You are on page 1of 15

KERTAS KERJA – PENGARUH DIALEK MELAYU SARAWAK DALAM percakapan

PENGAJARAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Pengaruh dialek melayu Sarawak dalam lirik lagu rakyat sarawak


1. TAJUK
PENGARUH DIALEK MELAYU SARAWAK DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN – terdapat istilah dialek bahasa Melayu
Sarawak yang sama ejaan dan sebutan bahasa melayu standard tetapi membawa
maksud berbeza.
Tetak : tetak
Lawa : lawa
Kacak : kacak
Tikam : tikam
Tapak : tapak
Supaya murid menggunakan bahasa melayu standard yang betul
Merungkai kekeliruan penggunaan DMS dengan bahasa melayu standard.

2. KERANCUAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH


KEBANGSAAN

3. MORFOLOGI DIALEK MELAYU SARAWAK- IMBUHAN AWALAN MEN


DIWAKILI –NG

4. LATAR BELAKANG
APAKAH MORFOLOGI?
……….
DALAM Dialek Aazizi Celcom Baru, [01.12.16 11:32]
alam Dialek Melayu Sarawak (DMS), banyak perkataan yang bermula dengan huruf
ng. Perkataan yang bermula dengan huruf tersebut mempunyai maksud tunggal atau
tersendiri (asli) dalam DMS. Terdapat juga perkataan bermula ng yang mendukung makna
imbuhan me- dalam BM. Keunikan perkataan bermula dengan ng itu menarik kerana dalam
BM tidak terdapat sebanyak perkataan ng dalam DMS. Wujud perkataan tunggal DMS yang
mempunyai maksud khusus seperti ngando. Ngando dalam DMS bermaksud lewat bangun
tidur atau tidak jaga daripada tidur pada waktu biasa seseorang itu bangun atau ingin bangun.
Lewat dalam BM boleh menjelaskan maksud

Aazizi Celcom Baru, [01.12.16 11:34]


terlambat dalam sesuatu perkara tetapi ngando dalam khusus merujuk tidur.
Walaupun hanya disebut faham maksudnya walaupun tidak diikuti dengan DMS meman
orang sudah perkataan tidu selepas perkataan ngando Ngabas juga mempunyai maksud yang
unik, iaitu melihat kembali sesuatu dengan tujuan untuk mengetahui kesan dan hasil
Contohnya, ngabas untuk melihat sama ada jerat mengena atau t Melihat kesan sesuatu
pekerjaan seperti ngabas tapai, iaitu kuih yang dibuat daripada nasi yang bercampur ragi
sama ada nasi itu s menjadi tapai yang boleh dimakan atau sudah terlalu masak. Begitu juga
ngabas yang bermaksud hendak melihat padi di huma yang padi sudah lama ditinggalkan
kerana jauh dari rumah sama ada padi itu sudah masak atau rosak. Selain itu,ngabas juga
digunakan untuk istilah melihat kesan sesuatu bencana. Misalnya, selepas berlaku banjir atau
ribut, orang akan ngabas sesuatu yang dijaga atau diusahakan yang letaknya jauh. Misalnya,
ngabas dangau untuk memastikan adakah atapnya diterbangkan angin dan ngabas kebun
adakah dimusnahkan oleh banjir. Selain itu, ngabas juga merujuk perbuatan melawat sesuatu
yang lama ditinggalkan seperti anak yang bekerja di bandar ngabas ibu bapa di kampung.
Begitu juga dengan mereka yang menetap di bandar balik ke kampung ngaba sanak saudara.
Begitu juga dengan ngabas nasi yang ditanak di dapur. Adakah sudah masak setelah lama
ditinggalkan apabila sibuk melakukan kerja rumah yang lain. Termasuk juga ngabas benda
yang seperti padi atau dijemur kelapa untuk memastikan padi tidak dimakan ayam. Perkataan
ngasi pula membawa maksud menyediakan sesuatu untuk seseorang atau sekumpulan orang.
seseorang maksud dan minuman. juga membawa ubat dan lain, iaitu mujarab. Ubat dan yang
disebut rawatan itu rawatan mujarab ngasi.

