You are on page 1of 4

TAJUK: ISIPADU CECAIR

Kesukaran: Menganggar isipadu cecair dalam unit mililiter dan liter di kalangan murid tahun 2. Contoh soalan: Warnakan anggaran isipadu cecair yang sesuai bagi gambar yang diberi.

750ml

250ml

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid: Terdapat ramai juga murid yang tidak dapat menganggar isipadu minuman yang boleh diisi di dalam cawan yang biasa digunakan di rumah. Mereka memilih jawapan 750ml bagi isipadu cawan tersebut. Penyelesaian yang sepatutnya:

750ml

250ml

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

Langkah penyelesaian: 1. Murid diberikan aktiviti meneroka isipadu pelbagai bekas yang biasa terdapat di rumah. Murid diminta mencari dan menyenaraikan bekas dan isipadunya bagi

pelbagai barang yang terdapat di rumah mereka dan melaporkannya pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya. Bekas-bekas yang biasa terdapat di rumah dan telah dilabel dengan isipadunya ialah: botol kicap botol minuman kultur kotak susu tin susu botol minyak masak botol syampu botol air mineral balang kaca madu

2.

Bagi bekas-bekas yang tidak mempunyai label isipadu seperti cawan, gelas, mangkuk dan sebagainya, beri murid peluang menyukat isipadu cecair yang boleh diisi dalam bekas-bekas tersebut.

3.

Murid dihahagikan kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan cawan, gelas, mangkuk, sudu, jag dan bikar. Murid mengisi air ke dalam cawan hingga penuh dan menuangnya ke dalam bikar yang sesuai. Murid mencatatkan isipadu air bagi cawan itu (Rujuk Lampiran 5). Murid mengulanginya untuk bekas-bekas lain.

4.

Murid ditunjukkan beberapa bekas lain yang tidak disukat isipadunya. Murid diminta membandingkannya dengan isipadu bekas-bekas yang telah disukat dalam langkah sebelum ini dan menganggarkan isipadu bekas yang baru ditunjukkan ini (Rujuk Lampiran 6) dengan memilih kad jawapan yang betul.

4.

Murid ditegaskan bahawa bekas kecil mempunyai isipadu yang kecil dan sebaliknya. Murid juga ditegaskan bahawa unit mililiter digunakan untuk sukatan isipadu yang sedikit manakala unit liter digunakan untuk sukatan isipadu yang banyak.

Setelah murid mengetahui isipadu sesuatu bekas, barulah murid dapat menganggar isipadu bagi bekas-bekas lain yang hampir sama saiz dengan bekas pernah mereka sukat.

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

LAMPIRAN 5
Sukat dan catatkan isipadu cecair yang dapat memenuhi bekas-bekas berikut.

BIL 1

BEKAS

ISIPADU

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

LAMPIRAN 6
Anggarkan isipadu bekas tersebut dengan memili kad jawapan yang betul.

2l

8l

350ml

750ml

500ml

1l

60ml

200ml

NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN

You might also like