You are on page 1of 13

Kapal Terbang

Secara umumnya, kapal terbang merupakan sebuah pesawat terbang yang terbang
menggunakan sayap. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal
terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor. Sebelum kita mengkaji prinsip
penerbangan dengan lebih mendalam, kita perlulah mengenal beberapa komponen
utama yang terdapat pada sesebuah kapal terbang seperti yang ditunjukkan pada
gambarajah di bawah.

Gambar: Komponen-komponen utama sebuah kapal terbang

Komponen Fungsi
Fiuslaj (Fuselage)  Rangka bagi menetapkan bentuk kapal
terbang.

 Tempat mengisi penumpang, bagasi, kargo,


peralatan penerbangan,  bahan api dan
sebagainya.
Sayap (Wing)  Menghasilkan daya angkat yang diperlukan
untuk terbang.

 Tangki simpanan bahan api.


Kokpit (Cockpit)  Tempat juruterbang mengendalikan kapal
terbang.

 Terdapat peralatan-peralatan elektronik


(avionik) yang digunakan oleh juruterbang
sewaktu penerbangan.
Enjin (Engine)  Menghasilkan daya tujah yang
menggerakkan kapal terbang ke hadapan.
Penstabil  Menstabilkan pesawat terbang pada paksi
Menegak(Vertical menegak.
Stabilizer)
Penstabil  Menstabilkan pesawat terbang pada paksi
Mengufuk(Horizonta mengufuk.
l Stabilizer)
Gear Pendaratan  Roda ketika berada di darat.
(Landing Gear)
 Struktur yang menampung keseluruhan
berat kapal terbang.
Radar (Radar)  Menentukan lokasi dan arah penerbangan.
Lampu Navigasi   Mengelakkan perlanggaran.
(Navigation Light)

Jadual: Fungsi beberapa komponen utama kapal terbang

Permukaan Kawalan Pesawat Terbang

 
Permukaan kawalan (control surface) merupakan kompoen-komponen yang
berfungsi untuk mengawal olah gerak (manouver) sesebuah kapal terbang. Terdapat
lima permukaan yang biasa didapati iaitu aileron, kemudi ( rudder), penaik (elevator),
kepak (flap) dan trim tab.

Aileron

Aileron merupakan kompnen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan berputar


(rolling). Aileron terletak pada kedua-dua belah sayap dan pergerakannya dikawal
oleh kayu kawalan (control stick). Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke
kanan, aileron sebelah kanan akan naik dan aileron sebelah kiri pula akan turun. Ini
menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kanan. Begitu juga sebaliknya, jika kayu
kawalan ditolak ke kiri, aileron sebelah kiri kiri akan naik manakala aileron sebelah
kanan pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kiri.
Gambar: Aileron di kedua-dua belah sayap kapal terbang

Gambar: Pergerakan olengan yang disebabkan oleh aileron

Kemudi

Kemudi merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan


merewang (yawing). Kemudi terletak pada bahagian penstabil menegak dan
pergerakkannya dikawal oleh pedal yang terletak di bawah kaki juruterbang. Apabila
kapal terbang ingin direwang ke kanan, juruterbang akan memijak pedal di sebelah
kanan dan serentak dengan itu, kemudi akan bergerak ke kanan. Begitulah
sebaliknya. Apabila kapal terbang ingin direwangkan ke kiri, juruterbang akan
memijak pedal di sebelah kiri dan mengakibatkan kemudi bergerak ke kiri. Biasanya,
untuk membelok, gabungan pergerakan rewang dan putar dilakukan serentak. Oleh
itu, juruterbang perlu mengawal secara serentak kedua-dua kayu kawalan dan pedal
mengikut arah belokan yang diinginkan.

Gambar: Kemudi yang terletak di bahagian penstabil menegak

Penaik

Penaik merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan


mendongak (pitching). Penaik terletak pada kedua-dua belah penstabil mengufuk
dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan. Apabila juruterbang menolak kayu
kawalan ke hadapan, penaik akan turun dan mengakibatkan muncung kapal terbang
terturun ke bawah. Sebaliknya, jika kayu kawalan ditarik ke belakang, penaik akan
naik dan muncung kapal terbang akan terdongak ke atas.

