You are on page 1of 8

Definisi dadah

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang
menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah
seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh
dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Dadah dan Anda!

Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan.
Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use",
"misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya
"drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang
menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup
anda.

Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda
sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai
"caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang
bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman
dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana
dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan
sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah
Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import,
eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan
terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Akta & Undang-undang Dadah
Fakta Dadah : Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)
SEKSYEN 39B KESALAHAN/JENIS DADAH
Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau
mentah Memiliki 40 gm kokain atau lebih Memiliki 200 gm atau lebih ganja Memiliki 2000
gm daun koka atau lebih Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS)
contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN : Mati Mandatori
SEKSYEN 39(A)(2) KESALAHAN/JENIS DADAH
Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin Memiliki 250-1000 gm candu Memiliki 50-200 gm ganja
Memiliki lebih 15-40 gm kokain Memiliki lebih 750 gm daun koka Memiliki 30-50 gm
Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan
tidak kurang 10 rotan sebatan
SEKSYEN 39(A)(1) KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin Memiliki
100-250 gm candu Memiliki 20-50 gm ganja Memiliki 5-15 gm kokain Memiliki 250-750 gm
daun koka Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil
ecstasy
HUKUMAN :Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan
sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali-sama-
SEKSYEN 6B KESALAHAN / JENIS DADAH Menanam atau mengusahakan pokok ganja
HUKUMAN :Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
SEKSYEN 6 KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau
daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi HUKUMAN :Penjara tidak lebih 5 tahun
dan denda tidak lebih RM20,000.00 ATAU kedua-duanya sekali.
SEKSYEN 9 KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang 100 gm candu masak HUKUMAN : -
sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 10 KESALAHAN / JENIS DADAH Penggunaan sesuatu premis, pemilikan Alat-alat
menghisap dadah HUKUMAN :-sama- SEPERTI SEKSYEN 6
SEKSYEN 12(2) KESALAHAN / JENIS DADAH Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1) Pejawat awam yang bertugas di
penjara, pusah pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah
di tempat tersebut HUKUMAN : Denda tidak lebih RM100 ribu atau penjara tidak lebih 5
tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi pegawai awam penjara, polis peg. pemulihan
dikenakan tidak lebih 3 sebatan sebagai tambahan.
SEKSYEN 15(A) KESALAHAN / JENIS DADAH Memasukkan dadah (dadah-dadah yang
dijadualkan) ke dalam badan HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak
lebih RM5,000.00
SEKSYEN 15(B) KESALAHAN / JENIS DADAH Berada di dalam premis tempat hisap dadah
HUKUMAN : Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

Jenis-jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubat dan bahan-bahan yan disalahguna


OPIAT
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada
buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu,
morfin dan heroin :


Candu

Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan
aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar
daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal
(elastic) apaila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.


Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah.
Dalam pasaran gelap ia dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau
morfin hidroklorik.
Morfin Mentah
Bentuk blok/serbuk
Bertanda 999
Mengandungi 70% - 90% morfin
Juga dikenali sebagai Heroin No. 1


Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih/coklat pucat

Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia.
Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil
daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau
bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin.
Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan
sebagai ubat batuk.

Opiat Sintetik
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan
dextropropoxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan
digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadone digunakan
dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.





STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-type-stimulants
(ATS) dan kokain.

Amfetamin
Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang
mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah
perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan Methylenedioxy
Methamphetamine adalah dadah yang sangat berbahaya.


Methamphetamine
Methamphetamine hydrochloride merupakan satu jenis dadah yang berada dalam
kumpulan stimulant. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas.
Contoh methamphetamine hydrochloride yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu.
Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek
perubatan.

Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia
dan Colombia di Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di
negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah.
Kokain Freebase adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap
dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain Crack adalah campuran
kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk granules, Crack mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.

MDMA
Methaylenedioxy-methamphetamine (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin.
Ia dipanggil feel good drug dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA
seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rasa pengguna muda.


Ganja/Kanabis
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh
daripada pokok cannabis sativa. Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti
Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan
mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol
(THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.

Kanabis Herba
Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok genus kanabis yang
dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih
kehijauan.


Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan
dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza
daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.


Minyak Hashish
Minyak hashish daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan
pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah
kepada udara.


Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia
mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang
benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan
penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh golongan
hippies pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan
penagih di negara-negara barat.


Depresen


Ubat Depresen

Barbiturates
Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer. Ubat-ubat ini
bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh.




Tranquilizer
Contoh ubat sedative ialah barbiturates manakala contoh tranquilizer ialah erimin-
5, rohypnol dan valium. Erimin-5 sejenis sedative yang kerap disalahgunakan oleh
mereka yang menyalahguna club drugs untuk membantu mereka kembali ke kehidupan
rutin.
Penagih heroin juga menganggap erimin-5 sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran
haram heroin tinggi.
Rohypnol sejenis sedative yang sangat kuat kesannya
sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja
sebagai club drugs, bahkan juga sebagai rape drugs oleh
perogol. Rohypnol boleh mengakibatkan kematian apabila
disalahgunakan bersama alkohol.

Alkohol
Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung
kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara
memperlahankan fungsi dan reaksinya.
Penyalahgunaan alcohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan
seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.

GHB
Gamma-hydroxybutyrate (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih,
pil dan kapsul. GHB tidak pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal
haram tanpa sebarang kepiawaian.
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh memitamkan mangsa
dalam tempoh beberapa minit sahaja.


Ketamin
Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara smoked
atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti bius.



Ubat ubat dan Bahan Yang Disalahguna


Steroid
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormone testoren sintetik. Steroid digunakan oleh
doctor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di
seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan
pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid
mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.

Inhalan
Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh
menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan
menyebabkan kerosakan otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.
Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan
seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan
Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
Daun Ketum
Daun ketum atau species mytrangynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan
psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di
Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di
Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih
tenaga bagi wanita yang baru bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih
tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit
belakang. Bagaimanapun air rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual
secara meluas kepada pengguna biasa.
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan
ubat nyamuk, supaya memberi kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan
berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin
telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation
1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan sebagai bahan
larangan mulai Januari 2003.
Ubat-ubatan
Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna
adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer)
dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan
kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.

You might also like