You are on page 1of 19

Asal

Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk
bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud
wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan
yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Disebabkan
mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak
tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam
daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di
kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota
Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung
di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan
seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di
Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.

Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa
Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu
salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993:
101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu
kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek
Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan
pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah
dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4).
Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah
penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di
antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan
baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan
oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun
juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun
yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma
sedikit sahaja.
Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun
pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian
masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai
hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa
Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan
kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan
termasuklah bahasa Iranun.

Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.

Suku kaum iranun merupakan etnik minoriti di Sabah dan turut dikategorikan sebagai
penduduk bumiputera Sabah. Suku kaum ini juga dikenali dengan pelbagai nama
antaranya Iranun, Irranun, Illanun, Ilanun, Iranon-Meranao atau Merano. Setiap nama
ini mempunyai sejarah tersendiri dan sebab mengapa ia sering digunakan oleh kaum
lain didalam melambangkan kaum Iranun. Malahan sejarah kewujudan kaum Iranun di
Sabah turut menjadi persoalan yang menarik. Ada pendapat yang mengatakan bahawa
mereka ini berasal dari Pulau Borneo sendiri, dan tidak kurang pula pendapat yang
mengatakan bahawa mereka berasal dari Mindanao. Seperti suku kaum lain, Iranun juga
mempunyai beberapa keistimewaan yang sukar didapati daripada suku kaum yang lain,
antaranya ialah Makna perkataan Iranun itu sendiri.

Iranun bermaksud berkasih-kasihan, yang dimaksudkan berkasih-kasihan adalah


merujuk kepada sistem sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang
amat intim, dilandaskan kepada sistem kerjasama dan gotong royong. Sehingga
sekarang situasi atau keadaan ini dapat dilihat dikawasan petempatan kaum Iranun
khususnya dikampung-kampung sekitar Kota Belud. Majlis perkahwinan merupakan
salah satu tempat untuk masyarakat Iranun berkumpul atau beramah mesra antara satu
sama lain. Pada masa ini juga sistem kerjasama dan gotong royong akan terjalin
terutama ketika menyediakan khemah, memasak dan sebagainya. Selain itu, hal ini
bukan sahaja berlaku ketika majlis perkahwinan bahkan juga ketika berlakunya
kematian. Sehingga sekarang masyarakat Iranun akan membuat kutipan derma
berbentuk wang ringgit. Namun ada juga dikalangan masyarakat Iranun yang
menyumbangkan derma berbentuk keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan
sebagainya.

Selain itu, satu lagi keistimewaan suku kaum Iranun adalah pegangan agama yang kuat.
Seperti yang kita maklum, suku kaum Iranun merupakan suku yang beragama Islam.
Lantaran itu, masyarakatnya terlalu mementingkan ajaran islam. Di daerah Kota Belud
misalnya, kaum Iranun andai tidak keterlaluan saya katakana adalah suku kaum yang
menjadi contoh kepada kaum lain didalam perlaksanaan ajaran Islam. Malahan melalui
perbualan secara tidak formal dengan salah satu pemimpin dari suku kaum ini, beliau
telah menyatakan bahawa ramai penyokong Parti Islam Se-Malaysia atau PAS adalah
dari kelompok ini, namun ia tidak dapat disahkan akan kebenaranya. Merujuk kepada
wakil Tilawah Al-quran peringkat daerah, Daerah Kota Belud pasti akan diwakili oleh
suku kaum Iranun, malahan Imam daerah turut disandang oleh anak watan kaum
Iranun. Di sekolah-sekolah didaerah Kota Belud, pelajar kaum Iranun pasti menjadi
wakil sama ada pertandingan Hafazan, Tilawah Al-Quran, Azan dan nasyid.