BAHASA MELAYU MERUPAKAN MATA PELAJARAN WAJIB YANG


DIAJAR DI SEKOLAH KEBANGSAAN dan merupakan bahasa pengantar di sekolah-
sekolah sejak Dasar Pendidikan diperkenalkan pada tahun 1956 atau Penyata Razak sehingga
kini. Akta ini adalah meliputi seluruh Malaysia. Walau pun sedia maklum, negeri Sarawak
dan Sabah mempunyai populasi Penutur jati bahasa Melayu yang minority berbanding
bahasa-bahasa majority lain, negeri Sarawak dan Sabah tetap menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negeri masing-masing berdasarkan bahasa rasmi negara. Seterusnya
Bahasa Melayu turut dijadikan bahasa wajib lulus dalam peperiksaan dan akhirnya berkembang menjadi
suatu bahasa pengantar bagi aliran sekolah rendah dan menengah. Dengan pengukuhan bahasa Melayu
melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 kedudukan bahasa Melayu telah diperkemas secara menyeluruh
dengan memantapkan struktur sebutan, ejaan peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasanya yang
menyebabkan bahasa ini juga mengalami proses perkembangan dan asimilasi sama seperti bahasa lain yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang standard yang digunakan dalam bentuk lisan atau penulisan.
Walaupun bahasa Melayu telah mengalami proses tersebut namun bahasa ini tidak terkecuali daripada
kerancuan atau pencemaran bahasa yang telah digunakan secara lazim oleh kebanyakan masyarakat. Murid-
murid sekolah tidak terkecuali menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul atau rancu. Kadang-kadang
bahasa Melayu yang mereka gunakan nampak betul tetapi apabila dikaji dengan mendalam sebenarnya
banyak penggunaan bahasa tersebut salah dan tidak betul struktur dan penggunaannya. Hal ini berlaku kerana
terdapat beberapa pengaruh yang menyebabkan berlakunya sedemikian.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menyerlahkan pengaruh dialek Melayu Sarawak (DMS) dalam
pertuturan bahasa Melayu standard melalui analisis . Tumpuan analisis ini ialah pada
perkataan sama ejaan, sama bunyi untuk DMS dan bahasa Melayu Standard.
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
1. Mengenal pasti
2. Mengklasifikasikan kesilapan

DEFINISI OPERASIONAL

Kamus Dewan edisi keempat (2007) telah menjelaskan …………………………

. BAHASA MELAYU JUGA MERUPAKAN BAHASA RASMI


NEGARA…PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI SKEOLAH ….. KERANA
ADANYA DIALEK-DIALEK

5. PENYATAAN MASALAH
Dialaek melayu Sarawak merupakan…. Terdapat perkataan yang sering digunakan
oleh murid yang dianggap merupakan bahasa Melayu tetapi sebenarnya merupakan
dialek Sarawak…

6. OBJEKTIF KAJIAN
Untuk mengkaji sebab….
….
….

7. DEFINISI OPERASIONAL
Pengaruh…..
Dialek….

8. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dibuat untuk ……


Mengenal pasti keraguan penggunaan dialek Melayu Sarawak yang sering dilakukan
oleh murid samada secara sengaja ataupun tidak sengaja

9. METADOLOGI
10.

11. JANGKAAN HASIL

Berdasarkan …..
D
Kerancuan Bahasa Melayu

1.0. Latar belakang

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah sejak Dasar Pendidikan diperkenalkan pada tahun 1956 atau Penyata Razak 1956 sehingga kini.
Seterusnya Bahasa Melayu turut dijadikan bahasa wajib lulus dalam peperiksaan dan akhirnya berkembang
menjadi suatu bahasa pengantar bagi aliran sekolah rendah dan menengah. Dengan pengukuhan bahasa
Melayu melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 kedudukan bahasa Melayu telah diperkemas secara
menyeluruh dengan memantapkan struktur sebutan, ejaan peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras
bahasanya yang menyebabkan bahasa ini juga mengalami proses perkembangan dan asimilasi sama seperti
bahasa lain yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang standard yang digunakan dalam bentuk
lisan atau penulisan. Walaupun bahasa Melayu telah mengalami proses tersebut namun bahasa ini tidak
terkecuali daripada kerancuan atau pencemaran bahasa yang telah digunakan secara lazim oleh kebanyakan
masyarakat. Murid-murid sekolah tidak terkecuali menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul atau rancu.
Kadang-kadang bahasa Melayu yang mereka gunakan nampak betul tetapi apabila dikaji dengan mendalam
sebenarnya banyak penggunaan bahasa tersebut salah dan tidak betul struktur dan penggunaannya. Hal ini
berlaku kerana terdapat beberapa pengaruh yang menyebabkan berlakunya sedemikian.

