You are on page 1of 6

PENDIDIKAN LUAR - SATU PENDEKATAN

(Sebuah diskusi yang disampaikan pada Hari Kokurikulum 2004 UPSI)

Abu Bakar Sidek bin Mohd Ibrahim


Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan luar? Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan dengan pendidikan luar, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah.

Definisi Pendidikan Luar Yang Berkait Dengan Psiko-sosial

Definisi Pendidikan Luar Yang mementingkan peranan alam persekitaran

Pendidikan luar merupakan aplikasi pengalaman di alam luar untuk mendidik dan pembangunan insan. (The Outdoor Institute) Pendidikan luar . menarik perhatian kepada penggunaan deria audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau untuk pemerhatian dan pemahaman (C.A.Lewis 1975, The Administration Of Outdoor Education Programs, Dubuque IA, Kendall-Hunt) Pendidikan luar menyentuh ketiga-tiga domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran, dan sikap (Phyllis Ford,1981, Principles dan Practices of Outdoor/Environmantal Education, New York, Wiley) Pendidikan luar ialah satu perantaraan yang memberi peluang untuk pendidikan tak formal mengenai perkembangan kendiri dan sosial untuk individu dan masyarakat(Outdoor Edinburgh)

Pendidikan luar ialah ...................... pendidikan DALAM, UNTUK, dan MENGENAI alam luar (Donaldson & Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29(17),63) Pendidikan luar merupakan pendidikan dalam, mengenai , dan untuk alam sekitar.

(Phyllis Ford, 1986) Pendidikan luar ialan .. sekumpulan Kecil manusia yang menyertai aktivitiaktiviti adventure yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai sumber utama untuk menyelesaikan masalah. (Neill 2003) Pendidikan luar ialah . suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat.(Simon Preist,1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3) 13)

Pendidikan Luar. satu istilah yang mempunyai maksud yang berlainan kepada manusia, tamadun dan organisasi. Tema yang sama meliputi penekaan ke atas pengalaman terus di alam luar untuk mencapai matlamat kendiri, matlamat sosial, pendidikan, pemulihan serta persekitaraan. (Neill 2003) Pendidikan Luar. suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di alam luar. Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan, pendidikan konservasi, pendidikan cabaran, perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan beberapa aspek rekreasi luar. (Edward Leppain 2000)

Pendidikan Luar ... kaedah pembelajaran melalui pengalaman dengan mengaplikasikan kesemua deria panca indera. Ia berlaku, terutamanya melalui pendedahan kepada persekitaraan semula jadi. Dalam pendidikan luar penekanan untuk subjek yang dipelajari ke atas perkaitan antara manusia dan sumber alam. (Lund 2002) Pendidikan Luar .... satu fenomena pengalaman pendidikan antarabangsa yang melibatkan manusia dalam aktiviti merbahaya bagi meningkatkan kesejahteraan individu, masyarakat dan persekitaraan. (Neill 2002)

Bila Pendidikan Luar bermula? Tidak jelas bila pendidikan luar bermula -- tidak terdapat dokumentasi yang menyatakan hal ini. Mungkin kewujudan manusia itu sendiri yang memberi gambaran bahawa pendidikan luar sudah ada. Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke bangunan dan rumah. Tamadun barat mendokumentasikan permulaan pendidikan luar secara formal pada awal tahun 60an dengan tertubuhnya pergerakan Outward Bound di Colorado (Neill (2004) yang kemudiannya bercambah melalui Project Adventure (1971) dan National Outdoor Leadership School pada tahun 1974. Secara keseluruhannya Outward Bound, Project Adventure dan NOLS menjadi 3 badan utama dalam pendidikan luar di Amerika hingga kini. Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih yang menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas sejak tahun 60an