Penempatan masyarakat Iranun di Sabah juga merupakan satu keistimiweaan suku


kaum ini. Menelusuri sejarah penempatan Iranun di Sabah, satu keluarga Iranun dari
Malabang (di Lanao del Sun) yang diketuai oleh Sultan Sa- Malabang di percayai telah
sampai di Sabah pada tahun 1807. keluarga ini telah mula bertapak di Tempasuk iaitu
panggilan oleh masyarakat Iranun terhadap Kota Belud pada satu ketika dahulu. Walau
Bagaimanapun Tempasuk yang dikenali kini bukanlah petempatan masyarakat Iranun
tetapi Minanga Tampasuk (Kuala Tempasuk) merupakan petempatan Iranun yang
utama di Kota Belud. Kuala Tempasuk ini terdiri daripada beberapa buah kampong
Iranun yang dikenali dengan nama Tamau, Marabau, Katabongan (Kota Bongan), Kota
Peladok, Payas-Payas, Pantai Emas, Liang dan beberapa tempat lagi. Berdasarkan
kawasan pola petempatan dan kehidupan masyarakat Iranun yang lebih dipengaruhi
oleh laut, kenyataan di atas merupakan satu kenyataan yang tidak dapat di sangkal lagi.
Justeru itu juga tidak hairanlah apabila para nelayan atau pemborong ikan adalah
daripada suku kaum Iranun. Di pekan Kota Belud misalnya, penjual ikan dipasar besar
adalah terdiri daripada masyarakat Iranun. Hal ini berbeza dengan masyarakat kaum
lain kerana keunikkan kaum Iranun adalah mudah dikenali dengan berdasarkan bidang
pekerjaan mereka, tetapi pada masa kini ramai anak-anak dari kaum ini mulai memilih
bekerja di kawasan bandar..

Adat resam, ritual dan upacara tradisi Iranun turut menyumbang kepada keistimiewaan
suku kaum ini berbanding dengan kaum yang lain. Bagi adat resam dan upacara-
upacara khas untuk meraikan seseorang, masyarakat Iranun merujuk kepada adat
resam yang diwarisi oleh mereka daripada datuk nenek mereka yang dinamakan Adat
Warisan. Penentuan kedudukan seseorang mengikut adat masyarakat Iranun amat
tegas. Adat yang diwarisi daripada datuk nenek ini mesti diikuti dan tidak boleh
dilanggar. Perbuatan melanggar adat ini merupakan sesuatu yang sumbang dan
menyeleweng. Lagipun, dalam masyarakat ini sudah termaktub adat dan istiadat
sesuatu strata sosial seseorang itu. Kalau dia dari golongan Datu maka ada caranya dan
adatnya sendiri dan begitulah sekiranya golongan biasa. juga, punyai adat dan caranya
tersendiri.

Perkahwinan merupakan salah satu lagi keunikkan atau keistimewaan masyarakat ini.
Perkahwinan dikalangan masyarakat Iranun di jalankan berlandaskan ajaran islam.
Seorang lelaki Islam boleh berkahwin lebih daipada seorang tetapi tidak boleh melebihi
empat orang pada satu-satu ketika,oleh itu tidak hairanlah kalau terdapat ada diantara
mereka yang mempunyai isteri lebih daripada seorang. Seperti termaktub didalam
ajaran Islam, sama ada perempuan atau lelaki, mereka hendaklah berkhatan atau tori
dalam bahasa iranun. Perkahwinan merupakan satu kemuncak dalam hidup seseorang.
Telah menjadi kebiasaan masyarakat Iranun pada zaman dahulu, ibubapa memilih
pasangan untuk anak-anak mereka, tidak kira perempuan ataupun lelaki. Pakaian juga
merupakan perkara yang harus diteliti dalam perkahwinan masyarakat Iranun. Bagi
masyarakat Iranun ada warna tertentu yang ditetapkan kepada seseorang mengikut
golongan. Golongan Datu, warna yang menjadi pakaian pengantinnya adalah hijau.
Manakala golongan Sarif warna yang digunakan adalah warna kuning, bagi orang biasa
mereka boleh memakai sebarang warna kecuali kuning dan hijau, sekiranya mereka
ingkar maka mereka akan dikenakan denda.

