You are on page 1of 2

SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb Februari

1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'. Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung sedunia. Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap. Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah: TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJAKERJAMU

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP DI MALAYSIA Pada tahun 1910, seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands datang ke Singapura dan menubuhkan dua pasukan untuk anak-anak Inggeris. Pada tahun 1919, Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsajoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-budak Melayu yang berbahasa Inggeris di Singapura. Negeri-negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah di Pekan, Pahang oleh G.M. Laidlow. Pada tahun 1915, pergerakan pengakap ditubuhkan di Pulau Pinang oleh seorang ahli pendidik, iaitu H.R. Chessman di Penang Free School. Pada tahun 1922, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perak oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Di Melaka dan Negeri Sembilan ia ditubuhkan oleh Brunstone, di Selangor oleh Ameen Akhbar, di Terengganu oleh A.J. Gracle pada 1927, di Kelantan oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong dan di Johor oleh Chessman pada 1928 di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Pada tahun 1931, pergerakan pengakap ditubuhkan di Perlis. Sabah pula menubuhkan pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sarawak pada tahun 1915. Sebelum perang dunia kedua, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi semua negeri. Selepas perang dunia kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britian. Selepas merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, namanya telah ditukarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan keahliannya termasuk negeri Sabah, Sarawak dan Singapura. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat (Davidson Road), Kuala Lumpur merupakan Ibu Pejabat PPM. Ia telah dibuka secara rasminya pada 5hb Januari 1957 oleh Tuan Yang Teramat Mulia Sir Donald Macgillivray K.C.M.G., M.B.E. sempena menyambut perayaan ulang tahun ke-50 pengakap dunia.

You might also like