2.0. Definisi Konsep

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ), telah menjelaskan bahawa kata ‘rancu’
ialah tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa) kekeliruan serta mentakrifkan perkataan
kerancuan sebagai keadaan rancu ( tidak teratur dsb [maksud imbuhan ke__an itu
sendiri yang bermaksud keadaan atau ciri rancu] ), kekacauan yang berkaitan
dengan penggunaan bahasa yang tidak betul. Dr. Nik Safiah Karim ( 1986)
pula, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan
bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau
susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan baha wa
definisi kerancuan b a h a s a i a l a h k e k a c a u a n bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna
bahasa. Perkataan-perkataan yang sinonim dengannya ialah kecelaruan, kesalahan dan
kesilapan dalam penggunaan bahasa dalam bentuk berkomunikasi dan penulisan bahasa
Melayu. Kerancuan yang sering berlaku termasuklah kerancuan daripada aspek sebutan,
ejaan, peristilahan, kosa kata, tatabahasa dan laras bahasa.

3.0. Faktor-faktor Berlakunya Kerancuan Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada kerancuan bahasa Melayu
dalam kalangan murid-murid. Jika dahulu kerancuan bahasa ini hanya dipengaruhi oleh
bahasa ibunda , dialek / bahasa daerah dan bahasa Inggeris, sejajar dengan perkembangan
masa yang terus berkembang peranan media massa, bahan cetak dan peningkatan teknologi
telah menyebabkan kerancuan bahasa Melayu ini makin meluas dalam kalangan murid-murid
di sekolah.

3.1. Pengaruh bahasa ibunda.

Kerancuan bahasa Melayu berlaku kerana terdapat pengaruh bahasa ibunda yang
digunakan oleh murid-murid di sekolah. Bagi murid Melayu kesalahan tersebut kurang ketara
berbanding murid bukan Melayu. S a t u d a r i p a d a k e s a l a h a n u m u m m u r i d b u k a n
M e l a yu i a l a h k e g a g a l a n m e r e k a m e n g e n a l i p e r b e z a a n a n t a r a b u n yi é d a n
e semasa membaca dan menulis. Sebagai contoh perka taan homonim iaitu kata yang
sama ejaan dan / atau sama sebutannya tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contohnya :

perak ( logam ) : perak ( terpinga-pinga )


semak ( kaji ) : semak ( kusut )
perang ( warna ) : perang ( gaduh )
sepak ( tampar ) : sepak ( tendang )

Abdullah Hassan (1980) berpendapat bahawa


perbezaan a n t a r a ‘ s e p a k ’ d a n ‘ s é p a k ’ a d a l a h j a u h b e r b e z a . B e g i t u j u g a
k e b a n ya k a n murid bukan Melayu terutama murid Cina tidak dapat menyebut
bunyi sengau lelangit keras ny dan lelangit lembut ng d e n g a n t e p a t . O l e h s e b a b
e j a a n s e t i a p b u n y i i t u m e m p u n ya i d u a l a m b a n g m a k a r a m a i ya n g
m e n y e b u t n ya sebagai dua b u n yi . Dalam hal ini, k a d a n g - k a d a n g
berlaku juga kesalahan kepada murid Melayu dan
I n d i a . Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf
g a b u n g nydiucapkan s e b a g a i dua b u n yi i a i t u n dan y s e p e r t i
d a l a m banyak atau ban-niak (sepatutnya ba-nyak ), ( ni-a-muk atau n-ya-
muk sepatutnya nya-muk ) dan kun-ning ( sepatutnya ku-ning ) Dalam
hal ng juga, n diasingkan daripada g seperti dalam ung-gu atau un-gu (sepatutnya u-
ngu), tan-gan (sepatutnya ta-ngan ) dan pengan-kap ( sepatutnya penga-kap). Akibat
pengaruh bahasa ibunda ramai murid gagal menyebut perkataan-perkataan di atas dengan
betul.

3.2. Pengaruh bahasa dialek / daerah

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) telah menyatakan dialek (dialék)


bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu
daerah atau o l e h sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa
s t a n d a r d , l o g h a t , p e l a t daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada
penggunaan bahasa d a e r a h b o l e h d i s e b a b k a n o l e h b e b e r a p a f a k t o r . J i k a
kita lihat di sekolah, guru-guru gemar mengambil jalan mudah dan
cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar
dengan alasan murid lebih m u d a h m e m a h a m i s e s u a t u ya n g d i s a m p a i k a n
oleh guru dan s u a s a n a pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah
menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid.

Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan murid -
murid yang lemah dalam penguasaan
bahasa. Bagi murid-murid pula kerana bahasa dialek / daerah i ni sudah menjadi
bahasa pertama yang mereka perolehi dari rumah maka dalam pertuturan seharian
mereka akan menggunakan bahasa tersebut. Sebagai contoh bahasa dialek Perak
seperti wanita itu idak perasan ada orang mengikutinya ( sepatutnya wanita itu tidak sedar
ada orang yang mengikutinya ), Dia orang ( deme ) tahu bahaya tapi masih pakei barang
kemes ( sepatutnya mereka mengetahui bahaya tetapi masih lagi memakai barang kemas
) dan orang rame yang buat hel masing-masing ( sepatutnya orang ramai melakukan hal
mereka masing-masing ). Begitu juga murid cina yang terpengaruh dengan dialek cina
seperti Aku talak tau mahu jawab soalan kamu ma (sepatutnya saya tidak tahu hendak
menjawab soalan kamu) dan Susah ma sebab talak olang mau tolong ( sepatutnya susah
kerana tiada orang yang hendak menolong).
3.3. Pengaruh bahasa asing.

Pengaruh bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris juga merupakan faktor murid
bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Kesalahan ini berlaku
kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk
menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan.
Perkataan bajet m i s a l n ya , d i a m b i l d a r i p a d a p e r k a t a a n Inggeris budget dengan
alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan
membawa makna yang negatif, iaitu orang y a n g s u k a b e r b e l a n j a . B e g i t u j u g a
pembelajaran dan pengajaran guru ya n g lebih mencampuradukkan
penggunaan bahasa M e l a yu dan bahasa Inggeris seperti dalam
pengajaran Matematik dan Sains. Walaupun terdapat bahasa Inggeris
y a n g t e l a h d i s t a n d a d i s a s i k a n k e p a d a b a h a s a M e l a yu i a i t u m e n j a d i k a t a
p i n j a m a n n a m u n t e r d a p a t p e n g g u n a a n s e b u t a n d a n e j a a n ya n g s a l a h .
Sebagai contoh

3.3.1. ‘e’ pepet tidak boleh disisipkan antara dua konsonan yang bergugus.

BI BM Betul BM salah
Brake brek berek
Clinic klinik kelinik
Project projek perojek
Tragedy tragedi terajedi

3.3.2. Ejaan huruf gugus konsonan di akhir kata.

3.3.2.1.Bentuk ‘-nce’ ditukar kepada ‘-ns’ atau ‘-n’. Contohnya : Insurans , ambulans, sains,
elaun, lesen, ordinan
3.3.2.2.Bentuk ‘-rd’ ditukar kepada ‘rd’ atau ‘d’. Contohnya : Kastard, standard, rekod,
kadbod,
poskad, wad
3.3.2.3.Bentuk ‘-rt’ ditukar kepada ‘-rt’ atau ‘-rta’. Contohnya: Eksport, import , konsert,
skirt,
carta
3.3.2.4.Bentuk ‘-rm’ ditukar kepada ‘-rm’ atau ‘-rma’. Contohnya: Kloroform, platform,
firma,
norma
3.3.2.5.Bentuk gugus konsonan akhir seperti ‘-t’ , ‘-d’ , ‘-p’ atau ‘-b’ digugurkan digantikan
dengan ‘-k’ , ‘-s’ , ‘-p’ , ‘-m’ atau ‘-f’. Contohnya :

-ct k: projek, dialek, produk


-nt n : akaun, simen, sarjan
-st s : pos, Ogos, nasionalis
-pt p : konsep, skrip, bankrap
-mp m: setem, kem
-mb m: bom
-nd n: paun, dividen, bon
-ft f: lif, overdraf

3.4. Pengaruh Teknologi.

Seiringan dengan peningkatan zaman moden, pelbagai teknologi telah digunakan.


Sekarang masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem
yang baik seperti laman interaksi menggunakan media sosial seperti ‘facebook’ , blog
dan twitter atau menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan medium bahasa yang digunakan
bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal yang demikian telah
menimbulkan kecelaruan atau kekeliruan serta kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa dalam laman sosial seperti ‘facebook’ dan
sistem pesanan ringkas ( bahasa ‘sms’) telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa
rojak kerana bahasa Melayu telah digunakan secara salah dari aspek ejaan, pemilihan
kata dan strukutur ayatnya. Sebagai contoh laman ‘facebook’ di bawah ini.

