You are on page 1of 8

Reka bentuk pengajaran atau nama singkatannya RP telah wujud 40 tahun

lalu dan ia pada mulanya adalah digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis
pengajaran seperti bahan bercetak, pengajaran berbantukan komputer serta melalui
televisyen. Reka bentuk pengajaran telah dibuat beberapa kajian terhadapnya dan
terdapat pelbagai pendapat yang berlainan mengenai reka bentuk pengajaran ini.
Menurut Dick dan Reiser (1989 ), reka bentuk pengajaran ialah suatu
prosessistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai
pengajaran.Terdapat juga pendapat lain iaitu daripada Richey (1986 ), di mana
beliau menyatakanreka bentuk pengajaran ialah sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran denganterperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
sesuatu unitpembelajaran tidak kira sama ada ia kecil atau besar dalam sesuatu
pembelajaran.Walaupun terdapat banyak pendapat yang berlainan, satu kesimpulan
yang dapatdibuat di sini ialah reka bentuk pengajaran itu mencakupi seluruh proses
pengajaraniaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan keseluruhan pembelajaran.
Media berkait rapat dengan reka bentuk pengajaran kerana bahan media
perludigunakan semasa proses pengajaran dijalankan. Media boleh dikatakan
sebagaimedium di mana ia merupakan saluran komunikasi yang membawa
maklumat.Penerima akan menerima maklumat yang ingin disampaikan melalui
salurankomunikasi yang dikenali sebagai media ini. Media terdiri daripada pelbagai
jenis iaituradio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan-bahan
bercetak dankomputer. Kelebihan penggunaan media ini ialah ia mampu menarik
minat pelajar untukmengikuti proses pengajaran dan secara tidak langsung ia juga
dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran

DEFINISI DAN KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN


Reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka
bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Terdapat enam perkara
yang menjadi asas di mana ia merangkumi seluruh proses pengajaran iaitu :

➔ Menentukan keperluan pelajar


Menentukan matlamat dan objektif

➔ Membina prosedur penilaian

➔ Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

Mencuba sistem pengajaran


➔ Menilai keseluruhan sistem

Konsep reka bentuk pengajaran secara umumnya mempunyai tiga kategori iaitu
reka bentuk pengajaran sebagai satu proses, reka bentukpengajaran sebagai satu
disiplin dan reka bentuk pengajaran sebagai satu sains.Sebagai satu proses,
bermaksud reka bentuk pengajaran merupakan pembinaanperancangan pengajaran
secara sistematis dengan mengaplikasikan teoripengajaran dan pembelajaran.
Sebagai satu disiplin pula ialah reka bentukpengajaran merupakan satu cabang ilmu
pengetahuan yang berkait denganpenyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran
termasuk proses pelaksanaanstrategi pengajaran. Manakala sebagai satu sains pula
ialah reka bentukpengajaran merupakan satu kaedah merancang secara terperinci
untukmembentuk, melaksana, menilai dan menyelenggarakan situasi yang dapat
menggalakkan pembelajaran bagi unit pembelajaran pada semua peringkat

HURAIAN LANGKAH-LANGKAH MODEL ASSURE


Model ASSURE boleh digunakan oleh seseorang guru sebagai
panduanuntuk menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai dengan ciri-ciri
dankeupayaan pelajar. Aplikasi model ini mengandungi enam langkah yang dapat
menjamin kejayaan iaitu 
A – Analyse learners(Analisis pelajar)

S – State objectives(Nyatakan Objektif)

S – Select methods,media and materials(Pilih kaedah, media dan
bahan sumber.

U – Ultilize media and materials(Gunakan media dan bahan
sumber)

R – Require learner participation(Libatkan pelajar dalam
pembelajaran)