Kematian dalam masyarakat Iranun juga mrupakan satu lagi keistimewaan masyarakat
ini. Sekiranya berlaku kematian, maka seharusnya diumumkan kepada penduduk
kampung ataupun masyarakat sekitar. Ini berlandaskan pegangan masyarakat
ini”senang sama di rasa susah sama ditanggung”. Terdapat dua cara untuk
menghebahkan kematian iaitu pertama dengan cara orang biasa dan satu lagi dengan
cara bangsawaan. Kematian orang biasa diumumkan melalui pukulan tabo (tabuh) di
Masjid. Manakala bagi golongan bangsawan seperti Datu dan Sarif, pengumuman
kematian golongan ini pula ialah dengan cara memukul balu atau baluan. Balu ini
diperbuat daripada gabungan alat bunyi-bunyian seperti Gong dan Babendir. Masyarakat
Iranun ini juga mengamalkan satu budaya yang unik selepas pengebumian jenazah iatu
menunggu kuburan. Beberapa orang akan menunggu kuburan itu selama beberapa hari
dan setiap malam mereka berada di kuburuan ini. Bagi orang biasa tempoh menunggu
tujuh malam, bagi golongan bangsawan pula 40 malam atau sekurang-kurangnya 21
malam. Perkabungan akan dibuat selepas berlaku kematian dimana tidak seorang pun
dibenarkan mengadakan sebarang majlis berbentuk hiburan. Hal ini untuk menghormati
keluarga si mati.

Justeru itu, Kaum Iranun adalah merupakan etnik yang unik malahan kaum ini walaupun
minoriti tetapi sumbangan dan peranannya terhadap pembangunan di Sabah adalah
amat penting. Dari sudut politik, kaum ini amat berbangga dengan pencapaian anak
watan kaum Iranun iaitu Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang sekarang menjawat
jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat. Bagi mereka insan ini cukup bermakna dalam
survival politik kaum iranun. Tan Sri Pandikar merupakan pelopor kepada kebangkitan
perjuangan masyarakat Iranun. Masyarakat Iranun sangat berpegang kepada adat yang
diwarisi turun-menurun dari nenek moyang. Perlanggaran adat merupakan sesuatu
perbuatan khianat dan sumbang kepada bangsa. Adat ini berdasarkan kedudukan
individu dalam hirarki sistem kemasyarakatan Iranun. Contohnya masyarakat Iranun
dari golongan bawahan seperti yang digelar oripen maka tidak boleh mengadakan
upacara kematian seperti golongan Datu. Semasa kematian juga terdapat beberapa
perkara yang menjadi kelaziman masyarakat Iranun namun demikian ia tidaklah sampai
menyalahi ajaran Islam. Mengumumkan kematian dalam Iranun dibezakan berdasarkan
darjat simati dalam hirarki masyarakat Iranun. Apabila orang yang meninggal tersebut
terdiri daripada kalangan orang biasa maka ia diumumkan mengunakan pukulan taboh
(beduk), apabila mendengar paluan taboh tersebut maka masyarakat faham berlakunya
kematian orang biasa. Bagi kematian dikalangan yang berdarjat tinggi seperti Datu
maka kematiannya diumumkan melalui paluan gong dan bebendir yang dipanggil baluh
atau pembaluan. Seterusnya memandikan mayat, menurunkan mayat serta
pengebumian mayat. Namun ada sesuatu perkara yang unik untuk dikongsi bersama
iaitu tungguh sakuburan (menjaga kuburan) yang mana masyarakat Iranun tidak akan
meninggalkan mayat yang baru dikebumikan begitu sahaja tetapi akan menjaga
kuburan 24 jam sekurang-kurangnya selama tujuh hari. Namun demikian bagi golongan
Datu, sekurang-kurangnya 21 hari atau paling lama 40 hari. Dalam masa tujuh hari
kematian tersebut, setiap malam keluarga simati termasuk masyarakat kampung akan
berkumpul di rumah tempat berlakunya kematian dan sepanjang tujuh malam berturut-
turut akan diadakan bacaan tahlil dan pangadih sabangkai-bangkaian dan mereka juga
akan berjaga setiap malam. Pada hari ketujuh atau pitu ah gawi, kenduri arwah akan
diadakan serta pendulang, iaitu memberi sedekah kepada yang datang berbentuk
makanan dalam bungkusan. Pada kesupuluh akan diadakan juga kenduri arwah dan
seterusnya pada hari kedua puluh atau tengah ah paat puluh kenduri arwah akan
dilakukan sekali lagi bersama bacaan tahlil. Seterusnya pada hari keempat puluh
jenazah dikebumikan serta pada hari kelima pulah atau tengah ah gatusan kenduri
arwah sekali dilakukan. Menjelang keseratus hari jenazah dikebumikan maka kenduri
gatusan akan diadakan. Seterusnya pada ulang tahun kematian, kenduri untuk temegan
akan diadakan.
Menyentuh soal pendidikan, suku kaum sangat mementingkan pendidikan anak-anak
mereka, sama ada pendidikan sekular mahupun keagamaan. Peluang suku kaum Iranun
untuk mendapat pendidikan sekular adalah amat terbatas khasnya pada zaman
penjajah. Dalam pendidikan keagamaan pula, walaupun tidak dapat di ajar secara
formal di sekolah, tetapi anak-anak Iranun mempelajari ilmu agama melalui guru-guru
di amsjid-masjid atau rumah guru-guru agama. Semasa zaman penjajahan British,
walaupun terdapat sekolah-sekolah yang disediakan untuk anak-anak bumiputera di
Pulau Borneo namun peluang bagi anak-anak suku kaum Iranun untuk memasuki
sekolah-sekolah ini amat terbatas, malah dikatakan tidak ada peluang langsung. Ini
disebabkan pihak yang menyediakan sekolah ketika itu pihak-pihak mubaligh kristian,
maka ibubapa suku kaum Iranun yang terkenal sebagai suku kaum yang kuat
berpegang kepada agama Islam tidak mahu menghantar anaknya belajar di sekolah.
Hanya setelah wujudnya sekolah vernakular Melayu barulah ada anak-anak Iranun yang
berpegang memasuki sekolah formal. Namun kini suku kaum Iranun dalam aspek
pendidikan adalah setanding dengan mana-mana suku kaum di Malaysia dan dewasa
ramai di kalangan anak-anak Iranun yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan
mahupun swasta.

