You are on page 1of 5

Penggal 1 7 5

P
E
N
G
G
A
L
1
Idea 9: Mempelbagaikan konsep pelancongan
Huraian:
Pelancongan berasaskan kesihatan/sukan (golf) telah meningkatkan keupayaan negara menawarkan lebih
banyak pakej kepada pelancong.
Pelancongan berasaskan alam semula jadi juga telah meningkatkan usaha negara memelihara dan
mengekalkan warisan alam. Kelebihan dan tarikan aktiviti pelancongan kepada alam semula jadi telah
menjadikan keindahan alam semula jadi Malaysia semakin popular.
Pakej melancong sambil menguruskan perniagaan/bersidang juga telah menempatkan negara sebagai
destinasi pelancongan yang istimewa.
Idea 10: Insentif kepada rakyat
Huraian:
Bimbingan dalam menyediakan dan menguruskan homestay (program inap desa) telah menggalakkan lebih
banyak rakyat yang terlibat dalam usaha membantu negara meningkatkan industri pelancongan.
Pemilik homestay yang berjaya juga semakin meningkat sebagai petanda kejayaan usaha ini.
Memperkenalkan tempoh bekerja lima hari dalam seminggu juga telah menjadikan aktiviti pelancongan
dalam kalangan rakyat tempatan semakin meningkat.

Idea 11: Menambah destinasi penerbangan
Huraian:
Menaikkan taraf lapangan terbang sama ada lapangan terbang utama negara atau lapangan terbang negeri
akan meningkatkan keupayaan pengendalian kemasukan dan persinggahan kapal terbang yang menjadi
laluan utama pelancong ke sesebuah negara.
Dengan menambah destinasi penerbangan oleh syarikat pengangkutan udara negara dan syarikat penerbangan
tambang murah, iaitu AirAsia juga telah membantu meningkatkan kemasukan pelancong.
Contoh Karangan Lengkap
Pelbagai usaha telah dilakukan pihak kerajaan untuk
menjadikan Malaysia salah satu destinasi dalam peta
pelancongan dunia. Namun, sebalik usaha aktif kerajaan
ini, timbul pelbagai cabaran yang memerlukan langkah
dan strategi yang berterusan untuk meningkatkan
kehadiran pelancong ke negara ini.
Kemunculan pelbagai wabak penyakit seperti H5N1
dan H1N1 telah menjejaskan industri pelancongan
negara. Penyakit yang bersifat pandemik ini sangat
mudah merebak. Lantaran, risiko jangkitan yang
amat tinggi ini menyebabkan banyak negara memberi
amaran kepada rakyat mereka agar tidak ke luar
negara. Untuk mengelakkan wabak penyakit daripada
menular, langkah pencegahan dan pengawalan yang
ketat perlu dilaksanakan. Pemeriksaan yang ketat di
pintu masuk negara menimbulkan kesulitan dan situasi
tidak mesra pelancong. Situasi ini telah menjadi cabaran
kepada negara dalam usaha menambah kemasukan
pelancong.
Keadaan politik di negara jiran turut mencabar usaha
kerajaan memajukan bidang ini. Demonstrasi jalanan di
Thailand menyebabkan banyak pelancong yang terkandas
di lapangan terbang termasuklah pelancong yang hendak
berlepas ke Malaysia. Serangan bom ke atas hotel di
Indonesia, menyekat kehadiran pelancong secara pakej ke
beberapa buah negara berdekatan termasuk ke Malaysia.
Keganasan di negara berkenaan menyebabkan banyak
negara melarang rakyat masing-masing untuk melancong
ke negara berkenaan. Keadaan ini menimbulkan tempias
dan cabaran kepada Malaysia.
Faktor kemelesetan ekonomi dunia juga memberikan
cabaran kepada negara. Kuasa membeli masyarakat di
negara yang ditimpa masalah akan menurun. Keadaan
ini menuntut mereka untuk berbelanja di dalam negara
sahaja. Kemelesetan ekonomi juga membatasi tawaran
pakej pelancongan sesebuah negara. Contohnya,
kemelesetan ekonomi Amerika menyebabkan kehadiran
pelancong dari negara tersebut merosot. Situasi ini jelas
mencabar dan bertentangan dengan usaha kerajaan.
Kerajaan telah mengambil langkah drastik dengan
melonggarkan syarat kemasukan pelancong. Contohnya,
visa ketibaan yang diberi kepada pelancong dari India
telah berjaya menarik lebih banyak pelancong dari
negara tersebut. Kaedah ini memudahkan pelancong
dari India memasuki Malaysia kerana proses kemasukan
dilakukan setelah tiba di negara ini. Kerajaan juga telah
memperkenalkan pas lawatan sosial kepada pelancong
dari China. Pas ini membenarkan mereka masuk dengan
Spoton(KaranganPA)STPM(1)4th 23.5 5 7/25/12 11:06:30 AM
Penggal 1 7 19
P
E
N
G
G
A
L
1
TAJUK
6
Kewujudan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan telah menjamin hak-
hak rakyat untuk memastikan kehidupan terus aman.
