You are on page 1of 16

1.

0 PENGENALAN

Perbincangan ini akan mengupas secara mendalam bagaimana yang dikatakan kerajaan
elektronik sangat memberi pengaruh yang besar dalam pelaksanaan dasar dan polisi sesebuah
Negara disamping penulis melihat kerajaan elektronik mampu mempercepatkan pelbagai urusan
seharian. Kita melihat bahawa sejak akhir-akhir ini, telah ramai kecenderungan sarjana sudah
mula menarik minat untuk mengkaji system petadbiran didalam mahupun diluar negara.
Sekiranya kita melihat senario, yang berlaku dalam mana-mana pemerintahan kerajaan misalnya
di Malaysia sehingga sekarang sebenarnya lahir daripada pengaruh system pentadbiran yang
wujud di negara tersebut sejak daripada zaman penjajah lagi.

Sememangnya perkara ini, tidak boleh dinafikan atas faktor sejarah. Seterusnya penulis
akan membuat kesimpulan berkenaan skop soalan yang dikaji berkenaan kerajaan elektronik.
Tulisan ini adalah hasil daripada pemerhatian, ulangkaji, rujukan, pengkuliahan dan hasil buah
fikiran rakan-rakan maka, terhasillah sebuah penulisan yang bukan sahaja demi kebaikan penulis
disamping untuk kemajuan pelajar-pelajar lain. Diharapkan dengan penulisan ini maka, secara
langsung dan tidak langsung akan memberi seribu makna kepada semua pencinta ilmu dalam
mewacanakan ilmu dalam sesebuah institusi pendidikan.

Masyarakat kini mendambakan satu perkhidmatan yang bukan saja efisyen dan efektif
tetapi juga mudah, cepat dan pintar. Misalnya, segala urusan harian seperti memperbaharui lesen,
pendaftaran hak milik,pembayaran cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya dapat
diselesaikan melalui hujung jari dengan hanya melibatkan sebuah komputer tanpa melakukan
sebarang pembaziran masa dan tenaga. Dengan kata lain, masyarakat hari ini menghendaki agar
kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik melalui penggunaan sumber, masa, dan tenaga
yang minimum. Semua ini boleh direalisasikan melalui satu mekanisme yang semakin popular
sekarang iaitu, kerajaan elektronik. Justeru itu, kertas kerja ini akan melihat secara mendalam
mengenai peranan dan juga kepentingan kerajaan elektronik dalam memperbaiki mutu
perkhidmatan awam. Secara ringkasnya, penyampaian perkhidmatan awam melalui kerajaan
elektronik melibatkan proses permintaan (demand) dan penawaran (supply). Proses penawaran
dalam melaksanakan Kerajaan Elektronik menghendaki agar agensi kerajaan/ pelaksana
menyediakan beberapa aplikasi sebagai elemen penting dalam memberikan perkhidmatan yang
bersifat lebih mudah, cepat dan boleh dipercayai (reliable). Sehubungan itu, beberapa agensi
kerajaan di negara-negara maju telah memperkenalkan portal kerajaan yang bertujuan untuk
mendekatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pengenalan website, pembayaran
cukai melalui mesin kiosk, pertanyaan saman melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan
seterusnya menerima sebarang komen serta maklumbalas dari masyarakat melalui e-mel.
Penyediaan aplikasiaplikasi ini hendaklah bersifat mesra pengguna (user friendly), di mana
semua pihak boleh menggunakannya tanpa mengira status dan latarbelakang pendidikan. Namun
begitu, wujud halangan-halangan di pihak kerajaan sendiri dalam memanfaat sepenuhnya faedah
yang terdapat dalam kerajaan elektronik.

2.0 KERAJAAN ELEKTRONIK DI MALAYSIA

Masyarakat kini yang semakin terdedah kepada arus globalisasi menuntut agar kerajaan
mampu dan sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Oleh
itu, kerajaan perlu berusaha ke arah tersebut dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baru atau
sekurang-kurangnya menambahbaik mekanisme sedia ada dalam memberikan perkhidmatan
yang terbaik melalui pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan.Ini kerana segala tindakan
dan keputusan kerajaan sering mendapat perhatian pihak rakyat. Rakyat mahu masalah-masalah
yang menghalang kepada pencapaian matlamat negara sebagai sebuah negara maju dapat
ditangani oleh pihak kerajaan secara efektif.