Zaman Kesultanan Sulu merupakan zaman kegemilangan masyarakat Iranun. Pada


zaman itu masyarakat Iranun mempunyai susun lapis masyarakat bersrata, yang
membahagikan anggotanya kepada kelas-kelas tertentu. Sistem kelas dalam masyarakat
Iranun didasarkan kepada keturunan dan pengaruh. Dalam susun lapis masyarakat
Iranun, setiap anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada golongan atasan.
Dalam sistem hubungan perlindungan yang wujud dalam masyarakat Iranun, pihak
berpengaruh akan memberi perlindungan manakala pihak yang dilindungi akan
berkhidmat sumbangan kepada pihak yang melindunginya. Khidmat atau sumbangan
yang dimaksudkan adalah berbentuk tenaga dan kebendaan. Dalam susunan strata
jawatan dalam sistem pentadbiran tradisional masyarakat Iranun bermula dari Sultan
kemudian Radia Moda, Datu, Panglima, Pendeta, Dumata, Sakup, Oripen dan Baniaga.
Dalam aspek bahasa pula, suku kaum Iranun mempunyai bahasa sendiri yang dikenali
sebagai basa Iranun. Namun sesuatu yang menarik dalam basa Iranun ialah wujudnya
perbezaan loghat di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Misalnya loghat
Kampung Tamau dan Kampung Penampang, terdapat sedikit perbezaan dalam sebutan
dan istilah tertentu. Manakala dari aspek pantang larang pula, suku kaum Iranun sangat
berpegang kepada pantang larang contohnya kanak-kanak dilarang bermain sembunyi-
sembunyi pada waktu senja kerana dikhuatiri akan disembunyikan oleh syaitan.

Pakaian tradisional suku kaum Iranun pula, lelaki dan wanita menggayakan pakaian
tradisional yang diperbuat daripada kain tenun atau kain Mogah. Baju perempuan
seakan-akan baju kurung kedah manakala baju lelaki seakan-akan baju Melayu cekak
musang. Lelaki memakai tubau atau tanjak manakala perempuan memakai sinisip di
kepala, disamping memakai siambitan atau kain samping pada pakaiannya. Tarian dan
nyanyian pula merupakan cabang budaya Iranun. Suatu ketika dahulu golongan muda-
mudi suku kaum Iranun gemar dengan nyanyian berbentuk puisi seperti bayuk dan
darangen. Manakala tarian seperti sumagayau, tinubau dan debak menjadi suatu
kemestian dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.