 Gambar: Penaik yang terletak pada penstabil mengufuk


Gambar: Pengerakan dongakan yang disebabkan oleh penaik

Kepak

Kepak ialah satu kepingan "sayap" kecil yang diengselkan di bahagian pinggir
belakang dan pinggir hadapan sayap. Kepak yang diletakkan di pinggir belakang
dikenali sebagai flap manakala yang di bahagian pinggir hadapan pula dikenali
sebagai slat. Fungsi kepak bukan untuk mengawal arah pergerakan kapal terbang
tetapi merupakan alat untuk menghasilkan daya angkat tambahan yang diperlukan
ketika perlepasan dan pendaratan. Dengan menambahkan luas permukaan dan
kamber sayap, daya angkat juga dapat ditingkatkan.

 
Daya angkat tambahan diperlukan ketika berlepas di landasan yang pendek kerana
kapal terbang perlu berada di udara walaupun kelajuan perlepasan masih belum
mencukupi. Jika tidak, kapal terbang tersebut mungkin akan terkeluar dari landasan
dan terbabas. Ketika pendaratan pula, kapal terbang perlu menghampiri landasan
pada kelajuan yang rendah, dan ini akan mengurangkan daya angkat. Maka daya
angkat tambahan diperlukan. Jika kapal terbang mendarat dalam keadaan yang
sangat laju, impaknya boleh merosakkan gear pendaratan dan kapal terbang akan
terhempas.

Penurunan kepak boleh dilaraskan bergantung kepada kelajuan penerbangan yang


dikehendaki. Sesetengah kapal terbang jet yang besar (contohnya Boeing 747) boleh
menurunkan kepaknya sehingga 30 darjah bagi menghasilkan daya angkat yang
besar sewaktu pendaratan.
Gambar: Kedudukan flap dan slat yang terdapat pada sayap pesawat Airbus A-300

 
Berikut adalah beberapa jenis flap dan slat yang banyak digunakan pada kapal
terbang pada hari ini.
1. Kueger flap - terdapat pada pinggir hadapan sayap
2. Plain flap - dipangsi pada satu engsel mudah
3. Split flap - terdiri daripada dua bahagian iaitu atas dan bawah. Bahagian
bawah berfungsi seperti plain flap manakala bahagian atas tidak bergerak.
4. Fowler flap - menggelungsur ke belakang sebelum turun ke bawah
5. Slotted flap - terdiri daripada beberapa slot
6. Blown flap - meniup udara yang keluar dari enjin ke atas sayap dan sekali gus
meningkatkan daya angkat 

 Gambar: Beberapa jenis flap

Trim Tab

Trim tab merupakan permukaan kawalan yang biasanya terdapat pada kapal terbang
yang besar dan selaluya diletakkan pada pengangkat dan kemudi. Pada kapal
terbang yang besar, daya yang bertindak pada pengangkat dan kemudi juga besar.
Ini menyebabkan kayu kawalan menjadi lebih berat dan susah untuk digerakkan.
Juruterbang memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kayu kawalan tersebut.
Dengan adanya trim tab, daya yang besar itu tadi dipindahkan kepada trim tab dan
tiada lagi daya pada pengangkat dan kemudi. Oleh itu, juruterbang seolah-olah tidak
merasa sebarang daya pada kayu kawalan dan boleh melakukan olah gerak dengan
mudah.

Olah Gerak Kapal Terbang


Posted at 05:50 am by captain
Comments (14)   Permalink

Aerofoil

Aerofoil ataupun lelayang angin ialah satu bentuk di mana apabila udara melaluinya,
udara itu tadi akan berpisah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan melalui
bahagian atas aerofoil manakala satu kumpulan lagi akan melalui bahagian bawah
aerofoil. Garisan permukaan atas aerofoil adalah lebih panjang berbanding pada
permukaan bawah. Ini bermakna, udara di bahagian atas perlulah bergerak lebih laju
berbanding dengan bahagian bawah supaya ia boleh sampai bersama-sama dengan
udara di bahagian bawah dan kemudiannya bercantum kembali.

Seperti yang telah diterangkan oleh prinsip Bernoulli, disebabkan adanya perbezaan
halaju, maka wujudnya perbezaan tekanan di antara dua bahagian aerofoil tersebut.
Pada bahagian atas, tekanan udara adalah rendah manakala pada bahagian bawah
pula, udara bertekanan tinggi. Udara yang bertekanan tinggi ini akan bergerak ke
atas menuju ke udara yang bertekanan rendah. Pergerakan ini akan menolak aerofoil
ke atas dan membolehkannya terbang di udara. Fenomena inilah yang mewujudkan
daya angkat pada sesebuah pesawat terbang.

