You are on page 1of 4

PENYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM

Pada hari pertama menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan


Kechil (SKBTK),saya berasa agak janggal dek kerana situasi serta persekitaran
yang agak berbeza berbanding sekolah yang terdahulu. Fizikal SKBTK yang tidak
terlalu besar dan tidak terlalu mampat membuatkan saya berasa tenang.

Saya dan rakan praktikum lain diperkenalkan dengan kawasan sekolah dan
diberi sedikit taklimat oleh Guru Besar SKBTK tentang latar belakang sekolah ini.
Beliau juga telah memberi kata-kata semangat dan rangsangan untuk kami
memulakan praktikum fasa ketiga ini. Melalui taklimat tersebut saya sedar bahawa
Guru besar mengharapkan kami supaya dapat berjasa kepada sekolah

Seterusnya, kami diberi tempat untuk menjalankan tugasan di sekolah
tersebut. saya berasa selesa kerana dapat berinteraksi dengan guru-guru di sekolah
terbabit dan dapat menimba ilmu daripada mereka. Saya berasa terharu kerana
telah diberikan tempat yang cukup selesa dan beserta dengan meja persendirian, di
bilik tersebut juga, saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih rapat guru-guru
sekolah tersebut. Saya merasakan interaksi dengan guru lama sangat penting
kerana saya dapat menimba pengalaman daripada mereka.

Berikutnya, kami diberi jadual waktu untuk diambil alih selama dua bulan kami
di sana. Saya menerima 10 waktu untuk praktikum. 6 waktu untuk subjek Major dan
4 waktu untuk subjek minor iaitu Bahasa Malaysia. Waaupun ini bukanlah kali
pertma saya mengajar, namun saya masih lagi berasa agak gemuruh kerana saya
sedar bahawa setiap sekolah mempunyai murid yang pelbagai ragam

Saya berharap agar dapat memberi kerjasama yang baik sepanjang
praktikum yang akan saya jalani. Tunjuk ajar daripada warga SKBTK sangat saya
harapkan.





PENYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM
MINGGU DUA
22 JULAI 2013 26 JULAI 2013


Minggu kedua bermula dengan jayanya. Penyeliaan pertama oleh guru pembimbing
subjek major saya telah diadakan pada hari Selasa. Saya telah menimba pengalaman
daripada beliau. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari daipadanya seperti teknik
mudah untuk menggunakan formula sifir yang boleh diguna pakai oleh semua murid tanpa
menghafalnya.

Pada hari berikutnya, pensyarah pembimbing pula membuat penyeliaan. Saya berasa
agak terkejut kerana sebelum ini, pensyarah yang menyelia saya akan memberitahu hari
yang mereka akan hadir. Namun, pada kali ini, pensyarah penyelia saya datang tanpa
memberitahu. Justeru, apa yang saya dapat pelajari dari sini adalah saya perlu sentiasa
bersedia setiap hari bagi memastikan pengajaran saya berjalan lancar.

Selain itu, dalam minggu ini juga terdapat terdapat Hari Terbuka Sekolah untuk para
waris warga SKBTK beserta majlis Doa Selamat dan Iftar Jamaei dengan waris pada petang
harinya. Saya berpeluang untuk bergotong-royong dengan warga SKBTK untuk menyiapkan
bubur lambuk untuk majlis tersebut. Saya merasakan aktiviti seperti ini dapat merapatkan
lagi jurang kami antara guru pelatih dan guru di sekolah tersebut.










PENYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM
MINGGU TIGA
29 JULAI 2013 02 OGOS 2013


Penyeliaan kedua oleh guru pembimbing juga berlaku paa minggu kedua. Kelihatan
penambahbaikan telah berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang saya
lakukan. Guru pembimbing saya terus memberi semangat kepada saya untuk terus lebih
kreatif untuk menyampaikan pelajaran saya.

Pada minggu ini juga terdapat sambutan ambang Aidilfitri dan Majlis Khatam Al-
Quran. Kami guru pelatih dikehendaki membuat suatu persembahan semasa majlis
tersebut. Walaupun tidak bersedia, kami tetap menjalankan persembahan tersebut.
Daripada perkara ini, saya dapati bahawa kami perlu cakna bahawa perkara sekecil inilah
yang pihak sekolah akan pandang.

Saya berharap agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan saya berikrar jika
terdapat sesuatu tugasan yang diberikan, kami perlu lebih bersedia dan melakukan sesuatu
yang kreatif bagi menarik perhatian semua dan mempertingkatkan lagi daya inovasi kami.













PENYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM
MINGGU EMPAT
19 OGOS 2013 24 OGOS 2013


Setelah dua minggu bercuti, semangat berkobar-kobar untuk meneruskan praktikum
bermula. Pengajaran pada minggu ini keseluruhannya baik dan warga SKBTK sangat
memberi kerjasama dan murid-murid sangat memberi inspirasi kepada saya.

Namun begitu, saya menghadapi satu kekangan yang sangat ketara iaitu apabila
pertama kali mengajar Pendidikan Jasmani untuk murid Tahun 4. Saya berasa amat kecewa
kerana tidak mampu menguruskan kelas dengan baik. Namun, ini tidak mematahkan
semngat saya untuk mengkaji dan mencari kaedah baru untuk mengajar mereka.

Berikutnya, pensyarah pembimbing lagi sekali datang dengan mengejut untuk
penyeliaan kedua, dan saya merasakan saya sudah boleh mengadaptasi cara pensyarah
pembimbing saya untuk menyelia. Saya berharap agar dapat meneruskan konsistensi
pengajaran saya dan dapat mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelaran di
dalam bilik darjah khususnya.

Pada minggu ini juga, sekolah sibuk menyiapakan persediaan untuk ambang
kemerdekaan. Saya juga terlibat untuk memasang bendera di sekeliling sekolah dan
sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa seorang guru kerjanya bukan sahaja di dalam bilik
darjah namun juga di luar bilik darjah.

You might also like