You are on page 1of 8

PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BERDASARKAN PER KAPITA DAN ENROLMEN MURID

Konsep: a) Pengurus Sekolah Pengurus Sekolah yang dinyatakan dalam garis panduan ini adalah Guru Sesar atau Pengetua bagi semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Santuan Kerajaan atau mana-mana pihak yang diwakilkan secara bertulis untuk bertindak sebagai Pengurus Sekolah semasa ketiadaannya. Tugas Dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

mengemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan peruntukan bantuan persekolahan mengikut tarikh yang ditetapkan; menyemak peruntukan yang diterima dan melaporkan penerimaan kepada pihak yang berkaitan; mengeluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada pihak yang menyalurkan bantuan; menyelenggarakan Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain; menyelenggara akaun subsidiari berasingan bagi setiap jenis Bantuan Bayaran Tambahan yang diterima; mengembalikan lebihan peruntukan bantuan Uika ada) mengikut tarikh yang ditetapkan; dan menguruskan baki bawa ke hadapan dengan teratur.

b) Pusat Tanggungjawab (PTJ) Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.


Jenis Sekolah Sekolah Rendah & Menengah Harian Sekolah Serasrama Penuh Sekolah Teknik dan Vokasional Sekolah Sukan Malaysia Sekolah Seni Malaysia
2 Sekolah Rendah & Menengah Pendidikan Khas Sekolah Rendah & Menengah Agama

Ketua PTJ Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah, Bahagian SSP dan Sekolah Kecemerlangan Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Pengarah, Bahagian Sukan Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam

Bantuan Kerajaan

Tugas Dan Tanggungjawab Ketua Ptj Sekolah Ketua PTJ sekolah hendaklah memastikan semua Pengurus Sekolah mengemukakan tuntutan bantuan yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan keciciran penyaluran bantuan ke sekolah. Ketua PTJ bertanggungjawab memastikan:
i.

ii.

maklumat tuntutan awal dan pelarasan yang diterima daripada sekolah dikunci masuk dalam Sistem eBantuan (eB) mengikut tarikh yang telah ditetapkan maklumat tuntutan dicetak dan diedar kepada semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing mengikut tempoh yang ditetapkan sekolah mengoptimumkan sebaik mungkin peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa yang layak diterima bagi manfaat murid pada tahun tersebut memastikan semua urusan berkaitan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.

iii.

iv.

JENIS-JENIS BANTUAN 1. Bantuan Geran Per Kapita (PCG) 2. Yuran Khas Sekolah (YKS) 3. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) 4. Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) 5. Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) 6. Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 7. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) 8. Bantuan Makanan Asrama (BMA) 9. Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

1.

Bantuan Geran Per Kapita (PCG)

Bantuan Geran Per Kapita adalah bantuan kewangan kerajaan persekutuan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah sama ada di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Mulai tahun 2009, bantuan PCG untuk beberapa mata pelajaran baru telah diperkenalkan selepas penubuhan Sekolah Seni Malaysia. Bantuan PCG bagi Aliran Kemahiran di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional telah ditetapkan kadar yang baru. a) Bantuan Per Kapita Pra Sekolah Maksud perbelanjaan bagi bantuan PCG Pra Sekolah ialah semua perbelanjaan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran seperti pembelian inventori dan bahan habis guna. Ini termasuk penyelenggaraan komputer, penyelenggaraan peralatan permainan (dalam dan luar bilik darjah) dan lain-lain peralatan. Perbelanjaan lain bagi tujuan pengajara dan pembelajaran seperti pembelian buku rujukan, perisian, cakera padat, ensiklopedia dan lain-lain yang bersesuaian. Segala program atau lawatan berunsurkan pendidikan sama ada semasa cuti sekolah atau hari persekolahan yang dapat memberi manfaat kepada proses pengajaran dan pembelajaraan juga dibenarkan. Walau bagaimanapun, bantuan per kapita pra sekolah untuk perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan. b) Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran termasuk Mata pelajaran Teras, Wajib, Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif. C) Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran i. Pusat Sumber Sekolah ii. Bimbingan dan Kaunseling iii. Lain-lain Perbelanjaan Berulang (LPBT)/Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPK) Sekolah - Di bawah RMKe-10, kerajaan membiayai bil utiliti (eletrik dan air sahaja) berdasarkan bil sebenar dan tidak melebihi RM2000 sebulan. iv. LPBT/LPK Asrama

2.

