You are on page 1of 4

Penulisan refleksi berdasarkan isu gejala sosial dalam kalangan guru di sekolah

Isu : Pecah Amanah


Isu gejala sosial dalam kalangan guru yang ingin saya bawakan dalam refleksi saya pada
kali ini ialah berkenaan isu pecah amanah.Masalah berhubung dengan rasuah dan pecah
amanah dalam kalangan rakyat Malaysia tidak dapat dinafikan lagi.Kerapkali perkara ini
dipaparkan dalam media-media di negara ini. Rasuah dan pecah amanah seolah-olah tidak
dapat dipisahkan di mana perlakuan rasuah banyak terdorong oleh pecah amanah. Kedua-
dua kesalahan ini tidak berfokus kepada penjawat jawatan-jawatan tertentu sahaja tetapi
meliputi pelbagai kategori masyarakat.Antara golongan yang sering terdedah dengan
kesalahan ini ialah pengarah syarikat-syarikat besar namun tidak terlepas golongan yang
dipandang mulia sejak turun temurun lagi iaitu dalam kalangan guru-guru sekolah. Dilihat
dari sudut undang-undang jenayah, kesalahan ini boleh dituduh di bawah Kanun Keseksaan
dan akta-akta tertentu.Undang-undang sememangnya wujud, justeru bagi mereka yang
tertangkap, akan dibicarakan di mahkamah keadilan.Jarang terdengar perbincangan serius
di kalangan masyarakat mengapa berlakunya pecah amanah dan cara untuk menanganinya
di peringkat awal. Adakah ini bermaksud ianya tidak dapat dibendung atau dikawal?
Penyemaian prinsip-prinsip integriti di dalam diri seorang guru mungkin boleh mengekang
kes-kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pecah amanah dalam kalangan guru yang
beragama Islam di negara ini memandangkan profesion perguruan yang dianggap tinggi
darjatnya.
Berbalik semula kepada maksud sebenar pecah amanah.Perkataan amanah adalah
daripada perkataan Arab iaitu amana yang memberi definisi tenteram, aman, selamat, dan
harmoni atau dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang
dipercayai dapat melaksanakan sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.
Manakala,pecah amanah mengikut Kamus Dewan adalah bermaksud sebaliknya iaitu
perbuatan mensia-siakan amanah atau kepercayaan orang lain dengan menipu dan
sebagainya.Dalam Islam, golongan yang pecah amanah dilabelkan sebagai munafik iaitu
memungkiri amanah yang diberikan.Dengan erti kata yang sama,pecah amanah juga ialah
melanggar amanah yang diberikan atau dipikul dan dengan sebab perlanggaran ini
menyebabkan berlaku tindakan yang prejudis atau merugikan kepada pihak atau orang lain.
Kesalahan pecah amanah boleh berlaku di setiap tempat dan juga boleh terjadi
terhadap sesiapa sahaja tetapi lebih melibatkan golongan yang profesional dan mempunyai
jawatan yang tinggi. Terdapat pelbagai faktor seseorang itu melakukan kes pecah amanah
ini antaranya adalah disebabkan pentingkan diri sendiri dan lemah prinsip hidup.Hal ini
adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi seseorang itu sendiri dan digambarkan melalui
kurangnya iman dan takwa dalam diri individu tersebut. Seseorang guru itu sudah pasti tahu
bahawa pecah amanah adalah dilarang oleh agama dan undang-undang, namun tetap
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sesetengah pendapat mengatakan
bahawa sikap mahu hidup mewah, menunjuk-nunjuk, riak, tamak, ingin cepat kaya dan
sebagainya merupakan punca utama kelemahan peribadi seseorang itu.Selain itu, individu
yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah
dipengaruhi oleh orang lain adalah sangat mudah untuk cenderung melakukan pecah
amanah.
Seterusnya, kurangnya didikan agama dan didikan moral juga menjadi salah satu
punca berlakunya gejala ini. Individu yang tidak mempunyai iman yang kukuh dan mantap
akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan memikirkan kepentingan peribadi bagi
menerima habuan tanpa berasa bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, pecah
amanah menjadi rutin dalam tugas mereka.
Punca yang turut dikenalpasti adalah kemungkinan seseorang guru yang
mengamalkan pecah amanah itu mengalami masalah pengurusan kewangan. Masalah ini
adalah berpunca daripada perbelanjaan melebihi pendapatan yang diperoleh. Terdapat
sesetengah guru mengalami tekanan hidup dan berusaha mencari jalan keluar bagi
masalah kewangan yang dihadapi .Ibnu Khaldun (Terjemahan Ahmadie Toha 1986)
menyatakan, keinginan untuk mengecap kemewahan mendorong manusia untuk terlibat
dengan amalan-amalan seperti rasuah dan mendorong kepada terjadinya pecah amanah.
Selain itu, Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi turut menyatakan Konsep untuk tidak terjerumus
dalam masalah kewangan sememangnya mudah. Iaitu, jangan biarkan perbelanjaan lebih
daripada pendapatan. Muhammad Hisyam (2006) menyatakan, sering kali ketidakcukupan
pendapatan untuk menyara kehidupan, menyebabkan ada kakitangan kerajaan terpaksa
membuat beberapa pekerjaan lain dalam satu masa bagi memenuhi tuntutan keperluan
harian mereka. Ini sebenarnya boleh mengakibatkan tumpuan kepada tugas hakiki mereka
terabai atau gagal untuk dilaksanakan dengan sempurna.
Sememangnya kes-kes jenayah seperti ini sukar untuk dikenal pasti kerana memerlukan
siasatan secara teliti dan mendalam yang mungkin mengambil masa yang lama untuk
diselesaikan. Menurut salah satu kes yang telah dipetik dari akhbar bertarikh,19 september
2011 terdapat satu kes pecah amanah yang dilaporkan berlaku di Kangar,Perlis dimana
seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah dikenakan tuduhan pecah
amanah.Beliau telah dituduh melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang
Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400 yang sepatutnya dibayar kepada 12
orang murid tahun satu pada 4 November 2008 di pejabat Sekolah Kebangsaan Behor
Empiang, di sini.Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.
Seorang guru yang baik haruslah sentiasa mempunyai integriti dalam menjalankan
tugas seharian. Tidak kira walau sekecil manapun amanah yang diberikan, sebagai seorang
guru dan penjawat awam yang berintegriti perlulah sentiasa teguh dengan pendirian dan
tidak mudah terpedaya dengan hasutan dan godaan yang hanya memberikan keseronokan
yang bersifat sementara.Rasulullah s.a.w bersabda ;