TRICK TOPUP FREE..!!


Ak dpt dri kwn ak yg keje kt kdai hp..puas ak pjuk,,akhrnye dia bgtau ak cmane cra nk
reload dgn free.. Jd,,lps ni..xpyh la korg sushkn dri g kdai utk reload... Reload ni adlh
sah dcc undang2.. Reload ni utk no 012,013,014,016,017,018,019,010 dan 0111..Ok..baca
ktrangn dbwh ni dan fham btol2... Cra ni hny boleh dgunakn pd 20-30hb pd stiap bulan
shaja..sbb mse 2 diorg tgh upgrade talian..pda pgguna 013,014,019,010 dan 0111..dail
1415007, utk pgguna 012,016,017,018...dail 1465653 dan tggu slpas korg dgr bunyi
"tut,tut" hilang..pstu dail 1313 dan tggu skajp dan msukkn no hp korg..nnti dgr dye
ckp "please insert your pin number"..haaa pstu korg msukknla no ni
011784613312550788755400001..tggu smpai dye kte no pin slesai...lps tu, dail 5546 utk
smenanjung dan 8081 utk sabh dan srawak..nnti korg dgr "for airtime topup press
961691"...lps tkan no tu,, tkan no hp skali lgi dan tggu smpai bunyi "tuttt" hbis... Pstu
tkan 25510054 diikuti 6913...lps tu korg dgr "your pin number is accept"..pstu tkan
1107 dan dgr "your key number is accept"..pstu korg tkan 6455 dan dgr " your
password is accept" pstu tkan no hp korg skali lgi dan dgr "kepala hotak kau
brjmbul..zman skarg ni mna ad free...msuk toilet pn kna byr".. Pstu korg trus end call.

Sharifah Syafiqah adoi..dh semngat dh nk topup nie!!! siva!! i kill u!! hahahahahaa

Siva Kumar ;P biasa thane Meiyo Kalai...

