You are on page 1of 12

1

KRM3013: TUGASAN 2









KRM 3013
ASAS NOMBOR
TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2 - INDIVIDU


KUMPULAN
GROUP: UPSI-04 ( A121 PJJ )

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. ID NO. TELEFON
CHONG LAI MEI D20102045679 012-5072120


NAMA PENSYARAH : DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH : 18 NOV 2012






2

KRM3013: TUGASAN 2



KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
1. Unit 1 Nombor Bulat 3

2. Unit 3 Nombor Pecahan 5

3. Unit 5 Nombor Perpuluhan 7

4. Unit 7 Wang 9

5. Unit 9 - Peratus 11











3

KRM3013: TUGASAN 2


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
1 NOMBOR BULAT

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT
Sistem penomboran Hindu-Arab yang kita gunakan sekarang mengandungi sepuluh
nombor asas, yang dipanggil digit. Digit-digit berkenaan adalah seperti berikut: 0, 1, 2, 3,
4,5,6,7,8, 9. Sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai ciri-ciri penting yang berikut:
a) Digit: setiap nombornya adalah dibina daripada sepuluh digit asas.
b) Simbol Asas: terdapat simbol asas iaitu sifar, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh,
lapan dan sembilan.
c) Perpuluhan: Sistem penomboran ini dibina berdasarkan nilai tempat yang menggunakan
kaedah pengulangan berkumpulan asas sepuluh, yang dipanggil sistem perpuluhan.
Setiap digit dalam sistem penomboran Hindi-Arab mempunyai 2 fungsi:
Kedudukan digit dalam sistem penomboran mengandungi nilai tempat.
Setiap digit mempunyai nilai muka, iaitu nilai sebenar sesuatu digit.
Nombor bulat terdiri daripada nombor-nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11,.... Asas
bagi nombor bulat adalah nombor asli.
Algoritma adalah berasal daripada nama Mohammed al Khowarizmi. Algoritma
bermaksud penggunaan prosedur yang sistematik bagi mencapai sesuatu penyelesaian.
Verschaffel and De Corte(1996) mengelaskan penggunaan nombor bulat kepada 5
kategori, iaitu Menentukan kuantiti, Mengenal pasti, Mengukur, Reckon dan Menamakan.
Penambahan nombor bulat boleh dilaksnakan dengan menggabungkan beberapa kumpulan
objek atau set. 4 sifat penambahan melibatkan nombor bulat, iaitu Sifat tertutup, Sifat
komutatif, Sifat asosiatif dan Sifat identiti.
Terdapat 4 model boleh digunakan bagi melaksanakan operasi tolak nombor negatif
iaitu Model Ambil Keluar, Model Melengkapkan, Model Perbandingan dan Model Garis
Nombor.
Operasi kira darab adalah merupakan cara mudah bagi mencari jumlah bagi beberapa
nombor bulat yang serupa. William Oughtred (1575-1660)mula memperkenalkan
penggunaan simbol x untuk kira darab. Kemudian Gottfried Wilhelm von Leibnitz (1646-
1716) menggunakan simbol ..
4

KRM3013: TUGASAN 2


Operasi kira bahagi nombor bulat boleh difahami melalui aktiviti sejumlah nombor
dibahagi kepada beberapa bahagian yang sama banyak. Terdapat 3 strategi kira bahagi iaitu
bahagi langsung, bahagi faktor tertinggal dan kira tolak berulang. Algoritma kira bahagi
boleh dilakukan menggunakan kaedah scaffolding.
Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan 4 langkah utama,
sebagaimana dijelaskan oleh Polya, iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian,
melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.



CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Bahan konkrit amat penting semasa pengajaran konsep bagi pelbagai jenis operasi
Matematik. Selepas murid memahami konsep pelbagai operasi Matematik, pelajar barulah
diperkenalkan algoritma atau prosedur untuk melaksanakan operasi Matematik. Miskonsepsi
adalah kesukaran yang sering dialami oleh murid. Guru hendaklah selalu prihatin dan
meramal kesilapan yang mungkin dan sering dilakukan oleh murid, menjelaskan bagaimana
dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan serta membantu murid memperbetulkan
miskonsepsi murid-murid. Ini dapat mengenalpastimurid-murid benar-benar menguasai apa
yang cikgu ajar sebelum masuk ke topic atau kemahiran yang seterusnya.
Dalam perancangan pengajaran dan pembelajran konsep nombor, guru hendaklah
member penekanan kepada penguasaan 6 kemahiran asas yang berikut: a) mengelas dan
membanding; b) memadan satu dengan satu; c) membilang; d) merekod dengan perkataan
dan symbol; e) menyusun nombor mengikut tertib; f) memahami konsep nilai tempat. Guru
boleh melaksanakan aktiviti secara berkumpulan dengan menggunakan bahan konkrit atau
menggunakan media dan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran.






5

KRM3013: TUGASAN 2


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
3 NOMBOR PECAHAN

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT
ADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH


























Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia sebelum masihi lagi. Nombor-
nombor yang kita sering jumpai seperti , , dan lain-lain disebut sebagai nombor
pecahan. Ia mempunyai perkaitan dengan nombor rasional. Bagaimanapun, nombor
pecahan tidak semestinya nombor rasional. Untuk memahami pecahan, gambar rajah sesuai
digunakan. Gambaran pecahan merupakan sebahagian kuantiti daripada keseluruhan
kuantiti. Naobor rasional dan nombor pecahan menjadi lebih mudah difahami sekiranya
digambarkan dalam bentuk garisan nombor.
Pecahan wajar adalah pecahan a/b, yang mana 0 |a|<|b|. b0. Pecahan tak wajar
ialah pecahan berbentuk , yang mana |a||b|>0.
Nombor pecahan boleh dimudahkan dengan berpandukan Hukum Asas Pecahan.
Menyusun nombor pecahan dalam satu urutan daripada suatu nilai yang kecil kepada nilai
yang lebih besar, atau sebaliknya, lebih mudah dilakukan melalui perwakilan dalam situasi
sebenar.
Operasi kira tambah dan kira tolak nombor pecahan akan menjadi mudah
dilaksanakan sekiranya penyebutnya adalah sama. Menambahkan 2 nombor pecahan yang
denominator adalah tidak sama perlu dilaksanankan dengan menyamakan terlebih dahulu
penyebutnya.
Suatu nombor yang terbina daripada gabungan antara suatu nombor integer dan
suatu nombor rasional dipanggil sebagai nombor bercampur.
Operasi kira darab nomboe pecahan boleh difahami dengan lebih mudah sebagai
penambahan berulang. Terdapat 5 sifat kira darab rasional iaitu sifat identity, sifat songsang,
sifat taburan, sifat kesamaan dan sifat sifar.
Memahami operasi kira bahagi melibatkan nombor pecahan, adalah lebih mudah
kita menjadikan gambar rajah yang lebih konkrit. Algoritma kira bahagi yang melibatkan
nombor pecahan boleh dilaksanakan dengan menggunakan prosedur yang khusus.
Penyelesaian masalah melibatkan nombor pecahan dilaksanakan melibatkan 4
langkah iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian,
melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.
6

KRM3013: TUGASAN 2


CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH































Sebelum pengajaran dan pembelajaran operasi kira tambah, kira tolak, kira bahagi
dan kira darab, murid-murid hendaklah menguasai konsep asas nombor pecahan. Untuk
mengajar konsep asas nombor pecahan, bahan konkrit amatlah sesuai digunakan. Misalnya,
guru menggunakan kek dan membahagikan kek untuk memperkenalkan topik ini. Gambar
rajah dengan petak-petak yang sama besar juga sesuai dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
Masalah miskonsepsi sering berlaku di kalangan murid dalam topik nombor
pecahan. Guru hendaklah peka kepada miskonsepsi yang murid lakukan. Guru hendaklah
menjelaskan kepada murid mengapa mereka melakukan kesalahan dan memastikan murid
membuat pembetulkan sebelum masuk ke topik yang seterusnya.
Guru hendaklah secara sengaja memberi tumpuan yang khusus tentang kefahaman
mengenai konsep pecahan. Pengertian sebenar dalam konteks matematik, bolehlah
diringkaskan sebagai sebahagian daripada keseluruhan. Guru hendaklah memberi
tumpuan kepada murid tentang maksud pecahan pada awal pengajaran.
Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan bahan konkrit seperti meminta murid melipatkan kad manila atau kertas.
Kemudiannya murid diminta melorek bahagian pada kertas atau kad manila bagi mewakili
nombor pecahan yang dinyatakan. Ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.
Selain itu, guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran secara induktif. Strategi ini dapat
mengelakkan guru mengajar prosedur tanpa kefahaman kepada murid.
7

