You are on page 1of 17

Perkara Muka surat

1. Soalan Tugasan ms. 2


2. i) Jawapan (a) ms. 3-5

ii) Jawapan (b) ms. 6-8

iii) Jawapan (c) ms. 9-11

iv) Jawapan (d) ms. 12-13


3. Rumusan Tugasan ms. 14
4. Rujukan ms. 15
5. Lampiran

1
SOALAN TUGASAN

Anda merupakan seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk sebuah kelas yang
mempunyai seramai 20 orang pelajar. Dalam satu peperiksaan akhir tahun, anda hendak
mengenalpasti tahap pencapaian pelajar anda. Berikut merupakan markah yang diperolehi
oleh pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut :

91 78 85 92 68
62 98 51 78 80
82 61 94 72 42
78 81 67 78 88

Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut:

a) Kira varians dan sisihan piawai bagi data di atas.

b) Katakanlah gred sekolah tersebut pada lekukan loceng (Bell Curve) adalah A, B, C, D
dan F. Jelaskan bagaimana anda hendak memberikan gred pada kelas tersebut dengan
pengiraan yang relevan.

c) Lukis satu graf lekukan loceng (Bell Curve) untuk menunjukkan taburan skor piawai.
Terangkan dapatan daripada graf lekukan loceng tersebut.

d) Daripada keputusan didapati, buat satu kesimpulan terhadap pencapaian pelajar-


pelajar anda di dalam peperiksaan akhir tahun tersebut.

i) Jawapan (a):

2
1. Sebelum mengira varians, kita hendaklah mengira min bagi data tersebut.
Min ialah purata data/skor yang mewakili data/skor kelompok pelajar yang diuji.
Formula min ialah
n
͞x = ∑ xᵢ/n
i=1

Di mana :
͞x = Min
∑ = Jumlah data/skor
xᵢ = data/skor
n = Bilangan murid

Skor xᵢ = 91,78,78,85,92,68,62,98,51,78,80,82,61,94,72,42,78,81,67,78,88

Maka Min xᵢ =

91+78+78+85+92+68+62+98+51+78+80+82+61+94+72+42+78+81+67+78+88
20

Min xᵢ = 1526
20

Min xᵢ = 76.3

2. Setelah mendapat nilai min, maka kita boleh mencari nilai varians. Varians ialah
ukuran serakan dengan mengambil kira data yang ada.
Formula varians ialah :

3
n
2 2
s = ∑ ❑[( xᵢ - ͞x) ]/(n-1)
i=1

Beberapa pengiraan perlu bagi mendapatkan varians adalah seperti yang ditunjukkan
dalam jadual di bawah.
Markah Perbezaan Kuasa dua
xᵢ ( xᵢ - ͞x) ( xᵢ - ͞x)
42 (42-76.3) -34.3 1176.49
51 (51-76.3) -25.3 640.09

61 (61-76.3) -15.3 234.09

62 (62-76.3) -14.3 204.49

67 (67-76.3) -9.3 86.49

68 (68-76.3) -8.3 68.89

72 (72-76.3) -4.3 18.49

78 (78-76.3) 1.7 2.89

78 (78-76.3) 1.7 2.89

78 (78-76.3) 1.7 2.89

78 (78-76.3) 1.7 2.89

80 (80-76.3) 3.7 13.69

81 (81-76.3) 4.7 22.09

82 (82-76.3) 5.7 32.49

85 (85-76.3) 8.7 75.69

88 (88-76.3) 11.7 136.89

91 (91-76.3) 14.7 216.09

92 (92-76.3) 15.7 246.49

94 (94-76.3) 17.7 313.29

98 (98-76.3) 21.7 470.89


Min = 76.3 0 3968.2

4
n
Maka s2 = 2
∑ ❑[( xᵢ - ͞x) ]/(n-1)
i=1

= 3968.2 / 19
= 208.85

Maka varians bagi data di atas: s2 = 208.85

3. Setelah mendapat nilai varians bagi ta diatas maka kita boleh meneruskan
pengiraan sisihan piawai. Sisihan piawai ialah punca kuasa dua bagi varians. Ia
digunakan untuk mengukur perubahan atau serakan data/skor di keliling min.
Formula pengiraan sisihan piawai ialah :
n
2 2
√ s atau √ ∑ ❑[( xᵢ - ͞x) ]/(n-1)
i=1

5
√ s2 = √ 208.85 = √ 14.45
Oleh itu sisihan piawai bagi data ini ialah: s = 14.45
Sisihan Piawai digunakan untuk mengukur serakan markah yang menentukan sama
ada sebaran markah bagi data yang diambil menghasilkan ukuran serakan bertaburan
normal atau sebaliknya.

