You are on page 1of 7

Tajuk 3 : Hubungan etnik dan cara hidup masyarakat harmonis

Pengenalan

Budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi
system social, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan
nilai. Di dalam budaya terdapat beberapa cirri-ciri penting antaranya ialah, budaya adalah
sesuatu yang harus dipelajari, boleh dikongsi, bersifat sejagat, boleh diwarisi, sentiasa berubah-
ubah, mempunyai unsure simbolik dan budaya sentiasa dilihat oleh setiap manusia di semesta.

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS

Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis
menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik.
Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa survival Malaysia
sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak
pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih
pnting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan
untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik
yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti
peristiwa 13 mei 1969.

Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik
dan setiap rakyat Malaysia, bak kate pepatah "yang baik buat tauladan, yang buruk
dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan,
rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta
benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan
nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai
sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali,
peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu
sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan
etnik lain. (Ranjit Singh Malhi, 2005)

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara ( kini Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional-JPNIN) pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan
keharmonian antara kaum. JPNIN kini juga dipertanggungjawab memantapkan integrasi
nasional, iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya
antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha lain yang diambil
oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah
pengenalan Rukun Negara (Ideologi Kebangsaan), Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; pergabungan parti-parti politik melalui
Barisan Nasional; dan integrasi antara wilayah (antara kawasan bandar dengan luar bandar
serta antara semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak).

Namun, untuk menjamin dan memelihara hubungan etnik yang harmonis, sumbangan yang
besifat top-down sahaja tidak mencukupi. Usaha ini mesti digenapkan oleh suatu usaha
berbentuk bottom-up. Justeru, kerjasama dan sumbangan daripada sektor swasta
(pimpinan korporat serta pelabur asing), sektor komuniti (pihak badan bukan kerajaan atau
NGO) dan semua parti politik adalah sangat kritikal untuk melengkapkan usaha kerajaan
yang bersifat top-down. Oleh yang demikian, keharmonian hubungan etnik di Malaysia tidak
bergantung semata-mata pada keadaan berbaik-baik antara kumpulan etnik tetapi juga
antara kumpulan kelas sosial yang berbeza (antara para pekerja, anggota kelas menengah
dan mereka yang kaya daripada pelbagai kumpulan).

KONSEP MASYARAKAT

Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud
dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada
pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong
royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul
menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan,
membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau
yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam
masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis
antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya yang tersendiri yang terbentuk daripada
hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Sebagai contoh,
masyarakat melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad
lamanya, semenjak sbelum kedatangan kebudayaan asing (sama ada dari negara China,
India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat melayu luar bandar yang paling baru dibentuk
pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang
berpendapatan rendah.

Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan
tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa
manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah,
menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada
generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya
melibatkan interaksi dua generasi; pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan
kedua, generasi yang menerima budaya.

Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun


mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa
mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak-anak
mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan
fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai
dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah
tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain.

Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya
material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan material
sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains
serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang
menjadi pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan
setiap anggota masyarakat diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan
berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi
nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang
seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.

Kita semua perlu memahami secara jelas konsep-konsep masyarakat itu sendiri
atas sebab-sebab berikut:

1. Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain
tetapi untuk hidup bermasyarakat
2. manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain; dan
4. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain.
Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-ciri masyarakat juga perlu diketahui dan
difahami kerana masyarakat itu adalah sesuatu yang dinamik.

Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut

1. Berkelompok
2. Berbudaya
3. mengalami perubahan
4. Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar)
5. mempunyai kepimpinan dan
6. mempunyai aturan sosialnya

Berdasarkan pemahaman mengenai masyarakat yang dihuraikan tadi ternyata bahawa


Malaysia ialah sebuah masyarakat yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Dari segi sejarahnya, masayrakat Malaysia juga telah terbukti mempunyai asas kukuh
untuk mewujudkan masyarakat berilmu, bermoral dan mendukung cita-cita murni bangsa
Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Hal ini telah dimanifestasikan oleh pemimpin
dan rakyat melaui pemikiran, nilai sosiobudaya, perlambangan dan jiwa kemanusiaan serta
kerohanian tinggi yang mereka amalkan sehingga hubungan etnik yang harmonis terus
bertahan dengan baik.