Alat-alat muzik suku kaum Iranun dapat dibahagikan kepada alat paluan, alat tiupan dan
alat bertali. Setiap set alat muzik dikategori dari sudut seni persembahan, maksudnya
bagi set alat muzik sperti agong, gandang, kulintangan dan bebendir diketegorikan seni
persembahan gholintangan atau bertitik dan alat muzik ini boleh dimainkan mengikut
irama tertentu seperti irama timpalas dan andu-andu amareges. Manakala biola
digunakan untuk seni persembahan yang dipanggil pamiola. Bagi seni persembahan
pangalai ia memerlukan alat muzik seperti benbendir dan debak yang diperbuat
daripada pokok bulu, namun seni persembahan ini mengandungi unsur-unsur mistik
yang dikaitkan dengan ilmu perubatan tradisional.
Permainan tradisonal dibahagikan kepada dua kategori iaitu permainan laur dan
permainan dalam. Permaianan luar merupakan permainan yang dimainkan di luar rumah
iaitu di tanah lapang, di padang dan tepi pantai sama ada laut mahupun sungai. Contoh-
contoh permainan luar ialah sepak manggis dan bedtid atau gasing.

Makanan merupakan salah satu jenis budaya bercorak kebendaan. Nasi merupakan
makanan utama suku kaum Iranun seperti juga kaum-kaum lain di Malaysia. Namun apa
yang menarik dalam jenis makanan Iranun ialah lauk-pauknya seperti siager yang
diperbuat daripada ikan yu atau ikan pari. Selain itu piaren yang mana ramuannya
terdiri daripada ikan dengan kepada parut dan banyak lagi jenis makanan tradisional
suku kaum ini.
Dalam masyarakat Iranun mempunyai beberapa tatacara apabila berlaku kematian,
antarnya ialah ;-

1. Mengumumkan Kematian

Apabila berlaku kematian, maka harus diumumkan kepada semua penduduk kampung
kerana berlandaskan pegangan prinsip susah senang ditempohi bersama. Oleh itu ada
cara
untuk mengumumkan kematian tersebut, iaitu;- Memalu alat-alat bunyian iaitu Balu dan
Tabu. Melalui paluan balu dan tabu penduduk setempat/orang ramai dapat
membezakan status/taraf orang yang telah meninggal dunia. Tujuannya adalah untuk
mengumumkan/memberi tahu bahawa ada kematian di tempat tersebut.

1.1 Mengumumkan Menggunakan Balu yang ditetapka bagi golongan


Datu/Syarif

Balu adalah gabungan alat-alat bunyi-bunyian seperti , gendang, gong dan babendir,
melodinya dicipta khas untuk orang yang meninggal sahaja.) yang dipukul di rumah
keluarga si mati.

Bilangan paluan/pukulan balu berdasarkan kepada peringkat usia si mati, iaitu;-

Perempuan Lelaki

a) Kanak-kanak - 6 kali midedsah 7 kali midesah


b) Remaja - 8 kali midesah 9 kali midesah
c) Dewasa - 12 Midesah 13 - 15 kali midesah

Masa Memukul Balu bagi golongan datu/syarif

a) Selepas sahaja seseorang itu disahkan meninggal,


b) Ketika mayat dimandikan dan
c) Ketika mayat diturunkan dan seterusnya dihantar ke perkuburan.

1. 2. Mengumumkan Menggunakan Tabu, ditetapkan bagi golongan biasa

Pengumuman menggunakan tabu yang dipalu/dipukul daripada masjid dan bilangan


pukulan tabu iaitu;-

a) Kanak-Kanak - 6 kali
b) Remaja - 8 kali
c) Dewasa - 12 kali

2. Mengunjungi Keluarga Si Mati

Keluarga si mati akan dikunjugi oleh masyarakat / penduduk kampung dengan


membawa bersama beberapa derma atau bantuan, antaranya ialah beras, gula,
padi,kayu api, wang dan berbagai lagi.

Pengunjung akan bergotong royong untuk menyiapkan semua keperluan, seperti kaum
lelaki akan membuat keranda dan usunan ( jika si matai golongan datu/syarif). Kaum
perempuan pula akan membuat kerja-kerja didapaur, seperti masak dan lain-lain.

Pada masa dulu menjadi satu kewajiban bagi masyarakat Iranun apa bila berlaku
kematian, pihak keluarga si mati akan menyembelih kerbau atau lembu untuk dijamu
kepada tetamu yang menziarah. Jamuan diadakan sebagai terima kasih kepada tetamu
atas bantuan mereka jenazah diuruskan sehingga selesai dan seterusnya dikebumikan.
Namun masa kini tradisi jamuan dalam kematian jarang diadakan atau tidak ada lagi
sama sekali, kerana dikatakan bertentangan dengan agama Islam.