Kepentingan sistem penyampaian dasar yang berkesan telah menarik perhatian kerajaan dan
merupakan salah satu strategi utama dalam merangsang pembangunan ekonomi negara. Kita
sedia maklum bahawa Wawasan 2020 yang dilancarkan dalam tahun 1991 akan menerajui
kegemilangan Malaysia sebagai negara maju. Pembinaan sebuah negara maju akan menjadikan
teknologi maklumat (ICT) sebagai salah satu nadi pembangunannya. Justeru, pelancaran projek
mega seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 telah dijadikan batu loncatan
bagi merealisasikan impian melahirkan sebuah negara dan masyarakat yang bermaklumat.
Antara intipati utama pelancaran MSC ini ialah pembangunan Kerajaan Elektronik. Ia dijangka
akan dapat memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan penawaran perkhidmatan kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu, artikel ini akan membincangkan konsep kerajaan elektronik dan
bagaimana kerajaan elektronik dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghasilkan penyampaian
perkhidmatan awam yang berkesan. Perbincangan mengenai aspek halangan penawaran di pihak
kerajaan juga akan dikupas selain daripada menyentuh sedikit aspek halangan permintaan di
pihak orang awam dan sektor swasta

3.0 CIRI-CIRI KERAJAAN ELEKTRONIK

Pada peringkat awalnya, segala penyimpanan maklumat dan rekod kerajaan adalah dalam
bentuk hardcopy dan disimpan di kabinet atau rak simpanan.Ini memastikan bahawa aspek
keselamatan ke atas rekod dan maklumat kerajaan terjamin. Pada masa ini, kerajaan berhadapan
dengan perubahan yang pesat ekoran daripada pengaruh globalisasi yang mengakibatkan
penyaluran maklumat yang bebas melalui internet. Amalan yang baik dari negara luar mendesak
kerajaan untuk melakukan sesuatu ke atas penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada
rakyat. Justeru itu, kerajaan telah mengambil langkah yang pro-aktif dengan mengetengahkan
aplikasi kerajaan elektronik dalam sistem pentadbiran negara. Kewujudan Putrajaya sebagai
pusat pentadbiran yang baru dan canggih serta kewujudan Cyberjaya sebagai sebuah bandar
pintar dikatakan menjadi pelengkapkepada projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.

Apabila kerajaan melancarkan projek MSC, secara tersiratnya negara didedahkan dengan
penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam kebanyakan urusan khususnya melalui
kerajaan elektronik. Salah satu aplikasi penting dalam projek MSC ini adalah kerajaan
elektronik, di mana Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuainya. Konsep Kerajaan Elektronik
berobjektifkan ketelusan dan keselesaan di samping peningkatan hubungan antara kerajaan-
rakyat melalui bentuk interaksi yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Ini seterusnya akan
membaikpulih aliran maklumat demi meningkatkan kualiti pembangunan, penyelarasan dan
pelaksanaan polisi-polisi kerajaan. Semua ini diharap dapat direalisasikan melalui dua objektif
utama kerajaan elektronik iaitu pendefinisian semula hubungan antara kerajaan-rakyat serta entiti
perniagaan.

Perhubungan ini akan membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas, selesa
dan berkualiti pada harga yang lebih memuaskan terhadap perkhidmatan kerajaan. Begitu juga
kepada sektor swasta di mana perlaksanaan kerajaan elektronik dilihat dapat meningkatkan
perhubungan dan kepekaan terhadap sesuatu prosedur atau polisi di samping memudahkan lagi
sesuatu proses permohonan dan kelulusan. Objektif yang kedua ialah sebagai pemangkin kepada
pembangunan MSC melalui kerjasama yang lebih baik di antara sektor awam dan swasta. Ini
bermakna, kerajaan perlu mengkaji dan meneliti semua aspek sama ada dari segi penawaran
perkhidmatan secara elektronik mahupun dari segi permintaan terhadap bentuk penyampaian
perkhidmatan tersebut, iaitu kesediaan rakyat sendiri dalam memastikan kejayaan aspirasi ini.
Antara aplikasi-aplikasi utama kerajaan elektronik yang dibangunkan oleh kerajaan di Malaysia
ialah:-a. e-Services seperti pelesenan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan
dan kegunaan kenderaan, maklumat Talian Kementerian Kesihatan dan pembayaran bil utiliti. b.
e-Perolehan (e-Procurement) yang merupakan pembelian secara elektronik oleh kerajaan untuk
mempercepatkan masa dan menjimatkan kos pembelian.

Selain itu kita melihat, “PUBLIC SECTOR ICT MANAGEMENT REVIEW” c. Projek ini
adalah projek pelaksanaan sistem pengurusan dokumen di agensi kerajaan yang dinamakan
Generic Office Environment-Electronic Government Document Management System (GOE-
EGDMS). Sistem GOE-EGDMS membolehkan proses kerja dalaman agensi kerajaan menjadi
lebih cekap dan berkesan. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik,
beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas.d. Sistem Informasi Pengurusan
Sumber Manusia (HRMIS) yang dibangunkan untuk menguruskan aspek sumber manusia di
kalangan penjawat awam dengan lebih cekap dan mudah. e. Sistem Pemantauan Projek iaitu
mekanisme yang membantu perlaksanaan projek-projek kerajaan dengan menyediakan pelantar
penukaran idea dan mendemonstrasikan model amalan terbaik. Selain itu, terdapat juga beberapa
aplikasi lain seperti e-SPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Bajet), e-Khidmat (ujian teori
berkomputer untuk lesen memandu), e-Syariah (operasi mahkamah syariah secara online yang
melibatkan 31 mahkamah) dan penggunaan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah.