Yuran Khas Sekolah (YKS)

Yuran Khas Sekolah (YKS) adalah meliputi aktiviti; a. Sukan/Permainan b. Pendidikan Jasmani c. Lukisan/Kerja tangan
2

d. Pendidikan Seni e. Perpustakaan f. Pusat Sumber Sekolah

3.

Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)

Perbelanjaan menggunakan peruntukan BKKP adalah meliputi aktiviti berikut; a. Sukan/Sukaneka b. Karnival Pendidikan Prasekolah c. Konvensyen d. Lawatan

4.

Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)

Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) adalah peruntukan kewangan tahunan sekolah bagi keperluan perbelanjaan kegiatan kokurikulum murid. Kadar BKK bagi sekolah rendah secara purata sebanyak RM10 bagi setiap orang murid setahun dan sekolah menengah pula sebanyak RM12 seorang murid setahun.

5.

Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)

Perbelanjaan menggunakan peruntukan BKKA ini meliputi aktiviti seperti berikut; a. b. Program Asrama Terbilang Sukan dan permainan bagi penghuni asrama

c. Aktiviti yang bertujuan membangunkan sahsiah murid seperti perkemahan, kolokium, seminar dan kursus kepimpinan. Ini tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik murid. Bantuan BKKA hanya yang layak dituntut bagi murid yang tinggal di asrama Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Kadar BKKA layak dituntut ialah sebanyak RM15 setahun bagi seorang pelajar sekolah rendah manakala RM20 setahun bagi seorang murid sekolah menengah.
2

6.

Bantuan Sukan Sekolah (BSS)

Perbelanjaan menggunakan peruntukan BSS ini meliputi aktiviti berikut; a. Kejohanan sukan tahunan sekolah b. Aktiviti pra kejohanan seperti merentas desa dan sukan tara c. Lain-lain program sukan yang diadakan sepanjang tahun Bantuan Sukan Sekolah hanya layak dituntut bagi murid Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. Kadar BSS layak dituntut ialah sebanyak RM4 seorang murid setahun bagi enrolmen murid seramai 151 orang ke atas. Kadar BSS layak dituntut ialah sebanyak RM6 seorang murid setahun bagi sekolah menengah.

7.

Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)

Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) adalah peruntukan kewangan tahunan bagi kelas prasekolah KPM bertujuan membiayai perbelanjaan menyediaan makanan murid. Mulai bulan Ogos 2010, iaitu selaras dengan inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA- Pendidikan) maka kadar BMP ialah RM1.80 sehari bagi murid prasekolah KPM di semenjung, manakala RM2.05 sehari bagi murid prasekolah di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

8.

Bantuan Makanan Asrama (BMA)

Bantuan Makanan Asrama (BMA) melibatkan semua murid warganegara Malaysia yang menghuni asrama di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan serta asrama di bawah Kerajaan Negeri. Kerajaan telah menampung sebanyak 95% kos penyediaan makanan murid di asrama, manakala sejumlah kecil kos ditampung oleh murid melalui kutipan Yuran Makan Asrama (YMA). Pembekalan makanan di asrama adalah melalui dua kaedah iaitu bekalan bahan mentah dan bekalan makanan bermasak. Hampir keseluruhan asrama Sekolah Harian, Sekolah Menengah Teknik/Vokasional, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Pendidikan Khas, Sekolah Seni Malaysia dan Asrama 1Malaysia telah melaksanakan pembekalan makanan bermasak, kecuali sebilangan kecil asrama di Sabah dan Sarawak yang masih menggunakan kaedah bekalan bahan mentah kerana masalah lokasi dan logistik. Kadar tuntutan bekalan makanan bermasak adalah berdasarkan harga kontrak makanan bermasak yang telah diluluskan.
2

9.