Dengan mengemukakan contoh yang sesuai, perihalkan pernyataan di atas.
1 Soalan ini menguji pengetahuan pelajar tentang kewujudan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan
negara yang dapat melindungi hak-hak rakyat. Pembelajaran dalam bahagian A sukatan pelajaran Pengajian
Am, amat membantu pelajar dalam menjawab soalan ini.
2 Pelajar perlu memerihalkan lima peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewujudkan hak-
hak rakyat untuk dilindungi.
Ulasan
Idea dan Huraian
HAK YANG DILINDUNGI OLEH PERLEMBAGAAN
Idea 1: Hak asasi
Huraian:
Perlembagaan melindungi hak asasi warganya, iaitu hak untuk terus hidup, bebas daripada ditahan dan
dihukum tanpa melalui proses undang-undang. Sekiranya ditahan, masih wujud hak-hak yang perlu dipatuhi
oleh pemerintah.
Mana-mana warganegara juga tidak boleh dilayan sebagai orang yang bersalah selagi belum dibuktikan
kesalahannya.
Jelaslah bahawa peruntukan ini membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan bebas dan selamat kerana
undang-undang akan melindungi warganya daripada pencabulan hak.
Idea 2: Hak memiliki harta
Huraian:
Perlembagaan juga melindungi warga dan harta yang dimilikinya.
Selain membenarkan pemilikan harta secara sah, sebarang harta yang dimiliki juga tidak boleh dicerobohi
dan diambil hak pemilikannya.
Sekiranya keperluan untuk pembangunan, pengambilan harta seperti tanah dan sebagainya perlu diberi
pampasan sewajarnya.
Harta adalah sebahagian daripada keperluan kehidupan, kewujudan perlembagaan melindungi keperluan dan
hak ini.
Idea 3: Kebebasan bersuara dan berpersatuan
Huraian:
Pada asasnya setiap warganegara bebas menyuarakan pendapat dan pandangan. Mana-mana pihak tidak
boleh menyekat seseorang daripada menikmati hak kebebasan bersuara ini.
Selain bebas bersuara, warganegara juga dilindungi untuk menyuarakan suatu tuntutan dalam bentuk
kumpulan atau berpersatuan atau menyertai mana-mana pertubuhan untuk menzahirkan pandangan.
Tanpa Perlembagaan, hak-hak ini mungkin disekat dan diganggu-gugat.
Spoton(KaranganPA)STPM(1)4th 23.19 19 7/25/12 11:06:36 AM
124 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3
P
E
N
G
G
A
L
2
TAJUK
12
Jenayah ke atas kanak-kanak semakin meningkat. Banyak faktor yang membawa kepada
berlakunya jenayah ini. Oleh itu, langkah yang berkesan perlu dilakukan. Bincangkan.
1 Banyak jenayah yang berlaku ke atas kanak-kanak dan banyak sebab yang menggerakkan perlakuan
jenayah ini.
2 Pelajar perlu menjelaskan tiga sebab berkenaan dan mencadangkan dua langkah bagi menangani perlakuan
jenayah ini atau sebaliknya.
Ulasan
Idea dan Huraian
FAKTOR JENAYAH
Idea 1: Penyakit jiwa
Huraian:
Pedofilia merupakan sejenis penyakit jiwa yang menyebabkan penghidap berkeinginan untuk mengadakan
hubungan seks dengan kanak-kanak. Kepuasan melihat penderitaan mangsa.
Konflik jiwa keterlaluan; berasa keadaan diri yang kurang menyenangkan, cenderung bertindak ganas.
Persekitaran kehidupan yang menekan, pengalaman silam, kesunyian, sejarah hitam, dan kecelaruan jiwa
sejak kanak-kanak mendorong kepada menghidapi penyakit jiwa begini.
Idea 2: Desakan hidup
Huraian:
Menjadikan kanak-kanak sebagai pekerja secara paksa bagi menampung kehidupan harian.
Wujud tekanan sehingga mendera, membiarkan anak-anak diperlakukan oleh suami atau teman lelaki yang
menjadi tempat bergantung.
Desakan hidup, membiarkan anak-anak bersendirian atau mengurungnya ketika keluar bekerja.
Idea 3: Pengaruh alkohol dan dadah
Huraian:
Hilang kawalan semasa jenayah dilakukan kerana pengaruh alkohol atau keinginan melepaskan gian yang
tinggi akibat ketagihan dadah.
Menculik kanak-kanak untuk mendapatkan wang tebusan bagi membeli dadah.
