You are on page 1of 15

PENGENALAN

Sumber bahan pengajaran dan pembelajaran


ialah apa-apa sahaja alat atau bahan yang
berperanan dan bertugas untuk membantu
guru-guru
Menyampaikan isi pelajaran supaya pelajar
dapat memperolehi pengetahuan, kemahiran,
sikap dan nilai berdasarkan objektif kurikulum
Alat-alat atau bahan-bahan ini dapat
membantu guru dengan menyokong
penyampaian pelajaran

Jenis-jenis alat ialah bahan bercetak, bahan
teknologi maklumat dan bahan maujud
JENIS-JENIS SUMBER

bahan bercetak
bahan teknologi maklumat
bahan maujud
SUMBER-SUMBER YANG DIGUNAKAN OLEH GURU

Antara sumber-sumber yang boleh digunakan oleh
guru-guru yang ialah

buku teks
buku rujukan
buku latihan

Untuk memberi kelainan atau penambahan
yang lebih menarik kepada proses P&P, guru
boleh menggunakan alat audio visual

LCD Gambar rajah
Televisyen Peta
Komputer
BAHAN BERCETAK
didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan
wujud secara fizikal
boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus
ciri-ciri penting pada bahan bercetak: mesti dihasilkan
melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan
mana-mana individu.
ia meliputi bahan yang dihasilkan secara bercetak
Buku surat khabar
Majalah Kadkatalog
Jurnal Buku teks
Ensiklopedia Kamus
disimpan di pusat sumber atau perpustakaan ataupun
arkib
semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-
pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing
ia telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di
sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang
terdapat pada bahan ini
bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana
bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa
ia mudah alih dan mudah diakses
kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini
selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya
buku teks
sukar untuk dibawa kerana berat
tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila
berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan
buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini
buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu
kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia
mengambil masa yang agak lama untuk mengikut
peredaran zaman.
BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
oTeknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT
adalah teknologi dunia yang terkini
oPerlu dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana
pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P
oBagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka
boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan
intranet, rangkaian LAN dan multimedia.
oKomputer adalah alat atau bahan utama yang perlu
digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran
dalam proses P&P
oPada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana
terdapat perisian-perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan
di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran
yang sedia ada
oKelebihan bahan ini
murid-murid mudah faham kerana mereka akan tertarik
dengan grafik yang ada pada bahan ini
murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah
dipelajari dan guru
mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati
terdapat perubahan yang perlu dibuat
okelemahan mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan
mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan
BAHAN MAUJUD
bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan
dipegang
bahan maujud adalah nyata yang ada di lingkungan
alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang
sudah diawetkan
Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber
P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam
persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud
Manakala dari segi sumber P&P pula bahan-bahan yang
mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan
perkakas sains
Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis
realia asli
realia awet
spesimen
Realia asli terbahagi kepada dua
bahan yang hidup: yang sebenar dalam dunia realiti
dan masih hidup contohnya cacing tanah
bahan bukan hidup: jentera ataupun bangunan
Realia awet pula mestilah berasal daripada benda hidup
yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir
kimia
Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat
mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang
mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat
pada kumpulan hidup tersebut
Spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan
Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan
situasi, gambaran atau kenyataan sebenar
Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di
mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga
merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran,
rasa, sentuhan dan bauan murid-murid

You might also like