Bagi keluarga si mati yang tidak berkemampuan (orang susah) penduduk kampung akan
menghulurkan bantuan atau menderma kepada keluarga berkenaan. Pada masa ini
telah ramai penduduk kampung atau keluarga membentuk JK Tabung Khairat untuk
kemudahan apa bila berlaku kematian dalam kalangan ahli-ahlinya.
3. Memandikan Mayat - balu akan dipukul

4. Menghantar maya ke Perkuburan - Balu di pukul dan jenazah akan dibawa


dengan menggunakan usunan ( bagi mayat golongan datu/syarif). Seorang daripada
keluarga terdekat si mati akan turut menaiki usunan berkenaan untuk memayugi
keranda berkenaan. Payang yang digunakan adalah payung yang direka khas.
Kebiasannya payung tersebut digunakan semasa dalam perkahwinan dan kematian
sahaja.

5. Pengebumian Jenazah - Selesai membaca talkhin keluarga si mati akan membina


sulap atau khemah tempat tinggal semantara di perkarangan kuburan tersebut untuk
menunggu/menjaga jenazah yang baru dikubur. Tempoh menjaga kuburan tersebut
ialah 40 hingga 21 malam bagi golongan datu/syarif dan bagi golongan biasa
memadai 7 malam.

Seelum meninggalkan kuburan kelambu akan dibuat di atas kubur si mati, hijau bagi
golongan datu, kuning untuk golongan syarif dan putih bagi golongan biasa.

6. Kenduri - Terdapat bilangan hari bagi mengadakan kenduri arwah, hari tersebut
ialah;-
.
1. Hari ketujuh - dikenali dengan kenduri pitu gawi. - iaitu 7 hari selepas jenazah
dikebumikan. Sebelum kenduri dibuat pembacaan Al-Quaran diadakan sehingga khatam
yang dipanggil pangadi sa bangkai-bangkaian. Selain itu juga setiap malam orang alim
atau kali akan kerumah untuk membaca doa dan tahlil yang dipanggil dalimakan.

2. kenduri Hari ke 21 : ini disebut dua pulu agu isa atau tenga pat pulu

3. Kenduri Hari ke 40 : Jenazah genap di kebumikan sudah 40 hari

4. Kenduri Gatusan : Jenezah genap 100 di kebumikan


5. Kenduri Temegan: Genap 1 tahun jenezah dikebumikan

6. Kenduri arwah - diadakan menjelang hari raya atau hari-hari lain.

Setiap kali kenduri diadakan, bagi mereka yang berada sekurang-kurangnya seekor
kerbau atau sapi akan disembelih. Parkara ini kewajiban bagi golongan bangsawan
khasnya kenduri hari ke 7, 40 dan ke 100 hari.

Upacara Perkahwinan Masyarakat Iranun dan Adat

Perkahwinan dalam masyarakat Iranun berlandaskan ajaran agama Islam


dan acara untuk meraikannya adalah mengikut status/taraf sesorang itu. Jika
dia dari golongan datu, maka adat dan cara meraikannya adalah mengikut
adat yang ditetapkan dan begitu juga kepada golongan syarif dan golongan
biasa, mereka akan menjalankan adat masing-masing seperti yang
ditetapkan kepada golongan mereka.
Berikut adalah adat dalam upacara perkahwinan Masyarakat Iranun.
1. Memilih Pasangan

Pada zaman dahulu, ibu bapa memilih pasangan untuk anak lelaki mereka. Anak yang
tidak
menyetujui pilihan orang tua mereka dianggap anak durhaka. Lazimnya perempuan
pilihan
orang tua mereka adalah kalangan keluarga atau mempunyai hubungan
kekeluargaan supaya hubungan antara mereka sentiasa terjalin dan lebih erat lagi.