lagi. Dengan tertubuhnya program Pengajian Ijazah Pendidikan (Pendidikan Jasmani) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1979, pendidikan luar menjadi satu mata pelajaran formal secara rasmi. Kini hanya dua buah institusi pengajian tinggi sahaja manawarkan kursus formal pendidikan luar dalam program pengajiannya iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Putra Malaysia. Aktiviti pendidikan luar sudah pun diterapkan ke dalam kurikulum pendidikan jasmani sekolah tetapi ia hanya bercorakkan aktiviti luar ke arah rekreasi. Apakah matlamat Pendidikan Luar ? Seperti definisinya yang berbagai, matlamat pendidikan luar juga pelbagai rupa. Priest dan Gass (1997) menyeranaikan empat program untuk mencapai tujuan seperti berikut mengikut hairaki kepentingannya:Program untuk : Rekreasi bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat matlamatnya ialah kesenggangan, keseraokan dan bersuka ria. Penddidikan betujuan untuk mengubah cara manusia berfikir dan merasai nikmat : dimana matlamatnya ialah untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan. Pertumbuhan bertujuan untuk mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir dan bertindak. Matlamatnya ialah untuk membina objektif kendiri, mendisiplinkan diri sendiri dan menghasilkan self esteem. Pemulihan/Mengubah Panduan bertujuan mengubah cara manusia merasai nikmat, berfikir, bertindak dan menentang.

Kepada empat matlamat yang diajukan oleh Priest dan Gass, Neill (2003) bercadang menambah 3 lagi program ke arah matlamat memupuk Kemasyarakatan Perhubungan/Kekeluargaan Ekosistem Rohaniah

Kerapkali program pendidikan luar mempunyai hasrat untuk perkembangan diri, terutamanya peningkatan kemahiran hidup individu dan keupayaan menghadapi cabaran hidup moden. Memberi peluang kepada pelajar mempelajari kemahiran-kemahiran alam sektiar dan adventure boleh juga menjadi matlamat kepada pelajar untuk mengalami hidup di alam luar. Kemungkinan besar, tujuan umum program pendidiakn luar merupakan perkembangan individu - matlamat tersebut untuk meransang : Keyakinan diri Kesedaran terhadap diri team work tanggungjawab kumpulan Kemahiran sosial / interpersonal skills Sikap dan Motivasi

Program pendidikan luar juga tidak ketinggalan dapat meningkat serta memberi input dan meransang : Kemajuan akademik Semangat kemasyarakatan dan Kebaikan persekitaran

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR MENYEDIAKAN / MEMPUNYAI

1. peluang pembelajaran 2. cabaran kapada peserta 3. bahaya dan risiko 4. objektif dan matlamat 5. peluang memimpin 6. melantik diri 7. interaksi antara individu 8. mengenali, 9. menghargai serta 10.pemuliharaan } } } } }

alam sekitar

11.rancang umtuk kemajuan diri 12.peluang untuk mendampingiNya

Perkhemahan sebagai aktiviti pendidikan. 1. Perkhemahan boleh dicorakkan untuk memenuhi berbagai objektif. 2. Ianya memberi peluang kepada peserta memperolehi pengetahuan, mempelajari kemahiran-kemahiran baru, memperkukuh kebolehankebolehan akademik dan memperkayakan pengalaman. 3. Perkhemahan menarik perhatian generasi muda :

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.

menawarkan kebebasan --- tetapi berdisiplin carefree ---- tetapi penuh tanggungjawab tidak terluk dengan routine harian mencabar --- tetapi keselamatan dititik beratkan adventure --- dengan mempunyai matlamat Keseronokan --- kepuasan jasmani dan rohani

Melalui berbagai aktiviti yang terancang dalam perkhemahan kualiti diri dan sikap sosial invididu dapat ditanam dan dipupuk

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8


ABSMI Sept 04.

sifat percaya kepada diri dan teman sifat berani kerjasama saling bantu membantu timbangrasa gigih dan tekun (perseverance) kepimpinan humility rendah diri humanity -- kemanusiaan

You might also like