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP)

Bayaran Tambahan Persekolahan adalah bayaran yang dikenakan kepada setiap ibu bapa/penjaga murid dan perlu dijelaskan pada awal tahun persekolahan telah dimansuhkan dan kerajaan telah menanggung keseluruhan kos bayaran tambahan tersebut. Terdapat 6 kategori perbelanjaan yang dibenarkan di bawah BBTP iaitu Kokurikulum, Sukan Tahunan Sekolah, Yuran MSSM, kegiatan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dan Insurans Takaful. Kadar BBTP bagi keseluruhan enam kategori perbelanjaan ialah RM24.50 setahun bagi seorang murid setahun, manakala bagi sekolah menengah ialah RM33.50 bagi seorang murid setahun.
Bayaran Tambahan Yang Dimansuhkan Melalui Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2012) Berkuatkuasa 1Januari 2012 SEKOLAH MENENGAH (RM) 6.00 10.00 6.00 6.00 4.00 1.50 33.50

BIL. 1. 2. 3. 4.

JENIS BAYARAN Kokurikulum Kertas Ujian Dalaman Sukan Tahunan Sekolah Pendidikan Islam (murid Kegiatan beragama Islam) atau Pendidikan Moral (murid bukan beragama Islam) MSSM lnsuran Takaful* (disalurkan melalui waran JUMLAH *Disalurkan melalui

RENDAH (RM) 3.00 6.00 6.00 6.00 2.00 1.50 24.50

5. 6.

Nota:

Bagi sekolah yang belum/tidak menyelenggarakan Akaun KWK, pembayaran dibuat ke Akaun Khas di Pejabat Pelajaran Daerah sekolah yang berkenaan. Insuran Takaful disalurkan melalui waran peruntukan kecil kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing:

Pengiraan Baki Bawa Ke Tahun Hadapan 1. Baki Peruntukan Tahun Semasa ialah sejumlah peruntukan bantuan yang layak diterima pada tahun semasa (selepas pelarasan Julai) termasuk baki terkumpul tahun lalu tetapi tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun semasa setelah ditolak semua tanggungan perbelanjaan tahun semasa. Baki Bawa Ke Tahun Hadapan ialah baki peruntukan tahun semasa yang di bawa ke tahun berikutnya.
2

2.

Contoh: Baki tahun 2011 dibawa ke tahun 2012 (a) = RM1,500 Peruntukan diterima pada Januari 2012 (b)= RM10,000 (berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober 2011) Peruntukan layak diterima pada 1 Julai 2012= RM9,500 Dalam contoh ini, sekolah telah menerima peruntukan pada Januari 2012 melebihi kelayakan tahun 2012 dan perlu memulangkan lebihan tersebut. Lebihan Peruntukan Tahun 2012: (c) - (a) - (b) = RM2,000

Kesimpulannya sekolah hanya layak menerima peruntukan BBTP tahun 2012 sebanyak RM8,000.00 sahaja daripada kelayakan sebenar RM9,500.00. Ini kerana sebanyak RM1,500.00 lagi telah disumbangkan oleh baki dari tahun 2011 yang dibawa ke tahun 2012

Pemulangan Baki Bawa ke Hadapan Sekiranya pihak sekolah mempunyai baki bawa ke hadapan yang besar hingga menyebabkan ia melebihi amaun peruntukan yang layak diterima oleh sekolah pada tahun semasa, maka pihak sekolah hendaklah menggunakan keseluruhan baki yang dibawa ke tahun hadapan bagi menampung keperluan bantuan pada tahun tersebut

Contoh: Baki tahun 2011 dibawa ke tahun 2012 (a) = RM10,500 Peruntukan diterima pada Januari 2012 (b)= RM10,000 (berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober 2011) Peruntukan layak diterima pada 1 Julai 2012= RM9,500 2 Dalam contoh ini, baki bawa ke hadapan yang dibawa adalah melebihi peruntukan

layak diterima pada tahun 2012. Oleh itu, amaun RM10,000.00 yang diterima pada tahun semasa hendaklah dipulangkan keseluruhannya. Amaun perbezaan sebanyak RM1,000.00 (RM10,500.00 RM9,500.00) hendaklah digunakan oleh sekolah mengikut maksud belanja BBTP dan hendaklah habis digunakan pada tahun semasa. Lebihan Peruntukan Tahun 2012: (a) - (b) = RM1,000

Kesimpulannya sekolah tidak layak menerima peruntukan BBTP tahun 2012 sebanyak RM10,000.00 kerana sekolah mempunyai baki tahun 2011 sebanyak RM10,500.00 yang boleh menampung keperluan tahun 2012

You might also like