Kerajaan elektronik ini diharap dapat meningkatkan operasi kerajaan di samping


menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dari segi keselesaan, kualiti interaksi
dengan masyarakat serta membaiki arah alira dan proses maklumat. Ini dapat dilaksanakan
melalui takrifan semula hubungan antara rakyat dengan kerajaan dan sesama agensi kerajaan
kerana kebolehcapaian (accessibility) adalah lebih baik dan meluas di samping meningkatkan
ketelusan. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan kerajaan elektronik, kerajaan juga telah
melancarkan beberapa agensi dalam membantu dan menyeragamkan perlaksanaan kerajaan
elektronik di seluruh negara. Antara agensi-agensi terbabit adalah Multimedia Development
Corporation (MDC), Majlis Teknologi Kebangsaan (NITC) dan juga MIMOS Berhad yang
bertanggungjawab dalam melakukan program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D)
teknologi maklumat dan multimedia negara. Contohnya, sebagai pemulaan, kerajaan melalui
NITC telah melaksanakan projek Subang Jaya Malaysia 2005, yang mana menekankan tentang
projek menaiktaraf kemampuan pencapaian internet, perkhidmatan e-Bisnes tempatan danjuga
pembinaan portal kerajaan. Secara umumnya, boleh dikatakan tidak ada satu definisi yang
mutlak mengenai kerajaan elektronik. Ramai sarjana yang berpendapat bahawa kerajaan
elektronik adalah satu usaha kerajaan bagi menggantikan segala urusan seharian dalam kerajaan
dan pentabiran.

Bentuk operasi yang berbentuk tradisional kepada bentuk moden. Operasi bentuk moden ini
ditunjangi oleh teknologi maklumat dan multimedia yang sememangnyamenekankan pendekatan
yang lebih cekap dan efisyen(Muhammad Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid, 2003).
Kerajaan elektronik ini juga merupakan komitmen dan inisiatif pemerintah untuk meningkatkan
perhubungan dengan rakyat serta sektor swasta melalui penyampaian perkhidmatan, maklumat
dan pengetahuan yang lebih meluas, efisyen serta menjimatkan dengan menggunakan aplikasi
ICT. West (2000), Ke dan Wei (2004) serta Tan dan Subramaniam (2005) (dalam Edhy, R.,
Dinesh, M., dan Kailash, J., 2007) menyatakan bahawa kerajaan elektronik bukan sahaja
membantu proses penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat, ekonomik, dan boleh dipercayai
kepada rakyat dan sektor swasta tetapi boleh membantu kerajaan dalam pembuatan keputusan
dengan lebih cekap dan tepat.

Ini dapat ditunjukkan melalui proses e-Undi yang dijalankan di Nimi-City di Jepun
(Mohd. Shafiq dan Zulkapli, 2007), e-Filing yang diamalkan di Malaysia (www.e.hasil.org.my)
dan juga iHUBS yang dilaksanakan di Australia (www.melbourne.vic.gov.au). Pada masa yang
sama, kerajaan elektronik juga dilihat berpotensi membentuk semula sektor awam dan mengubah
perhubungan di antara rakyat, sektor perniagaan dan pemerintah melalui komunikasi terbuka,
penglibatan dan dialog terbuka dalam penggubalan polisi dan peraturan dalam negara. Selain
daripada itu, kerajaan elektronik juga dikatakan mampu mentransformasikan cara kerajaan
distrukturkan dengan menghapuskan hirarki-hirarki tertentu dalam agensi kerajaan.

4.0 PERANAN KERAJAAN ELEKTRONIK

Pelaksanaan kerajaan elektronik juga dilaksanakan dan dikemaskinikan di kalangan negara-


negara maju. Antaranya, laman web rasmi kerajaan Korea Selatan (www.egov.go.kr) yang antara
lain menekankan penubuhan projek Government for Citizen (G4C) sebagai salah satu projek
teras dalam pelaksanaan kerajaan elektronik. Dalam konteks ini, orang awam tidak perlu lagi
meminta maklumat yang diperlukan daripada pelbagai agensi terbabit malah maklumat tersebut
akan dikongsi bersama dan ini memudahkan lagi urusan orang awam dengan kerajaan. Bagi
meluaskan penyebaran maklumat di kalangan rakyat, kerajaan Norway telah memperkenalkan
web portal kerajaan (www.norway.com) yang mana rakyat boleh mendapatkan maklumat
walaupun tanpa talian internet.

