Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan Morfologi
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :
43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan
kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi
unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu
( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu
linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata,
golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok
bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan
bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat
pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan –
rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan
struktur kata.
07 Mei 2009
Penutur-penutur asal bahasa Melayu berasal daripada golonganAustronesia. Mereka dating dari
daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa bentukgelombang pergerakan manusia yang
menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlakusejak tahun 2500 sebelum masihi dengan
kedatangan golongan pertama yang disebutMelayu Proto. Kemudian datang pula golongan kedua
yang dikenali sebagai MelayuDeutro yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia
Tenggara.
i)
Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentukdasar. Ia
tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terbahagi
kepada dua jenis.
Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contohnya;
- makan
- saya
- sihat
- sungguh
- bahaya
Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan sendiri tetapi
memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contohnya:
- di mana?
- untuk siapa?
- ke Johor?
Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungisatu
suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentukoleh satu
vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan.Konsonan
demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secaraserentak. Ia terdiri
daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kataatau lebih dan akronim.
Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui pencatuman
bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-bahagian daripada
beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya:
Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti
pelari,pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalambahasa
Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan,membawa,
mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakalaawalan yang wujud dalam
kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih,terendah, secantik, secerah, setebal dan
sebagainya.
Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata
namaterbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian,
jahitan,sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran katakerja
pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya.
Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kataadjektif.
Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan,penggunaan, kedukaan dan
sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan,mentakrifkan, menggunakan,
berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya.
Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan
sebagainya.
Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dansisipan
kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dansebagainya.
Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut,gemilang dan
sebagainya.
iii) Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar ataulebih
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.Proses
pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Caramengeja katamajmuk berbeza-
beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.
Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian
oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan
Bahagian A
Soalan 2
Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajarkan jenis-jenis perkataandalam
bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam. Penggunaan bahan bantumengajar
tersebut boleh disokong dengan penggunaan rajah, alat atau apa sahajabahan lain yang
bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik juga amat penting untukmerealisasikan
pengajaran anda.
Guru memaparkan rajah jenis-jenis perkataan. Guru memberi penjelasantentang
jenis-jenis perkataan dan contoh-contohnya. Murid-murid meneliti rajah yangdisediakan oleh
guru. Dengan bimbingan guru, murid diminta memberikan contoh-contoh lain. Guru
bersoaljawab dengan murid selepas diberikan penerangan untukmenguji kefahaman mereka.
Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiapkumpulan
dikehendaki mengisikan jadual dengan perkataan-perkataan yang disediakanke dalam kategori
masing-masing. Kumpulan yang cepat dan betul diberikan penghargaan.
Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
ragam ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.
SINTAKSIS
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidangsintaksis sebagai
kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat sertapembentukannya.
Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya,selain kehadiran unsur
seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatuayat serta urutan perkataan,
terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian danpertimbangan dalam pembinaan ayat.
Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidangsintaksis
sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapatdalam pembinaan
ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian.
Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukankegramatisan
sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapatpenanda kasus
sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasaRusia dan bahasa Turki.
Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukanayat
dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahanyang terjadi
pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, samaada akan, sedang atau
sudah berlaku.
Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam pembentukan ayat
sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja adalah penting,
sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk tidak akan menjadi gramatis.
Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis ataupersoalan
sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaanyang
menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan ataukecekapan
berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsurmembolehkannya mengatasi
masalah ketaksaan ayat yang berlaku.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkajipersoalan
bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan
sesuatu bahasa.
RAGAM AYAT
Ayat Aktif
Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayuterdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi katakerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada
ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yangdiikuti
oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.Walau
bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanyadaripada ayat yang
mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa namaobjek sebagai unsure
penyambut kata kerjanya. Contohnya:
- Ali menendang bola.
- Anjing itu mengejar kucing.
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitifiaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif taktransitif iaitu:
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialahayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangansecara pilihan.
Contohnya:
A-i)Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
ii)Kanak-kanak sedang mandi.
B-i)
Dia menangis sepanjang hari.
ii) Dia menangis.
C-i)
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.
ii)
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan
yang tidak boleh digugurkan. Contohnya:
A-i)Dia berada di Kuala Lumpur.
ii) *Dia berada.
B-i)
Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.
ii)
*Kebanyakan penganggur tinggal.
C-i)
Bas itu menuju ke utara.
ii)*Bas itu menuju.
ii)
Ayat Pasif
Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Contohnya:
- Bola ditendang oleh Ali.
- Kucing itu dikejar oleh anjing.
- Buku itu saya baca.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:
i)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii)
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama dirikedua.
iii)
Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata
kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasifdi- dan ter- . Contohnya
Subjek
Kata kerja pasif
oleh + frasa nama
Keterangan
Barang itu
sudah diambil
oleh Ali
semalam.
Sampah-sarap
dibakar
oleh ayah
pagi tadi.
Tembok itu
terlanggar
oleh lori
pada
bahagian
bawahnya.
Istana raja
terbina
oleh rakyat
dalam masa satu
tahun.
Sekiranya binaanoleh+FN yang letaknya selepas kata kerja, kata sendi
oleh boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contohnya:
- Barang itu sudah diambil Ali semalam.
- Sampah-sarap dibakar ayah pagi tadi.
Sekiranya binaanoleh+FN itu terletak jauh daripada kata kerja, makaoleh
tidak boleh digugurkan. Contohnya:
i) Barang itu sudah diambil semalamoleh Ali.
- Barang itu sudah diambil semalam Ali.
ii) Sampah-sarap dibakar pagi tadioleh ayah.
- Sampah-sarap dibakar pagi tadi ayah.
Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungiimbuhanb
er- danke-…-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagianoleh+FN biasanya tidakdiperlukan.
Contohnya:
Subjek
Predikat
Mereka
kehujanan sepanjang hari.
Seluruh kampung
kegemparan.
Baju itu
berjahit dengan benang sutera.
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kataganti nama diri diletakkan
di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan
kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhanpasif di-. Kata ganti nama diri orang
pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata
ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk penuh adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami
dan kita. Manakala bentuk kataringkas ialah ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya:
Subjek
Frasa kerja dengan kata ganti nama
diri pertama/kedua
Keterangan
Kerja itu
sudah saya selesaikan
semalam.
Makanan itu
belum kurasai
lagi.
Hutang itu
akan engkau jelaskan
sepenuhnya.
Tugas ini
mesti kami pikul