KRM3013: TUGASAN 2


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
5 NOMBOR PERPULUHAN

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT



























Perkataan perpuluhan atau dalam Bahasa Inggeris ialah decimal berasal daripada
perkataan Latin decem yang bermaksud sepuluh. Nombor perpuluhan dan nombor
pecahan mempunyai hubungan walaupun bentuk tulisan mereka berlainan. Sebenrnya,
perkaitan antara perpuluhan dan nombor pecahan amat ketara sekali. Nombor perpuluhan
boleh diwakili dengan nombor pecahan yang penyebutnya bernilai 10, 100, 1000 dan
seterusnya. Pemelajaran nombor perpulhan boleh menjadi lebih mudah apabila
digambarkandalam bentuk gambar rajah.
Operasi melibatkan nombor perpuluhan adalah meliputi kira tambah, kira tolak, kira
darab dan kira bahagi. Prinsip asas dalam melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak
nombor perpuluhan dapat dihayati dengan mengubahnya menjadi nombor pecahan yang
penyebutnya dalam kuasa 10, iaitu seperti 10, 100, 1000 dan sebagainya. Operasi dilakukan
secara menambah atau menolak nombor yang penyebutnya serupa. Walaubagaimanapun,
penambahan dan penolakan akan menjadi lebih mudah jika disusun dalam susunan menegak
berpandukan kepada titik perpuluhan. Melaksanakan operasi kira darab, pada asasya boleh
didarab dengan lebih mudah dengan cara menukar dahulu nombor perpuluhan menjadi
nombor pecahan , di mana a dan b ialah integer, b 0. Operasi kira darab ini boleh
diringkaskan dengan menggunakan algoritma berikut: i) nombor perpuluhan ditukar dahulu
kepada nombor bulat. ii) mendarab 2 nombor bulat. iii) meletakkan titik perpuluhan
mengikut jumlah bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi nombor-nombor yang terbabit.
Secara umumnya, bilangan digit selepas titik perpuluhan adalah bersamaan dengan jumlah
bilangan digit selepas titik perpuluhan bagi kedua-dua nombor yang didarab. Operasi kira
bahagi melibatkan nombor perpuluhan dilaksanakan sebagaimanan membahagikan 2
nombor bulat. operasi kira bahagi boleh dipermudahkan melalui algoritma.
Pengetahuan dan kemahiran tentang nombor perpuluhan amat penting bagi murid-
murid kerana kegunaannya merentasi kebanyakan daripada masalah dalam kehidupan
manusia. Dalam hal penyelesaian masalah ini, ia merupakan suatu proses yang dijalankan
dalam 4 langkah iaitu iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan
penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali.




8

KRM3013: TUGASAN 2


CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH































Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor
perpuluhan ini adalah berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan
nombor perpuluhan berbanding dengan nombor bulat dan cara pengajaran guru di bilik
darjah. Guru hendaklah memperbetulkan miskonsepsi yang murid lakukan dan jelaskan cara
penyelesaiannya.
Secara umum, pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting
sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. Pengajaran konsep perpuluhan
sukar diajar persendirian,sebaliknya perlulah dilaksanakan bersama-sama dengan proses
mengingat kembali konsep pecahan dan nombor bulat. Konsep nilai tempat perlu diberi
penekanan dalam pengajaran nombor perpuluhan.
Selain daripada yang disebut di atas, guru hendaklah menggunakan bahan konkrit
ataupun media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan
ini memudahkan murid menguasai konsep tentang nombor perpuluhan.
9

