You are on page 1of 12

PENYAMBUNGAN SECARA

MEKANIKAL

SKRU, NAT DAN BOLT


SKRU
* Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di
gunakan untuk memasang atau mencantum engsel atau
barang lain pada kayu/logam.

* Terdapat 2 jenis skru iaitu yang mempunyai alur dan


alur berpalang ( kepala Philip).

*Bahagian-bahagian skru:
i.Kepala.
ii.Batang bajak (shank)
iii.Benang.
iv.Hujung skru
Jenis-Jenis Skru
• Skru Kepala Rata (Counter Sunk)

• Skru Kepala Bulat

• Skru Kepala Timbul

• Skru Kepala Segi Empat


Skru Kepala Rata (Counter Sunk)

• Diperbuat daripada keluli lembut dan digalvanikan untuk mencegah


pengaratan.
• Terdapat juga skru yang diperbuat daripada loyang dan tembaga mengikut
kegunaan.
Skru Kepala Bulat

• Mempunyai kepala berbentuk bulat dan bahagian bawahnya


rata.
• Diperbuat daripada keluli lembut , loyang dan tembaga dan di
galvanikan untuk mencegah pengaratan.
• Ia digunakan untuk mengikat kayu dan sebagai hiasan kerana
kepalanya yang berbentuk bulat.
Skru Kepala Timbul

• Skru jenis ini merupakan cantuman diantara Skru Kepala Rata dan Skru
Kepala Bulat tetapi ia diperbuat daripada keluli yang lebih kuat.
• Skru kepala timbul digunakan untuk mencantumkan logam dengan kayu.
• Skru jenis ini biasa digunakan untuk pemasangan engsel, hiasan serta
sebagai pendakap logam.
Skru Kepala Segi Empat

• Skru jenis ini kuat dan diperbuat daripada keluli.


• Kepala skru ini mempunyai bentuk segi empat dan memerlukan spana
untuk mengikatnya.
• Skru ini digunakan dalam kerja kasar seperti pembinaan jambatan,
pembinaan Koc , mesin atau jentera dan lain-lain.
Bolt & Nat

• Bolt dan Nat digunakan untuk mengikat bahagian kayu atau logam.

• Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di dalam pasaran mengikut kegunaan
masing-masing.

• Jenis- jenis Bolt :-


i. Bolt Bengkok.
ii.Bolt Nat
iii. Bolt Gerigi (Rag Bolt)
Bolt Bengkok

• Bolt jenis ini mempunyai kepala yang di


bengkokkan untuk mengantungkan barang.
Bolt dengan Nat

• Bolt dan nat di gunakan bersama untuk mengikat kayu kepada kayu, logam
kepada logam dan kayu kepada logam.
• Terdapat pelbagai jenis nat di dalam pasaran yang mempunyai kegunaan
yang berbeza.
Bolt Gerigi (Rag Bolt)

• Bolt jenis ini akan mengembang apabila dipasang.


• Ia digunakan untuk pasak mesin dan
bahagian yang memerlukan pegangan yang kuat seperti tutup tiang dan
sebagainya.

You might also like