You are on page 1of 5

PAKAIAN SIKH/PUNJABI

PEREMPUAN Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar kameez atau baju Punjabi. Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

LELAKI Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line.

TURBAN/DASTAR Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya. Kain serban dipakai sepanjang 5 meter. Serban dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai. Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama agar rambut yang panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan tidak perlu memakai serban.
4. Adat dan Resam Mengandung Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah. Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak cantik. Selain itu, terdapat juga persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu sekiranya isteri mengidam sesuatu, suami perlu cuba untuk mendapatkan sesuatu yang diidam isteri supaya dapat mengelakkan anak yang dilahir terkena tulah (terkenan) seperti meleleh air liurnya.

Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan. Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

Kelahiran Bayi Amalan biasa bagi menyambut kelahiran bayi ialah dengan memberi hadiah. Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di dalam muka surat tersebut. Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakal Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud Singa manakala Kaur memberi maksud Puteri. Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

Perkahwinan Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semulajadi sifatnya. Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada system monogamy iaitu tidak berkahwin lebih dari seorang isteri. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh berlaku di mahkamah sivil. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogamy dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing- masing. Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri(hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu menyediakan set bilik tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah pengantin. Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan. Tiada istilah perigi mencari timba kerana adat dalam masyarakat Sikh adalah perempuan yang meminang lelaki.

5. Kesenian dan Tarian Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut menggemari aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara asasnya seperti muzik Punjabi yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan tabla adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Pujabi berirama rancak dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan, keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan kagunya yang turut mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan. Lazimnya apabila kita melihat tarian dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya dengan bhangra dan realitinya itulah Raja Tarian dalam masyarakat Sikh kerana sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh iaitu Goldkartz.

Bhangra membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang dengan menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak tarian itu yang memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang sangat pantah dan lincah. Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika majlis perkahwinan, begitu juga masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai tarian bebas yang boleh disertai sesiapa sahaja apatah lagi tarian itu sendiri tidak mengehadkan pergerakan dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut alunan dhol iaitu gendang atau rebana.

You might also like