You are on page 1of 29

BAB 1

KONSEP-KONSEP ASAS
HUBUNGAN ETNIK
MANUSIA (Definisi Manusia )
• bahasa Melayu, “manusia” berasal dari bahasa
Sanskrit (Manu) membawa maksud berfikiran
dan berakal budi.
• Kamus Dewan mendefinisikan manusia sebagai
insan dan makhluk yang mempunyai akal.
• bahasa Inggeris “human” berasal perkataan latin
“humo”, membawa erti yang dilahirkan dari
tanah.
• “Human” akhirnya membawa maksud sebagai
manusia yang boleh berfikir dan berkreativiti
• Dalam bahasa Arab “ins, al-insan, an-nas” dan “al-
basyar” digunakan yg membawa maksud sejenis haiwan
yang boleh berfikir dan bertutur
• Al-Qur’an menjelaskan bahawa perkataan “al-insan” dan
“an-nas” berasal dari perkataan “nasiya” yang memberi
erti lupa. Inilah salah satu sifat manusia yang ada pada
setiap individu iaitu sifat terlalu terlupa.
• Hal ini disandarkan kepada firman Allah s.w.t. di dalam
ayat terjemahannya:
• ”Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada
Adam dahulu, maka ia lupa perintah itu dan Kami tidak
dapati padanya kemahuannya yang kuat”
Asal Usul Manusia
• BARAT; dikemukakan oleh Charles
Darwin (1802-1889) dan Jean Baptiste
Come de Lamarck (1749-1829).
• Memperkenalkan teori bahawa manusia
berasal dari monyet & berpengaruh di
Eropah dalam abad ke-19M, awal abad
ke-20M namun kian merosot dalam alaf
baru ini.
SAMB…
• ISLAM
• al-Qur’an menjelaskan bahawa asal usul kejadian
manusia adalah daripada Adam a.s.
• dijelaskan di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
• “Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhanmu
(Allah) yang telah menciptakan kamu daripada seorang
diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan
isterinya (Hawa). Daripada keduanya Allah
memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang
banyak”
ETNIK
• Max webber; human groups that entertain
a subjective belief in their common
descent because of similarities of physical
type or customs or of both or because of
memories of colonization or migration.
• Thomas hylland rriksen; hubungan antara
kelompok yg membezakan dirinya dng lain
disebabkan oleh perbezaan budaya.
• Kemunculan etnik
• Kroeber (1948) membahagikan manusia
kepada empat etnik utama:
1. Caucasoid
2. Mongoloid
3. Negroid
4. Etnik2 lain
• Garn (1961) dan Coon (1962) yang
membahagikan manusia kepada
beberapa kategori etnik:
• Amerindian, Micronesia, Malanesian-
Papuan, Australian, Asiatik, India,
European, African.
• Kewujudan pelbagai etnik, keturunan, bangsa,
bahasa, warna kulit, adat resam, kebudayaan
dan sebagainya merupakan satu sunnatullah.
Matlamatnya bagi membolehkan manusia itu
berkenal-kenalan, bekerjasama, tolong
menolong dan saling hormat menghormati ke
arah keamanan, keselamatan, kesejahteraan,
kemakmuran dan perpaduan manusia sejagat di
atas muka bumi ini.
• Bertepatan dng ayat Allah dlm surah al-hujurat.
MASYARAKAT

• Definisi Masyarakat
• Bahasa Melayu, perkataan masyarakat
berasal dari perkataan Arab.
• Kamus Dewan mendefinisikan
masyarakat sebagai kumpulan manusia
yang bergaul, hidup bersama dan
hidup bermasyarakat
• Dalam bahasa Inggeris dua perkataan
yang digunakan iaitu “society” dan
“community”.
• “Society” membawa maksud hidup
bersama dengan orang lain
• “Community” pula membawa maksud
kumpulan individu yang hidup bersama
dan mempunyai nilai bersama.
• bahasa Arab perkataan ”masyarakat” berasal
dari akar kata “syaraka, yusyariku,
musyarakatan” membawa maksud bersekutu,
berkongsi dan sebagainya.
• Ia membawa maksud hidup bersama dan
bermasyarakat
• Perkataan lain yang digunakan dalam bahasa
Arab ialah “mujtama’” dari akar kata “jama’a,
yajami’u, jam’an” yang membawa erti sebagai
kumpulan, kehidupan, pergaulan dan
masyarakat
Definisi masy (istilah)
• Kuncaraningrat; kelompok terbesar dari makhluk-
makhluk manusia yang hidup terjaring dalam satu
kebudayaan.