Kebaikan itu menenangkan jiwa, sementara kejahatan itu keraguan dalam jantung hati,
teragak-agak di dada sekalipun manusia manusia memberikan fatwa kepadamu (ianya baik).

HR Ahmad & Ad-darimi

Maka jadikanlah integriti sebagai amalan hidup, supaya setiap daripada rezeki yang kita
perolehi datang daripada sumber yang baik dan tidak memudaratkan.Jika sekiranya seorang
guru menunjukkan tauladan yang tidak baik, ianya akan menjejaskan sistem kepercayaan
orang ramai terhadap nilai dan kualiti guru yang ada di negara kita ini. Maka para guru harus
membina imej yang baik dalam masyarakat dan memastikan profesion perguruan tidak lagi
tercemar dengan tindakan yang dilakukan oleh guru sendiri.

Secara keseluruhannya,kesan daripada gejala pecah amanah ini boleh mengakibatkan
runtuhnya institusi dalam sesebuah negara itu sendiri sama ada dari segi ekonomi, sosial
mahupun politik kerana melibatkan golongan yang profesional dan mempunyai pendidikan
yang tinggi.Tambahan pula sepertimana yang kita tahu,seseorang guru itu adalah sebagai
seorang role model yang akan menjadi teladan kepada murid di sekolah kelak. Sekiranya
tidak diatasi secara berkesan akan memberikan pelbagai masalah lain yang akan timbul.






Rujukan

Berita Harian Online. (2011, 09 19). Retrieved 07 31, 2013, from Guru penolong kanan
hadapi tuduhan pecah amanah:
http://www.bharian.com.my/articles/Gurupenolongkananhadapituduhanpecahamanah/Article
Noriati A.Rashid, B. P. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan
dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar

You might also like