2. Pertunangan

Semasa dalam pertunangan kedua pasangan tidak dibenarkan berjumpa atau berdua-
duaan.
Jika antara pasangan ini hendak melihat pasangan masing-masing, mereka terpaksa
mengintip atau melihat dari jauh sahaja dan begitu juga andainya kedua-dua mereka
ingin melahirkan
perasaan cinta, mereka hanya dapat menyampaikan melalui kiriman hadiah yang berupa

munsala atau sapu tangan yang dibuat khas atau kuih-muih juga dibuat oleh tunangnya
(perempuan)

3. Pagidsa-Idsa ( Hari Perundingan)

Selepas acara meresek dan persetujuan telah dicapai antara kedua pasangan keluarga,
maka Hari Peundingan/Pagidsa-Idsa ditentukan. Pada hari Pagidsa-Idsa diadakan, kedua
belah keluarga akan mengadakan majlis keramaian atau kalilang. Tujuan Pagidsa-idsa
diadakan adalah untuk mewar-warkan atau mengumumkan kepada masyarakat
setempat tentang peminangan dan jumlah berian atau betang yang dipersetujui.
Rombongan lelaki lazimnya diketui oleh Ketua Kampung akan bertandang ke rumah
pihak perempuan.

Dalam majlis tersebut, kehadiran rombongan lelaki akan diraikan dengan suasana yang
meria dan berbagai acara kebudayaan diadakan, antaranya ialah Kulintangan, Silat,
Darangen, Tinobou, Sepak Manggis dan datu-datuan. Sepak Manggis merupakan
permainan rakyat yang mesti diadakan dalam mana-mana majlis perkahwinan, pagidsa-
idsa dan kelahiran bayi.

Tempoh masa majlis keramaian bagi meraikan majlis tersebut bergantung kepada
taraf/status golongan seseorang itu. Sekiranya mereka daripada golongan datu dan
syarif maka majlis akan diadakan sehingga 7 hari dan jika dari golongan biasa majlis
berkenaan memadai dengan satu hingga 3 hari sahaja.

Selesai perundingan pihak akan menyerahkan berbagai peralatan perempuan diserahkan


kepada bakal tunangnya seperti cincin, kain sarung,baju dan kalung.

4. Menentukan Hari Perkahwinan

Masyarakat Iranun amat teliti bagi menentukan Hari Perkahwinan. Bagi mereka hari dan
bulan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas masa depan kehidupan kedua-dua
pengantin. Bulan-bulan yang dianggap baik untuk melangsungkan perkahwinan adalah
bulan Syaban, Zulkaedah, Zulhijah dan Rabiulakhir. Manakala Safar dan Ramadhan
hanya untuk orang - orang yang dianggap alim sahaja.

Hari-hari yang baik bergantung kepada hari bulan. Semasa bulan terang, hari yang
menjadi pilihan ialah hari pertama, kedua, kenam, kelapan, ke 10 dan ke 14. Manakala
hari-hari semasa gelap ialah hari ke lima, ke lapan, ke 11 dan ke 12.

Masyarakat Iranun membahagikan satu bulan kepada dua bahagian, Bahagian Pertama
atau Sebang mulai satu hari bulan hingga 15 hari bulan terang, manakala bahagian
kedua atau delem ialah dari 16 hingga hari ke 30

5. Hari Perkahwinan

Berbagai persiapan diadakan untuk meraikan majlis perkahwinan, antaranya ialah


menyediakan tempat tidur pengantin seperti tilam, katil, kelambu, tikar berhias, bantal
bersulam, pinggan mangkuk dan lain-lain keperluan.

Tempoh meraikan Majlis Perkahwinan bagi golongan datu ialah 3 hingga 7 hari sebelum
dan selepas.

5.1 Usunan

Usunan ialah tempat pengantin lelaki duduk dan diangkat oleh beberapa orang lelaki ke
rumah pengantin perempuan. Usunan hanya digunakan oleh golongan datu dan syarif
sahaja. Golongan biasa memadai menggunakan kuda sahaja. Usunan dihias cantik
dengan menggunakan kain-kain yang dihias dengan manik -manik dan tikar mengkuang
yang dihias.

5.2 Ulu a-Damak

Sebelum bertolak rombongan lelaki dikehendaki menyediakan Ulu a-Damak yang berupa
bahan makanan seperti sirih, pinang, rokok, beras dan kuih muih yang biasanya
disimpan kedalam bekas yang dibuat daripada tembaga ( bagi golongan datu) dan
golonga bisa Ulu a Damak dibungkus dalam kain, diserahkan kepada mereka yang
menyambut kedatangan pihak lelaki. Pengantin lelaki diapit oleh pengapit yang dipanggil
pawai. Jumlah pawai bergantung dengan bilangan pawai kedua-duanya. Jika perempuan
2 orang pawai maka lelaki juga mesti menyediakan dua pawai (bagi golongan datu) dan
memadai seorang pawai bagi pengantin golongan biasa.