KRM3013: TUGASAN 2


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
7 WANG

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT



























Pada zaman dahulu, sistem barter atau sistem pertukaran barang telah digunakan
secarameluas dalam sistem jual beli. Namun urusan jual beli menjadi lebih mudah apabila
wang diperkenalkan. Dari segi sejarah, penggunaan wang telah diguna oleh manusia
sebagaialat pertukaran barang semenjak sebelum Masihi. Wang merupakan objek yang
diterima pakai sebagai alat pertukaran dalamurusan jualbeli oleh sesuatu masyarakat dan
sah dari segi undang-undang sesebuah negara. Di Malaysia, nilai wang yang diterima pakai
dan sah disisi undang-undang ialah ringgit dan sen. Ringgit diwakilkan dalam bentuk
kepingan kertas manakal sen diwakilkan dalam bentuk syiling. Simbol bagi wang di
Malaysia ialah RM yang mewakili Ringgit Malaysia.
Asas dalam pertukaran mata wang ringgit dan sen adalah 1 ringgit bersamaan 100
sen. Dua bentuk pertukaran mata wang yang perlu diperlajaripelajar adalah pertukaran
daripada sen kepada ringgit dan ringgit kepada sen.
Nilai wang adalah merupakan gabungan daripada beberapa jenis wang lain dengan
nilai yang lebih rendah.
4 operasi asas melibatkan wang ialah operasi tambah, operasi tolak, operasi darab
danoperasi bahagi. Prasyarat untuk melaksanakan operasi kira tambah dan kira tolak ialah
dengan terlebih dahulu menyusun kedua-dua nilai mata wang dengan meletakkan titik
perpuluhannya di dalam satu turus. Operasi kira darab melibatkan mata wang boleh
dilaksanakan sebagaimana operasi kira darab nombor perpuluhan. Pastikan simbol RM
digunakan kepada nilai mata wang. Operasi kira darab melibatkan mata wang mematuhi
prosedur kira darab nombor perpuluhan. . Operasi kira bahagi melibatkan mata wang boleh
dilaksanakan sebagaimana operasi kira bahagi nombor perpuluhan. Pastikan simbol RM
digunakan kepada nilai mata wang. Operasi kira bahagi melibatkan mata wang mematuhi
prosedur kira bahagi nombor perpuluhan.
Bab ini membincangkan tentang aplikasi tentang asas nombor, khususnya wang.
Konsep wang seperti rupa bentuk wang, simbol, niali wang dan pertukaran ringgit dan sen.
Operasi melibatkan wang ditekankan. Selain itu, penyelesaian masalah merupakan satu
daripada matlamat dalam Unit Pelajaran ini.



10

KRM3013: TUGASAN 2



CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH






























Sekiranya murid menghadapi masalah dalam nombor perpuluhan dan peratus,
biasanya mereka juga menghadapi masalah dalam kiraan wang. Selain itu, miskonsepsi
tentang nilai wang sering berliku di kalangan murid. Penguasaan tentang nombor
perpuluhan dan peratusan amat penting. Guru juga boleh melibatkan secara langsung murid-
murid dalam urusan jual beli. Aktiviti ini dapat meningkatkan minat murid dalam
pengajaran dan pembelajaran melibatkan wang. Konsep wang penting diperlajari pelajar.
Guru boleh menggunakan bahan konkrit seperti wang sampel, media dan teknologi semasa
memperkenalkan rupa bentuk wang kepada murid. Aktiviti jual beli dengan menggunakan
wang sampel (permainan) dijalankan dalam bilik darjah membolehkan murid mengenal
nilai wang dan melibatkan diri secara langsung dalam urusan jual beli. Selain itu, guru
boleh meminta murid membuat refleksi tentang kombinasi atau cara mengira wang bagi
membeli sesuatu barang. Dengan cara ini, murid dapat mengetahui bahawa harga sesuatu
barang boleh dibuat dengan berbagai cara atau kombinasi. Lembaran kerja adalah bahan
yang penting dan tidak boleh diabaikan dalam pengajaran bab ini.
11

