You are on page 1of 9

PengurusanGrafik

Nama: NORISMALIYATI BINTI MUSTAPHA

No.Matrik: PPG/10/00952/2012/2/KIC

PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENYELIDIKAN KONVENSIONAL

Persamaan Kedua-dua kajian untuk membuat penambahbaikan dalam sesuatu masalah mengikut strategi yang bersesuaian. Suatu bidang penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dalam situasi sosial yang bertujuan untuk mempertingkatkan pembelajaran. Setiap kajian bermula daripada masalah yang timbul Setiap kajian berpandukan kepada gelungan kajian tindakan seperti merancang, bertindak dan merefleks Perbezaan PENYELIDIKAN TINDAKAN Aspek PENYELIDIKAN KONVENSIONAL

Untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori

TUJUAN

Membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip

peribadi yang praktis dan kritis Boleh keadaan diubahsuai dan berdasarkan situasi REKA BENTUK Ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dilakukan

keperluan

sebenar sekolah Penyelidik adalah sebahagian SUBJEK Subjek kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan

daripada subjek kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan KAEDAH

sampel tertentu

Nilai

penyelidikan

bergantung

kepada teknik sampling dan analisis statistik yang canggih digalakkan

teknik

dan

kaedah

berbentuk

untuk

memperkukuhkan

huraian

deskriptif dan naratif Menggunakan bahasa yang mudah difahami guru LAPORAN KAJIAN

data-data yang dikutip Bersifat teknikal dan guru yang

memerlukan

pengetahuan

khusus untuk memahaminya Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang PERANAN PENYELIDIK Menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi

penyelidik melibatkan sebahagian sahaja kelompok sebanyak daripada yang 30% keseluruhan dikaji untuk misalnya dijadikan

berlainan serta memainkan peranan yang berbeza.

sampel kajian

Rumusan Perbandingan Terdapat beberapa perbezaan antara Penyelidikan Tindakan dengan Penyelidikan Konvensional yang selalu dilaksanakan dalam pendidikan. Perbezaan tersebut melibatkan aspek-aspek berikut iaitu tujuan tindakan, reka bentuk kajian, subjek, kaedah, laporan kajian dan peranan penyelidik. Penyelidikan tindakan selalunya dilakukan oleh Institusi Pengajian Tinggi untuk tujuan akademik ataupun oleh individu atau organisasi tertentu untuk tujuan pembentukan dan pengembangan dasar atau program yang berkaitan dengan pendidikan. Dua pihak yang terlibat dalam kajian iaitu penyelidik dan pihak yang dikaji terdiri daripada ahli sesuatu situasi sosial atau organisasi yang berlainan serta memainkan peranan yang berbeza. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar Dan Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains", penyelidik (pihak yang menjalankan kajian) mungkin terdiri daripada Pegawai Pendidikan dari Kementerian Pendidikan, pelajar atau pensyarah dari Institusi Pengajian Tinggi. Manakala sampel kajian (pihak yang dikaji) pula terdiri daripada murid, guru dan pengetua sekolah di bandar dan di luar bandar. Lazimnya tujuan sesuatu kajian ialah untuk melihat sejauh manakah sesuatu keadaan sosial wujud. Bagi menentukan sama ada sesuatu keadaan yang dikaji itu wujud atau tidak, dikemukakan beberapa soalan kajian berkaitan dengan perkara yang dikaji. Contoh, sejauh manakah minat pelajar bandar / luar bandar dalam mata pelajaran sains? Atau sejauh manakah kemudahan makmal mempengaruhi minat pelajar terhadap sains? Penyelidikan konvensional menggunakan sampel kajian dari sesuatu kelompok populasi. Contoh, dalam kajian tentang "Minat Pelajar Bandar / Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran

Sains", kelompok populasi yang dikaji ialah murid, guru sains dan pentadbir sekolah di bandar dan luar bandar. Penyelidik melibatkan sebahagian sahaja daripada keseluruhan kelompok yang dikaji misalnya sebanyak 30% untuk dijadikan sampel kajian. Berasaskan pertimbangan bahawa semua ahli kelompok mempunyai ciri-ciri yang sama seperti dari segi peranan, tanggunjawab, amalan atau lain-lain ciri yang berkaitan dengan perkara yang dikaji, sampel 30% ini dianggap mewakili keseluruhan populasi yang terbabit. Oleh itu dapatan kajian daripada sampel sebanyak 30% boleh dijadikan asas untuk membuat satu anggapan umum atau generalisasi terhadap keseluruhan kelompok populasi tadi. Contoh generalisasi yang mungkin boleh dibuat daripada dapatan kajian ialah "pelajar bandar lebih minat belajar sains daripada pelajar luar bandar". Seiring dengan itu penyelidik juga boleh menggunakan dapatan kajian untuk membuat cadangan umum bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran sains di kalangan populasi luar bandar. Lazimnya cadangan untuk memperbaiki program dimajukan kepada organisasi pendidikan yang terlibat secara langsung dalam perancangan pendidikan sains di sekolah. Dalam konteks pelaksanaan kajian, peranan penyelidik berakhir setelah laporan kajian disediakan.

