• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Pendahuluan
Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yangdikatakan sebagai proses pengujian, pengukuran dan penilaian. Maka dalammenghadapi proses ini memerlukan kita
membuat sesuatu pertimbangan ataukeputusan. Sebagai guru kita perlu membuat
pertimbangan dan keputusanberhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung untukmenentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar ataumemerlukan ulangan semula dan sebagainya.Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep pentingdalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti.Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakanmereka ingin mengukur atau menilai
prestasi pelajar dalam sesebuah bilikdarjah, tanpa menghirau maksud khusus yang
mendukung istilah-istilahberkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan
mempunyaimakna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kirasemua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh,akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuatmelalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan gurudalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amatpenting, malah sama pentingnya
dengan penguasaan guru terhadap kurikulumyang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuatberasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran jugaboleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi,projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar. Justeru ujian yang
1
 
dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan.Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaanpenilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif.
Kaedah Pembinaan Item
Soalan merupakan satu set ítem yang digubal secara sistematik dan strategikdisusun mengikut urutan, taburan dan aras kesukaran. Manakala ítemmerupakan satu unit rangsangan untuk mendapatkan respon sama ada secaralisan atau bertulis dengan mengukur konstruk. Dalam membina ítem penggubalmenggunakan JSU bagi memastikan ítem yang dibina mempunyai kesahan.Kesahan ítem yang dibina mestilah;
Akur – Kurikulum , Spesifikasi,Peluang
Menepati – Konstruk,Tajuk,Jelas
Adil – Aras kesukaran,Penting,AdilKonstruk merupakan perkara yang ingin dibangunkan atau diperkembangkandalam diri pelajar menerusi pelaksanaan sesuatu kurikulum. Konstruk ini didapatidari Falsafah Penddikan Kebangsaan yang dinyatakan secara eksplisit melaluidokumen kurikulum. Pengenalpastian konstruk ini boleh dibuat melaluimatlamat ,objektif dan huraian sukatan pelajaran. Konstruk yang ingin diukur berdasarkan aras taksonomi Bloom (Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi,Analisis dan Sintesis) mengikut kesesuaian mata pelajaran yang telah diseragamdan dikodkan.
Jenis-Jenis Item
i)Item Subjektif 
ii)
Item aneka pilihan
2
 
Kepentingan tugasan
Kami bersependapat bahawa tugasan ini mampu memberi impak yang besar dari aspek pembinaan ítem di mana pengalaman membina ítem menggunakanidea asli bukanlah suatu kerja yang mudah. Sesuatu ítem yang dibina perlu diujibagi memastikan ianya merupakan suatu ítem yang baik yang boleh diterima dandisimpan dalam bank ítem.Tugasan ini juga memberi pengalaman yang bermakna kepada kami tentangkepentingan mempunyai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) iaitu jadual perancanganpembinaan ítem yang perlu dibina sebelum membina ítem. Tujuan JSU iniadalah untuk menentukan ciri-ciri ítem dari segi topik, konstruk, aras kesukarandan bentuk soalan. Ini merupakan perkara yang jarang dititik oleh kebanyakkanguru kerana kekangan menghabiskan sukatan dan kesuntukan masa. Dalammembina ítem guru-guru perlu mengambil kira keadaan pelajarnya agar sesuaidengan objektif mengapa ujian itu dilaksanakan.
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...