• Linton; kelompok manusia yang telah cukup lama hidup
dan berkerja-sama sehingga mereka dapat
mengorganisasikan diri mereka dan berfikir tentang diri
mereka sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-
batas tertentu.
• Roucek dan warren; satu kumpulan manusia yang
berhubungan secara tetap dan tersusun dalam
menjalankkan aktiviti-aktivitinya secara kolektif dan
merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.
Samb…
• Lyson; bentuk-bentuk pergaulan hidup keluarga,
suku, etnik, bangsa, jemaah agama,
persyarikatan dan sebagainya.
• Hammudah Abdalati; masyarakat dari segi
istilah sebagai seluruh bentuk hubungan yang
diatur oleh keakraban yang tinggi dari
seseorang dalam pergaulannya dengan
seseorang yang lain
• Sidi gazalba; Interaksi manusia dengan
manusia, hidup berkelompok dan di dalam
masyarakat yang teratur & Pemeliharaan
interaksi yang teratur dalam kelompok.
Kesimpulan
walaupun setiap sarjana yang menyumbangkan
pemikiran mereka dalam memberikan definisi
masyarakat mempunyai pendekatan yang
berbeza, namun mereka mempunyai arah dan
matlamat yang sama. Di mana individu-individu,
interaksi (pergaulan) dan peraturan
(kebudayaan) merupakan perkara-perkara yang
diakui oleh semua sarjana ketika
mengemukakan definisi masyarakat.
Kemunculan masy
• Ahli antropologi, sosiologi dan arkeologi
bersetuju bahawa masyarakat manusia
mengalami proses evolusi.
• Fiedrichcist (1987-1846); masyarakat
berkembang melalui 5 peringkat iaitu
– Berburu dan memancing.
– Menternak.
– Bertani.
– Bertani dan berkejiranan.
– Bertani, berkejiranan dan berniaga.
• Tweedie (1970:2) membahagikan
peringkat perkembangan masyarakat
kepada lima tahap:
• Zaman Batu Lama
• Zaman Batu Pertengahan
• Zaman Batu Baru
• Zaman gangsa
• Zaman besi.
Kemunculan masy
(perspektif islam)
• Al-farabi
• pertumbuhan masyarakat bermula dari naluri
semula jadi keperluan setiap individu kepada
individu yang lain. Mereka saling memerlukan
antara satu sama lain dalam segala bidang
kehidupan. Mereka sentiasa tolong-menolong
dan sifat ini akhirnya menjadikan manusia hidup
berkelompok.
• 3 asas penting dlm hidup; makanan, pakaian
tmpt tinggal.
• Bermula kehidupan desa dan membesar kpd
masyarakat kota.
• Ibn khaldun
• Kewujudan masyarakat bemula dari individu-individu yg
akan membentuk satu organisasi masyarakat yang
terikat kepada satu norma dan nilai yang dipatuhi
bersama.
• kemunculan masyarakat adalah satu ketentuan
daripada Allah s.w.t. atau sunnatullah.
• Beliau menjelaskan bahawa masyarakat secara
keseluruhannya tidak banyak dipengaruhi oleh individu-
individu tetapi banyak dipengaruhi oleh tekanan iklim,
pemakanan, hubungan rapat antara satu sama lain,
kekayaan dan sebagainya
Ciri Masyarakat
• Manusia yang hidup berkelompok
bergaul antara satu sama lain dlm jangka masa yg panjang hingga
wujud kesedaran bhw mrk satu bhgn dr kesatuan yg saling
bergantung satu sama lain.
• Mengalami perubahan
bersifat universal. Melibatkan segala bentuk penyesuaian dlm
kehidupan seharian (interaksi, pembelajaran, pemerintahan dsb).
• Berinteraksi
bukanlah setiap kump manusia itu merupakan satu masyarakat
sekiranya mereka tidak bergaul dan merasa hidup bersama
didalamnya.
• Stratifikasi sosial
wujud perbezaan di antara anggota masy dr segi kuasa, ekonomi,
kepuasan jiwa, kelas, status dsb
• Kepimpinan
• Melahirkan kebudayaan
KEBUDAYAAN
(definisi)
• Arab
• Kamus al Munjid Fi al Lughah wa al ‘A’lam ; al-
thaqafah” adalah perkataan yang paling tepat
untuk defenisi kebudayaan.