Salah satu faktor yang menentukan kekuatan daya angkat yang terhasil ialah bentuk
aerofoil yang digunakan. Setiap aerofoil akan menghasilkan daya angkat yang
berbeza di antara satu sama lain dan ianya bergantung kepada pekali daya angkat
yang diperolehi daripada ujikaji terowong angin. Terdapat pelbagai kaedah yang
boleh diguna dalam mengenal pasti bentuk aerofoil seperti NACA 4 digit, NACA 5
digit dan NACA 6 digit.

Dalam topik ini, hanya kaedah NACA 4 digit yang akan dibincangkan secara
mendalam. NACA 4 digit mempunyai 4 digit / nombor yang merupakan kod bagi
memudahkan kita dalam mengenal pasti bentuk sesuatu aerofoil. Digit yang pertama
mewakili nilai kamber maksimum perseratus perentas (chord), digit kedua
kedudukan kamber maksimum dari pinggir hadapan persepuluh perentas manakala
dua digit terakhir mewakili tebal maksimum aerofoil perseratus perentas. Sebagai
contoh, mari kita mengkaji bentuk NACA 4415.

Aerofoil 4415 mempunyai kamber maksimum sebanyak 4% daripada panjang


perentas, yang terletak pada 0.4 panjang perentas dari pinggir hadapan dan
berketebalan maksimum sebanyak 15% daripada panjang perentas.
 Gambar: Keratan rentas aerofoil NACA 4415

Apa yang menarik tentang konsep aerofoil ini ialah, ianya bukan sahaja digunakan
pada pesawat terbang sahaja, malahan turut diaplikasikan pada kereta formula 1, di
mana pada bahagian hadapan dan belakang kereta, diletakkan spoiler aerofoil yang
dipasangkan secara terbalik. Ia dipasangkan terbalik bagi menghasilkan daya yang
menekan badan kereta ke permukaan trek. Ini bagi memastikan pada kelajuan yang
tinggi, kereta formula 1 tersebut tidak terbang dan menjadikannya lebih stabil
sewaktu berada di selekoh.

Gambar: Kereta formula 1 yang boleh mencapai kelajuan sehingga 300 km/j
Posted at 05:01 am by captain
Make a comment   Permalink

Bagaimana kapal terbang berfungsi?

Sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini, setiap objek yang berada di dalam
kawasan atmosfera bumi akan dipengaruhi oleh daya tarikan yang dikenali sebagai
tarikan graviti bumi. Disebabkan tarikan ini, semua benda akan terletak di atas lantai
dan tidak terapung-apung.  Namun, mengapa pula sesebuah kapal terbang boleh
terapung di udara? Adakah ia tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti?

Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang prinsip penerbangan, marilah kita
mengkaji daya-daya yang terdapat pada sesebuah pesawat terbang. Apabila
sesebuah pesawat terbang itu terbang, terdapat empat daya yang bertindak dalam
dua paksi. Pada paksi mengufuk ( horizontal), terdapat daya tujah dan daya seret,
manakala pada paksi menegak (vertical) pula, terdapat daya angkat dan berat.

Daya tujah (thrust) ialah daya yang mendorong pesawat terbang bergerak ke
hadapan. Daya ini dihasilkan oleh enjin. Terdapat pelbagai jenis enjin yang
digunakan pada pesawat terbang dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
topik pendorongan pesawat terbang nanti. Semakin kuat dorongan sesuatu enjin,
maka semakin laju pesawat terbang bergerak ke hadapan.

Daya seret (drag) pula merujuk kepada daya yang menghalang pergerakan ke
hadapan. Daya ini wujud disebabkan terdapat rintangan terhadap pergerakan udara.
Sebarang objek yang mempunyai rintangan udara yang tinggi akan menghasilkan
daya seret yang besar. Oleh itu, sesebuah kapal terbang itu selalunya berbentuk
larus dan licin bagi mengurangkan daya seret.

Daya angkat (lift) pula merujuk kepada daya yang mengangkat sesebuah pesawat
terbang ke udara. Daya angkat ini dihasilkan oleh sayap dan penaik. Daya angkat
yang terhasil bergantung kepada ketumpatan udara persekitaran, halaju pesawat
terbang, luas sayap dan jenis sayap yang digunakan.