Markah
xᵢ
ii) Jawapan (b): 42
Untuk mendapatkan graf bagi gred sekolah itu, beberapa pengiraan 51
61
statistik perlu dilaksanakan terlebih dahulu. 62
1. Markah mentah disusun mengikut urutan menaik atau menurun 67
seperti di sebelah. 68
72
2. Cari nilai maksima dan minima bagi taburan data di atas. Nilai 78 Nilai
Maksima ialah nilai skor yang tertinggi dalam sesuatu taburan 78 minima

data manakala Nilai Minima ialah nilai skor terendah dalam 78


78
taburan data tersebut. Kirakan bezanya. 98 – 42 = 56 (Beza nilai
80
maksima dan minima ini disebut sebagai julat) 81
82
85
88
6 91
92
94
98
3. Saiz sela/jeda kelas perlu dibentuk menggunakan julat yang diperoleh. Sela kelas
digunakan bagi mengumpulkan skor-skor. Formula pengiraannya ialah:
Saiz sela kelas = Nilai Maksima – Nilai Minima
Bilangan kelas

Saiz sela kelas = 56 = 11.2 nilai ini dibundarkan


5
menjadi 12.
Kumpulkan data sela kelas seperti di bawah:

Bil.
1 2 3 4 5
Kelas
Sela
40-51 52-63 64-75 76-87 88-99
Kelas
Nilai
maksima

4. Setelah kita mendapatkan sela kelas yang diingini, kita mencari kekerapan bagi sela
kelas yang diperoleh. Kekerapan bermaksud seberapa kerap sesuatu skor itu ada
dalam taburan data. Bilangan skor-skor yang terkumpul digundalkan bagi
mendapatkan taburan kekerapan.

Skor sela kelas Gundalan Kekerapan


40-51 // 2
52-63 // 2
64-75 //// 3
76-87 //// /// 8
88-99 //// 5
Jumlah 20

7
5. Kirakan taburan kekerapan, kekerapan terkumpul dan peratusan kekerapan terkumpul
bagi setiap kelas kemudian binakan jadual yang menunjukkan taburan kekerapan,
kekerapan terkumpul dan peratus kekerapan terkumpul, seperti jadual di bawah.

Peratus
Pengiraan
Skor sela Sempadan Sempadan Kekerapan Kekerapan
Kekerapan Kekerapan
kelas kelas kelas atas Terkumpul Terkumpul
Terkumpul
%
40-51 39.5-51.5 51.5 2 2 2 10
52-63 51.5-63.5 63.5 2 2+2=4 4 20
64-75 63.5-75.5 73.5 3 4+3=7 7 35
76-87 75.5-87.5 87.5 8 7+8=15 15 75
88-99 87.5-99.5 99.5 5 15+5=20 20 100
Jumlah 20

6. Untuk menunjukkan gred sekolah, kita boleh menggunakan peratusan kekerapan


terkumpul bagi menentukan gred A, B, C, D dan F dengan membina graf ogif di
mana paksi x mewakili skor sela kelas dan paksi y mewakili peratus kekerapan
terkumpul . Penentuan gred akan lebih jelas lagi jika min dibezakan dengan tambah
atau tolak sisihan piawai.

Daripada ogif yang dibina, dapatlah ditentukan gred pencapaian pelajar dengan
mengambil min sebagai panduan juga sempadan antara gred B dan C serta sebaran gred
lain apabila min ditambah atau ditolak dengan sisihan piawai.

Contoh berdasarkan graf ogif itu, pelajar yang mendapat 91 markah mengatasi 85%
pelajar lain dengan melebihi beza tambah satu sisihan piawai daripada min (76.3 +
1(14.45) = 90.75 ), wajar diletakkan dalam kumpulan gred A sementara pelajar yang
mendapat markah 42 merupakan 5% berbanding pelajar lain iaitu berada di bawah 2

8
sisihan piawai daripada min (76.3 – 2(14.45) = 47.4), wajar diberi gred F. Penggredan
markah adalah seperti jadual di bawah :

Markah Gred

91 – 100 A

76 – 90 B

61 – 75 C

48 – 60 D

< 47 F

Maka daripada gred yang diperoleh, terdapat 4 orang pelajar mendapat gred A, 9
orang pelajar mendapat gred B, 5 orang pelajar gred C, seorang gred D dan seorang sahaja
pelajar mendapat gred F. Ini dapat ditunjukkan dalam jadual di bawah :

Markah Gred Kekerapan

91 – 100 A 4

76 – 90 B 9

61 – 75 C 5

48 – 60 D 1

< 47 F 1

iii) Jawapan (c):

