You are on page 1of 7

Stesen 5

STANDARD KANDUNGAN 6.0 PENGUKURAN 6.5 Mengaplikasikan pengetahuan tentang isi padu cecair 6.5.2 6.5.3 STANDARD PEMBELAJARAN Mengira isi padu pepejal berbentuk tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran ,TMK, penulisan atau lisan.

AKTIVITI
Aktiviti P&P :

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberikan peralatan seperti berikut: a) 5 biji guli b) 1 selinder penyukat 100ml c) 1 buah bikar d) Air paip 3. Guru menerangkan tujuan eksperimen iaitu mencari isipadu guli melalui kaedah sesaran air. 4. Murid membina hipotesis yang ingin dibuktikan di dalam eksperimen. Guru : Apakah yang ingin dibuktikan dalam eksperimen ini? Murid : Jika bilangan guli bertambah maka paras air semakin bertambah. Bilangan guli mempengaruhi paras air dalam selinder penyukat. Nota: Sebarang hipotesis boleh diterima untuk diuji

5.

Murid menjalankan eksperimen mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Arahan guru: a) Isikan selinder penyukat dengan 40 ml air b) Masukkan sebiji guli ke dalam selinder penyukat dan catatkan bacaan air di dalam jadual yang disediakan. c) Ulangi langkah (b) dengan memasukkan sebiji guli lagi dan catatkan bacaan air dan teruskan langkah tersebut sehingga kelima-lima biji guli telah dimasukkan.

5.

Murid mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen. i. ii. iii. Pemboleh ubah manipulasi Pembolehubah bergerakbalas Pemboleh ubah malar

6.

Murid melengkapkan jadual berikut . Bacaan paras awal air = ........ ml Bilangan guli 1 2 3 4 5 Bacaan paras air (ml)

Bacaan air Beza bacaan air

=.........ml = ........ml

Pertambahan bacaan air = Isipadu air bagi 5 biji guli Isipadu air bagi 5 biji guli = .........ml Isipadu bagi 1 biji guli = .........ml

6. Guru bersoal-jawab dengan murid mengenai eksperimen yang telah dijalankan Guru : Apakah yang dapat diperhatikan pada aras air setiap kali guli dimasukkan? Murid : bertambah/meningkat Guru : Mengapakah aras air bertambah apabila guli dimasukkan? Murid : Sebab ditambah dengan guli yang mempunyai isipadu. 7. Murid menganalisis dan mentafsir data 8. Murid membuat kesimpulan bahawa apabila bilangan guli bertambah, paras air turut bertambah

LEMBARAN PENYIASATAN Bacaan awal air = ........ ml Bilangan guli 1 2 3 4 5 1. Apakah corak perubahan bacaan paras air ? ....................................................................................................................... 2. Nyatakan : i) ii) iii) Pemboleh ubah dimanipulasi:.......................................................... Pemboleh ubah bergerakbalas :...................................................... Pemboleh ubah dimalar :................................................................. Bacaan akhir air (ml)

3. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan dalam eksperimen? ........................................................................................................................ 4. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan eksperimen? ........................................................................................................................

LEMBARAN KERJA 1 Tajuk Arahan :Isipadu pepejal berbentu tidak sekata :

1. Kamu dikehendaki menentukan isipadu sebiji gabus menggunakan bahan-bahan berikut i. ii. iii. iv. Seketul batu Tali/benang Selinder penyukat Sebikar air

2. Susunkan langkah-langkah berikut mengikut urutan yang betul bagi menentukan isipadu gabus tersebut menggunakan kaedah sesaran air.
Ikat batu dengan benang

Masukkan air ke dalam silinder penyukat Masukkan gabus dan batu ke dalam silinder penyukat Ikatkan gabus pada batu Masukkan batu ke dalam selinder penyukat Isipadu gabus = 85ml 75ml Rekodkan bacaan isipadu air 75ml Rekodkan bacaan isipadu air 85ml

Langkah 1 2 3 4 5 6 7 8

Aktiviti

3. Kirakan isipadu gabus

You might also like