Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Semasa Unit ini dibuka, ianya dikendalikan oleh seorang Jururawat U 29.
Walaubagaimanapun, pada tahun 2004, Jururawat berkenaan telah dinaikkan
pangkat dan Unit ini dikendalikan pula oleh seorang Ketua Jururawat U 32
sehingga 16/02/2005. Unit ini dikendalikan semula oleh seorang Jururawat U 29
sehingga kini.
Atas keperluan Kualiti dan untuk meningkatkan lagi mutu intervensi di Unit
ini, pada 14/08/2006, seorang Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29 telah
ditempatkan di Unit ini bagi membantu dalam intervensi kanak – kanak yang
semakin bertambah dari masa ke semasa.
Pada 21.07.2008, penstrukturan semula unit ini telah dibuat. Unit ini kini
berada di bawah Unit Pemulihan Carakerja yang akan dikawalselia oleh seorang
Jurupulih Perubatan Carakerja U 32. Walaubagaimanapun, Sasaran Kerja
Tahunan bagi kakitangan Kejururawatan masih berada di bawah tanggungjawab
Unit Kejururawatan. Semua aktiviti – aktiviti klinikal adalah dibawah
tanggungjawab Jurupulih Perubatan. Ini merangkumi penilaian, komunikasi
dengan Pakar Psikiatri dan Pegawai Perubatan berkaitan kes dan juga arahan
berbentuk intervensi ke atas kanak – kanak yang dirujuk kepada kakitangan
Kejururawatan. Segala perubahan intervensi yang difikirkan perlu oleh
kakitangan Kejururawatan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada Jurupulih
Perubatan sebelum dilaksanakan. Aktiviti – aktiviti pentadbiran seperti
pengurusan cuti, laporan – laporan berkaitan pula adalah tanggungjawab pihak
Kejururawatan. Kakitangan Kejururawatan juga dianggap sebagai pelaksanan
intervensi.
VISI
MISI
OBJEKTIF
PERJAWATAN
AKTIVITI