You are on page 1of 4

1.Tajuk : Keterlarutan Kalsium Klorida dalam Air.

2.Pembolehubah

I. Dimanipulasi : Jumlah serbuk kalsium klorida


II. Bergerak balas : Suhu akhir
III. Dimalar : Suhu awal, isipadu air dalam bikar

3.Hipotesis : Jika jumlah serbuk kalsium klorida yang ditambah dalam air bertambah maka
suhu larutan juga akan bertambah.

4.Bahan Kimia : Serbuk Kalsium Klorida, Air

5.Alat : Bikar,Termometer ,Spatula, Rod Kaca

6.Kaedah :

1. 4 bikar telah dilabelkan A,B,C dan D.


2. Keempat-empat bikar tersebut telah diisi dengan air sebanyak 75 ml.
3. Suhu awal air dalam bikar tersebut telah disukat.
4. Bikar A telah dimasukkan satu sudu serbuk kalsium klorida lalu dikacau dengan
dengan spatula.Suhu telah diambil sewaktu larutan tersebut dikacau.
5. Suhu maksimum yang keluar sewaktu proses tersebut dicatatkan.
6. Kenaikan suhu telah dikira.
7. Langkah 3 hingga 6 telah diulangi dengan menggunakan air dalam bikar B,C dan D.

7.Pemerhatian

Bikar Jumlah Serbuk Suhu Awal () Suhu Akhir() Kenaikan


Kalsium Klorida Suhu()
A 1 Sudu 27 28 1
B 2 Sudu 27 29 2
C 3Sudu 27 30 3
D 4 Sudu 27 31 4
8.Perbincangan

Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, suhu air akan ditingkatkan sekiranya jumlah
kalsium klorida ditambah ke dalam air ditingkatkan. Semasa 1sudu kalsium klorida ditambahkan
ke dalam air, suhu air telah meningkat daripada 27.0 kepada 28.0, seterusnya bikar B yang
telah ditambahkan 2 sudu kalsium klorida pula didapati suhu telah meningkat daripada 27.0
kepada 29.0. Oleh itu, satu inferens yang boleh dibuat iaitu suhu air akan bertambah selepas
kalsium klorida ditambah dan dilarutkan ke dalam air kerana kalsium klorida akan bertindak
balas dengan air seterusnya membebaskan haba ke dalam air. Tindak balas ini merupakan
tindak balas eksotermik. Tindak balas eksotermik merupakan tindak balas antara bahan kimia
dimana tenaga haba akan dibebaskan ke persekitaran turut menyebabkan suhu persekitaran
meningkat.. Sekiranya 5 sudu kalsium klorida ditambahkan ke dalam air, suhu air mungkin akan
bertambah daripada asalnya 27.0 kepada 32.0.

9.Kesimpulan

Hipotesis diterima. Jika jumlah kemasukan serbuk kalsium klorida bertambah , maka haba yang
dikeluarkan akan banyak serta manyebabkan suhu larutan juga menjadi bertambah.
Refleksi

Saya berasa bangga dan bersyukur kerana kerja kursus Kefahaman Sains dan Kemahiran
Saintifik (SCZ 1064) telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.Kerja kursus ini
melibatkan penyediaan proses sains,biologi,fizik dan kimia. Kami perlu buat amali dahulu untuk
mendapatkan keputusan lalu membuat laporan amali.

Pn Enchum binti Ibrahim, Puan Hafsah binti Mat Yusof, Encik Ooi Hean Beng serta Cik Ho
Wen Jye mengajar kami tentang konsep-konsep kemahiran sains,biologi,fizik dan kimia dengan
bersungguh-sungguh. Selepas itu, baru kami diberikan soalan untuk membuat tugasan
amali.Tugasan amali tersebut dijalankan secara berkumpulan tetapi laporan tersebut ditulis
secara individu berdasarkan keputusan yang didapati daripada amali yang dibuat.

Sewaktu menjalankan amali di makmal sains, saya menghadapi pelbagai kesusahan


kerana amali yang kami jalankan bersama tidak memberikan keputusan seperti yang tercatat
dalam teori. Selain itu, saya juga kurang mahir dalam mengendalikan radas-radas yang
terdapat di makmal.Tetapi kekurangan saya ini telah diperbaiki oleh rakan-rakan sekumpulan
saya sewaktu menjalankan amali tersebut. Selain itu,rakan rakan sekelas saya juga banyak
membantu saya dengan memberi penerangan tentang keputusan amali yang didapati dengan
lebih terperinci.

Untuk subjek yang Puan Enchum ajar, kami dikehendaki untuk melakukkan tugasan yang
melibatkan tentang konsep-konsep kemahiran sains bersama aktiviti amali yang boleh
dilakukan bersama murid-murid pendidikan khas yang melibatkan kemahiran-kemahiran sains
tersebut.Sebelum menghasilkan sesuatu aktiviti saya perlu mengetahui sukatan pelajaran
kanak-kanak pendidikan khas untuk murid tahun 4 dahulu.Selepas mengetahui sukatan
pelajaran tersebut saya telah menghasilkan beberapa aktiviti amali.Tetapi,aktiviti amali tersebut
telah ditolak kerana aktiviti-aktiviti amali tersebut tidak sesuai langsung untuk kanak-kanak
pendidikan khas.Tugasan ini tidak sesenang seperti yang saya fikirkan.Saya perlu memikir
seperti yang kanak-kanak pendidikan khas akan berfikir. Arahan-arahan yang perlu diberi
perlulah mudah dan senang difahami oleh murid-murid pendidikan khas tersebut.Oleh itu,saya
dengan rakan sekumpulan saya membuat balik tugasan tersebut dengan meminta pendapat
daripada pensyarah serta rakan sekelas yang lain.

Di samping itu, kerja kursus ini sebenarnya telah banyak memberi faedah kepada saya
dalam meningkatkan kemahiran saya dalam mencari maklumat, berkomunikasi semasa
perbincangan, menulis laporan amali dengan cara yang betul serta memberi pendedahan awal
dalam profesion perguruan. Saya mencari maklumat di perpustakaan serta dengan
menggunakan laman sesawang. Akan tetapi untuk mengetahui tentang IQ kanak-kanak
pendidikan khas dengan lebih lanjut saya bertanyakan kepada senior pendidikan khas Unit K.
Mereka memberitahu saya sedikit sebanyak tentang kanak-kanak pendidikan khas. Selain itu,
saya juga menonton kaedah pengajaran kepada murid-murid pendidikan khas di Youtube. Saya
juga mengetahui bahawa kanak-kanak pendidikan khas perlu dirangsang dengan warna serta
muzik.Untuk itu,guru pendidikan khas harus lebih peka akan murid-murid pendidikan khas
tersebut supaya dapat mengajar dengan lebih baik dan dengan cara depat membantu mereka
untuk memajukan diri mereka. Saya telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya sewaktu
menjalankan kerja kursus ini.

Akhir kata , komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan tugasan yang
telah diamanahkan hendaklah diterapkan dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru
yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi
akan datang kelak. Walaupun berhadapan dengan pelbagai ujian, seorang guru itu harus tabah
dalam meneruskan misi sebagai pendidik anak bangsa. Dalam hal ini, saya telah cuba sedaya
upaya untuk diri saya. Segala halangan dan cabaran yang telah saya tempuhi akan saya
jadikan sebagai iktibar dan pengalaman serta dijadikan sebagai kayu ukur untuk memperbaiki
lagi diri ini. Sekian.

You might also like