You are on page 1of 61

TUGASAN KURSUS BSMM 1:

KOKURIKULUM BULAN SABIT


MERAH MALAYSIA
PENDIDIKAN PALANG
MERAH / BULAN SABIT
MERAH DAN UNDANG-
UNDANG KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA.
UNIT 1: SEJARAH PALANG
MERAH
JEAN HENRY DUNANT
(1828-1910)
• Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang
Merah. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828, di
Geneva, Switzerland.

• Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga


yang berjaya dan ibunya adalah seorang yang
penyayang dan patuh pada agama.

• Beliau juga telah menikmati segala kesenangan


sehingga dewasa, hasil daripada kedudukan sosial
dan ekonomi keluarganya.
• Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan
aktif dalam pelbagai pergerakan dengan
membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan
agama.

• Beliau juga bergerak aktif dalam pergerakan yang


menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi.

• menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai


“League of Aims” di Geneva.

• Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk


berusaha membantu menukarkan sikap dan perangai
para banduan.
• Ketika usianya mencecah 30 tahun., Dunant
menyertai sekumpulan organisasi di Switzerland,
France dan Belgium yang terkenal dengan nama
“Young Men’s Christian Association” (YMCA).

• Dunant menentang rancangan untuk menyekutukan


beberapa kumpulan di Eropah untuk dijadikan satu
organisasi pada awal tahun 1853.

• Beliau mencadangkan sebuah gagasan sedunia


termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan
tidak hanya terhad di Eropah.
• Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan
YMCA sedunia telah diadakan di Paris pada tahun
1855.
• Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai perantis
dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari
perniagaan bank.
• Hasil dari ketekunannya semasa bekerja, beliau
telah diberi satu jawatan sementara sebagai
pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut
di Algeria, yang dikenali sebagai “Colonies Suisses
de Setif”.
• Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan
bank tersebut dan memulakan perniagaannya
sendiri.
• Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin
meningkat ke kemuncak kegemilangannya dan
selepas itu mula menurun.

• dalam transformasi impiannya kepada realiti,


Dunant mula menyepikan diri dan tempatnya telah
diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik.

• Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan


Dunant yang merosot dalam pergerakan yang
beliau sendiri cetuskan melalui saranannya.
• Tahun 1867 merupakan tahun yang malang bagi
Dunant kerana urusan perniagaan yang
diabaikannya sebelum ini, menghadapi
kemerosotan.

• Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala


hartanya untuk melangsaikan hutnag-hutangnya.

• Beliau telah meninggalkan Geneva buat selama-


lamanya ketika beliau berusia 39 tahun.
• Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden,
Switzerland.

• Pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan


keadaan usianya yang saemakin lanjut, beliau telah
dimasukkan ke hospital tempatan.

• Di situlah beliau tinggal selama 18 tahun.

• Pada tahun 1895, seorang wartawan muda dalam


ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden,
telah mewawancara beliau.
• Pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel
menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan
(Peace Prize) yang pertama;
-yang dikongsi bersama dengan Frederic Passy,
seorang warganegara Perancis

• Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry


Dunant telah menghembuskan nafasnya yang
terakhir di Hidden.
KENANGAN SOLFERINO
(JUN 1859)
• Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan
perniagaannya di Itali, Dunant telah sampai Castiglione
delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama
tatkala meletusnya Pertempuran Solferino.

• Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut


dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan
kecederaan serta perkhidmatan tentera yang ada
tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka
yang sakit dan cedera dengan sedaya upaya.
• Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan
hidupnya.

• Beliau mula menumpukan pemikirannya untuk


mencari jalan bagaimana untuk penderitaan boleh
dielakkan.

• Sebuah buku kenangan dan pengalamannya Kenangan


di Solferino' telah dicetak dan dihadiahkan kepada
semua ketua-ketua negara di Eropah.
• Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik,
buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-
ketua kerajaan di Eropah.

• Dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan:

• Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan


antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam
yang cedera dan menderita semasa peperangan.
• Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar
tentera yang cedera dari mana-mana pasukan
hendaklah dibantu .
Jawatankuasa Berlima
• Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat
yang sesuai untuk memulakan kegiatan kemanusiaan.

• The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang


dipengerusikan oleh Gustave Moynier, telah
menunjukkan minatnya terhadap saranan yang
dikemukakan oleh Dunant.

• Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Dufour, Louis


Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier dengan
tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa
Antarabangsa.
• Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah
(International Committee of the Red Cross –
ICRC).

• Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara


telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga
29 Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan
Resolusi jawatankuasa Geneva.
• Negara-negara tersebut bersetuju untuk
mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian
yang berkenaan di negara masing-masing bagi
membantu keberkecualian bagi mereka yang
tercedera dan juga yang merawat serta menjaga
mereka, telah dimaktubkan dalam suratcara
diplomatik.

• Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan


mereka akan dilindungi oleh sebuah lambang khas,
iaitu Palang Merah yang berlatarbelakangkan
warna putih.
• Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di
antara Prussia dan Denmark.

• Jawatankuasa tersebut telah menghantar Dr. Louis


Appia untuk bertugas dengan tentera Rusia.

• Walau bagaimanapun, negara lain seperti Jerman


telah menghadapi masalah di medan perang kerana
tugas-tugas mereka memerlukan pengiktirafan secara
rasmi.

• Satu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil


kerajaan negara yang diberi kuasa untuk melibatkan
diri bagi pihak negara masing-masing.
KONVENSYEN GENEVA
PERTAMA (1864)
• Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah
mengadakan satu “Persidangan Diplomatik” di
Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah.

• Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil


daripada 12 buah negara.

• Konvensyen Geneva telah ditandatangani pada 22


Ogos 1864.
• Konvensyen tersebut juga telah menunjukkan
bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan
walaupun dalam masa perang.

• Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan


yang istimewa telah disyorkan untuk mendapatkan
perlindungan antarabangsa bagi mereka yang
tercedera, hospital tentera dan anggota-anggota
perubatan.

• Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan


mengenalkan “Keberkecualian”.
• Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai
anggota kombatan dan tidak boleh ditawan.

• Selain itu, anggota-anggota awam yang memberi


bantuan kepada mereka yang tercedera haruslah
dihormati.

• Anggota-anggota tentera dan hospital-hospital


pula diiktiraf sebagai berkecuali.

• Lambang Palang Merah dijadikan satu simbol


istimewa yang memberikan kekebalan daripada
serangan.
• Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi
kerja-kerja kemanusiaan dalam masa perang di
antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-
1871, Perang Sepanyol-Amerika tahun 1898, dan
perang Russia-Jepun tahun 1904.

• Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun


1867, berikutnya diadakan di Berlin (1869),
Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna
(1897), dan Saint Petersburg (1902).
• Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas
mewujudkan Persatuan-persatuan Kebangsaan
yang baru.

• 22 Persatuan-persatuan Kebangsaan ditubuhkan


dalam masa 10 tahun yang pertama.

• Semua negara di Eropah, termasuk Rusia dan


Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva
1864.
• Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia,
Turki telah memberitahu Kerajaan Swiss sebagai
penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan
menggunakan ambulansnya dengan lambang bulan
sabit merah sebagai ganti palang merah.

• Ini kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan


Negara-negara Islam yang lain.
Empat Konvensyen Geneva
(1949)
• Terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya
bertarikh 12 Ogos 1949.

• Ini merupakan hasil usaha yang berpanjangan


menjangkau masa selama satu abad untuk
memperbaiki perlindungan yang diberi oleh
Konvensyen Geneva Pertama serta meluaskan
perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori
mangsa konflik bersenjata.
• Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864
memberikan perlindungan kepada bot penyelamat,
kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut.

• Pada tahun 1899, satu Konvensyen (sekarang dikenali


sebagai Konvensyen Geneva Kedua) yang meberi
perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit
dan yang karam di laut diguna pakai.

• Pada tahun 1929, satu lagi konvensyen (kini dikenali


sebagai Konvensyen Geneva Ketiga) telah diterima
pakai yang memberikan perlindungan kepada tawanan
perang (POW).
• Selepas Peperangan Dunia Kedua sahaja, pada
tahun 1949, Persidangan Diplomatik menerima
pakai Konvensyen Geneva Keempat yang
melindungi orang-orang awam di dalam tawanan
musuh.

• Persidangan yang sama juga telah menyemak


semula Konvensyen-konvensyen yang ada dan
hasilnya kita ada Empat Konvensyen Geneva
bertarikh 12 Ogos 1949.
• Keempat-empat Konvensyen Geneva ini masih juga
tidak lengkap untuk memberi perlindungan yang
sewajarnya.

• Justeru itu pada tahun 1977, dua Protokol


Tambahan kepada Konvensyen Geneva tahun 1949
telah diterima pakai oleh Persidangan Diplomatik di
Geneva.

• Protokol yang Pertama, Protokol 1, adalah bersabit


dengan konflik bersenjata antarabangsa dan di
antara lain menambahkan lagi perlindungan yang
diberi kepada orang-orang awam.
• Manakala, Protokol 2 pula memperkukuhkan lagi
perlindungan yang diberi bersabit dengan konflik
bersenjata bukan antarabangsa.