Dengan hanya mendial nombor yang diberikan, segala informasi yang diperlukan akan
disalurkan terus kepada pengguna tanpa sebarang caj (www.norway.no/). Antara negara maju
lain yang memiliki portal kerajaan ialah DirectUK di UK (www.direct.gov.uk), Australia Portal
(www.australia.gov.au), Singapura eCitizen Portal (www.ecitizen.gov.sg) dan juga Canada
Portal (www.canada.gc.ca). JANUARY - JUNE 2008 VOL. 2 NO. 1 Kewujudan portal-portal
kerajaan ini telah dilihat sebagai satu medium dalam mendekatkan rakyat dengan jurang digital
di kalangan masyarakat (West, 2005). Malah, kebanyakan negara maju telah menekankan
kewujudan portal ini sebagai sumber rujukan utama bagi rakyat mendapatkan maklumat-
maklumat yang dikehendaki. Di Amerika Syarikat, kerajaan telah memperkenalkan FirstGov
(www.firstgov.gov) sebagai portal rasmi kerajaan pusat dan negeri. Melalui portal ini, rakyat
Amerika Syarikat boleh mendapatkan maklumat seperti permohonan pinjaman pendidikan
pelajar, insurans dan sebagainya. Justeru itu, tidak hairanlah jika FirstGov telah menjadi rujukan
utama penduduk Amerika Syarikat dengan rekod 6 juta pengunjung sebulan (Mehdi Sagheb,
2007). Malah, melalui kajian West (2005), didapati bahawa kewujudan portal-portal kerajaan ini
sebenarnya akan meningkatkan lagi penyampaian pekhidmatan di kalangan sektor awam.

Ini dapat dilihat melalui bilangan peratusan agensi awam yang memberikan perkhidmatan
secara online. Melalui Jadual 1, didapati bahawa bilangan agensi awam yang tidak menawarkan
sebarang pekhidmatan melalui online berkurangan dari 78% pada tahun 2000 kepada hanya 27%
pada tahun 2005. Keadaan yang sama juga turut berlaku bagi agensi awam yang menawarkan
hanya satu dan dua sahaja perkhidmatan secara online. Namun berbeza pula keadaannya apabila
bilangan peratusan agensi awam yang menawarkan perkhidmatan tiga atau lebih secara online di
mana meningkat kepada 54% pada tahun 2005 berbanding hanya 2% pada tahun 2000.

5.0 KERAJAAN ELEKTRONIK MENINGKATKAN DALAM PENGURUSAN


STRATEGIK PERKHIDMATAN AWAM

Penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dengan menggunakan sepenuhnya


kerajaan elektronik sebagai satu mekanisme bukanlah merupakan satu aspek yang mudah untuk
dijayakan. Halangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan amatlah banyak dan sekiranya tidak
diatasi dengan jayanya akan membantutkan usahausaha murni kerajaan. Justeru itu,
perbincangan berikut lebih menjurus kepada halangan penawaran iaitu halangan yang dihadapi
oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan kerajaan elektronik. Memandangkan aplikasi kerajaan
elektronik bergantung sepenuhnya kepada penggunaan teknologi seperti komputer, internet dan
server, kebarangkalian untuk berlaku masalah pasti wujud. Malah menurut Zakareya dan Zahir
(2005), teknologi itu sendiri tidak menjanjikan kejayaan kepada kerajaan elektronik. Namun,
sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menawarkan perkhidmatan, kerajaan haruslah
sentiasa memastikan bahawa sumber yang dimiliki mencukupi, prasarana (hardware dan
software) yang lengkap, sokongan pihak pengurusan, staf yang memiliki kepakaran IT dan juga
latihan IT yang efektif.

Terdapat beberapa halangan dari pihak kerajaan yang boleh dikenal pasti. Halangan
penawaran yang pertama ialah pengalaman dan sejarah yang dilalui oleh agensi awam berhubung
dengan pembangunan ICT. Misalnya, projek-projek berteraskan ICT yang gagal dilaksanakan,
tidak berfungsi seperti yang diharapkan, melibatkan kos yang besar dan terlebih bajet. Ini
menyebabkan agensi-agensi awam berasa takut untukmembuat pelaburan seterusnya dalam
bidang yang sama. Menurut Yining, et al (2007), pelaksanaan kerajaan elektronik di negara
membangun juga menghadapi masalah yang mana 20-25 peratus daripada projek kerajaan
elektronik sama ada tidak dilaksanakan atau dibiarkan selepas dilaksanakan. Para penjawat
awam juga takut jika dihubungkaitkan dengan kegagalan sesuatu projek kerana ia melibatkan
masa depan kerjaya mereka.