1. Untuk melakarkan graf lekukan loceng, kita haruslah terlebih dahulu mengira skor Z
bagi setiap markah. Skor Z mewakili nombor nilai sisihan piawai di atas atau di bawah
min bagi set nombor apabila data adalah bertaburan normal. Jika skor Z negatif, maka
nilai kasar markah adalah di bawah min dan jika skor Z positif maka nilai kasar
markah adalah di atas min. Formula pengiraan skor Z adalah seperti berikut :

skor menta h−min


Skor Z = ,
sisi h an piawai

98−76.3
Contoh, skor Z bagi skor mentah 98 ialah, ¿ = 1.5
14.45

9
Pengiraan Skor Z bagi data, ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Pengiraan
Markah Skor Z
Skor Z
42−76.3 -2.37
42
14.45
51−76.3
51 14.45 -1.75
61−76.3
61 14.45 -1.06
62−76.3
62 14.45 -0.99
67−76.3
67 14.45 -0.64
68−76.3
68 14.45 -0.57
72−76.3
72 14.45 -0.30
78−76.3
78 14.45 0.12
78−76.3
78 14.45 0.12
78−76.3
78 14.45 0.12
78−76.3
78 14.45 0.12
80−76.3
80 14.45 0.26
81−76.3
81 14.45 0.33
82−76.3
82 14.45 0.39
85−76.3
85 14.45 0.60
88−76.3
88 14.45 0.81

10
91−76.3
91 14.45 1.02
92−76.3
92 14.45 1.09
94−76.3
94 14.45 1.22
98−76.3
98 1.50
14.45

2. Setelah itu, kumpulkan skor Z mengikut sela kelas bagi mencari kekerapannya dengan
menggunakan sempadan atas sela kelas, seperti jadual di bawah:

Sempadan
Pengiraan Skor Z Skor Z Sela kelas Z Kekerapan Z
atas sela kelas
51.5−76.3
¿
51.5 14.45 -1.71 -2.37 – (-1.71) 2

63.5−76.3
¿
63.5 14.45 -0.88 -1.70 – (-0.88) 2

75.5−76.3
¿
75.5 14.45 -0.05 -0.87 – (-0.05) 3

87.5−76.3
¿
87.5 14.45 0.77 -0.04 – (0.77) 8

99.5−76.3
¿
99.5 14.45 1.60 0.78 – 1.60 5

3. Seterusnya bagi melukis graf lekukan loceng, cari nilai skor Z bagi penanda sempadan
sebaran markah tambah atau tolak sisihan piawai daripada min. Pengiraan ditunjukkan
seperti dalam jadual di bawah:

11
Penanda sempadan Pengiraan Skor Z Skor Z
105.2−76.3
105.2 ¿ 2
14.45
90.75−76.3
90.75 ¿ 1
14.45
76.3−76.3
76.3 ¿ 0
14.45
61.85−76.3
61.85 ¿ -1
14.45
47.4−76.3
47.4 ¿ -2
14.45
32.95−76.3
32.95 ¿ -3
14.45

4. Dengan berpandukan jadual di atas, bell curve dapat dilukiskan dengan paksi x
mewakili skor z dan paksi y mewakili kekerapan skor z, manakala skor z bagi min = 0.

iv) Jawapan (d):

12
Kesimpulan yang dapat dibuat tentang pencapaian pelajar di dalam
peperiksaan akhir tahun tersebut ialah taburan markah bagi data markah itu mempunyai
ukuran serakan yang luas. Dalam data ini sisihan piawai adalah ukuran yang paling sesuai
digunakan untuk mengukur serakan data. Sisihan piawai yang diperolehi memberikan
nilai bagi kedudukan data yang bertabur sekitar min. Nilai sisihan piawai yang tinggi
memberikan gambaran bahawa data itu tertabur jauh daripada min (kurang padat). Ini
dapat diperhatikan dengan jelas apabila data mempunyai nilai varians dan sisihan piawai
yang besar iaitu 208.85 (varians) dan 14.45 (sisihan piawai) sedangkan varians yang ideal
mempunyai nilai kurang daripada 10. Ini bermakna semakin besar nilai sisihan piawai,
semakin luas perbezaannya dengan min serta memberi kesan pada serakan data (markah).
Melalui serakan markah ini juga kita boleh menentukan sama ada kumpulan pelajar
tersebut homogen (seragam) atau tidak homogen. Bagi data di atas, kumpulan pelajar ini
merupakan kumpulan yang tidak homogen kerana nilai sisihan piawai yang melebihi 10.