Siva Kumar hahaha... mle2 ak pn mmng rse mcmt Sharifah Syafiqah.. ^^

3.6. Pengaruh majalah, cerpen dan novel.


Selain daripada penggunaan teknologi, pengaruh bahan-bahan cetakan dan bacaan
yang kadang-kadang bersifat picisan juga telah berjaya mempengaruhi murid-murid
menggunakan bahasa Melayu rancu. Terdapat banyak kesalahan bahasa yang digunakan oleh
penulis atau pengarang, untuk menjadikan bahasa Melayu yang digunakan dalam majalah,
novel dan cerpen semata-mata untuk melahirkan bahasa yang digunakan menarik dan sesuai
dengan bahan yang hendak ditulis namun mengenepikan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dari aspek pemilihan kata dan tatabahasanya. Secara tidak langsung apabila bahasa
Melayu yang digunakan salah maka hal ini akan digunakan pula oleh murid-murid yang
menyangka bahawa bahasa yang digunakan oleh pengarang atau penulis itu betul. Sebagai
contoh pemilihan kata sinonim iaitu perkataan yang mempunyai maksud dua kata atau lebih
yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan konteksnya. Pemilihan sinonim dan
kesinoniman dalam ayat mestilah betul berdasarkan pemilihan konteks, rujukan, leksikal dan
makna. Sebagai contoh perkataan ‘bawa’ berdasarkan sinonim junjung di kepala,
pikul di bahu, kelek rapat ke dada, julang ke atas, galas di belakang badan,
tatang di tangan, kandar di kedua-dua bahu dan kepit di ketiak.
Kesalahan yang paling banyak terdapat dalam majalah, cerpen dan novel ialah
kesalahan tatabahasa dari aspek penggunaan kata, frasa dan ayat. Sebagai contoh, kesalahan
penggunaan kata tersebut ialah kata ganti nama diri ‘ia’ hanya untuk manusia dan tidak boleh
digunakan untuk rujukan kepada benda, konsep dan binatang. Sebagai contoh perabot ini
sangat mahal kerana ia diimport dari Itali ( sepatutnya perabot ini sangat mahal kerana
diimport dari Itali). Begitu juga dalam ayat Pembunuh itu ditangkap. Ianya akan didakwa di
mahkamah esok. (sepatutnya Pembunuh itu ditangkap. Ia akan di dakwa di mahkamah
esok) ‘ianya’ adalah tidak wajar kerana kedua-dua perkataan itu terdiri daripada kata ganti
nama diri ketiga. Contoh-contoh lain ialah kesalahan penggunaan kata ‘dari’ dan ‘daripada’.
seperti ayat Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi ( sepatutnya Dia berjalan kaki dari Kota
Tinggi ), Saya menantinya daripada pukul dua petang ( sepatutnya Saya menantinya dari
pukul dua petang ), Kain itu dibuat dari sutera. ( sepatutnya Kain itu dibuat daripada
sutera), Surat itu saya terima dari abang ( sepatutnya Surat itu saya terima daripada abang )
dan Kumpulan itu terdiri dari 10 orang pelajar.( sepatutnya Kumpulan itu terdiri daripada
10 orang pelajar ). Berlaku juga kesalahan penggunaan kata pemeri seperti
Ahmad adalah guru ( sepatutnya Ahmad ialah guru ), Keputusan pengadil itu ialah tidak adil
( sepatutnya Keputusan pengadil itu adalah tidak adil ), Dia adalah merupakan perancang
utama projek itu ( sepatutnya Dia merupakan perancang utama projek itu )
dan Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.
( sepatutnya Sukacita dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan diadakan esok.)
Terdapat juga kesalahan dalam penggunaan frasa seperti penggunaan kata adjektif yang
diulang iaitu dalam ayat Baju-bajunya cantik-cantik. ( sepatutnya Baju-bajunya cantik ) dan
Rumah-rumah di kawasan itu besar-besar ( sepatutnya Rumah-rumah di kawasan itu besar
).Begitu juga penggunaan hukum DM selalu berlaku kesalahan seperti mini bas
( sepatutnya bas mini ), goreng pisang (sepatutnya pisang goreng ) dan cili sos
( sepatutnya sos cili ).
Kesalahan yang lain yang dapat diteliti ialah kesalahan frasa kerja iaitu peluasan frasa
kerja tak transitif seperti ayat Dia terlupa janjinya (sepatutnya Dia terlupa akan
janjinya), Pasukan Malaysia bertemu pasukan India (sepatutnya Pasukan Malaysia bertemu
dengan pasukan India ) dan Dia bertanya saya ( sepatutnya Dia bertanya kepada saya
). Kesalahan Peluasan frasa kerja tak transitif dalam ayat mesti disisipkan dengan kata sendi
seperti penggunaan frasa kerja tak transitif imbuhan apitan ‘beR----kan’. Ayat menjadi salah
jika disisipkan kata sendi antara kata kerja tak transitif berimbuhan ‘beR---kan’ seperti
ayat Dia tidur dengan berbantalkan dengan lengan ( sepatutnya Dia tidur berbantalkan
dengan lengan ) dan Penjahat itu bersenjatakan dengan sepucuk pistol (sepatutnya Penjahat
itu bersenjatakan sepucuk pistol). Berlaku juga kesalahan frasa kerja transitif berlaku apabila
disisipkan kata lain antara kata kerja transitif dengan objek seperti ayat Mereka
membincangkan tentang perkara itu ( sepatutnya Mereka membincangkan perkara itu ), Dia
belum mengetahui akan hal itu (sepatutnya Dia belum mengetahui hal itu ) dan Mereka akan
mendalamkan lagi sungai itu ( sepatutnya Mereka akan mendalamkan sungai itu
lagi ). Terdapat juga kesalahan frasa kerja pasif bentuk frasa kerja pasif kata ganti diri I dan II
tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif kata ganti diri III. Hal ini kerana kata
ganti diri I dan II mesti hadir di hadapan kata kerja dalam ayat seperti ayat Jambangan itu
digubah oleh saya ( sepatutnya Jambangan itu saya gubah ), Baju itu ibu jahit (
sepatutnya Baju itu dijahit oleh ibu ) dan Meja-meja itu disusun oleh kami (sepatutnya Meja-
meja itu kami susun ). Seterusnya kesalahan frasa kerja pasif diri I dan II tidak boleh
disisipkan dengan kata lain antara kata nama dan kata kerja seperti ayat Tempat itu saya
belum kunjungi lagi ( sepatutnya Tempat itu belum saya kunjungi lagi ) dan Buku itu anda
mesti pulangkan ( sepatutnya Buku itu mesti anda pulangkan ).