Tambahan pula sumber-sumber dan peruntukan yang digunakan itu datang daripada rakyat
dan rakyat pula pasti akan mempersoalkan akauntabiliti mereka. Halangan seterusnya dari segi
nilai organisasi iaitu technology ephemeral myth di mana projek-projek kerajaan elektronik
dianggap akan membawa perubahan yang kecil sahaja (Margetts dan Dunleavy, 2002).

Persepsi penjawat awam yang tidak yakin dan selesa dengan pemodenan yang cuba
dilakukan sedikit sebanyak menyumbang kepada halangan di pihak kerajaan dalam menjayakan
kerajaan elektronik. Oleh itu, mereka mungkin mengambil sikap tidak peduli dengan anggapan
bahawa kebanyakan pelanggan tidak mempunyai kebolehcapaian (accessibility) terhadap
internet. Selain itu, aspek kesediaan dan keyakinan penjawat awam untuk menggunakan
kemudahan teknologi yang moden dan canggih memungkinkan halangan kepada pihak kerajaan.
Kajian yang dijalankan oleh Muslimin, Noor Faizzah dan Sakinah (2007) ke atas kakitangan
Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kedah dan Perlis mendapati bahawa kesediaan kalangan
mereka untuk menggunakan ICT adalah lemah dan mereka hanya akan melakukan kerja
seminimum yang mungkin apabila menggunakan komputer.

Walau bagaimanapun, situasi ini berubah dengan kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri
memperkenalkan penggunaan sepenuhnya “e-Filing” untuk urusan taksiran cukai pendapatan.
Permohonan pekerjaan secara talian bukan sahaja ditawarkan oleh pihak swasta, tetapi agensi
kerajaan yang berkenaan juga telah melaksanakan dengan jayanya kaedah tersebut. Selain aspek
kesediaan, aspek keyakinan juga turut dikaji dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
keyakinan kakitangan awam dalam menggunakan ICT adalah masih rendah dan mereka tidak
yakin dengan transaksi yang diwujudkan melalui internet. Ini ada kaitannya dengan aspek
keengganan untuk melakukan perubahan (resistance to change) iaitu wujudnya golongan yang
bersikap demikian yang mengakibatkan organisasi gagal memperkenalkan sebarang perubahan.
Sikap technophobia, iaitu sifat risau dengan perubahan teknologi yang berlaku di persekitaran
(Muhammad Rais dan Nazariah, 2003) di kalangan penjawat awam boleh membantutkan usaha
kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan secara elektronik. Halangan
dari segi nilai-nilai organisasi, khususnya nilai-nilai yang dikaitkan dengan organisasi awam
seperti formaliti, keseragaman dan hirarki juga turut menyumbang kepada ketidakberkesanan
pembangunan kerajaan elektronik. Walaupun sekarang kita dikatakan berada di era Pengurusan
Awam Baru (New Public Management) namun, nilai-nilai yang dinyatakan di atas cenderung
mewujudkan halangan yang juga disebut technology perverse, iaitu cuba mewujudkan
peraturanperaturan terhadap peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka (trying to regulate unusual
occurrences). Dari segi formaliti, contohnya penggunaan e-mel dalam urusan harian, dikatakan
tidak sesuai atau tidak formal berbanding surat atau telefon.

Dari segi keseragaman (uniformity) pula, adalah ditakuti apa yang dikomunikasikan tidak
sampai secara seragam atau serentak kepada semua kerana medium internet terdiri dari pelbagai
peringkat dan digunakan secara berbeza oleh lapisan masyarakat yang berbeza. Dalam perkara
ini, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling mengenai Langkahlangkah Penggunaan
Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan secara meluas penggunaan e-mel
dalam urusan pentadbiran harian.

Pekeliling ini bertujuan memastikan aspek formaliti ditekankan dan sekaligus dapat
mengurangkan penggunaan kertas yang merupakan salah satu faedah yang terdapat dalam
kerajaan elektronik iaitu mewujudkan paperless government. Selain itu, hirarki merupakan nilai
dan budaya tradisi yang tidak dapat dipisahkan daripada agensi-agensi kerajaan. Hirarki yang
banyak dan berlapis menyukarkan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki dalam masa
yang singkat dan tepat. Ini merupakan salah satu sebab wujudnya one stop centre. Namun begitu,
rakyat sebenarnya mahukan zero stop centre di mana mereka tidak perlu lagi mendapatkan
khidmat nasihat di kaunter tetapi, sentiasa dilengkapi dengan faedah dan perkhidmatan terkini
oleh agensi kerajaan yang bersesuaian. Malangnya, halangan budaya inter dan intra jabatan tidak
memungkinkan zero stop centre ini dilaksanakan (Margetts, 1999). Menurut Yining, et al (2007),
agensi kerajaan perlu mewujudkan kerjasama antara satu sama lain bagi memastikan kerajaan
elektronik dilaksanakan dengan jayanya. Namun begitu, menurut beliau lagi, kerjasama dan
batasan yang wujud antara jabatan amat sukar dicapai. Selain itu, perkongsian maklumat secara
intranet dan mengaitkan perkongsian maklumat dengan agensi kerajaan yang lain akan memberi
tekanan kepada hirarki di kalangan penjawat awam yang sudah wujud di peringkat kerajaan
tempatan khususnya (Margetts dan Dunleavy, 2002

