You are on page 1of 4

MERITOKRASI : FAKTOR SOSIO EKONOMI DAN PELUANG PENDIDIKAN TINGGI

Meritrokasi merupakan satu sistem sosial yang mementingkan kejayaan atau ganjaran berdasarkan kepintaran, bakat dan usaha individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan, kaum dan agama. Oleh itu, berdasarkan artikel yang telah saya pilih iaitu Meritokrasi : Faktor Sosio Ekonomi dan Peluang Pendidikan Tinggi yang dikarang oleh Norazlinda bt Saad, merupakan artikel yang membincangkan kajian mengenai sistem meritokasi dan peluang pelajar daripada pelbagai latar belakang mendapat tempat di IPTA serta perkaitan status sosio ekonomi ibubapa dengan merit pelajar. Dalam artikel tersebut telah menjelaskan berkenaan dengan sistem meritokrasi yang mana meritokasi merupakan satu sistem yang dapat memilih pelajar yang cemerlang bagi kemasukkan ke IPTA dengan mengambil kira kebolehan intelektual, kemahiran, dan amalan tanpa mengira keturunan, latar belakang keluarga dan dasar kekayaan seseorang pelajar. Ianya merupakan satu sistem yang memberi peluang pendidikan kepada golongan miskin dan etnik daripada kawasan mundur untuk melanjutkan pendidikan ke pringkat yang lebih tinggi. Artikel tersebut turut menyentuh tentang faktor-faktor sosio ekonomi yang menyumbang kepada pencapaian seseorang pelajar. Pelajar yang datang daripada keluarga yang mempunya status sosio ekonomi yang tinggi berpeluang mendapatkan peluang pendidikan yang lebih baik kerana mereka diperuntukkan dengan pelbagai kemudahan dan keperluan untuk

pembelajaran. Hasil penulisan Norazlinda bt Saad yang ringkas dan secara terus kepada objektif penulisan kajian yang bertujuan bagi memperlihatkan peluang pelajar dari pelbagai latar belakang yang mendapat tempat di IPTA adalah jelas di samping buktibukti statistik kajian yang telah dinyatakan dalam dapatan kajian. Hasil penulisan yang tersusun memudahkan pembaca untuk memahami isi penulisan yang hendak disampaikan. Penulisan juga menyelitkan bersama-sama dengan pendapat tokoh-tokoh berkenaan dengan kesan sosio-ekonomi dalam mempengaruhi pendidikan anak-anak

sebenarnya banyak membantu dalam membuktikan dan memperkukuhkan sesuatu kajian yang telah dijalankan. Sebagai contoh, dapatan kajian telah dinyatakan bersama dengan statistik kemasukkan pelajar mengikut etnik yang telah dikaitkan dengan kajian Sharifah Mohd Noor (1992) dan mendapati bahawa etnik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Saya juga bersetuju dengan artikel yang telah mengaitkan peringkat pendidikan ibu bapa mempengaruhi secara signifikan kepada pencapaian anak-anak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah mempengaruhi pencapaian anak-anak sekaligus menyumbang kepada sosioekonomi yang rendah. Kenyataan ini dibuktikan menerusi Laporan Keciciran Pendidikan Malaysia (1973) dalam artikel Pengaruh da lam Sosioekonomi Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Inggeris oleh Lokuin bt. Gintos yang telah menjelaskan bahawa, orang-orang yang bertaraf tinggi mempunyai cita-cita berkenaan dengan pendidikan, pekerjaan, kurang percaya pada nasib dan selalu pandang ke hadapan berbanding dengan pelajar-pelajar daripada taraf sosioekonomi yang rendah di mana menghadapi masalah kewangan dan dorongan yang mempengaruhi pencapaian akademik. Latarbelakang keluarga yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah mempunyai kesedaran yang rendah terhadap pendidikan. Dalam artikel Mohamad Johdi Salleh yang bertajuk Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli telah mengatakan bahawa walaupun terdapat keluarga dalam golongan Orang Asli mempunyai kewangan dalam membiayai pendidikan anak-anak, namun mereka tidak dapat membantu dalam pembelajaran dan menentukan hala tuju pendidikan anak-anak. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan terdapat sedikit pertikaian kenyataan yang ingin diketengahkan dalam jurnal ini iaitu , Akses kepada pendidikan tinggi merupakan peluang-peluang pendidikan yang disediakan kepada lepasan sekolah menengah untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Akses kepada pendidikan tinggi hendaklah sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahuan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kualiti hidup masing-masing. Berdasarkan kenyataan yang telah ditulis, saya kurang bersetuju berkenaan Sistem Merit dalam menyediakan peluang kerana bukan semua

