You are on page 1of 7

MEMBANDING ISIPADU CECAIR

Pengenalan

Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid
terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas
yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan
kepada tinggi bekas dan bukannya pada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru, guru
perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep
ini dengan berkesan. Berikut dinyatakan dua aktiviti yang boleh digunakan untuk
mengajar murid lemah dan murid cerdas. Bahan-bahan untuk pengajaran dan
pembelajaran amat mudah diperoleh serta murah.

a) Definisi Isipadu Cecair

Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas


tertentu. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut
kapasiti (muatan) bekas tersebut. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz
mungkin mempunyai kapasiti yang sama.

Kapasiti

bekas
 Isipadu

cecair


b) Aktiviti untuk murid lemah.

Aktiviti 1: Membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan


piawai.
Bahan 8 bekas berlainan bentuk, sebaldi air berwarna, 2 bekas lutsinar
Pengajaran dan yang sama saiz, kad tugasan kumpulan, lembaran kerja.
Pembelajaran:
Langkah : 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk
menjalankan pembelajaran kooperatif.
2. Setiap kumpulan diberikan 8 bekas yang berlainan bentuk
dan saiz yang telah dilabel A hingga H, sebaldi air
berwarna, 2 bekas lutsinar yang sama sebagai alat
penyukat bukan piawai dan kad tugasan kumpulan.
3. Murid diminta menjalankan aktiviti kumpulan berdasarkan
kad tugasan.
4. Guru membimbing murid menjalankan aktiviti pada
permulaan dan langkah seterusnya akan dijalankan oleh
murid sendiri.
5. Langkah-langkah menjalankan aktiviti berkumpulan:
• Soalan 1: Bekas A dan B (Rujuk Kad Tugasan)
• Murid diminta memenuhkan kedua-dua bekas A
dan B dengan air berwarna. Kemudian, murid
menuangkan cecair di dalam kedua-dua bekas tadi
ke dalam 2 bekas lutsinar yang sama.

A B K L
• Murid dikehendaki menentukan isipadu cecair
tersebut dengan membandingkan paras cecair di
dalam bekas K dan L dan kemudian merekodkan
keputusan di dalam kad tugasan.
6. Perkongsian hasil kerja kumpulan.
7. Kesimpulan.

Kad Tugasan Kumpulan

Bekas Isipadu cecair


Sedikit Banyak

A B

Lembaran latihan

C D

E F

G H

Lembaran kerja

Bulatkan bekas yang boleh menampung lebih banyak air.


1. 5.

2. 6

3. 7.

4. 8.
c) Aktiviti untuk murid cerdas

Aktiviti 2: Membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan


piawai.
Bahan Pengajaran dan 5 bekas berlainan bentuk dan saiz, sebaldi air berwarna,
Pembelajaran: sebiji cawan plastik, kad tugasan kumpulan, lembaran kerja.
Langkah : 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk
menjalankan pembelajaran kooperatif.
2. Setiap kumpulan diberikan 5 bekas yang berlainan
bentuk dan saiz yang telah dilabel A hingga E,
sebaldi air berwarna, sebiji cawan sebagai alat
penyukat bukan piawai dan kad tugasan kumpulan.
3. Murid diminta menjalankan aktiviti kumpulan
berdasarkan kad tugasan.
4. Setiap kumpulan perlu merekod bilangan cawan
yang diperlukan untuk memenuhkan air di dalam
setiap bekas.
5. Perkongsian hasil kerja kumpulan.
6. Kesimpulan.

Kad Tugasan Kumpulan

Bekas Bilangan cawan

A
B

Susun bekas daripada isipadu cecair yang paling sedikit ke yang paling
banyak.
Lembaran Kerja

Jawab soalan berikut berdasarkan rajah yang diberi.





K


 





















 







L


 


















 







M




 

















 







N

 





















 





1. Bekas ___________ mempunyai isipadu yang paling besar.


2. Bekas ___________ mempunyai isipadu yang paling kecil.
3. Isipadu bagi bekas ____________ adalah lebih kecil daripada bekas K.
4. Isipadu bagi bekas ______________ adalah lebih besar daripada bekas K
tetapi lebih kecil daripada bekas M.
5. Susun bekas daripada isipadu yang paling besar kepada yang paling kecil.

You might also like