6.0 PENERIMAAN MASYARAKAT

Walaupun rancangan penubuhan Kerajaan Elektronik telah dihebahkan di media cetak dan
elektronik, tetapi sejauh manakah penglibatan orang awam di dalamnya? Kefahaman mengenai
Kerajaan Elektronik yang diterangkan hanya sekadar kecanggihan teknologinya yang disediakan
di jabatan-jabatan kerajaan dan capaiannya sehingga ke rumah untuk kemudahan orang awam
berserta dengan peralatan seperti 'electronic purse' dan kad pintar dan "pasport pintar". Meskipun
keadaan ini menampakkan bentuk komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat, tetapi
gambaran yang diberikan berbentuk pasif. Orang awam hanya sekadar pengguna dan penerima
teknologi canggih, seharusnya kefahaman mengenai Kerajaan Elektronik jauh menjangkaui skop
teknologi canggih yang disediakan. Individu dan masyarakat tempatan harus menggerakkan
inisiatif sosial melalui teknologi maklumat. Apa yang dimaksudkan dengan penglibatan
masyarakat di sini ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-
persoalan teknikal tetapi penglibatan dalam proses membuat keputusan dan suatu dasar awam
yang membentuk masa depan masyarakat dalam penubuhan Kerajaan Elektronik.

Tidak keterlaluan untak dikatakan Kerajaan Elektronik adalah tonggak kepada pembangunan


Koridor Raya Multimedia (MSC). Oleh itu pembangunan Kerajaan Elektronik harus diutamakan.
Mungkin sukar untuk diberikan gambaran sebenarnya bagaimana seharusnya penglibatan orang
awam memandangkan proses penubuhannya masih di peringkat awal, tetapi sekurang-kuranguya
harus terdapat satu garis panduan dan pandangan awal mengenai wawasan masyarakat Malaysia
terhadap Kerajaan Elektronik dan MSC itu sendiri. Pada peringkat awal, jenis maklumat yang
perlu dikumpul dan diketahui masyarakat sebagai asas kefahaman untuk membuka peluang
kepada penglibatan proaktif mereka dalam Kerajaan Elektronik dan MSC ialah di sekitar:
1. Tahap penembusan atau penyerapan bagi memeriksa atau mengakur kehadiran teknologi
maklumat di rumah, di tempat kerja, tempat awam seperti bangunan kerajaan, sekolah atau
mana-mana lokasi budaya termasuk perpustakaan. Apakah peratusan capaian terhadap tempat-
tempat ini kepada lebuh raya maklumat? Bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi golongan
berpendapatan rendah dan perbezaannya dengan mereka yang berada, penduduk bandar dengan
penduduk luar bandar?

2. Tahap kedapatan peralatan bagi siapa yang memiliki apa jenis peralatan? Jika mereka
tidak memilikinya, adakah mereka masih mempunyei capaian kepada perpustakaan awam
sekolah, tempat kerja atau pusat komuniti atau tempat-tempat awam seperti balai raya
umpamanya?

3. Tahap latihan dan tahap kemahiran untuk siapa yang mempunyai kepakaran dan
mengetahui apa yang perlu dilakukan? Bagaimana mereka diajar menggunakan peralatannya?
Adakah mereka belajar sendiri, belajar di sekolah, daripada rakan atau belajar semasa di tempat
kerja atau dengan cara yang lain?

4. Tahap penggunaankepada siapa yang menggunakannya? Apakah kegunaan utama lebuh


raya maklumat: komunikasi persendirian, berhubung dengan kerja, penglibatan masyarakat,
kegiatan keagamaan, hiburan, seni kreatif, membeli belah, peningkatan diri, tindakan politik atau
sesuatu yang lain? Bagaimana kegunaan memanfaatkan orang ramai yang tidak menggunakan
Bahasa Inggeris?

5. Nilai segera sebagaimana pengguna menilai sistem tersebut? Apakah aspek yang
menjadikannya mudah digunakan atau sukar digunakan? Adakah pengguna mampu
menggunakannya dengan cepat untuk pencapaian matlamat segera?