ESEI PENDEK

1.0

Pengenalan Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan

pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Pengamalan 'research thinking and orientation dan research-based decision-making' dalam tugas harian dalam kalangan guru merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kajian tindakan merupakan wadah yang sangat berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan membantu guruguru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian

2.0

Definisi Kajian Tindakan Kajian tindakan merupakan satu kaedah untuk guru mereflek masalah yang mereka

hadapi, memungut dan menganalisis data serta melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kajian tindakan menjurus kepada matlamat menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu atas keinginan dan kecenderungan guru untuk membaiki kualiti amalan atau pengajaran pembelajaran serta situasi kerja. Sehubungan dengan itu, guru dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam konteks amalan mereka sendiri

3.0

Huraian tentang Kajian Tindakan Pelaksanaan Kajian Tindakan di bilik darjah bertujuan khusus untuk meningkatkan

keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid. Secara logik, seorang murid dianggap berjaya menguasai kemahiran-kemahiran pembelajaran yang terdapat dalam sukatan pelajaran apabila berjaya mendapat markah tinggi dalam sebarang penilaian bagi mata pelajaran tersebut. Dalam konteks pencapaian akademik, murid tersebut juga dianggap cemerlang dalam mata pelajaran itu. Sesuatu Kajian Tindakan yang bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah pembelajaran atau membantu murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran yang ditetapkan untuk satu-satu mata pelajaran adalah lebih menepati matlamat untuk membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Kajian tindakan merupakan satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Usahasama ( Guru Besar Sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baru. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan-amalan kerja, menambah kefahaman baru dan

meningkatkan profesionalisme dalam profesion perguruan. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan di atas kerana kajian tindakan memberikan seribu satu faedah kepada tenaga pengajar mahupun pelajar. Hal ini kerana kajian tindakan akan dapat memperbaiki cara guru mengajar dan pada masa yang sama turut melibatkan para pelajar dalam proses pengajaran dalam Pembelajaran (Pd P). Apabila metodologi ini dijalankan, kita akan dapat mencapai matlamat seperti memperbaiki kelemahan murid, mendalami masalah murid dan memahami amalan. Amalan-amalan ini dapat dilaksanakan dalam empat fasa iaitu merancang, melaksanakan, menilai dan mereflek. Langkah-langkah ini dilaksanakan