4.0. Langkah-langkah yang diambil untuk membantu murid-murid menguasai Bahasa


Melayu Standard.
Bahasa Melayu standard merupakan bahasa Melayu yang telah mengalami tranformasi
dan asimilasi serta terus berkembang sehingga sekarang dari aspek sebutan, ejaan,
peristilahan, kosa kata, semantik , tatabahasa dan laras bahasa. Inilah hasil perjuangan oleh
pakar-pakar bahasa dan linguistik Melayu setelah bahasa Melayu diangkat dan dimartabatkan
oleh pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh bahasa yang lalu sehingga menjadi bahasa
Kebangsaan dan bahasa pengantar wajib di sekolah-sekolah. Justeru, langkah-langkah yang
konsisten perlu diambil untuk membantu murid-murid menguasai bahasa Melayu standard ini
seterusnya dapat mengelakkan dan membetulkan kerancuan bahasa Melayu
Antara langkah untuk membantu murid-murid bagi tujuan tersebut, guru boleh
menggunakan modul dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu.Menurut
Kamarudin Haji Husin et. Al (1998) modul merupakan strategi pembelajaran dan pengajaran
yang berpusatkan bahan bersifat pukal yang melibatkan bahan-bahan bercetak dan
pembelajaran yang terancang. Melalui modul ini satu unit pembelajaran yang sempurna
ataupun satu topik dapat diajarkan kepada murid tanpa bimbingan dan penyeliaan guru.
Modul tersebut hendaklah mengandungi isi kandungan pembelajaran bahasa Melayu
standard, latihan bertopik dan ujian pra dan pos yang berkaitan dengan penggunaan bahasa
Melayu standard. Semua aspek kandungan dan kemahiran berbahasa dimasukkan dan
digunakan oleh semua murid. Modul ini juga boleh digunakan dalam kelas, di luar waktu
biasa atau dibawa balik ke rumah. Oleh itu, melalui modul ini ujian pra dan ujian pos
membolehkan murid mengukur prestasi mereka juga. Dalam masa yang sama murid-murid
akan diminta oleh guru untuk membina folio bahasa Melayu sama seperti modul tersebut.
Justeru, kemahiran dan penguasaan berbahasa murid dapat ditingkatkan.
Di samping itu, guru juga perlu menyediakan buku-buku rujukan dan bahan bacaan
bahasa Melayu yang berilmiah kepada murid-murid. Bahan-bahan bacaan picisan dan yang
tidak berinformasi hendaklah dielakkan. Melalui program Nadi Ilmu Amalan Membaca
(NILAM), guru sepatutnya membimbing murid-murid memilih bahan bacaan yang betul-
betul sesuai dengan aras kognitif mereka. Guru juga menggalakkan murid-murid memilih
bahan-bahan cetakan seperti surat-surat khabar, majalah, cerpen dan novel yang
menggunakan bahasa Melayu standard. Dalam hal ini juga guru perlu membekalkan mereka
dengan Kamus Dewan, Buku Sistem Ejaan Rumi terkini dan buku tatabahasa terbaharu
sebagai bahan rujukan tambahan bagi membantu mereka meluaskan pembacaan secara
ektensif agar dapat murid-murid meningkatkan penguasaan sebutan,ejaan, pemilihan diksi,
kosa kata dan tatabahasa serta laras bahasa . Seterusnya murid-murid juga diminta menulis
atau membuat laporan daripada program yang dilaksanakan tersebut. Dengan cara itu murid-
murid dapat dapat menguasai bahasa Melayu standard dengan baik.
Selanjutnya, langkah yang perlu diambil guru untuk membantu murid-murid
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu standard, guru perlu mempelbagaikan pendekatan,
kaedah dan bahan bantuan mengajar semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Dalam
hal ini , bahan berbentuk interaktif yang berbantukan komputer dalam pembelajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu standard boleh dilaksanakan. Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007) menyatakan bahawa interaktif ialah (komp) membolehkan pengaliran maklumat dua
hala yang berterusan antara komputer dengan penggunannya atau antara pengguna dengan
pengguna melalui komputer. Guru perlu memilih bahan interaktif yang sesuai dan betul
berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu standard. Guru seharusnya membimbing
murid-murid melayari laman web, menggunakan blog-blog dan media sosial untuk mencari
informasi berkaitan dengan bahasa Melayu standard. Setelah mendapatkan maklumat tersebut
guru boleh meminta murid mencetak dan mengumpulkannya bahan tersebut untuk dijadikan
bahan rujukan melalui pembikinan buku skrap bahasa Melayu standard atau dijilidkan
menjadi buku. Buku tersebut disimpan di suatu sudut bacaan sebagai bahan ulang kaji.
Tambahan lagi, untuk meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu
standard guru juga perlu mempelbagaikan teknik pengajarannya. Dalam pembelajaran dan
pengajaran di kelas banyak teknik yang boleh guru laksanakan yang ada kaitan dengan
bahasa Melayu standard seperti teknik lakonan, teknik bertemu ramah, teknik syarahan,
teknik perbualan dan permainan bahasa. Melalui semua teknik ini guru menyampaikan isi
pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan bahasa Melayu baku iaitu baku dalam
sebutan, struktur ayat yang gramatis, tatabahasa dan laras bahasa yang standard. Dengan itu
murid akan faham cara untuk menggunakan bahasa Melayu standard yang betul dalam proses
perbualan dan bekomunikasi, yang akhirnya membantu mereka menggunakan bahasa Melayu
standard dalam penulisan.