pelajar berpeluang mendapatkan akses kepada pendidikan yang disediakan. Terdapat pelajar-pelajar yang hidup di kawasan pendalaman seperti Orang Asli, Kadazan, Iban dan sebagainya mengalami masalah dalam mendapatkan akses internet kerana kekurangan kemudahan dan masalah buta IT dalam kalangan mereka. Masalah tersebut telah memberikan kesukaran kepada golongan tersebut dalam mendapatkan peluang ke pengajian Tinggi. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Majid b. Suhut, Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) (2006), yang telah mengatakan bahawa, Sistem Merit yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang menimbulkan masalah besar kepada anak-anak Orang Asli memasuki IPT(IPTA/IPTS). Kemajuan Teknologi IT dengan sistem atau kaedah permohonan kemasukan secara online menyukarkan pelajar-pelajar Orang Asli untuk membuat permohonan kemasukan ke IPT. Kenyataan yang telah dinyatakan dalam penulisan Norazlinda bt Saad yang mengetengahkan bahawa sistem Merit itu memberi peluang akses kepada pendidikan sama sekali berlawanan dengan kenyataan yang telah dinyatakan oleh Majid b. Suhut dalam penulisan Mohamad Johdi Bin Salleh berkenaan dengan kesukaran yang dihadapi oleh anak-anak Orang Asli dalam mendapatkan peluang pendidikan kerana akses yang menggunakan sistem online. Sistem meritokrasi ini juga mempunyai kesamaran dalam mengutamakan keperluan golongan yang berkedudukan rendah dalam soal menguntungkan kepada semua pihak kerana berikutan dengan Utusan Malaysia hasil penulisan Dr. Hassan Ahmad yang bertajuk Baik Buruknya Sistem Meritokrasi dalam Sistem Pendidikan yang menyatakan bahawa pelajar bumiputera yang gagal memasuki aliran sains di IPTA bagi sesi 2004/2005 lebih tinggi berbanding peratusan calon bukan bumiputera. kerana seramai 24,678 orang pelajar bumiputera memohon masuk ke aliran sains tetapi hanya 14,497 orang atau 68.7 peratus sahaja yang berjaya, sebaliknya pelajar Cina pula, daripada 9,577 orang yang memohon masuk ke aliran sains, 8,047 orang atau 84 peratus berjaya. Statistik tersebut jelas memperlihatkan bahawa ianya tidak

menguntungkan semua pihak sebaliknya hanya golongan yang mempunyai sosioekonomi yang tinggi sahaja berpeluang dalam mendapatkan peluang pendidikan di peringkat tinggi mereka disediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang berbeza dengan keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah yang sukar

memperolehi peluang. Hendak ditekankan, jika hanya kecemerlangan yang diambil kira, maka peluang adalah agak tipis bagi pelajar yang kurang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi kerana masalah sosioekonomi. Soal menguntungkan semua pihak juga dipertikaian apabila kemasukkan pelajar perempuan ke IPT melebihi pelajar lelaki kerana pelajar perempuan mempunyai prestasi yang lebih cemerlang berbanding lelaki, dan jelas memperlihatkan keadaan tersebut tidak menguntungkan pelajar lelaki. Sistem ini adil dari aspek memberi keutamaan kepada pelajar yang cemerlang dan berkebolehan tetapi tidak menguntung semua pihak. Secara kesimpulannya, Sistem Meritokrasi yang telah diperkenalkan merupakan sistem sosial yang memberi fokus kepada pencapaian akademik dan kebolehan individu tanpa mengira harta, keturunan, kaum dan agama. Walaupun begitu, masalah sosioekonomi keluarga dan tahap pendidikan ibu bapa yang rendah mempengaruhi pencapaian akademik sekaligus mempengaruhi peluang dalam menyambung

Pendidikan Tinggi. Lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak peka dan sedar akan kepentingan pendidikan, dan jika keadaan ini berterusan jurang sosio-ekonomi antara golongan kaya dan miskin akan bertambah lebar. Selain itu, sistem yang dijalankan adil, namun bukan semua pihak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan kerana faktor latar belakang dan tahap perkembangan yang berbeza. Oleh itu, kesedaran yang tinggi terhadap dasar-dasar yang telah ditetapkan perlu ada bagi mengurangkan jurang tersebut. Adalah wajar semua pihak

meningkatkan tahap pendidikan yang diperolehi dan bersaing untuk menjadi yang layak dan bersaing agar ketaksamaan dalam pendidikan dapat dikurangkan.

You might also like