KRM3013: TUGASAN 2


REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT TAJUK
9 PERATUS

RINGKASAN ISI KANDUNGAN UNIT



























Simbol % adalah perwakilan bagi perkataan peratus. Perkataan peratus
berasal daripada perkataan Latin, iaitu per centum yang bermaksud perseratus. Peratus
ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1/100.
Konsep peratus merujuk kepada sebilangan bahagian daripada seratus bahagian. Peratus ini
boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100. Sebarang pecahan
yang mempunyai penyebutnya bernilai 100 boleh terus ditulis dalam bentuk peratus.
Nombor pecahan boleh ditulis dalam bentuk peratus dengan terlebih dahulu mencari
pecahansetara dengan penyebutnya bernilai 100. Sebarang nombor peratus boleh ditukarkan
kepada pecahan dengan nilai penyebutnya 100, dan seterusnya memudahkannya menjadi
pecahan dan menjadi bentuk teringkas.
Menukarkan nombor pecahan bercampur kepada peratus boleh dilakukan melalui 3
cara: a) peratus nombor bulat dan nombor perpuluhan dikira secara berasingan. b) nombor
bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tidak wajar, diikuti dengan menjadikan
penyebutnya bernilai 100. c) nombor bercampur ditukar menjadi nombor pecahan tak wajar,
dan seterusnya mendarab dengan 100%.
Umumnya, nilai dalam bentuk peratus menggambarkan perbandingan antara suatu
kuantiti dengan kuantiti keseluruhan. Perlu memberi maklumat kepada murid bahawa
jumlah peratus bagi keseluruhan sesuatu kuantiti ialah100%, oleh itu, operasi
matematikakan menjadi mudah melalui menggunakan formula berikut:
Peratus = nilai sebahagian suatu kuantiti x100%
Jumlah keseluruhan
Penyelesaian masalah melibatkan peratus boleh diperoleh dalam berbagai bentuk.
Antara masalah yang popular dalam konteks kehidupan masyarakat adalah konsep diskaun,
untung dan rugi. Proses penyelesaian masalah membabitkan peratus ditekan dalam topik
peratus.







12

KRM3013: TUGASAN 2


CADANGAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH



Pengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan
terdahulu, iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Jika pelajar menghadapi masalah
dalam nombor bulat, pecahan dan perpuluhan, masalah juga akan muncul semasa
pengajaran dan pembelajaran peratus. Selain itu, kesukaran yang dihadapi murid-murid
dalam pembelajaran tentang peratus adalah untuk memahami konsep peratus. Terdapat juga
murid mengahdapi kesukaran menggambarkan maksud perbandingan 2 kuantiti. Oleh itu,
kefahaman murid tentang konsep peratus amat penting untuk membolehkan penyelesaian
masalah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Peratus mempunyai perkaitran ketara dengan
pecahan dan perpuluhan. Guru hendaklah menjelaskan hubungan ini dengan baik.
Kegagalan berbuat demikian akan menimbulkan pelbagai masalah miskonsepsi tentang
peratus kepada murid-murid. Konsep peratus perlu dikaitkan dengan konsep-konsep asas
yang lain seperti konsep nombor pecahan, konsep nombor perpuluhan, nilai wang dan
diskaun. Guru hendaklah membuat refleksi tentang konsep-konsep asas seperti pengertian
konsep peratus, perpuluhan dan pecahan, kemahiran dalam peratus, dan penyelesaian
masalah peratus dalam pengajaran tentang peratus. Dalam pengajaran penyelesaian masalah
tentang peratus, guru bolehlah merancang suatu aktiviti jual beli yang melibatkan
pembelian diskaun di pasar raya. Aktiviti ini melibatkan murid secara aktif semasa proses
pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, guru hendaklah banyak menggunakan bahan
manipulative supaya dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep peratus.

You might also like