAKAR) Setiausaha, Pasukan Pengakap Sek.Keb.Sg Ular

You might also like