Namun begitu, konsep masyarakat Malaysia tidak boleh disamakan dengan konsep bangsa
Malaysia kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza, walaupun merujuk
kepada sebuah entiti politik yang sama, iaitu Malaysia. Masyarakat Malaysia adalah sebuah
konsep yang lebih luas skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep payung, yang
merangkumi konsep bangsa malaysia yang merujuk pula kepada satu cita-cita politik,
seperti yang diungkapkan dalam Wawasan 2020. Melalui Wawasan 2020, para pemimpin
Malaysiabersama-sama masyarakatanya telah menggariskan cita-cita untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 yang berasaskan satu bangsa
bersepadu yang dikenali sebagai bangsa Malaysia. Dari satu segi, bangsa Malaysia
merupakan satu bangsa idaman yang kita kehendaki. Tentunya bangsa malaysia yang kita
idamkan itu berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

Pembentukan bangsa malaysia boleh diukur berpandukan tiga perspektif utama :


kenegaraan, kewarganegaraan dan kebangsaan. Semangat kenegaraan perlu ditanam dan
dipupuk dalam diri setiap rakyat demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat
ini boleh ditanam melalui simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera malaysia,
lagu kebangsaan dan rukun negara. Daripada aspek kewarganegaraan, bangsa melayu,
cina, india dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu
warganegara malaysia. Aspek kebangsaan pula dapat ditonjolkan melalui kebudayaan
kebangsaan yang merupakan penggerak dalam menguatkan semangat kebangsaan dan
menjadi batu asas kepada pembentukan bangsa malaysia. Pada hakikatnya, hubungan
antara kebudayaan kebangsaan dengan semangat kebangsaan adalah bertimbal balik
kerana masing-masing saling menyokong dan menguatkan antara satu sama lain. 

KONSEP BUDAYA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi'
dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan
fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut,
budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik
Safiah Haji Abdul Karim, 1963)

Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of
perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned
but are too pervasive to be readily noticed from within"
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan.
Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya
berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan
ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan
masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala
bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan kepada pihak
lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap
sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan
hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat
komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej
negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran
kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.
Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian
hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya
dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan
keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)

Buday mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah

1. dipelajari
2. dikongsi
3. bersifat sejagat
4. diwarisi
5. berubah-ubah
6. mempunyai unsur simbolik, dan
7. adanya pandangan semesta

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan
antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang
dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan
apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan
sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan
bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut
perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)

PENGALAMAN MALAYSIA

Konsep-konsep asas hubungan etnik sangat relevan untuk memahami situasi hubungan
etnik yang terdapat dalam kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting
dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan
rakyat. Antara lanhkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
selepas peristiwa 13 mei 1969.
Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan majlis Penasihat Perpaduan
Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat
negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan mmbincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia
secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia wujud. Kerajaan juga
telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.

Kharmonian hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat melalui
rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai
contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini
melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera
misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjid-masjid yang
dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu mempunyai menara
berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, arab dan india seta cina.

Pada masa ini pula, Kementerian Kesenian, kKebudayaan dan Warisan telah memperkukuh
lagi warisan kesenian rakyat Malaysia seperti tarian, muzik, pemakaian pakaian tradisional
dan makanan dalam kalangan masyarakat majmuk malaysia. Misalnya, makanan etnik
melayu seperti nasi lemak menjadi kegemaran rakyat Malaysia; begitu juga dengan
masakan etnik cina seperti nasi goreng cina, mi hailam dan masakan india seperti kari.
Manakala dari segi pakaian, para pelajar bukan melayu tidak berasa janggal memakai baju
kurung dan baju melayu, khususnya pada hari Jumaat. Semasa sambutan tahunan Hari
Kemerdekaan, kesenian rakyat Malaysia seperti pakaian dan alat muzik telah dipaparkan.
Begitu juga perbarisan kontinjen pasukan Malaysia dalam mana-mana acara sukan tlah
memaparkan kesenian rakyat Malaysia.

Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus
mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk
keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar
dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.
RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/11461255/KULIAH-1-2-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIA-SECARA-UMUM-
KONSEP-ASAS-HUBUNGAN-ETNIK

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/kepentingan-hubungan-etnik-yang.html

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/usaha-usaha-kerajaan-untuk-memupuk.html

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-masyarakat.html

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-budaya.html

http://hubungan-etnik.blogspot.com/2009/10/pengalaman-malaysia.html

You might also like