• Selain itu juga,ia berperanan untuk menambahkan


lagi perlindungan yang diberikan kepada mangsa-
mangsa konflik bersenjata ini, yang banyak berlaku
selepas Perang Dunia Kedua.
Emblem Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah

• Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu


penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah
yang berlatarbelakangkan putih adalah warna-
warna bendera Kebangsaan Swiss yang terkalih).
• diwujudkan dengan satu tujuan tertentu iaitu:

• (1) untuk menentukan perlindungan bagi mereka


yang tercedera semasa peperangan

• (2) untuk menetukan perlindungan kepada anggota-


anggota yang menjaga dan merawat mereka
yang cedera.

• apa jua penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu


perlanggaran yang serius terhadap Undang-undang
Antarabangsa.
• Pada bulan November 1876, Turki yang sedang
berperang dengan Rusia memutuskan untuk
menggunakan lambang bulan sabit merah untuk
perkhidmatan ambulan mereka.

• Langkah tersebut kemudiannya telah diikuti oleh


banyak negara-negara Arab atau Negara-negara
yang mempunyai ramai penduduk muslim.
• 29 buah Negara sekarang menggunakan lambang
bulan sabit merah untuk menandakan orang-orang
dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen
Geneva.

• Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulan


Sabit Merah dilindungi oleh Konvensyen Geneva
sejak tahun 1929.

• Walau bagaimanapun, negara-negara hendaklah


memilih lambang mana yang digunakan dalam
persidangan diplomatik.
• Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah
dikawal oleh setiap negara yang menandatangani
Konvensyen Geneva.

• Lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di


atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut,
bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang
ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka
yang tercedera akibat perang.

• Lambang-lambang ini tidak boleh digunakan untuk


tujuan perniagaan dan publisiti.
Pengecualian penggunaan lambang-lambang ini:

• Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan


lambang ini untuk mengenalpasti bangunan, barang-
barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan
mereka.

• Lambang yang dipakai pada pakaian seragam


mestilah kecil, supaya tidak keliru dengan lambang
perlindungan semasa perang.
Penggunaan Lambang
• satu sistem bagi melindungi penggunaan lambang
telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun
1949.

• Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan


lagi oleh Protokol 1 tahun 1977 adalah
berdasarkan kepada perbezaan penggunaan
lambang sebagai tujuan pelindung (protective) dan
pengenalan (indicative).
Penyalahgunaan Lambang

• Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah


sering digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dan
individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan
Palang Merah.

• Lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol


untuk pertolongan dan kesihatan.
• Pada hakikatnya, apa jua penggunaan lambang
tanpa kebenaran dari Persatuan Kebangsaan
adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi
tujuan komersial ataupun tidak.

• Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya


adalah satu perkara penting jika kita ingin
menentukan penghormatan berterusan diberi
kepada pergerakan Palang Merah dan aktiviti-
aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa
perang atau aman.
UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS
PALANG MERAH
• KEMANUSIAAN
• memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan
mereka yang tercedera di medan perang.

• KESAKSAMAAN
• tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan
bangsa, kaum, kepercayaan agama, darjat atau
fahaman politik.
• memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan
yang serius.
• BERKECUALI
• pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana
pihak yang berperang atau melibatkan diri pada
bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang
berunsur politik, perkauman, agama atau
ideologi.

• KEBEBASAN
• pergerakan adalah bebas dan mengekalkan
otonominya supaya sentiasa dapat mengikut
prinsip-prinsip pergerakan.
• KHIDMAT SUKARELA
• pergerakan bantuan sukarela yang bukan
didorong dalam apa hal jua sekalipun oleh hasrat
untuk mendapatkan keuntungan.

• KETUNGGALAN
• hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah yang harus wujud dalam
sesebuah negara.
• KESEJAGATAN
• Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah, semua Persatuan mempunyai taraf yang
sama serta memikul tanggungjawab yang sama
rata.
• merupakan satu pergerakan sedunia.
UNIT 4: PERGERAKAN BULAN
SABIT MERAH MALAYSIA
SEJARAH
• Kelahiran Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit
Merah di Malaysia mempunyai persamaan dengan
kelahiran Palang Merah itu sendiri.

• Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia


ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950

• Pada bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan


Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan
Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang
Pegawai Medan Palang Merah British.
• Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-
cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan
Selangor.

• Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain


ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang.

• Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31


Ogos 1957, Duke of Gloucester yang mewakili Ratu
British di perayaan Merdeka dan juga selaku
Pengerusi Majlis Persatuan Palang Merah Bitish ,
telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan
Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah Cawangan
Persekutuan Tanah Melayu di Kuala Lumpur.
• Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib
Pengerusi Persatuan Palang Merah British
menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur
untuk penyerahan panji-panji kepada Persatuan
Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang
baru.

• Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah


Persekutuan Tanah Melayu telah menerima
pengiktirafan rasmi, sebagai Persatuan Palang
Merah Kebangsaan yang bebas daripada
Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah
(JAPM/ICRC).
• pada 24 Ogos 1963, persatuan ini diterima masuk
sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah.

• Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan


Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta 1962)
yang telah menerima Persetujuan DiRaja pada 21
Ogos 1975 dan diwartakan pada 4 September
1975.

• Nama dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia


lambang Persatuan ini telah ditukar kepada.
• Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah
salah sebuah daripada 175 Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh
dunia.

• Menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa


Persatuan-peresatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah.

• Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih


daripada 230,000 ahli di seluruh negara yang
diatur mengikut Cawangan, Cabang, Cabang Kecil
dan Unit.
STRUKTUR DAN ORGANISASI

1. Struktur Organisasi Persatuan

(i) Satu organisasi pusat mengandungi:


• Senat PBSMM
• Majlis Kebangsaan
• Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
• Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
Samb. struktur organisasi persatuan…

• Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan


beberapa Jawatankuasa Kecil masing-masing dalam
tiap-tiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan
Malaysia.

• Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.


Senat PBSMM
• badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi
PBSMM
• tidak mempunyai kuasa eksekutif
• mengandungi tidak lebih daripada 25 Senator pada
sesuatu masa.
• Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi
bicara Majlis Kebangsaan
• dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang
terkenal
• Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan
matlamat Persatuan sejajar dengan Prinsip-prinsip
Pergerakan.
Majlis Kebangsaan
• Badan yang terpenting yang mempunyai kuasa
mengendalikan pengurusan serta pengawalan
semua hal ehwal Persatuan.

• mengandungi anggota-anggota seperti berikut:


(a) Pengerusi Kebangsaan
(b) Timbalan Pengerusi Kebangsaan
(c) 4 Naib Pengerusi Kebangsaan.
(seorang daripadanya dipilih di kalangan
Pengerusi Cawangan)
(d) Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa
Kebangsaan
(e) Tidak lebih daripada lima ahli dipilih
(f) Dua orang wakil daripada tiap-tiap Cawangan
yang terdiri sama ada Pengerusi Cawangan, Naib
Pengerusi Cawangan, Pengarah Cawangan,
Setiausaha Kehormat Cawangan dan Bendahari
Kehormat Cawangan.
(g) Pengarah Perkhidmatan Perubatan angkatan
Tentera Malaysia
(h) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA)
(i) Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian
Kerajaan
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
• Pengurusan seharian mengenai hal ehwal
Persatuan adalah tanggungjawab Jawatankuasa
Eksekutif Kebangsaan

• Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:


(a) Pemegang Jawatan Utama (Pengerusi dan
Timbalan Kebangsaan, Naib-naib Pengerusi
dan Bendahari Kehormat Kebangsaan)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan
(c)Wakil daripada setiap kelima-lima zon.
Jawatankuasa Kebangsaan
Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan:
• Reaksi Kecemasan
• Perkhidmatan Ambulans
• Program Darah
• Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat
• Hal Ehwal Undang-undang dan Undang-undang
Kemanusiaan
• Latihan
• Tenaga Manusia
• Hal Ehwal Antarabangsa
• Perhubungan Raya
• Kutipan Derma
• Bangunan
• Pengurusan

p/s : Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa ini


adalah ahli Jawatankuasan Eksekutif Kebangsaan
dan juga ahli-ahli Majlis Kebangsaan dan mereka
dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
2. Aktiviti-aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti PBSMM:
• Persediaan dan bantuan bencana
• 999 24 jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala
Lumpur dan Petaling Jaya
• Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan
- Program Darah
- Penyalahgunaan Dadah
- Telekaunseling
- Teledra
• Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa
• Latihan
• Penubuhan unit baru dan menambah keahlian
• Program Bantuan kepada Orang-orang Bot Vietnam
• Kutipan Derma
• Perhubungan awam
• Hal Ehwal Antarabangsa
• Aktiviti-aktiviti dan latihan untuk kanak-kanak,
belia dan pasukan bantuan sukarela.
Keahlian
• dibuka kepada semua tanpa mengira bangsa,
jantina, agam dan politik.
• Komposisi keahlian:
► Kanak-kanak (Sekolah Rendah)
► Belia (Sekolah Menengah)
► Pasukan Bantuan Sukarela (Orang Dewasa guru-
guru pelatih, Mahasiswa, Para Ikhtisas, Anggota
Perubatan dll.)
► Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-
kurangnya RM1000)
► Ahli Kehormat Seumur Hidup (satu anugerah
eksklusif bagi individu yang memberi sumbangan
perkhidmatan dan jasa yang cemerlang)
SEKIAN
TERIMA KASIH….

(~_^)
\ /

ct89_ice@yahoo.com
Disediakan oleh…

Siti Aishah binti Abdul Latiff


D 20081032348
UKK 1061 (PBSM 1)
SEMESTER 1 SESI 08/09

You might also like