6. Kesan menyeluruh dengan penggunaan lebuh raya maklumat ini bagaimana Kerajaan
Elektronik dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat? Adakah ia mengemukakan sebarang
kesan kepada kehidupan individu, komuniti, penglibatan dalam kehidupan sosiai dan politik dan
kesedaran budaya dan sebagainya lagi?
Selanjutnya kita juga harus mengetahui perkara-perkara yang perlu difikirkan mengenai
peranan aktif masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup dalam Kerajaan Elektronik.
Bagaimana dapat kita lindungi kebebasan individu dan sivil dalam kerajaan elektronik yang
semakin telus? Adakah hak pengguna dilindungi dengan penubuhan Kerajaan Elektronik?
Memandangkan penglibatan masyarakat dalam teknologi maklumat semakin meluas,
bagaimanakah dapat kita lakukan untuk memaksimumkan peluang dan menjadikannya lebih
bermakna dan memuaskan? Adakah Kerajaan Elektronik dan MSC membawa kita bersama ke
arah pembentukan komuniti baru atau membawa perpecahan berdasarkan pasaran? Dapatkah kita
menggunakan Kerajaan Elektronik untuk mengembangkan arus pembangunan ekonomi yang
akan membawa kepada pengagihan kekayaan secara wajar dan tidak dikuasai oleh segelintir?

 Bagaimana Keraiaan Elektronik dapat digunakan untuk menggalakkan "demokrasi


elektronik" atau hanya menjadi bahan manipulasi media?

 Bagaimana dapat kita maksimumkan ekuiti dalam konteks pasaran dan mengelakkan
kemunculan golongan yang kaya dan miskin maklumat atau kemunculan bentuk yang dikenali
sebagai "information apartheid"?

 Bagaimana dapat kita galakkan kebebasan bersuara dan mengukuhkan demokrasi di


bawah Kerajaan Elektronik?

 Bagaimana dapat lindungi kebersendirian individu dan mempertingkatkan kebebasan


sivil dalam sistem elektronik yang telus?

 Bagaimana dapat kita gunakan Kerajaan Elektronik untuk memulihara masyarakat kita
(dan atau mewujudkan yang baru), memperkayakan atau mempelbagaikan dan merangsangkan
penghidupan kita?

Cara kita berhubung, menyelesaikan dan mencorakkan persoalan-persoalan ini akan


mengemukakan kesan penting kepada kemanfaatan keseluruhan dalam ciri kerja dan
pembangunan ekonomi tempatan. Selain daripada menggalakkan penglibatan rakyat, ruang siber
juga diunjurkan sebagai panakea atau penyelesaian kepada kebanyakan masalah politik yang
dialami kini. Tidaklah dipastikan adakah perkara yang sama akan berlaku di negara ini. Perkara
ini begitu diyakini di Amerika. Apabila majoriti rakyat mempunyai komputer dan capaian
kepada Internet dan mula mengundi dalam semua isu, kita diberitahu kesemua masalah
perwakilan dalam sistem demokrasi akan dapat diatasi. Ia boleh menggalakkan penglibatan
rakyat dalam sistem politik kita dan mengekalkan kedaulatan kerajaan. Dalam masyarakat siber
rakyat bukan sahaja akan lebih dimaklumi tetapi juga berupaya meminggirkan kumpulan
pendesak atau kumpulan kepentingan awam untuk terlibat secara langsung dalam proses
membuat keputusan.

Tetapi masalahnya, berdasarkan kepada keyakinan tersebut, ia sebenarnya tidak merubah


sistem yang merupakan masalah itu sendiri ia hanya meletakkan keyakinan dalam teknologi
maklumat untuk menjadikan sistem berjalan dengan lancar. Perkara yang berkaitan dengan
pengundian secara elektronik juga menimbulkan masalah lain yang dikatakan menjejaskan
dialog awam, ketiadaan penglibatan secara bersemuka. Dengan ketiadaan pembuktian fizikal
dalam pengundian oleh rakyat, bagaimana kita mengetahui pengiraannya betul? Pengundian
secara elektronik bukanlah demokrasi elektronik. Persoalannya adakah demokrasi elektronik
menjadikan ahli politik lebih bermoral, mempunyai kesedaran atau bertanggungjawab? Kerajaan
Elektronik tidak boleh berdiri sendiri tanpa penglibatan proaktif rakyat. Kita mungkin
memerlukan prinsip kepentingan awam yang dapat dikembangkan sehingga menjadi garis
panduan am terutamanya berkaitan dengan tujuh aplikasi yang disasarkan kerajaan. Antara
prinsip tersebut:

 Rancang dan ukur keberkesanan Kerajaan Elektronik dan kejayaan ekonomi MSC
dengan menggunakan petunjuk yang memperlihatkan impaknya dalam masyarakat dan dunia
secara keseluruhannya selain daripada hanya mementingkan keuntungan daripada peluang
pelabur MSC dan pembekal perkhidmatan.

 Racangkan dan nilai kesan sosial Kerajaan Elektronik dan MSC dengan mengenda- likan
penilai berkala untuk memastiKan la berkhidmat untuk kepentingan awam.