Berat (weight) pula merujuk kepada daya yang menarik pesawat terbang ke bawah
dan ianya menghalang daya angkat. Berat wujud disebabkan tarikan graviti bumi dan
nilainya bergantung kepada jisim sesuatu pesawat terbang. Semakin besar jisim,
semakin berat dan susah untuk ia terbang.
Secara umumnya, untuk sesebuah pesawat terbang bergerak ke hadapan, daya
tujahnya mestilah lebih besar daripada daya seret manakala untuk terbang ke atas
pula, daya angkat mestilah lebih besar daripada berat.

Bagi menjawab persoalan tentang bagaimana sesebuah pesawat terbang itu boleh
terbang, kita mestilah kembali kepada satu prinsip asas yang dikenali sebagai Prinsip
Bernoulli. Prinsip Bernoulli ini telah dikemukan oleh seorang ahli sains Belanda/Swiss
yang dikenali sebagai Daniel Bernoulli. Prinsip ini menyatakan bahawa, jika udara
bergerak dengan laju, ia akan menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah di
sekelilingnya manakala jika ia bergerak perlahan pula, kawasan bertekanan tinggi
terhasil. Lanjutan daripada prinsip inilah yang membawa kepada penemuan konsep
aerofoil yang meluas digunakan pada hari ini.

Gambar: Daya-daya yang bertindak pada sesebuah kapal terbang


Posted at 03:20 am by captain
Comments (5)   Permalink

Aeronautik

Pesawat terbang menjadi pengangkutan yang semakin popular pada masa kini.
Perjalanan jauh yang memakan masa berbulan-bulan suatu masa dulu kini hanya
mengambil masa beberapa jam sahaja dengan pengangkutan udara. Sudah pasti
ramai di kalangan kita sudah biasa melihat ataupun menaiki kapal terbang. Namun,
pernahkah kita terfikir bagaimana sesebuah kapal terbang yang begitu besar dan
berat boleh terbang dengan selamat di udara? Persoalan ini boleh dijawab apabila
kita memahami cabang ilmu sains yang dikenali sebagai aeronautik.
 

Secara umumnya, aeronautik merupakan bidang kejuruteraan yang mengkaji


tentang prinsip-prinsip penerbangan. Ilmu ini mengkaji sifat-sifat sesuatu jasad
apabila berinteraksi dengan bendalir terutamanya udara. Disebabkan wujudnya
udara, maka sesebuah pesawat terbang itu boleh terbang. Hasil kajian ini
menghasilkan beberapa pesawat atau mesin terbang yang terdapat pada hari ini
seperti kapal terbang, jet pejuang, helikopter, belon udara, roket dan peluru
berpandu.

Terdapat satu lagi istilah yang sering digunakan untuk menerangkan ilmu
penerbangan yang dikenali sebagai aeroangkasa. Perlu diambil perhatian bahawa
aeronautik dan aeroangkasa merupakan dua cabang ilmu yang berbeza. Aeronautik
merujuk kepada kajian penerbangan yang berada di bawah kawasan atmosfera
(mengambil kira kesan graviti bumi) manakala aeroangkasa pula melibatkan kajian di
luar kawasan atmosfera bumi (tiada kesan tarikan graviti).

Gambar: Dua buah pesawat terbang komersial moden

Bidang kajian aeronautik:

Aeronautik merangkumi beberapa bidang kajian yang luas dan memerlukan


kefahaman yang tinggi sebelum seseorang jurutera aeronautik itu boleh mereka
bentuk, mengendali atau membaik pulih kapal terbang. Berikut disenaraikan
beberapa elemen yang penting dalam bidang kajian aeronautik.

1. Aerodinamik - mengkaji pergerakan dan sifat-sifat udara yang merupakan


medium bagi sesebuah penerbangan.
2. Struktur - mengkaji sifat-sifat dan kekuatan bahan yang digunakan bagi
membina pesawat terbang serta mengkaji daya-daya yang wujud.
3. Avionik - mempelajari peralatan dan sistem elektronik yang terdapat di dalam
pesawat terbang.
4. Kawalan - mengkaji kestabilan dan kawalan sesebuah pesawat terbang.
5. Loji kuasa - mempelajari jenis-jenis enjin yang sesuai digunakan.

You might also like