Kanak-kanak yang masih kecil menjadi mangsa kerana tidak berupaya melawan.
Idea 4: Pengaruh bahan porno
Huraian:
Bahan-bahan porno daripada Internet atau VCD mempengaruhi naluri dan nafsu.
Wujud peluang dan hilang pertimbangan apabila melihat kanak-kanak perempuan bersendirian.
Spoton(KaranganPA)STPM(2)5th(24.124 124 7/25/12 11:11:25 AM
176 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3
P
E
N
G
G
A
L
2
TAJUK
30
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memantapkan lagi perpaduan di negara
ini, namun kebelakangan ini wujud ancaman terhadap usaha berkenaan. Bincangkan
pernyataan tersebut.
1 Dua tugasan berkait dengan soalan ini. Tugasan pertama merujuk kepada usaha dan langkah yang telah
diambil oleh kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan. Pelajar diingatkan bukan mencadangkan
langkah.
2 Tugasan kedua melibatkan ancaman terhadap kejayaan kerajaan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
rakyat selama ini.
3 Pelajar boleh mengemukakan usaha dan langkah yang diambil oleh kerajaan sebagai tiga idea dan dua
idea melibatkan ancaman atau sebaliknya.
Ulasan
Idea dan Huraian
LANGKAH MENINGKATKAN PERPADUAN
Idea 1: Sistem pendidikan kebangsaan
Huraian:
Mewajibkan pembelajaran bahasa kebangsaan dalam semua sistem persekolahan; penggunaan bahasa yang
sama mewujudkan hubungan.
Menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan kaedah penilaian yang sama.
Menggerakkan penubuhan sekolah wawasan.
Idea 2: Program khas kerajaan
Huraian:
Aktiviti kemasyarakatan/hormati antara satu sama lain.
Pembentukan kumpulan terdiri daripada semua kaum dalam pelaksanaan modul kenegaraan seperti PLKN
dan program Rakan Muda.
Sambutan perayaan semua kaum terbesar di Malaysia.
Program RIMUS juga digerakkan untuk meningkatkan kefahaman suatu kaum terhadap kaum lain.
Idea 3: Gagasan 1Malaysia
Huraian:
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Memastikan semua pihak mendapat pembelaan/peluang yang sama.
Memastikan kesejahteraan hidup dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kaum.
Spoton(KaranganPA)STPM(2)5th(24.176 176 7/25/12 11:11:50 AM
214 8 Spot On Contoh Karangan Terbaik Pengajian Am STPM Penggal 1, 2 & 3
P
E
N
G
G
A
L
3
TAJUK
13
Masalah jerebu dan kualiti udara yang merentasi sempadan merupakan antara masalah
yang dihadapi antara negara berjiran. Negara kita turut menghadapi masalah yang sama.
Jelaskan punca masalah ini dan kesannya kepada Malaysia dan negara lain.
1 Soalan ini mendukung dua tugasan, iaitu menjelaskan punca masalah jerebu yang melanda negara
sebagai tugasan pertama.
2 Tugasan kedua melibatkan penjelasan tentang kesan jerebu dan kualiti udara yang tidak baik ke atas
kehidupan di Malaysia dan negara jirannya.
3 Pelajar boleh menjawab dengan kombinasi tiga idea tugasan satu dan dua idea tugasan dua atau
sebaliknya.
Ulasan
Idea dan Huraian
PUNCA
Idea 1: Pembakaran terbuka
Huraian:
Pembakaran terbuka di ladang-ladang untuk tujuan membersihkan sisa tanaman bagi tanaman semula.
Aktiviti sebegini sering dilakukan di Kalimantan kerana teknologi penanaman yang masih rendah.
Pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah. Teknologi yang rendah menjadikan kaedah pembakaran
merupakan kaedah terpilih.
Asap daripada aktiviti pembakaran ini merentasi sempadan yang tentunya sukar dikawal.
Idea 2: Kebakaran hutan
Huraian:
Kebakaran hutan juga sering berlaku di negara jiran sehingga berminggu-minggu.
Kebakaran ini berpunca daripada cuaca yang kering yang ada kaitan dengan el Nino.
Kebakaran hutan yang luas telah menyebabkan serakan asap yang meliputi kawasan yang luas termasuk
Malaysia.
Idea 3: Industri dari negara jiran
Huraian:
Peningkatan unsur karbon merentasi sempadan yang berpunca daripada kegiatan industri negara jiran.
Industri pengangkutan yang membebaskan asap, karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida,
serta habuk dan jelaga juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.
Teknologi yang rendah dalam mengawal pelepasan asap kilang dan kelemahan pemantau juga merupakan
faktor penyumbang kepada masalah ini.
Spoton(KaranganPA)STPM(3)3rd 17.214 214 7/25/12 11:17:14 AM

You might also like