secara berurutan dalam bentuk gelungan. Gelungan seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung. Dalam satu gelungan atau kitaran kajian, pengkaji cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiranan dalam sesuatu mata pelajaran. Pelbagai aktiviti P&P dicuba untuk menangani masalah itu. Setelah masalah dapat ditangani kitaran kajian seterusnya dimulakan dengan memberi tumpuan kepada masalah lain pula. Setelah dibuat perancangan rapi untuk mengatasi sesuatu masalah, adalah dijangkakan bahawa sesuatu masalah itu seharusnya dapat diatasi. Mungkin berlaku keadaan di mana penyelidik mendapati tiada perubahan berlaku atau sedikit sahaja kejayaan dicapai setelah kajian dilaksanakan. Sekiranya pengkaji tidak melakukan pemerhatian yang teliti dan tidak membuat catatan semasa kajian berlangsung, sukar baginya untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan. Oleh itu amalan mencatat atau merekod segala perkembangan yang berlaku semasa aktiviti dilaksanakan adalah satu peraturan yang perlu dipatuhi dalam Kajian Tindakan. Seseorang guru yang mengamalkan kajian tindakan sentiasa mencari masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridnya. Setelah masalah dikenalpasti usaha dilakukan untuk menangani masalah itu melalui langkah-langkah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Proses kajian ini untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah diatasi. Dalam situasi pembelajaran di bilik darjah murid-murid menghadapi berbagai-bagai masalah. Perkara ini boleh dikesan melalui pencapaian murid yang berbeza-beza walaupun mereka diberi pengalaman pembelajaran yang sama. Apakah lagi yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu murid-murid golongan ini? Langkah-langkah PdP melalui Kajian Tindakan melibatkan guru mengutip data terperinci tentang berbagai faktor bilik darjah yang mempengaruhi proses pembelajaran. Hasil analisis data tersebut membantu guru memahami mengapa sesuatu aktiviti PdP yang dilaksanakan tidak mencapai matlamat. Dengan cara ini guru dapat mengesan langkah menjalankan aktiviti yang perlu diubahsuai. Apabila berlaku pengubahsuaian aktiviti, secara tidak langsung guru yang terlibat mengubah amalan mengajar iaitu amalan dalam bentuk menyediakan aktiviti Pd P. Dalam Kajian Tindakan pengubahsuaian terhadap aktiviti PdP perlu dan sentiasa dilakukan. Amalan mengubahsuai aktiviti diteruskan sehingga pencapaian murid meningkat ke tahap yang sebaik mungkin. Proses pengubahsuaian sesuatu aktiviti berlaku setelah aktiviti itu dilaksanakan. Data tentang pelaksanaan aktiviti dianalisis dan hasil analisis itu dijadikan panduan atau landasan untuk memperbaiki aktiviti yang sama atau membina aktiviti baru. Melalui proses "cuba-cuba" aktiviti diubahsuai mengikut keperluan murid dan dengan cara tersebut keberkesanan aktiviti

PdP boleh dipertingkatkan. Usaha berterusan oleh guru untuk menilai keberkesanan amalan mengajar juga membolehkan guru tersebut mengesan kelemahan yang menimbulkan masalah pembelajaran seawal mungkin. Dengan cara ini langkah pembaikan dapat dibuat sebelum sesuatu masalah menjadi serius dan terlalu sukar untuk ditangani. Kajian tindakan yang dijalankan akan memberi kebaikan kepada para pendidik supaya dapat merancang untuk membuat huraian sesuatu perkara dengan lebih berkesan. Selain itu, para guru juga dapat mempelbagaikan pelajar teknik

pengajaran memahami

untuk dan

memudahkan memperbaiki

pencapaian

kefahaman

sekaligus dalam

amalan

sendiri.

Penggunaan

bahan

pembelajaran juga dapat ditingkatkan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. Di samping itu, guru juga turut dikenali sebagai penyelidik yang kritika, kaya dengan idea yang baru, sangggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Dengan kajian yang dijalankan, guru boleh menambahkan pengetahuan sedia ada untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru akan berperanan sebagai guru yang sebetulnya apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian. Dengan yang demikian, guru serta pihak lain dapat mencari kefahaman yang lebih baik tentang pendidikan dan persekolahan bagi meningkatkan kualiti pengalaman persekolahan. Apabila guru dan pihak sekolah dapat mencari

persefahaman antara satu sama lain, ia akan menyebabkan sekolah dapat mengeluarkan produk iaitu para pelajar yang lebih kreatif dan inovatif yang dapat memimpin Negara ke arah kecemerlangan pada masa hadapan. Melalui penyelidikan tersebut, ia memberi ruang bagi guru untuk belajar tentang diri mereka sendiri, pelajar dan dapatan kajian guru lain. Buat

pengetahuan umum, belajar dengan cara yang sama pada setiap hari adalah perkara yang membosankan bagi para pelajar. Jadi apabila para guru telah membuat kajian tindakan, para guru boleh menukar strategi, rancangan dan keperluan mengenai pengajaran atau program yang telah dibina sebelum proses pengajaran program itu bermula sekali lagi untuk menarik minat murid untuk belajar. Dalam era moden yang penuh dengan pembangunan teknologi ini, cara pembelajaran juga turut berubah seperti belajar menggunakan internet, projector dan lain-lain. Jadi, para guru yang melakukan kajian dapat meneliti semula

peranan mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan teknologi pembelajaran yang telah berubah. Kajian tindakan yang fleksibel perlu dijalankan untuk mengetahui bagaimana untuk menguruskan kelas supaya terus berada dalam keadaan harmoni dan terurus dan dapat mengelakkan daripada berlaku sebarang masalah yang akan