• Ia merupakan tingkat-tingkat kemajuan yang
dicapai oleh manusia untuk memperbaiki taraf
hidup mereka meliputi bidang ilmu pengetahuan,
sains, teknologi, ekonomi, bahasa,
kesusasteraan, seni rupa, seni bina dan
sebagainya
• Kamus Collins Gem English Dictionary; “culture”
merupakan perkataan yang paling sesuai untuk
definisi kebudayaan.
• Ia merupakan cara hidup manusia di dalam
kedua-dua bidang iaitu pemikiran dan
kebendaan yang meliputi agama, ilmu
pengetahuan, sains teknologi, ekonomi,
undang-undang, seni bina dan sebagainya.
• Ia diwarisi dari satu generasi ke generasi lain
dan berbeza dari satu masyarakat ke satu
masyarakat yang lain
• bahasa Melayu (Kamus Dewan)
• Ia membawa maksud segala daya usaha
manusia untuk mengatasi segala masalah
kehidupan mereka dan usaha menyesuaikan diri
dengan alam persekitaran.
• Segala-galanya tersirat di dalam ilmu
pengetahuan, sains, teknologi, ekonomi,
falsafah, bahasa, kesusasteraan, seni bina dan
sebagainya
Unsur Budaya
• Kebudayaan sejagat
• Herskovits (1948) menyenaraikan empat unsur;
i. Alat teknologi, ii. Sistem ekonomi, iii.
Keluarga, iv. Kekuasaan politik.
• Kluckhohn (1953) menyenaraikan tujuh unsur; i.
Peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
Kebendaan dan teknologi, ii. Mata pencarian
dan sistem ekonomi, iii. Sistem sosial, iv.
Bahasa. Unsur pertama dipelajari lebih awal dari
agama dan adat resam, v. Kesenian, vi.
Pengetahuan, vii. Agama.
– Aktiviti kebudayaan
• Ia meliputi perburuan, penternakan,
perdagangan, berkebun dan sebagainya.
– Kompleks unsur-unsur
• Termasuk didalamnya sistem pemilikan tanah,
teknik menanam, membajak dan lain-lain.
• 1.5.2.4 Unsur-unsur tret kebudayaan
• Ia mengandungi unit kebudayan paling mudah
sama ada kebendaan seperti anak panah dan
sebatang pena atau bukan kebendaan seperti
berjabat tangan.
• 1.5.2.5 Faktor pengaruhi kebudayaan
• Dawson di dalam bukunya The Source of
Cultural Change, menyenaraikan empat faktor:
i-Persekitaran, ii- Bangsa dan etnik, iii-
Psikologi, iv- Ekonomi.
• Fischer di dalam bukunya Anthropology
menyenaraikan tiga faktor ; i. Lingkungan
hidup, ii. Ras dan etnik, iii.Interaksi
antara-bangsa dan masyarakat.
• Perubahan kebudayaan (2 jenis
perubahan):
1. Dalaman yang dibawa seseorang ke
dalam sesebuah masyarakat seperti
idea, konsep dan penemuan baru.
2. Luaran hasil dari interaksi antara etnik
dan antara-bangsa berlaku pengaruh-
mempengaruhi dan pinjam-meminjam.
• Peminjaman kebudayaan
• Tiga jenis peminjaman kebudayaan:
1. Difusi - Ia membawa maksud penyebaran dan
pemindahan unsur-unsur dari satu
kebudayaan ke dalam kebudayaan lain.
2. Akulturasi - Berlaku akibat percantuman dua
kebudayaan atau lebih.
3. Asimilasi - Penyesuaian sesuatu kebudayaan
dengan kebudayaan lain.
• Sikap terhadap kepelbagaian kebudayaan
• Terdapat tiga sikap terhadap kepelbagaian
kebudayaan:
• Etnocentrisme - Melihat sesuatu berasaskan kepada
bangsa dan kebudayaan sendiri. Lantas memandang
rendah terhadap kebudayaan lain
• enocentrisme - Melihat kebudayaan sendiri lebih
rendah dari kebudayaan orang lain
• Relativisme - Menilai sesuatu kebudayaan sebagai
sesuatu yang relatif kerana ia tidak dapt dinilai secara
objektif.

You might also like