Seterusnya, langkah yang boleh diambil oleh guru adalah dengan mengadakan
aktiviti-aktivi kebahasaan bahasa Melayu standard. Guru perlu melaksanakan aktiviti bulan
bahasa bahasa Melayu bersesuaian dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang
melaksanakan aktiviti bulan bahasa Kebangsaan pada bulan September setiap tahun. Guru
hendaklah merangka aktiviti yang boleh merangsang minat murid untuk menguasai bahasa
Melayu standard ini seperti pertandingan sahibba, forum remaja, perbahasan bahasa Melayu
Ala Parlimen, teka silang kata dan kuiz bahasa Melayu. Bagi setiap pertandingan guru turut
menyediakan hadiah yang menarik sebagai ganjaran. Melalui pertandingan tersebut murid-
murid akan lebih rajin dan tekun untuk membuat ulang kaji dan rujukan bagi mengambil
bahagian dalam aktiviti kebahasaan ini. Minat murid akan bertambah. Secara tidak langsung
penguasaan mereka dalam bahasa Melayu standard terutama ejaan, kosa kata , tatabahasa dan
laras bahasa bahasa Melayu dapat ditingkatkan.

Di samping itu, guru juga perlu mewujudkan suatu sudut bahasa Melayu standard
sama ada di dalam kelas ataupun mewujudkan bilik bahasa Melayu.Sudut atau bilik ini
dilengkapkan dengan alat pandang dengar, bahan-bahan bacaan bercetak, buku skrap, modul-
modul bahasa Melayu dan bahan-bahan bacaan dan interaktif untuk digunakan oleh murid-
murid. Sudut atau bilik ini juga berfungsi sebagai bilik pembelajaran kendiri murid (SAL).
Murid-murid diberi kelonggaran untuk menggunakan sudut atau bilik dan bahan tersebut
dalam tempat tersebut sahaja. Guru turut menyuruh murid membuat catatan dan membuat
laporan tentang penggunaan sudut atau bilik bahasa tersebut, Sudut atau bilik ini hendaklah
dikemas dan dihias untuk menarik minat murid mengunjunginya. Guru seharusnya
memastikan bahan-bahan dan peralatan yang ada di sudut atau bilik tersebut mencukupi dan
baik. Melalui sudut atau bilik ini, murid-murid dapat belajar bahasa Melayu standard secara
kendiri dan berhemah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu standard mereka.
Kesimpulannya, melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum akademik sokongan
bahasa Melayu yang dilaksanakan oleh guru sama ada dalam atau luar bilik darjah
sebenarnya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu standard murid. Guru hanya
perlu bertindak dan mengusahakan beberapa langkah yang berkesan dan baik untuk mencapai
tujuan tersebut.

Bibliografi
Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Asraff (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu Berdasarkan Prinsip Fonemik, Petaling Jaya : Sasbadi
Sdn Bhd.
Aawang Sariyan (1995). Sebutan Baku dan Ejaan Rumi, Sealangor Darul Ehsan: Synergymate Sdn.
Bhd
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, Hulu Klang : Dawama Sdn Bhd
Farid M.Onn dan Ajid Che Kob (1981) Pengaruh Bahasa Daerah Dalam Proses pembelajaran Bahasa
Malaysia di Kalangan Pelajar-Pelajar Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi
Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj Abdul Aziz (1998) Kaedah Mengajar Bahasa Melayu, Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Nik Safiah Karim (1986), Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan, Kuala Lumpur : Gateway
Publishing House Sdn Bhd

You might also like