 Gunakan kemudahan yang diberikan Kerajaan Elektronik dan MSC dan teknologi baru
yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja dan menggalakkan persamaan di tempat kerja.
 Galakkan pembangunan aktif dan menyihatkan di sektor awam dengan memperuntukkan
sumber, latihan dan bantuan untuk ruang awam dalam Kerajaan Elektronik di mana rakyat boleh
meneruskan kegiatan bukan komersialnya.

 Galakkan kepelbagaian dan persaingan dalam kandungan untuk dimasukkan ke dalam


Kerajaan Elektronik dan MSC sementara melindungi kebebasan dan hak rakyat untuk
kebersendirian.

 Gunakan Kerajann Elektronik dan MSC dengan memperuntukkan perkembangan capaian


kepada perkhidmatan kerajaan dan maklumat; kita harus mempertingkatkan demokrasi dengan
menggalakkan. penglibatan popular terutamanya dengan membenarkan perbincangan demokratik
dan membuat keputusan dalam semua fasa pembangunan MSC.

 Popularkan suatu bentuk pendekatan yang membanyakkan penglibatan atau penyertaan


masyarakat untuk merealitikan Kerajaan Elektronik yang bermula dengan andaian sistem
berfungsi baik apabila rakyat menggunakannya atau menerima kesan daripadanya yang dalam
proses pembangunan ujian dan pembinaan semula yang bersifat prototaip.

Penglibatan awam merupakan perkongsian antara diri kita sebagai rakyat dengan kerajaan.
Ia merupakan penerimaan cabaran untuk bertanggungjawab dan penglibatan yang mengatasi
kepentingan diri mungkin mengkehendaki perubahan tingkah laku, kebiasaan dan sikap dalam
membina prasarana sosial baru.

Untuk memahami sepenuhnya peranan rakyat dan penglibatannya dalam kerajaan elektronik,
terutamanya berhadapan dengan cabaran dunia yang semakin hebat yang mengemukakan
masalah baru mengkehendaki perubahan yang bersesuaian dengan faktor selain daripada yang
bersifat teknlogi. Untuk memainkan peranan berkesan di peringkat nasional, penubuhan
kumpulan kepentingan awam baru yang akan memperjuangkan persoalan-persoalan yang
berkaitan dengan kepentingan awam diperlukan. Adalah menjadi tugas kita untuk memastikan
lebuh raya maklumat tidak meminggirkan apa yang kita nilai dalam masyarakat atau membawa
kita Ke tempat yang tidak kita suka.
7.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, jelaslah bahawa, Kerajaan elektronik adalah bertujuan untuk


meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti kerajaan ke tahap yang maksimum
dari segi liputan kepada semua rakyat. Kerajaan elektronik ini dilihat mampu meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan seperti yang digariskan oleh kerajaan dalam usaha
membangunkan ekonomi negara. Aplikasi kerajaan elektronik ini dapat menjimatkan kos seperti
masa, dan tenaga selain daripada kos penggunaan kertas apabila konsep paperless government
diaplikasikan sepenuhnya. Kerajaan seharusnya sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan-
halangan yang dihadapi khususnya, dari pihak kerajaan sendiri seperti sikap penjawat awam,
nilai agensi awam dan sebagainya. Penggunaan sepenuhnya kerajaan elektronik ini dapat
memberi kepuasan kepada semua pihak khususnya, rakyat dan ini sekaligus dapat meningkatkan
kepercayaan dan sokongan rakyat kepada usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Walau bagaimanapun saya melihat kerajaan
elektronik masing-masing mempunyai kebikan dan keburuknya.
8.0 RUJUKAN

Choudrie, Jyoti, Weerakkody, Vishanth dan Jones, Stephen. (2005). “Realising e-Government in
the UK: Rural and Urban Challenges. Journal of Enterprise Information Management. 18, 5/ ms
568-585.

Criado, J. Ignacio dan Ramilo, M Carmen. 2003.“e-Government in Practice: An Analysis of Web


Site Orientation to the Citizens in Spanish Municipalities.”The International Journal of Public
SectorManagement. Vol 16, No 3. ms191 218.

Edhy Rahardjo, Dinesh Mirchandani dan Kailash Joshi. (2007). “e-Government Functionality
and Website Features: A Case Study of Indonesia.” Journal of Global Information Technology
Management. 10(1), ms 31-50.

Feng Li. 2003. “Implementing e-Government Strategy in Scotland: Current Situation and
Emerging Issues.” Journal of Electronic Commerce in Organisation. 1(2), ms 44-65.
Heeks, Richard. 2002. “Information Systems and Developing Countries: Failure, Success, and
Local Improvisations.” The Information Society. 18, ms 101-112.

INTAN (2006). Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN).

You might also like