E – Evaluate and revise(Nilai dan semak)
1.1.1 ANALISIS PELAJAR
Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar adalah penting untukmembantu
kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagimereka. Namun bagi
mengenal pasti keperluan setiap pelajar adalahsesuatu yang sukar jadi terdapat
garis panduan yang boleh digunakanuntuk kita menganalisis pelajar serta kita dapat
memilih strategi, bahansumber dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif
pengajarandan pembelajaran. Panduan yang ada ialah pelajar boleh
dianalisismelalui ciri-ciri umumnya, pengetahuan sedia ada dan gaya belajar
 NYATAKAN OBJEKTIF
Objektif yang hendak dicapai perlulah dinyatakan dengan jelasserta secara
khusus. Pernyataan objektif dapat membantu guru memilihmedia dan kaedah
penyampaian yang sesuai. Ia juga dapat membantu guru untuk menyediakan
persekitaran pembelajaran yang memberangsangkan. Penilaian juga akan dapat
dilakukan dengan adanya objektif yang ditentukan
PEMILIHAN KAEDAH MEDIA DAN BAHAN SUMBER
Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukanpemilihan
media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematis danjuga terancang.
Proses tersebut merangkumi tiga langkah-langkah berikutiaitu :- Membuat
keputusan tentang kaedah yang paling sesuai.
- Memilih format media yang sesuai dengan kaedah.
- Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk bahan sumber.
1.1.4GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN SUMBER
Media dan bahan sumber yang akan digunakan hendaklahdisemak terlebih
dahulu supaya guru dapat merancang penggunaannya didalam kelas. Kemudian
semua kelengkapan yang perlu haruslahdisediakan oleh guru. Persekitaran yang
sesuai perlulah disediakandengan penyusunan yang sesuai. Guru hendaklah
menguasaipelbagaikaedah dan teknik penyampaian supaya pelajar mendapat
pengalamanpembelajaran yang optimum. Menjadi tanggungjawab guru juga
untukmenyediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.Induksi
yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingintahu pelajar untuk
belajar.
1.1.5LIBATKAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
Libatkan pelajar dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkanpelajar
berasaskan bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku
pelajar. Ini disokong oleh semua teoripembelajaran baik teori behavioris mahupun
teori kognitif. Pengalamanrasa berjaya pelajar akan dapat mengekalkan motivasi
pelajar terhadapaktiviti pembelajaran.
Lantaran itu guru hendaklah memberi maklum balasseperti pujiansebaik
sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan
penglibatan aktif daripada pelajar ialah seperti perbincangan, latih tubi, latihan
bertulis, permainan bahasa dansebagainya. Pemilihan media dan bahan sumber
yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar
dalam proses belajar.

NILAI DAN SEMAK


Langkah akhir bagi seseorang guru yang menggunakan modelASSURE ialah
dengan membuat penilaian dan menyemak semulaperancangan. Kebiasaannya
penilaian yang dilakukan selalu dianggaphanyalah berfungsi untuk menilai
pencapaian pelajar sahaja semata-matatetapi sebenarnya ianya berfungsi kepada
dua jenis pencapaian iaitukepada pencapaian pembelajaran dan juga pencapaian
pengajaran.Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran
danpembelajaran untuk memastikan semua langkah-langkah yang
dilakukansebelum ini masih dapat mencapai objektif pembelajaran atau tidak.Melalui
penilaian yang dilakukan ini, guru boleh mengubah teknik,memudahkan bahasa atau
mengambil alternatif lain dalam usahamenyesuaikan penyampaian di dalam kelas.

1.2PERANCANGAN PENGAJARAN MELIBATKAN MEDIA


Perancangan pengajaran yang dibina di mana ia melibatkan media iaituvideo
dapat menarik minat pelajar kerana mengandungi gabungan kepelbagaianwarna
serta audio yang dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar. Namunbegitu guru
perlu peka dengan penyampaian yang melibatkan media ini supayaia sesuai dan
sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Jadi garis panduansebanyak 6
langkah dalam model ASSURE boleh digunakan sepenuhnya.Berdasarkan
perancangan pengajaran saya di bawah subjek PendidikanKesihatan bertemakan
Penyalahgunaan Bahan di mana mempunyai sub tajukpengambilan dadah, langkah-
langkah di bawah boleh diambil sebelum perancangan pembelajaran dibina

Langkah 1
•Ciri-ciri umum pelajar
Pelajar semestinya tertarik dengan sebarang persembahan video kerananaluri
semula jadi seorang kanak-kanak yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu.
•Pengetahuan sedia ada
Pelajar telah sedia maklum tentang isu penyalahgunaan dadah di dalam
negara.
•Gaya Belajar
Gaya pembelajaran pelajar yang mampu membezakan perkara yang baik
dan buruk.

Langkah 1

Ciri-ciri umum pelajar
Pelajar semestinya tertarik dengan sebarang persembahan video kerananaluri
semula jadi seorang kanak-kanak yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu.

Pengetahuan sedia ada
Pelajar telah sedia maklum tentang isu penyalahgunaan dadah di dalam
negara.

