You are on page 1of 4

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.
1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.
1988 Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi
1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun
1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa
terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.

Antaranya termasuklah
1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu
sama lain.
2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid.
3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang
peperiksaan
4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan
sebarang bahan bantu lain.
5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum
formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983.
Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku.
Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat
menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat
perpaduan dengan baik dan memuaskan.
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu
membaca , menulis dan mengira.
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya
boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta
memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian.
Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.

Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara
menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding
KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur
kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan
dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang
mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata
pelajaran Matematik.

Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian,
Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili
bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral.

Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen
Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan
Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR
di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan
dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum
yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan
serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami
budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama
dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini
adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah
sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila
pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988.
Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik
darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah
kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan
dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari
segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan
pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang
pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan
pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan
suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran

Ciri-ciri bilik darjah KBSR

1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6)
Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajar
sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat
dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.
Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
untuk murid-murid KBSR, tahun 6.

Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah

Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau
Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek
penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran
menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik
tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan
yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya
adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang
dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.






http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/kurikulum-baru-sekolah-rendah-kbsr.html
http://abihulwa.blogspot.com/2012/08/isu-pendidikan-kepentingan-mata.html
http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2012/08/matapelajaran-sejarah-sekolah-rendah.html

You might also like