6. Ketibaan Pengantik Lelaki di Rumah Pengantin Perempuan

Setiba rombongan lelaki di perkarangan rumah pihak perempuan, pihak perempuan


akan melepaskan das timbakan ke atas menandakan ketibaan pengantin lelaki telah
tiba. timbakan akan dibalas oleh rombongan lelaki dengan beberapa das timbakan juga
bergantung dengan taraf /status golongan kedua pihak.
Selesai berbalas-balas tembakan, rombongan dijemput oleh rombongan perempuan.
Sebelum naik ke rumah rombongan lelaki diminta mempersembahkan beberapa acara
tradisi seperti silat, tinobow, bayuk dan sebagainya. Sekiranya pihak perempuan telah
berpuas hati barulah Ulu a-Damak yang dibawa oleh rombongan lelaki diterima dan
dipersilakan naik kerumah. Isi Ulu a-Damak tersebut akan dibagi-bagikan kepada tetamu
khas pihak perempuan. Pengantin lelaki diturunkan dari Usunan dan diangkat oleh dua
orang dan kakinya tidak dibenarkan menyentuh tanah.

Kemudian pengantin lelaki akan didudukkan di atas tilam yang disediakan sementara
menunggu akad nikah. Upacara nikah dijalankan oleh Imam dengan disaksikan oleh
beberapa orang. Selesai akad nikah bacaan berjanji (salawat kepada nabi) dilakukan
dan serentak dengan itu juga imam akan mengiringi pengantin lelaki ke pelamin tempat
pengantin perempuan duduk untuk membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki akan
memusing- musing sapu tangan di atas kepala pengantin perempuan sebelum
menjatuhkannya ke ribaan
pengantin perempuan. Selepas itu pengantin lelaki menyentuh dahi pengantin
perempuan dengan ibu jarinya.

6.1 Bayuk dan syair

Sebelum Imam membuka beberapa tabir sebagai kain rentang dihadapan pelamin, wakil
pengantin lelaki mestilah mempersembahkan beberapa rangkap syair dan bayuk
sehingga pihak perempuan puas hati barulah pengantin lelaki dibenarkan masuk untuk
membatalkan air sembahyang.

7. Pakaian Pengantin

Pakaian juga merupakan perkara penting dan harus ada penelitian dalam setiap
perkahwinan masyarakat Iranun. Penggunaan / pemakaian warna dalam pakaian
pengantin juga telah ditentukan bagi seseorang mengikut golongan . Warna hijau bagi
golonga datu, kuningan bagi golonga syarif dan golongan biasa boleh memilih berbagai
warna kecuali warna hijau dan kuning. Sekiranya mereka memakai menggunakan warna
hijau dan kuning mereka dikatakan melanggar adat resam dan boleh didenda.

Senarai Pengantin Lelaki

1. Tanjak atau Dastar - Sejenis kain yang ditenun khas dan dipakai di kepala

2. Bobotolan - Sejenis tali pinggang khas ( berkepala Besar)


3. Baju Sinipak - Baju yang dibuat khas, lenganya dibelah sehingga kes siku. Baju ini
juga disulam dengan mata a-lambouan ( manik permata)

4. Talumpa atau kasut -

5. Seluar Maines - seluar yang dsisempitkan dibahagian bawah.

6. Gelang, Loket dan Cincin Emas

7. Keris Iranun - Keris ini merupakan sesuatu yang dimestikan dipakai oleh pengantin
lelaki.

Pakaian Pengantin Perempuan

1. Sinisip - dipakai dibahagian kepala

2. Baju Sinipak - seperti lelaki perempuan juga menggunakan pakai seperti pakaian
lelaki cuma bezanya perempuan tidak memakai seluar sebalikkanya perempuan
memakai kain khas atau sarung yang disulam

3. Galon/Tali Pinggang - sejenis tali pinggang yang dibuat khas untuk merampingkan
lagi pinggang pengantin perempuan.

4. Malong - kain khas atau sarung yang ditenun

5. Kuku Emas - dipakai di jari pangantin perempuan


6. Talumpa atau kasut

7. Cincin, loket dan Gelang emas

You might also like