Gaya Belajar
Gaya pembelajaran pelajar yang mampu membezakan perkara yang baik
dan buruk.
Langkah 2
•Siapa yang akan mencapai objektif
Kumpulan pelajar yang terlibat perlu dapat menyatakan baik buruk
pengambilan dadah serta kesannya terhadap negara.
•Bentuk tingkah laku baru
Pelajar seharusnya akan dapat menilai keburukan dadah dan akan berusaha
menjauhinya dengan mengenal pasti kelakuan positif dan negatif.
•Situasi
Perlakuan baru pelajar yang dibentuk dapat dilihat melalui aktiviti main
peranan seperti lakonan.
•Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan
Pencapaian diukur secara kualitatif

Langkah 3
Penentuan kaedah
Kaedah simulasi sesuai digunakan kerana pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang kinestatik.
•Pemilihan format media
Bentuk kumpulan pelajar yang berkumpul adalah sesuai untuk membuat
tayangan.
•Pemilihan bahan sumber
Tahap pelajar adalah sesuai untuk menerima serta membincangkan tentang
isu dadah yang membelenggu negara ini.

Langkah 4
Terdapat kemudahan LCD untuk digunakan di dalam kelas. Penyediaan
untukpenggunaan bahan sumber adalah mudah. Persekitaran bilik darjah yang
sesuaidi mana penyusunan meja dan kerusi yang berkelompok memudahkan
pelajarmenonton tayangan secara berkumpulan.

Langkah 5
Perbincangan akan dilakukan semasa tayangan video dilakukan dan guru akan
dapat mengekalkan penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran.

Langkah 6
Penilaian akan dilakukan pada akhir pembelajaran dengan menggunakankaedah
soal jawab atau latih tubi. Penilaian kepada proses pengajaran yangdisediakan oleh
guru juga boleh dilakukan dengan meenganalisis sejauh mana objektif telah tercapai
KESESUAIAN PEMILIHAN MEDIA DENGAN ELEMEN-ELEMEN YANG
DIGUNAKAN
Pemilihan media iaitu dengan menggunakan tayangan video
untukmeyampaikan isi pengajaran adalah sesuai kerana faktor umur pelajar
yangterlibat. Pelajar yang terlibat adalah daripada tahap 2 di mana mereka
mampuuntuk memahami isi kandungan video yang disampaikan. Selain itu mereka
juga mudah tertarik dengan persembahan video kerana mereka mempunyai sifat
ingintahu yang tinggi yang akan membuatkan mereka lebih menumpukan perhatian
terhadap apa yang disampaikan

PENJELASAN AKTIVITI-AKTIVITI GURU DAN MURID


Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam proses pembelajaran
denganmenggunakan tayangan video ini ialah perbincangan di mana guru
akanmenerangkan isi kandungan pembelajaran seiring dengan tayangan
video.Kemudian kaedah perbincangan akan diaplikasikan apabila pelajar diminta
untukmemberikan pendapat masing-masing tentang apa yang dilihat dalam
tayanganvideo tersebut. Kaedah soal jawab pula boleh diadakan di akhir
pembelajaranuntuk mengenal pasti sama ada objektif telah tercapai atau tidak.
REFLEKSI
Alhamdulillah saya dapat juga menyiapkan kerja tugasan subjek Teknologi
dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini pada masa yang ditetapkan. Saya telah
dapatmenyelesaikan semua masalah yang timbul semasa sedang menyiapkan
tugasan inikerana bantuan daripada rakan-rakan yang selalu berfikiran terbuka
untuk sama-samaberbincang mencari jalan penyelesaian. Pensyarah bimbingan
juga banyak memberipanduan-panduan yang penting di mana merupakan sebuah
dorongan bagi sayamenyiapkan tugasan dengan lebih sempurna.
Sepanjang tempoh masa saya menyiapkan tugasan ini, sebenarnya saya
telahmendapat banyak input-input yang boleh digunakan apabila saya mula
bertugassebagai seorang guru kelak. Ini kerana semua hasil kerja pembentangan
yang telahdilakukan sebelum ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan alam
persekolahan danbanyak mendedahkan dengan kaedah-kaedah yang boleh saya
praktikkan semasa disekolah nanti. Contohnya berkenaan dengan model ASSURE
yang saya kaji untukmenyiapkan kerja tugasan ini, saya boleh menggunakan
informasi yang berguna seperticara apa yang terbaik untuk saya gunakan untuk
menggalakkan anak murid sayasupaya lebih berkeinginan untuk belajar. Jadi saya
telah memahami bahawa untuk mencapai objektif tersebut saya perlu mempunyai
kemahiran terlebih dahulu untukmenjadikan rancangan pengajaran yang saya bina
dapat mencapai objektif pengajaranyang telah ditetapkan.
Di sini pelajar akan mendapat faedah kerana kaedah yang dilakukan ini
akanmemberikan mereka lebih pengetahuan dan dapat memantapkan pengetahuan
yangsedia ada. Saya harap dengan pengetahuan yang saya peroleh melalui kerja
tugasan yang dilakukan ini dapat saya gunakan semasa menjadi guru sebenar
kelak.

You might also like