menyulitkan proses pembelajaran di dalam kelas. Guru juga memerlukan kajian ini untuk mengetahui dan mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak menjangkaui normal bagi seorang pelajar. Ia juga perlu sebagai langkah pertama untuk mengenali pelajar dari segi sosial, kepercayaan dan masyarakat sekeliling. Guru juga dapat meningkatkan kemampuan mereka dalam mempraktikkan apa yang telah mereka belajar ketika belajar di pusat pengajian tinggi dalam proses untuk menjadi seorang pendidik. Dengan mengikut teori Grundy dan Kemmis (1981) yang menggunakan tiga pra syarat dalam ciri-ciri penyelidikan tindakan iaitu membuat kajian ke atas satu amalan sosial yang dilihat sebagai satu tindakan strategik yang boleh diperbaiki , mengikut satu kitaran pusingan yang terdiri daripada urutan aktiviti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks dan dilaksanakan oleh orang yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti tersebut dan beransur-ansur melibatkan subjek-subjek kajian tanpa hilang kawalan ke atas proses penyelidikan, ia dapat meningkatkan komitmen para guru mahupun pelajar dalam pengajaran dalam pembelajaran. Jadi, ia akan menggalakkan perubahan positif dan menjadikan guru sebagai agen perubahan. Antara jenis kajian yang boleh digunakan merangkumi individu, kolaboratif, peringkatperingkat sekolah atau organisasi dan peringkat daerah. Antara contoh kajian tindakan yang boleh dijalankan dalam pendidikan ialah seseorang guru boleh melakakukan kajian tindakan tentang isu ponteng sekolah yang berlaku di kalangan pelajar di tempat mereka mengajar. Melalui kajian ini, para guru dapat mengenalpasti punca masalah yang menimpa pelajar yang menyebabkan mereka ponteng dan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengatasi masalah ini.

4.0

Penutup Kajian tindakan dapat membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru kerana

sebagai penyelidik ia dapat memberikan semangat dan minat baru untuk mengenal pasti kaedah pengajaran baru seperti yang dicadangkan dalam literatur. Kajian tindakan juga membantu guru meningkatkan kemahiran memerhati atau mencerap, dan memperbaiki komunikasi dengan pelajar. Kesannya, guru-guru akan dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan penemuan daripada kajian tindakan. Kajian tindakan membantu meningkatkan keserakanan, empowerment dan selfesteem dalam kalangan guru. Mereka menjadi lebih terbuka kepada perubahan, lebih reflektif, dan lebih bermaklumat. Mereka merasakan diri mereka sebagai pakar dalam bidang masingmasing, menjadi penyelesai masalah yang baik, menjadi lebih efektif, bersikap positif terhadap penyelidikan dan dapat melihat hubungan teori dan amalan dengan berkesan. Sehubungan dengan itu, penglibatan guru dalam kajian tindakan akan memberikan impak yang positif kepada guru sama ada dalam aspek meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau meningkatkan diri guru sebagai seorang yang lebih profesional Kajian Tindakan merupakan satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai, data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan. Kajian Tindakan menyarankan supaya guru

mengubah amalan mengajar. Perubahan amalan yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak, serta drastik atau mengubah amalan kepada sesuatu keadaan yang asing. Perubahan yang disarankan ialah dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip. Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai

penyelidik tetapi beliau juga adalah pihak yang dikaji. Sebagai penyelidik guru mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P&P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut. Di sekolah murid menghadapi pelbagi masalah pembelajaran. Berasaskan

pertimbangan itu, Kajian Tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagi masalah P&P lebih menepati matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga amalan menyelidik menggunakan pendekatan Kajian Tindakan wajar dilakukan berterusan supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk ditangani. Dalam usaha untuk memahami proses P&P pula, langkah-langkah kajian

ditumpukan untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti P&P bukan untuk menentukan atau mengenalpasti sama ada sesuatu langkah lebih baik atau berkesan daripada yang lain.

BIBLIOGRAFI

Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, knowledge and action research. London. Palmer.

Gallimore, R. & Goldenberg, C.N. (1992). Tracking the development path of teachers and learners: A Vygotskian perspective, in : F. Ozer (Ed.) Effective and Responsible Teaching: the new synthesis. San Francisco: Jossey-Bass.

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Prof.Dr.Othman Lebar et..al,. ( 2011 ). Modul Pengajaran. Teknologi dan Pentaksiran 2: Penerbit UPSI

Wells, G. & Chang-Wells, G.L. (1992). Constructing Knowledge Together : Classrooms of inquiry and literacy. Porstmouth: Heinemann

You might also like