Penggunaan graf ogif dalam data ini menunjukkan bahawa penggredan dapat
ditentukan dengan menggunakan min sebagai persempadanan gred B dan C, manakala
gred A, D dan F ditentukan dengan membezakan min dengan sisihan piawai iaitu
menambah satu sisihan piawai dengan min, atau menolak satu sisihan piawai daripada
min. Selain itu, graf ogif juga dapat memberitahu perbezaan markah pelajar dengan pelajar
lain secara peratusan. Cara penentuan gred ini berbeza dengan apa yang diaplikasikan di
sekolah, yang mana penggredannya diselaraskan tanpa mengira pencapaian sebenar
pelajar.

Akhir sekali, graf lekukan loceng atau bell curve dapat menentukan taburan
skor dalam sesuatu data sama ada ia mempunyai lengkung taburan normal, taburan
pencong negatif atau positif. Graf lekukan loceng bagi data peperiksaan akhir tahun
tersebut merupakan graf lekukan taburan pencong negatif yang dapat dibuktikan dengan
perbezaan yang besar antara min dengan sisihan piawai. Ini bermakna markah pelajar
tersebar luas. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan pencong
negatif ini seperti ujian yang diberikan terlalu mudah kerana ramai pelajar mendapat
markah yang tinggi, kumpulan pelajar tidak homogen kerana sebaran luas markah pelajar
daripada min dan soalan atau item yang disediakan dalam ujian atau peperiksaan itu

13
kurang baik seperti jika soalan atau item kurang keobjektifannya maka kebolehpercayaan
soalan atau item itu kurang menyebabkan ia menjadi kurang baik.

14
Rumusan Tugasan :

Pengiraan statistik dalam Pengukuran dan Penilaian ini dapat membantu guru
menganalisis serta merumus data yang menjadi panduan kepadanya untuk menilai pencapaian
pelajar dalam suatu mata pelajaran. Sungguhpun angka atau nombor bukanlah pengukur
sebenar pencapaian pelajar tetapi ia dapat memberi gambaran tentang nilai alat ukuran iaitu
ujian yang diberi dari segi keobjektifan, ketekalan dan kebolehpercayaan, keseragaman
sesuatu kumpulan pelajar, membuat pengelasan dan pemilihan pelajar berpandukan gred
yang diperoleh untuk tujuan penempatan serta keberkesanan strategi pengajaran yang
disampaikan oleh guru.

Dengan menggunakan rumusan data guru boleh mendapatkan maklum balas bagi
mengesan tahap penguasaan pelajar untuk tujuan tindakan susulan bagi melaksanakan aktiviti
pemulihan, peneguhan atau pengayaan, memilih dan mengelaskan pelajar mengikut tahap
pencapaian mereka di akhir pengajian agar dapat diberikan pengiktirafan dan sijil kepada
pelajar, memberi bimbingan kepada pelajar yang lemah dan memotivasikan pelajar yang
cemerlang pencapaiannya, memilih dan menempatkan mengikut tahap penguasaan
pengetahuan dan kemahiran pelajar seperti penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh
atau aliran sains.

Selain itu, rumusan data juga berguna untuk menentukan kesediaan pelajar untuk
mempelajari sesuatu kemahiran yang baru, memberikan maklumat kepada guru tentang
keberkesanan pengajarannya tentang kriteria-kriteria yang diajar dan diuji, memberikan
maklum balas kepada ibu bapa tentang kemajuan dan pencapaian dalam mata pelajaran dan
aspek sahsiah anak-anak mereka dan sebagai maklum balas kepada penggubal dasar tentang
kurikulum sesuatu mata pelajaran di sekolah yang akan memberi kesan kepada
pengubahsuaian sukatan pelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan:

15
Abdul Rahim M. Ali (2001), Ilmu pendidikan untuk kpli : Penilaian dalam pendidikan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn.Bhd.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2008), HBEF3203 Pengukuran dan penilaian dalam
pendidikan : Statistik asas (Cetakan ke-4). Kuala Lumpur: Unitem Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng & Tan Hui Leng (1996), Asas pendidikan tiga: Penilaian dalam pendidikan.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (tiada tarikh) [Atas Talian] Diperoleh:
http://www.fsas.upm.edu.my/~nakma/nota/kuliah3.pdf. . [2008, Ogos 6]

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (tiada tarikh) [Atas Talian]


Diperoleh:http://www.fsas.upm.edu.my/~nakma/nota/kuliah4.pdf. [2008, Ogos 6]

Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (tiada tarikh) [Atas Talian]


Diperoleh:http://pkukmweb.ukm.my/~tangang/stab2003/Bab2/chapter2.htm. [2008, Ogos
6]

16
17

You might also like